Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan

Rabu, April 22, 2009

Naik kadar 50 sen prabayar kena DENDA

Kalolah kes ni dalat diselesaikan kat Sabah kan best..... ni Sumandak nak ceta atas pengalaman sendiri...

Lokasi; Pekan Inanam, Kedai Runcit

Sumandak : Bos top up digi ada ka?
Peruncit : Ada mao berapa?
Sumandak : RM10
Peruncit : ok

Selamba je Sumandak bagi duit note RM10 kat dia... tau ape dia cakap

Peruncit : Adik, ni RM10.50 la bukan RM10
Sumandak : Itu macam ka, bila masa ada 50 sen lagi
Peruncit : Dulu lagi sudah ada la adik.
Sumandak : Sape bagi arahan ada naik 50 sen
Peruncit : (senyum kambing je la jawapan dia bagi kat aku)

Ni berlaku kat Sumandak kawasan Inanam tu kalo nak dipikirkan lebih 5 ribu penduduk bayangkan 2 ribu je yang guna line DIGI prepaid confirm dia untung banyak.... Ape pun kes ni dah dicekup dek pihak berkuasa laporan terkini...

22/04/2009 3:55pm

KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama
KoMeN SuMandAK;
Harap-harap kat Sabah tu buatlah pemantauan segera cian kat kami rupanya dah kena TIPU BULAT-BULAT dek peniaga yang tamak haloba...... aduh ciannya...

Rabu, November 05, 2008

16% kADAr KemISkiNAN di SaBAH berJAYA diTUrunkan

Besar juga 16% kadar kemiskinan yang dapat diturunkan berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berbanding 23.0 peratus dalam tahun 2004. Manakala kadar Kemiskinan Tegar telah mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus bagi tahun 2007 berbanding 6.5 peratus dalam tahun 2004....
Satu pencapaian yang cukup kita boleh banggakan sebagai rakyat Sabah.... Sumandak yakin ni semua hasil daripada strategi dan pelbagai program yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Diharap peratusan kadar ini akan dapat lagi diturunkan bukan ape sedih btoi hati Sumandak bila Sabah tersenarai antara negeri yang masih mempunyai kadar peratus rakyat termiskin di negara ini........
Sumandak suka melancong kat tempat orang tapi lebih minat bila melancong kat tempat sendiri....Sepanjang lawatan Sumandak dibeberapa kawasan seperti Kinabatangan, Ranau dan Keningau; Sumandak harap agar Kerajaan Negeri dan Pusat perlu melihat lagi kawasan pedalaman Sabah yang masih perlukan pembangunan khususnya kepada infrastruktur dan keperluan asas.....
Sumandak lihat masih ramai lagi penduduk pedalaman Sabah bergantung penuh kepada air graviti....air sungai..... lampu solar....lampu pam.... lampu generater........dan yang utama jalan raya yang perlu sangat-sangat dinaik tarafkan.... Harap suara Rakyat dapat didengar.....

Selasa, November 04, 2008

HarGA MinYAK TuRUN Tapi BeBAn RaKYAt maSih NaIk

Gembiranya hati Sumandak bila baca berita harga minyak turun lagi.....dan tak lama lagi rakyat akan merasai penurunan harga barang keperluan dan pengangkutan (bas ekspress dan teksi)....
Tapi semangat berkobar-kobar dan keyakinan Sumandak bahawa harga akan turun macam juga harga minya turun merosot bilamana teksi masih lagi mengekalkan harga semasa mengalami kenaikan harga minyak.... kalo barang keperluan jan lagi la cakap.....
Sampai hari ni juga Sumandak tertanya-tanya adakah disebabkan Sabah ni jauh dari Pusat Kerajaan (Semenanjung Malaysia) yang selalu kena pantau..... tapi tak adil lah memang kalo dulu orang Sabah terima aje keadaan seadanya tetapi sampai bila.... kalo ikutkan kos hidup kira di Sabah pun makin tinggi juga terutama di kawasan pusat Bandaraya........
Sumandak harap sangat isu ni dapat ditangani segera........ RAKYAT dah Semakin Muak bila dasar kerajaan dah keluar tapi ada negeri yang masih tercicir dari amalan dasar tersebut...... MARI RENUNGI bersama.......

Ahad, Oktober 26, 2008

ADAB tentukan KITA KURang AJAR

Sumandak cukup sedih bila ada individu yang cukup tak beradab hingga cetuskan sikap kurang ajar kat kita semasa manusia.... Adakah salah bila kita meminta sesuatu pertolongan atau perkara kita perlu lupakan adab kita sebagai MANUSIA....
Tak kira kita berbangsa ape.... beragama ape... dan berbudaya ape.... tetapi Sumandak yakin dengan corak kehidupan rakyat MALAYSIA......lahirnya datuk nenek kita tak pernah melupakan abad kehidupan hingga bersikap kurang ajar.....
Sumandak suka bawa salah satu lagu M. Nasir ada ayat tertentu 'anak-anak kita perlu juga diajar kurang ajar'......Kata-kata ni cukup membawa makna yang dalam......kita akan bersikap kurang ajar bila hak serta maruah kita dicemar dan dicabar......
Demikianlah yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini..... dalam bidang politik hingga sosiol...namun sikap ini dapat kita atasi jika hati kita disaluti dengan iman.....tak kira bangsa, agama dan budaya..... yang jelas individu tersebut tahu tertib dan peraturan dalam perhubungan sesama manusia.......

SuARA TAUSUG di SAbah

Masa Sumandak sedang menjamu selera di salah sebuah kedai di Pekan Keningau terlihat antara surat khabar tempatan di Sabah ada antara satu yang menarik perhatian Sumandak....surat khabar SUARA TAUSUG.........dengan harga RM3.00 dan kini keluaran dah masuk bil.5. Dengan keluaran sebulan 2 kali.
Isi kandungan Suara Tausug lebih memfokuskan kepada rakyat Sulu yang ada di Sabah....baik dalam bidang perniagaan hingga bidang politik....HEBAT juga lah kandungan dia....dengan ayat selamba tak banyak sangat terikat dengan norma bahasa MALAYSIA (bahasa santai dan mudah difahami khususnya rakyat Sabah)......
Cuma yang Sumandak tak faham bila tengok ruangan artis (kalo tak salah) artis tempatan yang bakal lahir dari negeri Sabah.....ceritanya hebat....dan rakyat Sabah akan lagi rasa bangga bila nampak orang sendiri naik.... Cuma komen Sumandak perlukah posting gaya macam dalam 'majalah playboy'. Walau pun baju ok tapi lengok badan cukup power.......
Sumandak bukan nak pertikaikan etika akhbar SUARA TAUSUG tapi tak sesuai nak kita perkenalkan artis tempatan Sabah dengan gaya macam tu.......Sumandak risau tanggapan jiran negeri dalam negara kita......lagi pun nak bagi glamour bukan kita nak tunjuk gaya seksi....kecian kat artis tempatan kita......
Sejarah mengajar kita untuk lebih memahami erti kehidupan...kaum wanita ni macam madu dah habis manis sepah dibuang......(tapi ada juga yang menghargai wanita) ape pun fikirkan lah masa depan para SUMANDAK yang ada d SABAH tak perlu masuk bidang GLAMOUR jika kena tunjuk 'body'....

Jumaat, Oktober 10, 2008

Hak KEWargaNEGARaAN SABAH

Sumandak suka nak berkongsi pengalaman mengenai kes kesilapan teknikal JPN bagi status kewarganegaraan kat rakyat di Sabah....
Kes ni berlaku hampir 11 tahun dulu..masa tu Sumandak masih lagi berjinak dengan dunia kewartawanan..... Bila balik kampung anak buah Sumandak nak tukar dari Kad pengenalan lama (warna biru) kepada yang ada Bunga Raya (istilah yang sering digunakan olah rakyat Sabah untuk kada pengenalan MALAYSIA) sekarang ni pula dipanggil MYKAD.
Tak pasal-pasal bila dia terima pula status dia dibagi Penduduk Sementara (kad pengenalan warna hijau)... oiyooooo kira berdesing gak Sumandak nak marah kat JPN rupa-rupanya kat sana tersilap teknikal...... nasib baik Sumandak tak melenting tak tentu pasal ..Selang sebulan kad pengenalan yang betul dia terima..... Ni lah berita yang menyokong penuh statement dari MENTERI kita (klik disini).
**Citizenship reinstated but still bitter (Klik disini)
Kepada rakyat Sabah kalo ada kes yang hampir sama dengan Sumandak baik terus pigi JPN Sabah atau cawangan yang berhampiran...Sumandak yakin tak ada konspirasi yang cuba nak mewarganegara rakyat sesuka hati tanpa diperiksa dengan teliti.

JaLUR GemILANG diTERBalikkan LaGI

Sumber: Blog Pewaris Melayu 10/10/08
Ulasan Pewaris Melayu: Semalam, ketika penulis beraya dirumah sahabat penulis di Kondominium Mutiara Bandar Perda, penulis tergamam dan terkejut sekali melihat bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Geram bercampur marah, penulis terus bertanya kepada sahabat yang tinggal di kondominium berkenaan.

Sahabat penulis berkata "Aku pun tak tau. Terkejut jugak aku tengok bendera terbalik. Keja sapa ni.."

Begitu rendahnya mentaliti gerangan yang gantung bendera terbalik ni. Geram dibuatnya.Penulis nak buat pandai pun tak berani, sebab ni bukan tempat kita. Tapi, apa yang penulis harap, mintak AJK Kondominium Mutiara Bandar Perda ambil tindakan untuk menurunkan bendera tu, pasang bagi elok.

P/S: Tak silap penulis, kawasan tu adalah kawasan tadika kemas, sebab ada bendera kemas yang buruk dan dah terkoyak kat situ. Wallahualam..
Komen Sumandak: Sedih....Marah.....Kejam.....Biadap.....Kurang Ajar........adakah perlu untuk Sumandak katakan semua ni untuk melahirkan rasa kecewa Sumandak bila Jalur Gemilang kita diterbalikkan semula..... Kalo ye pun penghuni kat Kondo tu protes takkan sampai nak ludah, nak hina, nak terbalikkan bendera sendiri.. Akal tarak ada ke....
Sumandak yakin kalo bagi isu ni kat Bro Anwar dia pun bagi respon macam ni jugak; lain lah kalo dah kat dahi dia ada 2 kewarganegaraan kemungkinan besar dia dok diam je kat rumah ....sambil beraya sakan berjaya pengaruhi rakyat MALAYSIA menghina negara mereka sendiri.... TOLONG LAH PIKIR DEMI MASA DEPAN KITA....
Kalo dah tahap bendera pun kita hina.... layakkah kita tinggal lagi kat negara ini..... ludah takkan kita nak jilat balik BRO......

Selasa, Oktober 07, 2008

HINDRAF Lapor POLIS

Hindu Ringht Action Force (Hindraf) dah buat laporan Polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Akhbar dan akhbar Utusan Malaysia ekoran kenyataan dan laporan yang mereka dakwa berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Sumandak dah hampir khatam baca AKTA Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKTA 82); dalam buku tu kata Menteri ada kuasa nak berkata mahupun bertindak jika beliau yakin ada unsur yang boleh menggugat keamanan negara. Jadi rasanya tindakan DS Syed Hamid ni betul lah kalo beliau tak buat macam ni senang-senang je individu atau kumpulan tertentu buat benda tak baik kat negara kita....

Di Amerika Syarikat, Sumandak tengok kalo Presiden dia dah dibuat macam PM kita masa 1 Syawal tu confirm berapa ratus orang yang berarak dah meringkuk dalam penjara...(tak kira budak kecik ke.....kaum ibu ke....dan sebagainya yang penting dah nampak niat nak kenakan Presiden dia)... Tapi negara kita masih lagi toleransi walaupun daripada banyak-banyak pengikut HINDRAF datang atas alasan nak bagi KAD RAYA hanya seorang ja yang ucap @ wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat PM.....

Jadi LU PIKIRLAH SANDIRI ye rakyat MALAYSIA....

Jumaat, Oktober 03, 2008

HINDRAF vs ISA (MANGSA KANAK-KANAK)

SAPE yang nak kita salahkan....kanak-kanak ni dieksploitasi demi kepentingan individu tertentu tanpa memikirkan masa depan budak tersebut....

Kaum Ibu hanya tahu menurut kehendak mereka dan tak fikir bahawa masa depan anak-anak mereka mula dicemari dengan budaya 'kurang ajar'...... INIlah erti sebenar KEMERDEKAAN yang mereka cuba terapkan dalam budaya MALAYSIA... Fikirkan bersama......

HINDRAF HeRO 1 SyaWAL


BENTENG UTAMA HINDRAF (KANAK-KANAK & KAUM IBU)

5 HERO HinDRAF



Banyak sangat dugaan kita masa Ramadhan bukan setakat kita menahan lapar dan haus tapi kita juga menahan daripada membuat perkara-perkara yang ditegah oleh agama. 1 Syawal merupakan tarikh keramat kepada semua umat ISLAM; untuk meraihkan hari lebaran yang penuh dengan rahmat daripada-NYA....




Namun sekali lagi umat ISLAM di negara ini diduga dengan kerenah HERO HINDRAF semasa mengunjungi Rumah TERbuka PM di PWTC... (berita penuh)




KOmen: Sumandak tak paham dengan HINDRAF ni kalo teringin sangat nak lepaskan 5 orang pemimpin mereka pun guna lah saluran yang betul....kita ada sistem perundangan yang selama ini kita yakini hanya BRO ANWAR je yang takut kat bayang-bayang sendiri hingga pertikaikan sistem tersebut.




Kalo kita tak salah jangan takut; macam TERESA dia tetap gak dikeluarkan selepas siasatan dah selesai dibuat.....jadi ape nak hirau sangat. Sumandak yakin perundangan kita di bawah kerajaan pada hari ini masi lagi RELEVEN..... nak kecoh-kecoh dalam majlis besar buat ape fikirkan lah dan hormatilah agama dan budaya rakyat MALAYSIA......JANGAN cabar orang MELAYU yang kaya denga budaya dan tatasusila...

Isnin, September 22, 2008

SeMUA KauM CINA akan SoKOng PemBANGkang

Negara kita dah capai merdeka lebih 51 tahun....jika nak lihat hubungan di kalangan rakyat MALAYSIA sejak negara ini merdeka cukup unik hingga menjadi tumpuan serta penyelidikan bagi sesetengah negara yang sedang membangun.
Sumandak cukup bangga jadi rakyat MALAYSIA.....tapi hari ni terlalu banyak ceta politik hingga mampu jejaskan perpaduan negara. Terkini kenyataan akhbar; Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai mengingatkan masyarakat Cina tentang bahaya jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.
Jika perkara ini benar-benar berlaku rasanya negara kita bakal berdepan dengan satu lagi situasi yang sukar macam masa kita hadapi kenaikan harga minyak. Cuma bezanya kemungkinan besar akan berlaku pertumpahan darah di kalangan kaum jika isu ini sering diutarakan dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumandak amat mengharapkan kesedaran rakyat MALAYSIA, baik MELAYU, CINA, INDIA, Bumiputera Bukan Islam (SABAH & SARAWAK) bersatulah semula kerana ini sahaja dapat menjamin ketenteraman negara di samping mampu menyuntik semula ekonomi negara kita.

Jumaat, September 19, 2008

UbAH TumPUAN PoLITik Vs KErJa

Sumber:http://fikirankami.blogspot.com/
Sumandak suka benar lihat gambar ni......jadi paham-pahamlah ye daripada kita gemar polemik dalam politik baik kita tumpu bidang lain pula....negara kita ni bukan maju sangat rakyat yang 7 juta penduduk mahu gak hidup selesa dengan ekonomi yang seimbang. Kalo setiap saat, minit, jam, hari, bulan, tahun, etc........pikir politik; cucu cicit pun ndak hidup sampai TAHUN 2020. Ada lah hidup tapi otak semua nak 'dipolitikkan' takkan ini generasi yang kita nak. RENUNG-RENUNGKAN....

Ahad, September 14, 2008

SeCangKIR MADU PenSianGAN 1

MADU - manis?.....khasiat?.......asli ke?....... Banyak yang boleh kita ungkai daripadanya......Mulanya Sumandak tak fikir sangat pasal khasiat madu ni tapi bila nampak kawan Sumandak makan madu setiap hari untuk mengimbangi horman dalam badan Sumandak tertarik gak untuk mencuba sebab cukup nampak hasilnya POWER!!!!. Baik lelaki mahupun wanita madu boleh manfaatkan bersama.

Cerita pasal madu juga......Sumandak tertarik dengan ceta beberapa blog yang menyentuh ceta kat PenSianGan.....ada yang ceta pasal pembangunan, ekonomi dan yang semakin hangat di pasaran isu politik. Sumandak tau lah skang ni PenSianGan jadi tumpuan sebab ndak lama lagi akan dibanjiri dengan pelbagai ceta. FAMOUS laaa penduduk kat sana atokoi......
Ape pun Sumandak harap ceta kat sana biarlah btoi jan pula jaja ceta yang bukan-bukan yee.... Sumandak nak mulakan kemanisan kat sana umpama madu.......Penduduk masyarakat kat sana majoriti orang Murut dan Dusun macam Sumandak......Bangsa kami ni cukup makmur dan bahagia dengan keadaan aman damai.......hubungan kami ndak jauh juga saling berkaitan......masuk kampung ni ada keluarga; kampung itu lagi ada menyangkut hubungan keluarga......Kesimpulannya, tanya ja nama mesti orang kenal punya....
Agama kat sini ramai yang menganut agama Kristian kalo korang masuk di kawasan Sook tapi kalo di kawasan Nabawan ramai yang beragama Kristian dan Pagen. Walaupun kedua-dua agama ni yang mendominasi kawasan Pensiangan tapi ada juga korang jumpa orang Dusun yang beragama Islam jadi kami ni cukup 'perasa'......kalo dalam makanan.
Rasanya anda akan lebih tau tentang tempat ni bila masuk kat 'blog jiran tetangga' cuma Sumandak ingatkan ada sesetengah ceta nak menafikan perpaduan dan pembangunan yang kami nikmati.......Memang kalo ceta pasal naik taraf jalan raya .....kami kat sini dah menikmati secara berperingkat-peringkat untuk menyempurnakan keadaan jalan raya.... Bayangkan keluasan PenSiangan lebih besar dari negeri Kelantan...seluas 8,126 kilometer persegi bersamaan dengan 812,663 hektar. Dan buat masa ni 30,000 hektar je boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian.
Permukaan topografi Pensiangan berbukit bukau, kalo pigi sebelah Timur, bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan, Pigi kat sbelah Barat sempadan pula dengan daerah Keningau dan Tenom. Sebelah Selatan anda akan pigi pula sempadan antarabangsa Kalimantan Indonesia. Daripada kerajaan Berjaya, USNO, PBS dan sekarang ni Kerajaan BN telah berusaha juga untuk naik tarafkan cara hidup kami.....
Sumandak akan ceta lagi pasal Pensingan dilain episode..... dan nasihat Sumandak kat orang luar yang bakal membanjiri PenSianGAN jaga tertib anda jangan pula gunakan budaya kat Permatang Pauh sebab budaya kami kat sini cukup berbeza......kami tak suka keganasan untuk capai pembangunan yang bakal anda janjikan macam MADU.......
Kami lebih suka kedamaian, perpaduan dan yang utama sekali kecapi pembanggunan walaupun secara berperingkat sebab kami tahu hidup bukan macam ALADDIN bila minta dapat dalam sekelip mata........kat sini mesti ada perancangan (luas ba kawasan ni bos).....mau buat jalan raya memang ambik masa lama (abis kan kawasan berbukit bukau) macam tu juga bila kami mau minta salurkan air dari paip dan elektrik. Tapi sekarang separuh daripada penduduk kami yang seramai lebih 57,950 orang penduduk dah menikamati kemudahan tersebut dengan hampir sempurna gia.........

Ahad, September 07, 2008

PERKARA 153 - SejaRAH Tak Boleh DiUbah

SuriaPagi rasa terharu bila membaca semula kepentingan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara kita... Rakyat Malaysia khususnya golongan belia perlu membaca rencana ini - ancaman kepada Melayu untuk mengimbau semula hak kita di negara ini bukan ikut hati muda aje.

Bukan niat SuriaPagi nak keluarkan isu perkauman lagi tapi cukup untuk membuka semula sejarah yang telah membentuk negara ini.. marilah kita hayati bersama dan di sini juga akan menjawab isu Melayu Iibreal, hak orang Melayu, DEB dan banyak lagi.

Lagu Enjit Semut -HEBAT Paparan BuDaya MeLayu


Hebatlah...... sape-sape yang menciptanya SuriaPagi rasa anda antara insan seni yang terhebat dipasaran TAHNIAH. Rakyat Malaysia perlu tengok dan hayati mesejnya anda takkan rasa rugi pasti nak dengar lagi...... (Boleh tengok kat Youtube flow keyword Melayu Brotherhood- enjit-enjit semut)

KaTAK Nak MElanCONG



Rasanya tiket@set nak pi Sabah dah penuh la bagi rombongan ni......dorang nak join 16 September 2008 dikatakan kat Sabah tapi takkan jadi realiti. Hanya mimpi semata-mata.

Sabtu, September 06, 2008

MALAYSIA Talabih CanGGih

SuriaPagi tengok budaya rakyat kita semakin 'talabih'dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar era abad ke-21.
Orang bersumpah laknat diragui kesahihannya ape lagi mohon maaf terbuka juga dipaksa kononnya nak jaga perpaduan kaum di negara ini.
Sememangnya budaya orang Melayu kalo bersumpah laknat orang ni dah kira 'hero' sanggup gadai nyawa dengan Allah s.w.t demi dapatkan kebenaran. Apa lagi nak minta maaf dihadapan lebih 7 juta penduduk Malaysia. HEBAT btoi cara orang MALAYSIA tangani masalah semasa.
Tapi hairannya nape perkara ni semua dihadapi oleh orang Melayu? Orang India atau Cina yang lantang cakap pasal hak keistimewaan orang Melayu tidak pula didesak minta maaf atau bersumpah ikut kepercayaan agama mereka. (MACAM ada yang tak kena).
Sampai bila nak kehidupan yang 'talabih' ni. SuriaPagi bukan berniat nak semarakkan lagi sentimen perkauman yang sememangnya sensitif di kalangan kita tapi fikirkan lah takkan kita nak korbankan 'kemakmuran', 'kedamaian', 'keselesaan' dan 'ke' yang sewaktu/sejenis dengannya.
SuriaPagi yakin orang Cina atau India tak nak juga negara jadi macam Bangkok pasal sini juga tempat mereka lahir sampai bercucu cicit, lain lah kalo 'kita' ni ada 2 kenegaraan (semangat demi negara memang tarak ada jugak).
Fikirkanlah sampai bila nak 'tegangkan' negara hanya perkara remeh yang boleh diatasi bersama. Setiap kaum ada pemimpin buat perbincangan, apa guna akal ni disediakan untuk buat 'meja bulat'. Runding baik-baik akan lahir satu idea yang lebih BERNAS demi anak dan cucu di negara ni jugak.
Bagi kerajaan PAKATAN RAKYAT pun sama kewanitaan Datuk Seri Wan Azizah telah menyerlahkan kepimpinan tokoh Perempuan Melayu Terakhir (peranakan Melayu) darah yang mengalir pada diri beliau bukti negara kita suka 'budaya campur' bukan 'tolak'. Dorang ni kalo part kaum pun akan bersatu untuk pastikan mereka tetap punya hubungan yang harmonis. Cuma tolonglah nasihatkan jangan jadi pengkhianat bangsa kerana yang rugi RAKYAT MALAYSIA sendiri termasuk darah daging PAKATAN RAKYAT.
p/s: Amerika takkan dapat tolong bila satu bangsa/negara dah runtuh malah mereka akan lari dengan anak-anak kacutan MELAYU-AMERIKA / CINA-AMERIKA /INDIA AMERIKA.
Renungi bersama SuriaPagi pencetus minda kelas satu........

Khamis, September 04, 2008

DS NAJIB MoHon MaAF

Ramai yang beri respon negatif dan menyalahkan napelah DS Najib buat 'statement' minta maaf untuk isu yang berlegar dengan tindakan daripada Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.
Dah menjadi adat orang yang berpangkat bila kena tanya oleh wartawan jawapan ini akan dibuat tapi tidak bermakna DS Najib yang perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini. SuriaPagi lebih rasa releven jika Datuk Ahmad sendiri tampil dan selesaikan isu ini dengan segera.
Kita sebagai rakyat MALAYSIA yakin pemimpin kita tahu apa nak buat (bukan nak tekan lif sendiri = angkat bakul sendiri) tapi ini adalah realiti kepimpinan negara kita pada hari ini. Tengok je DAP selalu gunakan Karpal Singh menyentuh dan membicara isu perkauman tapi nape dia tak perlu minta maaf. Isu macam ni kalo dilayan sangat negara hanya akan tahu berpolemik politik dan lupa agenda negara yang paling besar NAK MAJU DAN CAPAI WAWASAN 2020.
Jadi jawapan yang sesuai DATUK AHMAD mohon tampil bukan buat sumpah laknat tapi jernihkan air yang Datuk dah keruhkan semasa kempen di Permatang Pauh. Renungilah perpaduan negara kita yang mempunyai keunikan dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Khamis, Ogos 28, 2008

RM50 JUTA UNTUK PATI

Sumber: New Sabah Times (28/08/08)

KUALA LUMPUR: Peruntukan khas untuk operasi besar-besaran bagi menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini adalah sebanyak RM50 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kos penghantaran dan penguatkuasaan pendatang asing pada tahun lepas meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

“Mengikut angka yang kita ada pada tahun 2006 kos penghantaran pendatang asing adalah sebanyak RM2.47 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM1.9 juta manakala kos penghantaran pada tahun lepas adalah sebanyak RM11.9 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM7 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada persidangan Dewan Rak-yat di sini kelmarin.

Mengenai jumlah tenaga kerja asing yang memasuki negara lebih daripada sekali sejak operasi besar-besaran pada tahun 1998 hingga 1999, Syed Hamid berkata Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat membekalkan statistik kerana pada ketika itu proses pengusiran pulang pendatang ke negara asal dibuat secara manual.

“Pada ketika itu sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen berada di peringkat pembangunan sistem, oleh yang demikian cap jari warganegara asing yang diambil secara manual sebelum diusir ke negara asal dihantar ke Jabatan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mulai tahun 2005, semua pendatang tanpa izin yang diusir ke negara asal akan diambil biometrik mereka yang akan disimpan dalam sistem komputer dan boleh digunakan untuk membuat semakan jika seseorang rakyat asing itu pernah diusir dari negara ini kerana melakukan kesalahan.

Syed Hamid berkata bagi memantapkan lagi pengurusan pekerja dan pelajar asing di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan i-kad untuk semua pekerja, pelajar dan warganegara asing yang menyertai program khas seperti Malaysia Rumah Kedua Ku.

“Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Imig-resen sehingga 22 Ogos lepas, sebanyak 437,891 i-kad sudah dikeluarkan kepada warganegara asing yang bekerja atau belajar di negara ini.

“Seramai 36,112 pelajar dan seramai 401,779 pekerja asing telah diserahkan i-kad,” katanya.
KoMEN: Suria Pagi nak tanya kat SAPP nak 'bising' ape lagi apabila kerajaan dah nyatakan dengan jelas penghantaran PATI di Sabah.

Jumaat, Ogos 08, 2008

FASA PERTAMA OPS PATI DI SABAH

Sumber : DAILY EXPRESS NEWS (08.08.2008)
Op's first phase starts
Kota Kinabalu: The much-anticipated crackdown on illegal immigrants dubbed Ops Bersepadu was launched, early Thursday, and the first phase focussed on the West Coast, particularly squatter areas in the capital and neighbouring Penampang.

It involved some 500 officers from various enforcement agencies and also the local authorities.

Police teams including armed General Operations Force (GOF) personnel spearheaded the raids, combing closely-knit squatter colonies in Tanjung Aru, Sembulan, Gaya Island, Kg Tunoh, Kobusak and Dabak, among others.

In the meantime, officers from the Immigration Department, National Registration Department, Special Federal Taskforce and other agencies conducted the screening process in holding centres at the Luyang Community Centre and Federal Complex multipurpose hall.

Illegal immigrants would be sent to temporary detention centres in Menggatal and the army's Kem Paradise in Kota Belud for repatriation.

State Secretary, Datuk Sukarti Wakiman, who is heading the operation said house-to-house inspections and roadblocks were conducted from 3am.

In a statement, Thursday, he said as of 11.30am, about 2, 500 people were screened in the operation, and those with dubious documents were brought for further checking at the holding centres.

"As the State-level Operations Chief, I am satisfied with the implementation of the operation today," he said, adding the next phase would be carried out in accordance to what had been planned.

The operation is being coordinated by a secretariat under the State Security Committee headed by Chief Minister Datuk Musa Aman.

Deputy Commissioner of Police, Datuk Ab Razak Ab Ghani said while everything went without a problem, police had expected a low detainee count due to the media coverage on the crackdown.

"We had anticipated lower numbers of illegal immigrants as it was publicised that action will come in the first week (of August)," he said.

It is expected that the authorities will comb much of the West Coast for illegal immigrants in the coming few months before they switch their attention to the East Coast.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"