Assalammualaikum smua.. :D
Seperti yang korang sedia maklum, sue sekarang hidup berjauhan dari suami & family
huhuhu.. jarak antara tempat sue bekerja iaitu Kabong dengan Kuching mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan kalau gunakan kereta.. Oleh kerana sue report duty dlm petengahan tahun, jd cuti pun hanya setengah jer diorg beri, standard la kan, kalau kau report duty awal, so full la cuti yang ko dpt. Dh tolak cuti raya, cuti kahwin + konvo..dh HABISS!! uwaaa..sedeh tau!! kerinduan tu hanya Allah je yg tahu betapa rindunya sue kat diorang.. huhu..
berek nie la yang menjadi tempat tinggal sue sepanjang bkerja kat klinik kabong, almost 4 months sudah.
klinik tempat sue bkerja nie sgt bdekatan dengan pantai, so kepanasan kat sini sangat-sangat terasa pada waktu petang. Tambahan pulak diam kat rumah kayu, memang rasa hidup dalam oven jerrr...huhuhu..
jadi, utk larikan diri dari 'terpanggang' dalam rumah sendiri, kitorang suka lepak kat bawah rumah tau..
siap ade buat buaian lagi.. shiokk!! & yang penting, TAK PANAS..hihi..
haaa..nampak buaian tu, FYI kitorang buat sndiri tau, kakak jiran sebelah yang ajar.. Rupanya senang jer nk buat buaian tu, mcm makan kacang..hihiihihi... kat situ la tempat kitorang selalu santai-santai ambil angin. Sampai tertidur-tidur pun ade..hihi..
mana tak tertidur nyer kalau dh ade kusyen bagai, selesa gitu.. nie buaian kakak rumah sebelah..hihihihi..
sambil-sambil bersantai kak ana rajin sediakan jeruk mangga + asamboi nie..huhu..sedap wooo.. *kembang saliva akuuuu*
makan time panas-panas macam nie memang pergghhhh laa..
Jeruk buatan kak ana memang the best. Almaklum la berjauhan dengan mak bapak, terpaksa le menumpang kasih dengan mak oarng a.k.a kak ana..hihihi.. TQ kak ana sebab sudi melayan karenah sue & kak anis..ihihi.. len kali buat lagi yerr kak..nanti kitorang makan..hahahhaha..
*Time panas-panas cmni, teringat
dengan sungai kat kampung.. huhu.. sabo je laaa..