Memaparkan catatan dengan label PRK Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Perak. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 21, 2009

KeBOdOhan Vs KePintaRan SpeAKer DUN PeRAk

MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulanIPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.
Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.
Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Berita Penuh klik disini
KoMen SuMandak:
Ape hal la Speaker ni buat kecoh... nak tanya kalo ni dah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ape pula beliau nak jawab:-
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak kepada Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan negeri Perak.
Perkara 7: Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat....
Perkara 12: Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar....(Baginda Sultan punya kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan di negeri ini).
Jadi rasanya ape lagi Speaker ni nak riuh rendah macam ayam bertelur riuh sekampung padahal hanya sebiji telur je keluar hahahahah.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"