Monday, September 28, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri... 2009
Gettherin' buka puasa X-Razak Reka..
Thursday, July 2, 2009
Family Day BPF, UiTM KEdah @ The Carnival Water & Excitement on 20 June 2009
hye guyz.. lame x post dlm ni kan?? nk but cam ne.. cbuk la.. lg pun de ape2 event pun.. sbb tu lah diam jer.. NO IDEA!!.. tp kali ni ada sket event yg dah lama brlalu tp baru nk post.. sikap malas tu salah 1 punca utama sbb lmbt upload pic and crita nih.. tgk tajuk pun korang mesti dah leh agak kan??
ni haa.. opis kita org ada buat some event hari satu 20/6/2009 lepas.. arghh.. malas nya nk menaip.. korang tgk je lah pic yg aku upload ni.. malas tahap gaban dah ni.. nape ntah.. nk kena g cari ubat bg rajin lah.. korang ada ubat tak??
help!!!!!!!!!
Monday, June 8, 2009
The Real UPIN & IPIN....
Harga sebuah kereta dan ANAK...
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si
pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak... Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam.... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu.." balas si ibu.. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula
pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap.." kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah.." kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi..." katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA...YANG MANA LEBIH BEHARGA...???
Lu pikirlah sendiri!!
Thursday, April 9, 2009
Kisah Ringkas Kejadian Nabi Adam A.S....
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Jenis tanah yang digunakan :
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
Menurut IBNU ABBAS:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
Proses kejadiannya :
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
1. Di Kepala ialah 2 liang mata, 2 liang telinga, 2 liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan."
Wallahualam. ..
Wednesday, April 8, 2009
20 -22 Mac ESQ 165 Excecutive Training @ Politeknik Seberang Prai
Thursday, March 5, 2009
Berdasarkan Kajian 25 thn Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan > yea ke?? (^_~) macih Dato..
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan > ??? x kot.. hehe
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik (istimewa)
- Tidak terlalu moody
Thursday, February 19, 2009
busy nyer!!!!!
hye everybody..
miss u guys, lm x update blog..
bz la semenjak 2 menjak nih.. byk drawing nk kena siap ni..
target kena siap 10 projek b4 Jun ni.. sbb tu lah..
ni pun menyelit sket..
ok lah, c u next time..
~ponin' dah kapla den nih.. cam nak je borrow tgn si saraswathy or sape2 yg byk tgn..~
hehe..
asthaghafirullah....
Thursday, February 5, 2009
8P Untuk Kebahagiaan Rumahtangga
2. P kedua ialah ‘Peluk’. Yang mana pasangan suami isteri hendaklah salalu peluk memeluk antara satu sama lain pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian kasih sayang.
3. P ketiga ialah ‘Penghargaan’. Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘Perhatian’. Yang mesti diambil berat kerana kekurangan kasih sayang boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili ‘Persefahaman’. Kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud ‘Pergaulan’. Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah ‘Percutian’. Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah ‘Permohonan’. Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayng antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.
Ustzah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selapas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan perasaan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membaca ayat ke-200 surah yang sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan yang mengabaikan tanggungjawab pada agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwanya kosong.
‘Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab keluarga.’ katanya.
Tuesday, February 3, 2009
Adam Danial...
Sunday, February 1, 2009
Malaikatmu...
hye guys.. sehat tak?? hopefully semuanya sehat, alhamdulillah..
hmm.. td time checking email2 lm, terbaca 1 story ni.. t'igt perbualan dlm citer tu.. mmg tersentuh hati bila betul2 menghayati citer tu.. sedey n hiba tul.. tersentuh naluri sowg ibu.. then sy terpkir, cam na org (wanita / pompuan) sanggup buang anak yg diorg kandung selama 9 bln 10 hr tu?? hati batu ke x de hati langsung?? sy attach kat sini.. kita kongsi sama2 k.. fahami lah..
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengankarenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawahtelapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"Sampaikan! lah walau satu ayat"
Thursday, January 29, 2009
Kem Raja Intan Suraya, Sg. Siput, Perak. (15 - 19 Jan 2009) Lawatan CIDB Convensyen Center, KL (21 - 22 Jan '09)
hye, lama x jumpa kan?? rs cam dah lama sgt x update blog ni.. sori lah.. kena g kursus.. ni baru balik... hmm... last 2 weeks mmg sy bz sket.. g lawatan IBS kat Pusat Konvensyen CIDB, KL n g kursus BTN.. best tau..
Kursus BTN tu, sy kena kat Kem Rekriasi Air Raja Intan Suraya, Sg. Siput, Perak..
sayangnya kat kursus tu x dbenarkan b'gmbar dlm kuliah.. or aktiviti LDK..
so, i just dpt snap pic pun, time xpdc kat Hutan Simpan Piah je.. kem intan suraya ni dekat ngan empangan tertua di mesia nih.. Empangan Chenderoh, Perak..
geng wanita dlm kumpulan 9.. (dr kiri : kak zu, kak ira, fizah, me n imah)
dalam hutan simpan piah..
pemandangan Empangan Chenderoh, Perak..
geng campuran.. time ni dah turun dr bukit.. dah nak blik kem dah...
Lps blik kursus BTN tu, sy g lawatan pameran IBS kat CIDB Convensyen Center, KL.. sy pegi ngan geng opis.. ktorg pegi 1 bas, tido kat Grand Continental Hotel..oleh kerana pompuan hanya 3 org, so, ktorg stay 3 org 1 bilik.. lelaki semuanya 1 bilik 2 org.. jelous tul.. mlm tu sy, milah, erni, En. Azwan, Hafis, Pakdin, Zul n Abg lan g karaoke kat sblah Quality Hotel.. cik wan blanja.. tp, sy n erni x nyanyi pun.. milah sowang jer yg join nyanyi.. hehe...
kat lobi GCH.. dr kiri : milah, me & erni
Misteri Batu Hajar Aswad
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?. "Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'abah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'abah) dan
pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu
diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)
Friday, January 9, 2009
Tmn Jubli..
x de idea nk post lak..
hurm.. ahh.. letih tul hr ni, baru blik jogging..
td g tmn jubli, bwk ank main2 kat c2.. lm x pegi.. td bwk roti lama yg dah xpired, bg kat ikan.. kitaorg bwk 1 buku roti.. nk buang syg.. baik bg kat ikan..
so, lps abis bg ikan mkn, ada 1 fmly (chinese)ni dtg bwk 1 guni roti kering bg kat ikan.. mmgbest lah ikan2 tu hr ni.. kenyang diaorg.. pas2da azan magrib, so apa lg.. balik laa.. husband balik jln kaki wif my nephew.. oopS!! lupa lak nk bgtau korg.. umah sy ni.(i mean my mother's house) dkt ngan tmn jubli tu..
walaupun umah kg, tp dlm kaw. pekan bandar sp (sg. petani..)
hmm.. oklah lah kot.. sy hrs jlnkn tanggungjwb sy pd-Nya..
tata..
Wednesday, January 7, 2009
kita sambut 10 Muharram sama2 k.. (^_~)
ape kabar semua hr ni?? harapnye semua sehat... alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan utk b'sama2 mnyambut 10 Muharram 1430H..
saya ada sedikit info ttg istimewanya 10 Muharram ni atau lbh dikenali dgn Hari Asyura'..
Muharram Menjelang Lagi
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.Lemas Firaun.
9. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
10. Diangkat Nabi Isa kelangit.
11. Diangkat Nabi Idris ke langit.
12. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
13. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
15. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
17. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
18. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.
takziah..
Friday, January 2, 2009
Selamat Tahun Baru 2009 / 1430 H..
hi everybody.. WELCOME to my blog..
this is my 1st post.. so, better kalau intro dlu kan..
Shida Ibrahim nama diberi.. org panggil shida, maksu dll.. 1st time lihat dunia tanggal 10 Mac.. anak bongsu dr 9 beradik.. umah kat Sg. Petani, Kedah(umah mak).. anak jati Kedah.. skarang keja kat UiTM Merbok, Kedah.. berkhidmat kat uitm ni dah lebih 3 tahun.. before this, keja swasta 5 tahun.. kat uitm ni keja kat fasilities department.. (bkn clerk tau..) status skrg, berkahwin.. ank sowg.. boy.. Adam Danial b. Shahrom Effendy.. lahir tanggal 10 Nov 2006.. Sy suka listening to d music.. suka surf internet.. suka masak (penting bg sowg isteri n ibu kena pndai masak).. suka silver, pink, purple, merah, biru, hijau, hitam, putih.. suka bkwn.. suka bercerita.. ape lg ek..
Selamat Tahun Baru 2009!!
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah!!