Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Kembali Ke SDAR Sebagai Pelajar Paling Senior

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama terbiar bersawang, akhirnya ku kunjungi juga ke sini. Nak kembali aktif kot. Kot le. Time rajin. Time malasnya nanti...bersawang semula kot.
Ok. Entri pertama untuk tahun 2016 ialah pasal pendaftaran anakanda Azrai ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di Senawang, Negeri Sembilan, sebagai pelajar Tingkatan 5. Tahun akhir untuk dia berada di SDAR.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi. Perancangan awal nak bertolak jam 6 pagi tapi si Azrai liat sangat nak bangun. Dah bangun, liat pulak nak mandi dan berkemas. Adoiiii...kalau pergi lewat2 sangat nanti, kelam kabut pulak. Pendaftaran memang le bermula jam 2:30 petang. Tapi kami nak ke Bangi juga. Nak jumpa Ayong. Nak hantar telefon. Dah janji dengan dia. Tak boleh tidak kena pergi juga.
Jam 7:40 pagi kami dah melepasi Tol Skudai. Alhamdulillah, lebuhraya tiada kesesakan. Hari Ahad kan...masing2 masih dalam selimut kot. Si Azrai lena di seat belakang. Saya pulak terlelap sekali sekala. Malam sebelum tu sempat tidur tak sampai 2 jam je pun. Melayankan kerenah Azrai yang tak habis2 lagi berkemas. Ini la dia gara2 berkemas di saat2 akhir. Kejap tu la mintak tolong emak jahitkan nama, jahitkan butang yang tertanggal, panjangkan kaki seluar yang dah singkat... In shaa Allah, pengalaman yang akan menjadi kenangan sepanjang usia.

Dalam perjalanan, kami singgah sarapan di R&R Machap. Pilihan kami ialah di Kaya Kopitiam. Dan selalunya kami akan memilih menu yang sama setiap kali bersarapan di sini. Dah banyak kali kami bersarapan di sini.

Jam 10:40 pagi kami dah sampai ke SDAR. Mula2 kami ke dorm dulu. Tahun lepas Azrai di Blok C, Blok Temenggung (Merah). Tahun ini dia di Blok A, Blok Bendahara (Kuning) pula. Alhamdulillah, bilik kali ini amat selesa. Single bed. Loker baru. Ada 6 katil sahaja, bermakna 6 orang sahaja dalam bilik dia. Dalam Dorm A7 ini penghuninya semua daripada Rumah Temenggung. Loker pun masih berbalut plastik lagi.

Selesai di dorm, kami ke kelas pulak. Kelas 5 Hurairah. Satu2nya kelas untuk mereka yang ambil subjek Akaun sebagai subjek tambahan. Kelas masih belum tersusun. Meja kerusi semuanya diketepikan. 
 Pelajar2 yang dah sampai terlebih awal, mereka dah "cup" meja dan kerusi. Siap ada nota ditinggalkan di atas meja. Azrai pun buat benda yang sama. Sama juga dengan loker di belakang kelas tu. Siapa yang dah "cup", mereka tinggalkan nota dan buku2 di dalamnya.
Tengok, Ayam pun bersekolah tau!

Memandangkan urusan pendaftaran dan pembayaran hanya akan bermula jam 2:30 petang, kami terus ke UKM Bangi dulu. Dari SDAR ke UKM Bangi hanya memakan masa 45 minit sahaja kalau tiada kesesakan lalulintas. Lepas ambil Ayong, kami pergi makan dulu. Tempat paling hampir ialah di Bangi Gateway. Macam2 ada kat situ. Pertama kali kami sampai ke situ (kecuali Ayong la...) walaupun dah banyak kali kami ke Bangi tu. Wah...macam2 ada kat situ! Lain kali boleh singgah lagi di situ. Kami makan tengah hari di sini :
Alhamdulillah. Selesai makan, hantar Ayong balik ke UKM semula. Dan kami meneruskan perjalanan kembali ke SDAR semula. Selamat tinggal Ayong. Semoga berjaya dalam final exam ni ya. **Ayong tengah final exam untuk semester 4**
Kami sampai semula ke SDAR dalam pukul 3:50 petang. Kenderaan masih banyak di sepanjang jalan dalam kawasan SDAR tu. Tapi dalam dewan dah agak lengang. Mungkin diawal2 waktu pendaftaran tadi dah sesak kot. Kami cari barisan 5 Hurairah. Rupa2nya guru kelasnya masih sama dengan 4 Hurairah tahun lepas. Cikgu Yusliana (tudung hijau). Alhamdulillah....
Tak lama pun menunggu sebab di depan kami hanya ada 2 orang yang masih menanti giliran dan seorang yang sedang berurusan dengan cikgu. Sampai giliran kami, bayar RM750 untuk duit makan selama setahun dan duit koperasi sebanyak RM350. Pokpek2 kejap...siap! Lepas tu terus ke koperasi mengambil buku2 tulis. Lepas tu Azrai naik ke Bilik SPBT pulak, ambil buku2 teks. Hantar semua barang2 ke kelas dan kembali ke kereta. Abahnya dah sakit kaki, jadinya duduk dalam kereta je.

Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Tak ada sedih2 dah. Dah beso...dah paling senior. Cium kiri, cium kanan, peluk2...dan babai! Jam 5 petang kami meninggalkan SDAR.
Good luck Abang Yang. Belajar rajin2 ya. Tahun ni dah nak SPM. SPM penentu hala tuju masa depan. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Abang Yang.

Terima kasih Cikgu! Terima kasih kepada semua warga SDAR dan PIBG yang telah menambahbaikkan kemudahan asrama. Semoga anak2 akan lebih menghargai dan mensyukuri segala kemudahan yang disediakan.

Wednesday, September 10, 2014

Kembali Ke UKM Bangi

 Setelah bercuti selama dua setengah bulan, tiba masanya untuk Ayong kembali ke UKM Bangi bagi menyambung pengajiannya untuk semester ketiga. Lepas Ayong balik ni, tinggallah Adik sorang diri tanpa kakak dan abang2nya. Kawan dengan emak je la. Pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9:00 pagi. Kami bertolak dari Pasir Gudang pada subuh Sabtu, 6hb September. Malam sebelum tu barulah Ayong sibuk nak mengemas segala barang2 dia. Dan petang sebelum tu pula sibuk shopping barang2 keperluan yang nak dibawa balik ke UKM. Adoiiii...semua last minute punya preparation.
Dah lepas tengah malam barulah siap semua barang2 dipacking. Lepas tu kumpulkan setempat. Senang untuk abahnya menyusun ke dalam bonet kereta. Dah siap packing, malam tu juga abahnya susun ke dalam bonet. Tinggal barang2 yang nak digunakan sebelah pagi tu je. Malam tu saya tak tidur. Selepas tolong Ayong berkemas, barulah saya mula memasak. Memasak?? Ya...memasak di tengah2 malam tu. Orang lain dah lelap, saya pulak di dapur. Abang Yang nak kek...kek apa2 pun tak apa katanya. Kawannya pulak nak kek cokelat kukus lembab macam yang dia bawak balik minggu lepas. Tapi saya tak dapat buatkan untuk kawan dia sebab tak ada stok susu cair. Susu UHT pun tak ada. Untuk Abang Yang saya buatkan Kek Minyak. Pertama kali mencuba kek ini. Saya buat 2 adunan untuk 2 biji kek. Tapi tak ada gambar sebab lupa nak snap...hehehe.
Seawal jam 5:30 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah solat Subuh di R&R Skudai. 
Alhamdulillah. Perjalanan kami diiringi dengan cuaca yang ceria. Lebuhraya pun masa tu lengang je. Jadinya pemanduan kami berjalan lancar. 
Sekitar jam 8:30 pagi kami melepasi SDAR. Hai Abang Yang! Tengahari nanti kita jumpa ya...!
 Ngam-ngam kali sampai ke Kolej Keris Mas (KKM) jam 9:00 pagi. Ayong terus dapatkan kumpulan dia. Mereka masing2 dan ambil nombor giliran. Agaknya ramai sangat yang mendaftar pagi Sabtu ni, itu yang kena ambil nombor giliran tu. Sekali panggil 20 nombor. Nombor 1-20, 21-40 dan seterusnya.
 Ayong beratur untuk dapatkan nombor giliran. Kawan2 dia dah ambil nombor lebih awal sebab mereka sampai lebih awal lagi. Ada yang dapat nombor 20an, 50an, 80an. Ayong dapat nombor 114. Haaaa...amekaw!
Adik akan merindui Ayong selepas ini. Selalu tu Ayong je kawan di di rumah. Lepas ni tinggallah Adik sorang2. Mungkin hujung minggu je Abang Ngah ada balik...itupun bukannya setiap hujung minggu.
Alhamdulillah. Ayong dapat sebilik dengan geng dia juga. Kawan2nya yang lain pun dekat2 je dengan bilik dia. Dah dapat kunci bilik, kami punggah barang ke bilik pulak. Dapat bilik di tingkat 3. Sama level dengan jalan. Jadinya tak perlu turun atau naik tangga untuk angkut barang2 tu. Kami bertiga je yang mengangkat barang sebab abahnya tak boleh masuk kawasan asrama dah. Nasib baik tak ada barang yang berat2 sangat.
Selesai unloading barang2, kami tinggalkan Ayong bersama kawan2nya di KKM. Kami perlu meneruskan perjalanan ke Senawang pulak. Menuju ke SDAR...
Selamat tinggal Ayong. Belajar rajin2 ya. Study smart tau! Mak dan abah doakan yang terbaik untuk Ayong. Mak abah sayangkan Ayong.
*****