Friday, 15 November 2013

R.I.N.D.U


Assalammualaikum smua.. 
Sue tak dapat nak lelapkan mata la, tau-tau je esok hari sabtu kan..hihihi.. Tp esok tak dapat nak bgn lambat sbb sue oncall, ade ibu-ibu nak hantar baby diorang cek kuning..hihi.. xpe-ape rezeki tuuuu...

ummm..sekarang nie sue tengah rindukan seseorang & sue bharap dia pun rindukan kita jugak..huhu.. :(


tak lain tak bukan...semestinya... my BELOVED HUSBAND & FAMILY..
sekarang tengah menghitung hari nak balik kuching hujung bulan nie.. yipiiieeeee...



abg tggu sayang ok..


ade ciri-ciri bapa mithali tak..hihi.. insyaAllahh.. *yang tu anak buah sue..Husna Maisarah..

Gudnite all, assalammualaikum.. xoxo!! :)





Tuesday, 12 November 2013

Jom mem'buzy'kan diri.. huhu..

Assalammualaikum smua... :D

Camne dengan kerja korang? ok? bz?..hihi..


Tadi sue baru je habis staining slide sputum (kahak) for AFB examination.. dh macam lipas kudung dh sue dalam makmal..hihi.. 


gmbr slide kat atas tu baru suku je, ade byk lagi.. huhu.. habisla, tkeluar arr mata kalau lama-lama teropong guna microskop nnti..

but, u know what.. I LOVE MY JOB!! :D



Sunday, 10 November 2013

Homemade masker.. :D

Assalammualaikum smua.. 

Selamat berhujung minggu. Hari ni sue nak kongsikan kat u'll cmne nak buat masker sendiri. FYI, sue lebih suka search kat google cara-cara nak buat masker menggunakan bahan-bahan semulajadi contohnya herba, buah-buahan, dll. Kan orng cakap bahan semulajadi tu lebih bagus untuk kulit sebab tidak mengandungi sebarang bahan kimia, dijamin HALAL & SELAMAT..ihihihi...  Ingredient untuk buat masker senang jer nak dapat, kat dapo umah korang mesti ada punye la.. Apa yang korang perlukan ialah, 

-satu sudu serbuk kunyit
 -satu sudu madu asli 
 -sedikit serbuk kayu manis.

see, senang kan.. campurkan aje kesemua bahan tu & bolehlah letak kat muka & leher, tp sebelum tu bersihkan muka dengan air ye..biarkan selama 20 minit & boleh bilas.. Korang akan dapati  kulit muka korang akan berwarna kekuningan sedikit, soo JANGAN PANIC ok, ianya sementara je.. dlm beberapa jam warna tu akan hilang sepenuhnya.. nie, sue nak bagi TIPS sedikit, kalau korang nak sapukan masker ni make sure korang free dr apa2 aktiviti outdoor, nanti tak pasal2 keluar dengan kulit muka kekuningan..hihi.. org ingat kan ko jaundice plak..



+


haaa..macam ni la rupa kalau kesemua ramuan dh dicampur.. senang kan, tak yah nak susah2 cari benda lain. Guna serbuk kunyit pon dh cukup. Dahla kos xmahal, senang plak tu. Dan yang paling penting kulit muka korang akan lebih segar & mulus.. gituuuu!!.. Selalu nya sue akan pakai masker nie sebulan sekali or 2 minggu sekali, depend dengan kerajinan sendiri la kan.. kalau malas sebulan sekali le jawabnya..hihi..

xoxo!! daaaa..!! :D

Saturday, 9 November 2013

I LOVE WEEKEND.. :D

Assalammualaikum smua.. :D

Sapa suka weekend angkat tangan!!!..hihi.. sure la smua suka kan, dapat relax-relax, tenangkan minda setelah seharian bkerjakan.. Tp, bagi yang bekerja tu, korang kuatkan semangat ok..hehehe, jangan stress tau..hihi.. Aaaaa.. Tambahan lagi, sue tak on-call minggu nie, woooo..dapat la sue rehat puas2.. Housemate sue yang on-call untuk minggu nie. kitorang on-call secara bergilir-gilir, kadang-kadang seminggu kadang-kadang dua minggu stiap sorng.. Almaklumla, kitaorng berdua je bkeja kat makmal skrg, sooo pandai-pandai le nak bagi tugas. 

Apa pun, selamat menikmati masa-masa rehat anda.. sue pun gitu, nk senang-lenang depan tv la nanti, nak layan cerita korea.. hohohoho..



Peace u'll. assalammualaikum.. xoxo! bye!!

Tuesday, 5 November 2013

Bekerja untuk Tahun baru, Harus bersemangat.. :D

Assalammualaikum smua.. 

Mulakan pagimu dengan senyuman.. Alhamdulillah bjumpa lagi kita dalam tahun baru Maal Hijrah.
Semoga pintu rezeki sentiasa terbuka luas untuk sahabat sekalian.. aminn..
Senyum jangan tak senyum, senyum itu sedekah.. hihi..

Patient pun senang hati tengok kite senyum, baru diorang tak cuak masa ambil darah nnti..ihihi..

xoxo!! daaa... :)



Monday, 4 November 2013

Sepetang di Kabong

Assalammualaikum smua.. :D

Seperti yang korang sedia maklum, sue sekarang hidup berjauhan dari suami & family
huhuhu.. jarak antara tempat sue bekerja iaitu Kabong dengan Kuching mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan kalau gunakan kereta.. Oleh kerana sue report duty dlm petengahan tahun, jd cuti pun hanya setengah jer diorg beri, standard la kan, kalau kau report duty awal, so full la cuti yang ko dpt. Dh tolak cuti raya, cuti kahwin + konvo..dh HABISS!! uwaaa..sedeh tau!! kerinduan tu hanya Allah je yg tahu betapa rindunya sue kat diorang.. huhu..


berek nie la yang menjadi tempat tinggal sue sepanjang bkerja kat klinik kabong, almost 4 months sudah. 
klinik tempat sue bkerja nie sgt bdekatan dengan pantai, so kepanasan kat sini sangat-sangat terasa pada waktu petang. Tambahan pulak diam kat rumah kayu, memang rasa hidup dalam oven jerrr...huhuhu..
jadi, utk larikan diri dari 'terpanggang' dalam rumah sendiri, kitorang suka lepak kat bawah rumah tau..
siap ade buat buaian lagi.. shiokk!! & yang penting, TAK PANAS..hihi..



haaa..nampak buaian tu, FYI kitorang buat sndiri tau, kakak jiran sebelah yang ajar.. Rupanya senang jer nk buat buaian tu, mcm makan kacang..hihiihihi... kat situ la tempat kitorang selalu santai-santai ambil angin. Sampai tertidur-tidur pun ade..hihi.. 


mana tak tertidur nyer kalau dh ade kusyen bagai, selesa gitu.. nie buaian kakak rumah sebelah..hihihihi..


sambil-sambil bersantai kak ana rajin sediakan jeruk mangga + asamboi nie..huhu..sedap wooo.. *kembang saliva akuuuu* 
makan time panas-panas macam nie memang pergghhhh laa..
Jeruk buatan kak ana memang the best. Almaklum la berjauhan dengan mak bapak, terpaksa le menumpang kasih dengan mak oarng a.k.a kak ana..hihihi.. TQ kak ana sebab sudi melayan karenah sue & kak anis..ihihi.. len kali buat lagi yerr kak..nanti kitorang makan..hahahhaha..


*Time panas-panas cmni, teringat 
dengan sungai kat kampung.. huhu.. sabo je laaa.. 

Salam Maal Hijrah SahabatKu..

Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum smua.. :D


Terlebih dahulu sue nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1435H untuk smua sahabat-sahabat muslim & reader sekalian. Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak-banyakkan lah bermusahabah kan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran untuk hari yang mendatang. 1 MUHARRAM detik permulaan. Semoga pintu rezeki sentiasa terbuka luas & semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan & mendapat keberkatan dariNya. Oleh itu, banyakkan lah kita menyebut zikrullah, smoga hati kita sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran..InsyaAllah.J

*Dan selamat bercuti u’ll.. assalammualaikum xoxo!! bye.. J

Sunday, 3 November 2013

Sesi berkenalan..chewahhh!! jom terjahhh..

BIODATA TUAN TANAH
Assalammualaikum smua.. :D
Seperti yang sue janjikan dalam entry pertama, sue nak menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang sue. Korang dh ready? Banyak yang sue nak kongsikan bersama..hihihi.. ok, here we go!
Mami bapak kasi nama kat den Suriani binti Iskandar.. berumur sekitar 22 tahun..(ayat skema tol..aiyoookkk).. sue dh berkahwin yer tuan-tuan & puan-puan sekalian, takmo ade msj2 pelik2 nak ngurat okeh..hahahahahah..perasannn le tuuuu.. sue ade 5 orang adik beradik & sue sgt bertuah dikurniakan 2 orang kakak yang owsome cantik-cantik & abang-abang yang hensem lagi kacak bergaya..gituuu!! mau kembang hidung dorang baca entry nih…hahahahaha.. mesti korang dapat agak kan yang sue ni anak BONGSUUUU!! Hihihi.. jadi anak bongsu ni boleh mintak ape je dr kakak-kakak & abang-abang tersayang..minta duit, minta itu, minta ini..hahah..syorgaaa nyerrr jadi adik kan, kan, kannn.. :P tp aku baik, aku tak mintak selalu, masa pay day je aku mintak…hahahaha, baik tak baik tak!! Now, aku introduce kan kat korang my beloved mom, dad, sisters & brothers..


Haaaa… ni la keluarga besar sue.. yang dudok tengah-tengah ala2 pinang dibelah dua tu mami & bapa sue.. cantik tak, hensem tak.. Mak sue berbangsa bidayuh & bapa sue pula berbangsa cina, dipendekkan cerita, mak bapa sue memeluk agama islam selepas mereka mendirikan rumah tangaa.. mean that, kitorang anak beranak berdarah mixed. Alhamdulillah, kerana mami bapa sue mendapat hidayah yang terbesar dari Allah SWT. Maka lahirlah kami adik beradik ke dunia.

Ok, mesti korang tertanya2 yang mana satu kakak & abang sue, aaa..wanita yang memakai baju kurung wana pink gitewww tu kakak sulong sue, antara kakak yang paling garang tp sangat penyayang..*terharu leww tuuu..hihi.. ranking yang kedua pula dipegang oleh abg  yang hensem lagi bergaya dengan baju melayu warna hitam tu.. abg sue ni tau, dari kecik sampai sue besar dia tak pernah marah kat sue, walaupun sue ni suka nah marah2 kat dia, ala adik bongsu katakan..hihi.. ranking yang ke 3 pula adalah kakak sue yang kedua, yang pakai tudung warna  kuning ala2 kerabat diraja tuh..hihi.. kakak sue ni la antara kakak yang paling nakal & suka buat bnda pelik2, menari menyanyi yang pelik2.. pelawak dalam family..hihi.. dan ranking yang ke 4 abang sue yang ala2 hero Hindustan (baju melayu kuning) tu, ade mirip salman khan tak??…hihiihi..jangan marah bro..nnti kene juaiiii..hihi.. kesemua kakak-kakak & abang-abang sue smua dh mendirikan rumah tangga, kecuali yang hero Hindustan tu je belom lagi, insyaAllah bulan 12 nie dia akan naik ke jinjang pelamin.. ehh, aku yang bongsu ape kesss.. dh melangkah bendul.. ala, tu la org cakap jodoh dtg dulu..kihkihkih…


Ni pulak gambar bersama-sama dengan kakak-kakak ipar, abg-abg ipar & anak-anak buah tersayang. Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah kaum kerabat keluarga kitorang. Bertambah ceria lagi dengan karenah anak-anak buah yang comel & super active..hihi.. time nie, sue blom bkahwin lagi, masih bergelar tunangan org, FYI, si suami yang ambil pic kitorang.. photographer katakan..hiihhii…

Introducing….


My lovely Puan Yanti Abdullah & Encik Iskandar Abdullah. *romantic kan.. J
Terima kasih kat mami  bapak kerana telah melahirkan kami adik beradik &  mendidik kami menjadi insan yang berguna & berjaya dalam hidup. Tanpa mami bapa siapalah kami kan. Terima kasih atas kasih sayang yang tak terhingga dari lahirnya kami ke dunia sampailah dah meningakat usia sekarang.. kasih sayang mami &bapak IS THE BEST IN THE WORLD. Tiada sesiapa pun dapat gantikan tempat diorang di hati kita.. betol tak u’ll, apa pun yang berlaku, selagi kita masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka sepenuhnya seperti mana mereka menyayangi kita.. huhu.. I LOVE U MAMI BAPAK.. sedih plak sue.. rindu sangat kat diorang.. L.. sue nak balit umahhhhh!!!





Eh!!! Sapa ni??.. aaa… sue kenalkan kat korang my bff (boyfriendforever) a.k.a suami kesayangan sue.. encik Hajiman Madli.. serius nah muka tu bang..hihihi.. korang jgn hairan ek, muka hubby sue ni mmg serius jer masa bgambar, nak nmpk macho le tuuu..hiihihi.. xpe2, jnji dia romantikk & I love u so muchhh…hahahahah.. muahhhhxxx.. :D

That all utk entry kali ni, see u guy next time yer.. Assalammualaikum..Xoxo!! J



*sorry ek, kalau pic tu besar sgt, terlebih sudah.. hihi..
sue blom mahir lagi bab2 dalam blog nie.. 
saya baru belajar maaa.. ihihi..enjoy ur reading.. daaaa... :)


Saturday, 2 November 2013

Mashyukkkkk...

KITA ONCALL MINGGU NI..
          
                                                         Assalammualaikum smua, sihat??
 Hopefully smua dlm keadaan yang sihat & happy. Sue baru je balik dari klinik tadi, macam biasa kalau sabtu minggu cmni, ibu-ibu yang baru je bersalin akan bawa baby diorng cek serum bilirubin, bahasa kampong org cakap ‘cek kuning’..aaa..sebagai seorg MLT medical laboratory technology, ini adalah salah satu tugas sue. Hampir hari-hari dok cucok tumit kaki baby..sakit?? baby tu siap meraung bagai..hihi.. kesian tu mmg la ade kan, tp nak buat mcm mana, terpaksa gak jadi kejam skejap..ihihihi…demi kesihatan baby.

Nak tengok cmne prosedur ambil blood untuk serum bilirubin?
First of all, tumit kaki baby tu kena bagi steril dulu sebelum dicucuk, tujuannya untuk mengelakkan jangkitan. Lepas tu, lancet iaitu jarum khas untuk cucuk bahgian tumit kaki baby kan digunakan. Prosedur nya mengambil masa sekejap je, kadang-kadang tak sampai pon 1 minit, lihat gambar kat bawah sebagai contoh.


Nie la lancet yang sue maksudkan tu..comel kan..hihi
Dalam lancet ni dh ade jarum tau, Cuma halakan hujung  lancet tu kat tumit kaki bayi &  tekan je butang warna purple dekat belah kiri tu..



Cmni la rupa kaki baby lepas dicucuk, pastu tumit kaki baby tu akan dipicit perlahan-lahan untuk keluarkan darah sedikit demi sedikit, proses nie perlu dibuat berhati-hati tau, sbb kaki baby tu masih kecil lagi..baby baru lahir katakan..



Kemudian, darah yang keluar tadi akan disedut menggunakan ‘tube cappilary’. Darah akan automatically tersedut dalam tube tu. Senang kan??



Kemudian tube capillary tadi akan dimasukkan dalam centrifudge (alat pengempar) bertujuan untuk memisahkan darah dan juga serum. Nak tengok result nya mcm mana..




 Ini la yang sue maksudkan tu, selesai je proses mengempar, darah & serum akan terpisah. Yang warna merah tu darah dan yang berwarna kuning tu adalah serum. Jadi, bacaan pada serum akan menentukan paras bilirubin seseorang bayi.






  Lastly, paras bilirubin bayi tadi akan diukur menggunakan sejenis analyzer  iaitu bilirubinometer. Analyzer yang sue digunakan kat makmal sebiji je macam gambar kat atas tu. Itulah analyzer yang sue guna tiap-tiap hari. Dan ini salah satu kerja harian sue di makmal.

So far, I love my job, walaupun kebanyakan org ramai tak kenal & tak tahu apa tu MLT. Ye la yang diorg tahu cuma, doktor, nurse, MA je kan.. hihihihi. Pe pun, sue bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan & sue berbangga dengan kerjaya sue sebagai salah seorang ahli paramedic.
Nanti, kalau sue dh ada anak, sue nak suruh dia ikut jejak langkah sue je la..ihihiih.. interesting tau kerja jd MLT nie, ala2 macam cerita CSI gitu..hiihihi…

Sue harap entry kali nie dapat memberi sedikit sebanyak info pada smua & ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Kalau nak tau lebih lanjut korang bolehlah search kat google k. kadang-kadang ilmu camni penting tau untuk org yang dh berumah tangga. InsyaAllah next entry sue akan ceritakan info yang lain pulak.
Ok, perut pun dh lapa nie.. nak masak then makan..ihihih.. sehingga berjumpa lagi..

Xoxo..Assalammualaikum.. :D

Sebulan sudah.. yey!!

HAPPY 1 MONTH ANNIVERSARY..




Hari ini genap sebulan sue bergelar seorang isteri kepada suami tercinta Hajiman bin Madli.
HAPPY ANNIVERSARY ABG.. InsyaAllah, selagi sue & hubby sentiasa saling memahami & menyayangi antara satu sama lain, sue yakin kitorang akan dapat menjalani kehidupan berumah tangga seperti biasa walaupun jarak memisahkan. Lagipun kami berjauhan kerana masing-masing melaksanakan tanggungjawab dengan kerjaya. Suami isteri berkejaya katakan, so kenalah terima suratan untuk hidup berjauhan. Kata org, SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN, SAYANG ISTERI TINGGAL-TINGGAL KAN. Jarak inilah yang akan menambahkan lagi rindu & kemanisan dalam rumah tangga.. Hopefully sue & hubby akan terus bersabar menjalani hari-hari mendatang. Aminn..


"Ya Allah, jika ini ketentuan perjalanan hidup kami, aku memohon supaya engkau kuatkanlah hati kami, kau sentiasa satukan jiwa kami untuk menempuhi waktu-waktu sukar dalam hidup berumah tangga, sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua"


"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada Hajiman Bin Madli sehingga aku menjadi kerinduannya.."
Amin ya rabbal alamin..

Friday, 1 November 2013

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh & salam sejahtera smua..
Fuhhhh…*tarik nafas pnjaaaaaaang…hembussss! Ok, This is my new world, my new world as a blogger *terharu*. Sebenarnya mmg dh lama mengidam nk create blog sendiri since sue suka sgt baca blog org.. mcm seronok je kan.. tp tak jugak buat2, sampai la tiba satu saat tu sue tiba2 rasa nk buat blog.. ok, pendekkan cerita.. tepat jam 1.45pm, bertarikh 02.11.2013 hari sabtu. Maka dengan ini dengan bangganya sue akan merasmikan blog sue yang pertama….yeyyyyy!!! *tepuk tangan sikitttt!!..hihihi…
Melalui pengalaman sue la, blog2 yang sue selalu baca byk mengisahkan ttg personal, cinta cintun, family, masakan, fashion & mcm2 lg.. sooo, blog sue ni boleh dikategorikan sbg personal la kan.. insyaAllah nnti sue akan kongsikan pengalaman hidup sue, tp tak smua la kan.. ada certain bnda kita boleh share, ada yg  tak blh.. Mulai dr sekarang sue nak rajinkan diri untuk update something yg menarik untuk u’ll smua.. Ok, mesti korang nak tau (eleh, mcm femes sgt..kihkih..) blog sapa yang sue selalu terjah sebelum ni, boleh dikatakan tiap2 hari la sue update blog diorng.. nak tau sape??.. 1) blog si cantik molek Irine nadia marcellow..suka sgt baca blog irine nie, byk sgt info2 menarik dan plg penting irine sgt comel..hiihih.. untung suami dia.. ok yang ke 2) blog akak Princessredblodsnow, lau nak tau, akak ni berasal dr Sarawak.. samala dgn sue.. blog akak ni santai je tau & yg plg pntg akak nie selalu update blog dia, wow,sgttt rajin la… dan yg ke 3) tak lain tak bukan blog femes nie, My amethyst a.k.a shea rasol..seriusly sue sgt teruja dgn akak nie, baju dia cantik2, sgt stylish dgn gaya muslimahnya.. dan yang last sekali 4) hihihihi… sape lg kalau bukan kak Maria..a.k.a Peliks.blogspot.com, akak nie mmg pelik tp dia sgtttttttt comellllll… & perangai dia mmg  xmenampakkan usia sebenar, always happy go lucky..
Rasa-rasa boleh tak sue ikut jejak diorng? :D… entah2 mula2 je semangat nak update, last2 blog entah kemana.. tp, apapun sue akan berusaha rajinkan diri untuk tingkatkan kualiti & kuantiti blog kesayangan nie. InsyaAllah..

Rasanya cukup setakat nie je coretan untuk kali ni, nnti2 sue akan update lg ok.. sue akan kenalkan sedikit sebanyak tentang latar belakang sue.. ok, till we meet again.. xoxo! Assalammualaikum, bye!!!! :D