Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts
Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Explorasi Kenyir - 8 - Akhir

Dan...........

Ini episod last percutian mencari ketenangan di Tasik Kenyir tempoh hari.

Gambar di ambik sepanjang perjalanan pulang dari Tasik Kenyir ke KL.

Saksikan lah.







Tamat suda....................

Kami bertolak dari Tasik Kenyir lewat jam 12 tengahari dan sampai di KL dah menjelang malam. Singgah di R&R makan. Jalan pulak jem kat highway tu disebabkan oleh orang buat jalan.

Tersangkut sangkut jugak lah. Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai juga ke KL.

Satu percutian yang akan dikenang especially sebab aku pegi dengan OR.

Secara overallnya, percutian ke Kenyir ni memang untuk merehatkan badan plus nak feeling feeling melawat Tasik Kenyir. Kawasan yang dah lama aku tak lawati.

Tempat dia memang menarik. Sesuai untuk yang ingin berehat dan mencari ketenangan. Memang tak de banyak aktiviti sangat di sana, tapi bagi aku, OK lah.

Kalau kita kat Malaysia, Tasik Kenyir adalah salah satu destinasi terbaik untuk kita bersatu dengan alam. 

Pergi lah................ !

Tuesday, November 1, 2011

Explorasi Kenyir - 7 - Misc

Tema kali ni adalah gambar gambar yang di capap sekitar resort.

Saksikan lah.

Ini gambar pokok di ambil dari chalet kami di awal pagi. Memang banyak la pokok pokok besar macam ni. Ada jugak binatang binatang liar yang ke hulu ke hilir. Mereka tak de la mengacau. Masing masing hidup bebas.

Yang pasti, pokok pokok ni lawa lawa juga. Dan buat petama kalinya aku dapat tahu yang Petaling tu adalah nama sejenis pokok.

So sesiapa yang nak tahu dari mana asalanya nama Petaling Jaya.. Hah. Dari pokok ni lah sebenarnya.....


Hahaha. Ini jajan dan makanan kami semasa di sana.

Beli kat kedai di Kuala Berang dan buat stock dalam bilik. Kalau lapar makan je. Nak pegi beli makanan leceh la kat resort tu. Plus mahal jugak. Aiskerim yang boleh dapat di luar dengan harga RM2 di jual dengan harga hampir RM4.

Even rokok pun harganya RM15 sekotak !

* pengsan.


Dan ini pulak macam biasalah, gambar yang aku selalu ambik.

Bunga bungaan. Ada bunga yang pelik dan ada bunga yang biasa biasa. Tapi asal tengok bunga je, tangan gatal nak snap. 

Sebab apa?

Sebab warna nya......... !



Ada juga banyak pokok ciku di situ.

Tapi tak jumpa pulak yang masak. Kalau tak aku dah rembat. 

Aku kan peminat ulung buah ciku !


Ikan ikanan.

Oh. Di Tasik Kenyir ni ada juga satu kawasan di panggir Santuary Kelah. Di sini memang boleh dapat tengok ikan Kelah berenang riang. Memang banyak la. 

Tapi nak pegi memang agak jauh sikit. Dan kena trekking semua cukup.

Dengar trekking aku dah berpeluh, jadi aku tengok ikan yang dekat kolam ni je lah.





Saad !

Cuba kau bagitau, jantung pisang jenis apa kah yang berwarna pink ini?

Pisang Ambon?

Aku pun tak pernah tengok, tapi nampak lawa pulak.




Macam macam bunga dan pokok pokok lah ada di sana.

Dan yang menarik perhatian ada satu pokok ni.

Buah dia macam love. Dia orang kata pokok love. Dan buah dia adalah beracun !!!

Korang pernah tengok?


Di resort tu jugak ada beberapa ekor rusa.

Dia orang dalam kandang lah. Ada masa masa dia orang bagi makan dan kita boleh la pegi tengok. Apa yang aku tengok, dia tulis kat situ, rusa rusa ni berasal dari Indon.

Motip. Kat Malaysia dah tak de rusa kah?



Bunga kemboja ni kan?

Kemboja kaler merah. Tapi tak de bau. Tak wangi macam Kemboja kaler putih.

Tapi kat sini juga ada pokok petai !

* tutup idung.



Ni pulak gambar gambar yang di petik sekitar kawasan resort. Dedaunan. Rumput Rampai. Lalang Lalang dan macam macam lagi lah.

Saksikan lah.

Aku pun tak tau apa nama mereka ni.






Dan akhir sekali.

Ini adalah bangunan SPA. Nama pun Kenyir Resort and SPA.

Tapi SPA dia tak bukak bukak. Dua tiga kali kami usha. Tutup kemas kemas je. May be tak de orang nak berurut urut di sini kot.

Nama je gempak, tapi hampeh.

Hiks.



Monday, October 31, 2011

Explorasi Kenyir - 6 - Senja


Orang kata a picture kan tells thousand words.

Aku malas nak tulis banyak. Hari pertama kami sampai memang agak sedih sebab tak dapat sunset. Mentari tak berapa nak ada. So hari ke dua kami menunggu penuh debar.

Dah siap siap pegi ambik port dekat dengan SPA di resort ni. Ada lah beberapa orang yang macam aku ni jugak, siap dengan kamera.

Dan saksikan lah perubahan detik dan waktu yang merubah warna alam dan sekitar jagatraya nya.

Enjoice...
























Apa yang boleh aku katakan.

Suasanya tenang dan mendamaikan. Warna warna ini berubah setiap ketika.

Mengasyikkan.

Mendamaikan.

Kenangan paling terindah di Tasik Kenyir !

Puas.

bersambung...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...