Showing posts with label Bagan. Show all posts
Showing posts with label Bagan. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Jejak Myanmar - 19 - Bagan : Bagan to Yangon

Layan koleksi gambar gambar sekitar Bagan yang aku sempat snap dari Pyathada Paya !

Temples, kuil dan pagoda macam cendawan tumbuh

Salah satu temple yang aku dah jejak semalam untuk tengok sunset

Bagan... menanti mentari menghilang. 

Malangnya untuk hari ke dua ni, matahari masih sama malu malu. Cuma hari ni ada jugak la kaler kaler sikit berbanding dengan semalam. 

Walaupun tak nampak jelas matahari terbenam tapi at least boleh la aku syok syok sendiri ambik gambar. Cuma tak daya nak tunggu sampai abis sunset sebab aku kena kejar masa.

Orang sudah mula ramai di atas bumbung Pyatada Paya ni untuk tengok sunset. Tak lupa jugak yang mula berniaga kat atas ni...

Antara temple terbesar di Bagan

Senja tak berapa nak ada

Padang pasir dan pagoda.... 

Aku tinggalkan Pyathada Paya ni sewaktu orang lain mula sampai untuk tengok sunset. Kalau ikutkan hati aku memang la nak tunggu. Tapi kalau aku tunggu, buatnya terlepas bas nanti, aku yang haru.

So redha je lah. Tu je rezeki aku nak tengok sunset di Bagan ni. Dah cuba 2 hari... hasilnya tak berapa menepati citarasa.

Pasrah !

Bye bye Pyathada Paya

Cuma masa keluar dari kawasan tu, nampak ada sinaran mentari mula menurun... nampak lah sikit kelibat sunset yang baru nak bermula...

Tak berapa meriah mana disebabkan mendung

Kelam

Sempat on the way balik tu snap sana sini lagi. Tapi snappy dari atas ebike je lah.

Perjalanan menuju ke jalan besar

Sunset yang tertinggal

Bergegas pulang ke hotel

Nampak lagi sikit sikit sunset... snappy jugak lagi

Sinaran

Ni je lah yang ada

Tamatlah perjalanan di Bagan selama 2 hari.

Bagi aku Bagan mempunyai keunikannya tersendiri dan wajib di kunjungi oleh para peminat yang minat travel. Uniknya bukan sebab pagoda yang banyak banyak tu. Kita pegi pun bukan nak beribadat ke apa, tapi pemandangan Bagan tu sendiri dengan ratusan pagoda tu buat lembahnya jadi menarik.

Dan kalau sebelum ni, aku hanya baca mengenai Bagan ni tapi sekarang aku dah boleh buay kesimpulan sendiri, Bagan adalah salah satu tempat yang wajib di kunjungi.

Dan Alhamdulillah. Takdir Tuhan telah pun mengizinkan aku untuk jejakkan kaki di sini.



Setiap ku bersamamu
Perasaanku keliru
Apakah ini cinta
Atau hanya teman saja

Semakin lama ku rasa
Aku benar-benar cinta
Selalu merindukanmu
Selalu memikirkanmu

Hanya engkau yang mampu
Mencintaiku tulus
Menyayangiku sepenuh hatimu

Ke mana pun ku pergi
Pasti ada bayangmu
Menghantuiku mengusik fikiran

Ternyata kaulah takdir cintaku
Hujung pelabuhan hatiku

Masa sampai kat area hotel tu, aku pegi pulangkan ebike dulu. Tak de apa sangat, just return je. Aku dah siap siap bayar semalam harga sewa.

Tengok masih ada masa lagi, aku lepak kejap kat kedai makan mamat yang reti cakap Melayu sikit sikit tu. Dia ada kat kedai hari tu. 

Aku order minum.. Order jugak pau dia yang sedap tu.... Dia cakap dia buat sendiri. Dalam tu ada inti kacang merah.

Ini la kedai dia... kat tepi jalan. Nama kedai world !!

Makan pau kacang dan minum air

Lepas abis makan, aku balik ke hotel. Tanya orang hotel, pick up sampai kol berapa.. dia suruh tunggu. Aku perasan ada jugak la dua tiga orang macam menunggu pick up yang sama dari hotel tu. 

Semua orang nak naik JJ bus.

Tak lama lepas pick up pun datang. Dalam tu penuh dengan puak puak pelancong dari India.. Bising betul berborak sesama mereka. Sebab ramai, so driver tu suruh aku dok depan dengan dia dan ada sorang lagi minah salleh ni.

So sempat la borak borak dengan minah tu.

Dia American dan jadi English teacher di International School di Yangon. Borak borak pasal travel etc. Dia dah 6 bulan duduk Myanmar tapi belum abis cover lagi. Tu pun dia pegi weekend trip je ke Bagan. Dok layan borak dengan dia sambil dia tanya tanya pasal Malaysia. Dia kata nak datang Malaysia sebab nak makan Nasi Lemak !!

Haaaaaa. Glamer nasi lemak.

Jenuh aku terangkan apa benda dan cemana nak buat nasi lemak tu. Kalau dia salin resepi.. mesti bila dia buat mati keracunan sebab aku merepek je. Konon reti.

Heyy. Aku tak mau memalukan bangsa. So konon semua orang Malaysia tau apa itu nasi lemak dan ingredient dia. Aku tau makan jer.... Tapi demi bangsa dan nusa dan tak mau malu dengan orang asing, aku cas cas reti !

Hahahahah....

Minah ni banyak keje kat oversea, tapi dia kata hujung tahun ni dia nak balik US for good sebab dia dah lama merantau. 

Sempat aku tanya dia soalan kehidupan dia di Yangon tu. Dia jawab..

"It is not so good. People looking at me like I am in the zoo"

Hahaha. Biasalah orang putih kan, orang selalu pandang atas bawah. Tapi dia cakap dia dah biasa.

Dari Nyaung Yu... pick up tu terus ke New Bagan dan bas menunggu di situ.

JJ Bus dari Bagan ke Yangon

New Bagan

Memang JJ bus ni 10 kali lebih selesa daripada bus bus lain yang ada di Myanmar ni. Seat dia lebih luas dan selesa. Lagi lagi aku dapat 1 seat sorang sebab seat dia cuma 3 jer 1 row. Memang syok nak tido lah tak kacau orang. Memang aku recommend JJ bus ni.. tapi tu la.. cepat penuh.

Ni FB JJ Bus

Yang tak syoknya... puak puak India yang sama naik pick up dengan aku tadi, bila dah dalam bas dia punya bising mengalahkan kat pasar. Dia orang agak ramai la.. pastu siap main game la.. main teka teka... riuh satu bas.

Nasib baik la.. bus yang aku naik mula mula ni.. bergerak semula ke Nyaung Yu Bus Station dan di sana ada satu lagi bus lain menunggu. JJ bus jugak so kami di split ke dua dua bas tu dan puak puak India ni naik bas tak sama dengan aku !

Lega..

Kalau tak aku tak tau apa benda dia orang beraktiviti dalam bas sepanjang jalan nanti.

Geng Geng India buat angkara dalam bas. Siap berdiri dan main teka teka perkataan... Bising betul.

Sebaik saja naik bas dan bas bergerak ke Yangon, aku terus pengsan !!!

Sedar sedar bas berhenti di kawasan R&R. Yang menariknya masa nak turun tu dia orang siap bekalkan set ubat gigi dan berus gigi.. boleh lah sesapa nak gosok gigi. Nak makan pun boleh. Aku gi usha jugak la tapi tak de benda yang menarik aku rasa nak try.

So aku lepak je la hisap rokok sambil tengok tengok orang.

Bas berhenti. Ada orang jual buah buahan

Tempat R&R

Baik hati mamat ni bagi anjing tu makan. Makan kacang rebus.

Naik semula bas dan aku pengsan sekali lagi.

Memang bas ni cukup selesa untuk perjalanan jauh pun. Bas bergerak dari Bagan pukul 8 malam dan sampai di Station Bas Intercity Aung Mingalar di luar Yangon lebih kurang pukul 5.30 pagi !

Aku terjaga tu dah nak sampai. Punya la tidur lena gila. Tapi kali ni tersedar ngam ngam sampai Yangon. Tak de tali berselerat dan tak de kena tinggal dah.

Bas sampai di Bus Station Aung Mingalar 

Sampai di bus station ni, terus keluar dan cari teksi. Memang nak ke airport secepat mungkin sebab flight pukul 7 pagi. 

Tapi ada lak mamat ni offer nak jadi drebar. Jenis prebet sapu yang hantar hantar orang ni. Mamat ni offer nak hantar aku ke airport. Memula dia nak ketuk 10,000 Kyat. Aku tak mau. Last sekali nego nego aku sudi bayar 4,000 Kyat. Akhirnya dia setuju.

Yang menarik lagi. dia naik keta mahal ! Dan dalam kereta tu.. awek dia ke sapa ntah tengah membuta. 

Aku malas nak ambik pot.. janji aku sampai airport sudah. Tapi tak de la juah sangat dari bus station tu ke airport or maybe dia lalu ikut short cut kot.

Sampai airport

Check in kat airport..

Tak de apa yang menarik sangat nak buat di airport ni. Lepas check in apa semua... aku terus masuk boarding room.

Siap sedia nak belayar pulang ke tanahair..

Tapi.. lepas pada chop passport tu.. tiba tiba.... perut rasa memulas semula.

Ergh....................... tetiba terasa nak cherry cherry lady lagi.... Mampus !!!! Jangan la kejadian kelmarin berulang lagi.. 

bersambung..............

Wednesday, December 24, 2014

Jejak Myanmar - 18 - Bagan : Bagan - Pyathada Paya

Dah. Dah. Dah. Jangan bayangkan lebih lebih.

Kalau nak exaggerate aku cakap aku melompat lalu buat somersault berputar dan landing macam Kesatria Baja Hitam.

Hebat?

Tapi sebenarnya tak. Dan tak jugak aku tertonggeng nyior.

Jalan memang berpasir, masa pusing throttle.. tayar tertiba terlekat celah celah pasir yang gambut tu lalu ebike terjatuh.

Nasib baik aku sempat terjun dan landing dengan gaya tersendiri !! Hahaha.

Sasau sekejap la sebab nak selamatkan ebike.. tapi last sekali aku lepas je tu yang terus ebike tu terbalik. Nasib tak jahanam.

Pyathada Paya dari kejauhan

Laluan ke Pyathada Paya. Paya means pagoda.

Pagoda ni memang terletak jauh ke belah dalam. Nak pegi tak de access jalan raya yang sempurna. Kena main bajet bajet sendiri je ikut laluan yang ada. 

Pyathada Paya ni terkenal sebagai salah satu lagi port untuk sunrise dan sunset ! Biasanya kalau temple yang menjadi tumpuan untuk tengok sunset mahupun sunrise adalah temple yang tinggi dan boleh di panjat. Termasuk la Pyathada Paya ni.

Tapi pagoda ni lebih menarik sebab dia terletak away dari pagoda pagoda yang lain dan akan memberi impak pada view sunset nanti.

Pintu masuk

Masa aku sampai kat sini tak de orang langsung. Maybe masih awal.. biasanya dekat pukul 5 baru orang ramai datang untuk tengok sunset ni. Tapi aku tak ada banyak masa sebab pukul 7 nanti aku dah kena balik ke hotel untuk pick up ambik sebelum bas untuk bertolak balik ke Yangon. 

Aku tak boleh terlepas yang tu. 

Redha lah sampai awal awal. Cuaca pun masih panas berdenting. Langsung tak ada satu kelibat manusia pun yang aku jumpa.

Minuman yang di beli. Dah comot comot sebab jatuh dengan ebike tadi tu

Peraturan umum sebelum masuk pagoda pagoda di Bagan

Di sini ada gerai jualan juga tapi masih belum di buka. Biasanya bila orang dah ramai baru ada jualan. Sebab tempat ni orang cuma datang time sunset jer so kedai pun ada timing timing dia waktu buka.

Masa aku sampai tempat ni memang sunyi dan sepi.

Melilau lilau lah jugak cari kat mana tangga nak naik ke atas. So aku masuk dalam temple ni tengok keadaan. Seram dan senyap sunyi jer.

Tapi.. tiba tiba aku dengar orang berdehem.

Terperanjat boboi !!!

Terus cuak berlebihan. Ada orang ke? Kenapa aku tak nampak ada ebike ker.. basikal ker.. macamana boleh ada orang kat sini?

Macam tu aku tertanya tanya. Tetiba rasa ngeri.

Lama jugak aku duduk depan temple ni, mencari cari kot betul ada orang atau pun perasaan aku. Memang aku yakin aku dengar orang berdehem tadi. Tapi siapa?

Hantu?????????????

Kalau orang kenapa takde selipar di tinggalkan di pintu masuk... takkan dia masuk pakai selipar?

Lama jugak aku duduk atas ebike depan pagoda ni. Dok perhati kot nampak sebarang kelibat. Tapi tak de. Abis hisap rokok, aku bawak ebike dan tergerak hati nak pusing ke belakang.

Aku bawak ebike jer.. sebab fikir  kalau apa apa jadi aku lari je dengan ebike ni karang.

Tetiba kat belakang, aku nampak ada pondok kecik. Tapi macam tak de orang.

Terjenguk jenguk.

Pondok belakang pagoda 

Tiba tiba.. ada suara.

"Hello !!!"

Rupanya ada sorang pakcik tua ni kat belah atas. Dia tegur. Terkejut gak la aku. Kurus dan muka agak scary. Baju tak pakai. Dia turun dan kami borak borak kejap. Rupa rupanya dia adalah monk yang menjaga Pyathada Paya ni !!

Cis. Mati mati aku ingat hantu ! Maka terjawab la sudah sapa yang berdehem tadi tu.

Borak borak dengan dia. Dia tinggal di pondok belakang pagoda tu. Dah 2 tahun dia duduk situ. Kiranya dia lah penjaga pagoda ni. Ngeri jugak aku dengar sebab temple ni jauh daripada bandar dan kawasan kawasan penempatan yang lain. Tapi pakcik tu kata dia dah biasa. Kadang kadang dia masak kat pondok dia tu. Kadang kadang dia keluar gi beli makanan naik basikal jer.

Fuh... aku lak jadi seram membayangkan dia boleh duduk sorang diri kat tempat macam ni. Dah la tak de electricity. Kalau apa apa hal, jauh jugak nak mintak tolong.

Pakcik tu jugak lah tunjuk kat aku tangga untuk naik ke atas bumbung............ Entrance dia terletak di tepi pagoda. Aku park ebike dan terus panjat ke atas.

Naik tangga

Di atas Pyathada Paya ni terdapat satu kawasan rata di atas bumbung yang boleh di naiki. 

Cuma agak panas

Padang pasir

Tapi ada satu lagi kuil di atas bumbungnya di tengah tengah

Dan di sini lah, dari bumbung pagoda ini menjadi tempat tumpuan orang datang untuk melihat sunset dan sunrise di Bagan. 

Agak berbeza dengan temple yang aku pegi semalam tu untuk tengok sunset. Sini agak tersorok dan remote.

Tapi view memang lawa...

Layan.

Di sudut lain

Pagoda pagoda di Bagan...

View dari atas Pyathada Paya

Kawasan kering dan tandus.. Kat laluan sana tu la aku jatuh tadi.. dekat pokok tu ada gerai orang berjual petang petang.... 

Ni cerita pasal Phathada Paya ni.

Dating from the 13th century, during the latter period of temple building at Bagan, this huge, impressive pagoda is a superb sunset-viewing spot, with a giant open terrace (Bagan’s largest) atop the steps, and another small deck further up. The tour groups have discovered it so you’re unlikely to have the place to yourself. It is about half a mile southeast of Sulamani, reached by dirt roads that sometimes get obscured in goat fields.

Pyathada’s interior arches are still partly open to view. The architects used an inner relieving arch and a second upper arch to support the huge chambers, illustrating the point that temple styles changed in Bagan because the builders improved at arch construction. Note how the top stupa isn’t centred on the top platform.

Di atas bumbung ada struktur binaan lain pulak. Sebab panas, aku dok berlindung kat celah celah pintu di situ

Sambil melayan view Bagan...

Masa tu aku yakin, aku sorang je ada kat kawasan tu dengan pakcik Monk tadi. Tapi aku tau dia kat bawah.

Tengah aku duduk kat celah celah batu bata tu berlindung dari panas, sekali lagi pakcik tu datang dan buat kejutan !!!

Nasib baik aku tak terlompat sebab terkejut. Dah la dia tak bagi sign dia ada kat situ, berjalan pun senyap jer.. tak de bunyi apa apa. Sedar sedar dia datang kat aku, pastu tunjuk wallet aku !

Arghh...

Aku tak tau nak cakap apa tapi kat tangan dia ada wallet aku dan Pakcik Monk tu terus hulur. Aku check kat dalam poket seluar memang takder. Sah la aku dah tercicir. Monk tu cakap, aku tercicir dekat parking ebike.

Nasib la dia yang jumpa !

Wallet yang hampir hilang. Kus semangat

Terkejut sebenarnya aku. Start dari kena sergah tadi aku ingat pakcik ni hantu ke apa.. tapi dia jugak lah yang baik hati datang hantar wallet aku yang tercicir.

Owh. Terharu. Rasa bersalah pulak menyusahkan orang. Masa dia pass kat aku wallet tu, aku tak sempat nak check sebab dia pun macam nak cepat cepat turun. Cuma secara sepontan aku bukak wallet dan aku ambik note 10,000 Kyatt dan terus aku hulur kat dia.

Tapi.. dia geleng kepala. Tak nak ambik !

Pasrah. Then dia blah.

Rasa nak maki hamun jugak diri sendiri. Cemana aku boleh tak perasan wallet aku tercicir? Isk.. bahaya betul. Nasib pakcik tu baik. Kalau orang lain yang jumpa? Tak ke haru jadinya? 

Dah lah aku tuduh dia hantu awal awal tadi !

* tunjal tunjal kepala sendiri

Ni la celah celah yang redup sikit kat atas bumbung pagoda ni tempat aku berlindung. Tengah bersandar tepi tu la tetiba pakcik sami tu muncul dari belakang. Tak ke aku terkejut beruk sekali lagi.

Now datang keinsafan !

Moralnya di sini. Jangan tuduh orang bukan bukan. Jangan menghukum orang. Jangan judge orang dan fikir bukan bukan.

Kadang kadang orang tu lah yang akan membantu kita akhirnya.

Apa yang lagi penting jaga wallet supaya tak tercicir !!!

Insaf

Lama jugak aku lepak kat situ... then lepas tu mula la datang orang dan mereka pun ramai yang dah naik atas bumbung untuk tengok view Bagan

Di sebelah bukit

Bagan

Pagoda yang timbul dari dataran padang pasir

Pagoda dalam pembinaan

Menjelang petang... dah ramai orang datang. Ada yang berkenderaan dan siap yang datang dengan bas sekali !

Dan tempat ni terus di hujani dengan photographer... pelancong dan sebagainya. 

Menara tinjau yang lain. Yang tu nak naik kena bayar rasanya

Mamat baju putih kat atas tu dia dari India... dia duduk ajak aku gebang borak borak, tapi aku rengsa nak melayan sebab dia dok cerita kehebatan dia jer. 

Lens dia yang banyak. Gambar gambar dia yang konon cantik. Bla bla bla....

Siap tunjuk kat aku lagi.. bagi aku biasa biasa jer.. ke aku jeles? Tak jeles pun la.. cuma anoyying jer rasa. Last sekali dia blah pegi ke lain.

Ada kereta datang...

Satu lagi ketua penyamun baru sampai...

Warga pelancong juga hadir ke sini...

Mereka dah datang

View yang dapat di lihat dari bumbung Phathada Paya ini

Orang makin ramai lepas tu. Dan sebab aku pun kejar masa serta tak pasti sunset pukul berapa, akhirnya aku mengambil keputusan untuk beredar.  Lagipun kat atas tu dah ada siap orang berjual. Jadi semakin semak jer.

Bergegas aku blah dari tempat ni takut nanti lewat sampai hotel. Dah cuba cuba curi masa untuk stay lebih lama tapi akhirnya aku akur, tiada sunset untuk aku di Bagan ni. Tidak untuk dua dua hari aku di sini.

Time orang ramai dah memuncak tiba di Phathada Paya ni, aku beredar meninggalkan view yang cantik lawa dari sini. Memang worth it datang ke temple ni. Walaupun aku tak sempat nak tunggu untuk tengok sunset.

Tak pe la sang mentari senja. Dengan hati menahan sangsi, aku terpaksa melangkah pergi, Tega kau menyepi..............

* seka air mata

Aku kecewa lagi di hari ke dua di sini..........



Andai harus ku melangkah pergi
Dengan hati memendam rasa sangsi
Bukan kemahuan jiwaku
Kerna kau hancur hati ini

Sayang tega kau menyepi tinggal diriku sendiri
Gelas-gelas kaca jatuh berderaian
Menemani diriku tiada akhirnya

Tiada tempat ku mengadu rasa
Pergi mu telah lama ku redha
Masih tersimpan harapanku
Membina mahligai syahdu

Sayang tega kau menyepi tinggal diriku sendiri
Gelas-gelas kaca jatuh berderaian
Menemani diriku tiada akhirnya

Segala keraguan ku leraikan
Janji dusta jadi coretan cinta
Kini kuteruskan langkahku
Membina kehidupan baru

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...