Monday, June 25, 2012

Gelong ka Hapa??


hish.. menci betoi la.. (amboi.. sampai xdan bg salam noo... hehe..) Assalmualaikum..
hihi.. menci la ngan bloq ni.. ada abih qosek dah.. tp x jd2 gak.. dok gelong camtu gak.. lain yg di set.. lain yg jadi..

font sat kecik.. sat besaq.. boh ngan warna pa bagai.. tapi satu pun x jadi.. mencik!!!!!!!!!!!!!! xmo kawan baru tau!!!!! huh.. sapa2 tau tlg aku sat... huhu...

Tuesday, June 12, 2012

Surat Cinta??

Assalamualaikum..

hi.. tgk tajuk cam ada sumthing ja kan.. hehe.. sapa kat sini penah dapat surat cinta?? umo brapa korang semua 1st time dpt/bg surat cinta kat BF/GF?? ade yg kekal ke sampai ke jinjang pelamin..
ada x??

haa.. entry aku kali ni bknnya sbb hari ni aku dpt surat cinta ka hapa ke.. td dok relax2 lepak2 dpn pc ni.. tgk gambaq2 dlm album hero sulung aku Adam Danial.. pastu ada la 1 gambaq ni.. aku gelak sorang2 tgk gambaq tu.. tingat lak kesah kat opis disebalik kesah gambaq tu.. lg la aku gelak sepuas2nya.. haha..
encem dak anak aku?? hihi..

apa x nya.. anak aku dapat surat cinta dr awek dia... ha... jgn x caya.. anak aku dpt surat cinta pd usia 5 tahun.. haha.. kau ada?? bkn surat sgt pun.. ekceli kad ucapan sempena anak aku konvo ri tu ja.. tp lain lak isi ucapan kad tu.. hihi.. sebenaqnya ni kesah tahun lps.. tp aku xpost pun entry ttg hal ni.. mcm aku kata td lah kan.. dok tgk gambaq2 dlm album ank aku tu.. ada la gambaq ni.. tu yg tingat tu.. haha..

kesahnya.. awek anak aku tu nama dia Jasmin Sofea.. (sedapkan nama dia..) bgtau kat mmber aku.. (ibu dia..) 'ibu, mynn nk bg surat cinta la kat adam.. tp ibu tlg la bg kat ibu adam sat.. mynn malu nk bg sendiri..' ibu dia kata.. 'mn mynn tau sal surat cinta ni??' dia kata.. 'kat sekolah la.. dlm tv pun ada..' haha.. pengaruh tv kowt.. tp kat sekolah tu?? sapa yg ajaq.. huhu.. (cikgu sekolah dia semua muda2 n x kawen lg.. so, may b dia tgk cikgu2 kot..)

Jasmin ngan adik dia.. Kamellia.. chumel kan??

anak aku ni xreti bab2 surat2 cinta ni.. bila aku wak balik ja surat cinta dia tu.. dia excited sgt.. then terus nak reply balik surat tu.. tp yg lawaknya, dia bak tulih balik atas kad tu n sampul tu jgk.. aku gelak la.. aku kata kat dia.. 'abg, mn ada org balas surat guna kertas/ kad yang sama..' pastu dia kata.. 'abih tu.. abg nk guna apa??..' 'nnt kita beli kad len la..' balas aku.. tp sampai hari ni aku x beli2 lg pun kad tu kat dia.. haha..



tapi bdk2 ni.. kalo kami (aku & mmber aku) ni ada beli sumthin kat anak2 kami, mesti depa nak beli utk buat aty masing2 gak.. hmm.. baru2 ni anak aku da pandai buat kapal terbang (yg lipat2 tu..) ngan origami bentuk baju.. ha.. apa lg.. byk la yg dia buat.. abih kertas2 A4 aku masa study dulu dia guna.. bila aku marah, katanya.. 'abg nk bg kat jasmin la..' hmm.. nk kata pa.. diam je lah aku.. huhu..

Monday, June 11, 2012

Tanda - Tanda Kanser

Sebagai peringatan kita bersama!.......

TANDA-TANDA AWAL KANSER
  1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedu tan pada kulit di buah dada.
  3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan pengliha tan , lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  10. Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
  1. Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  2. Hindari makanan ringan yang masam
  3. Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  4. Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  5. Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
  1. Makanan
  2. Alkohol
  3. Sinaran cahaya matahari
  4. Pengambilan ubat
  5. Perokok yang tidak aktif
  6. Tembakau
  7. Radiasi
  8. Pekerjaan
  9. Pencemaran air dan udara
  10. Keturunan
TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China , mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria
yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Wednesday, June 6, 2012

Tempoh Berpantang..

Assalamualikum..

hi.. haa.. td BW kat blog mmber zie.. dia tgh berpantang skunk ni.. bila baca cite ttg ank dia yg 2nd tu kena 'chichen pox' tingat lak kat ank2 aku..

dulu.. masa aku tgh berpantang kat Ammar.. si abg, kene demam campak gak.. dpt dr sekolah.. huhu.. panic gak.. tataw mn nk kuarantinkan dia.. nk antaq balik kg umh mertua.. jauh sgt.. si abg pun x nk berenggang ngan adik.. cian gak dia.. tp dlm aty ni.. Allah sj yg taw betapa isaunya aku.. bila dah 2 hari, tinggal serumah.. dah tentu si adik mmg automaticly da 'terjangkit'.. dalam aty ni berdoa n terus berharap agar si adik tak terkena..

demam campak ni byk pantang larang dia.. salah satunya.. jgn biaq bdk tu byk menangis.. takut jd dlm mata.. n jgn bg bdk tu terkejut.. takut nnt bintik2 mata campak tu tumbuh terbalik(terkalih ~ tumbuh kat dlm bdn bkn diluar bdn..|kata org2 tua| bahaya)

so, si abg melalui hari2 dia dgn segala pantang larang.. tapi kira OK lah jugak sbb si abg tu da besar n da cerdik.. bila kita larang something tu mmg dia x buat la.. kena pulak selalu ckp ngan dia 'abg jgn garu tau.. nnt jd parut da x ensem.. nnt Jasmin xmo dah kat abg..' haa.. apa lg.. mmg x garu lah dia.. tapi malangnya.. bila mlm2 tym tdoq tu mmg da x sedaq diri dah.. tgn tu mmg menggaru sesedap rasa.. jenuh gak la nk berjaga tgk2 dia.. so far yg lain2 ok..

after 2 weeks si abg 'berdemam' campak.. da nak baik.. si adik dah mula timbul 2 biji (ibu) kat tepi kepala.. mula2 tu igtkan bintik sbb kena gigit nyamuk.. da letak ubt, x ilang gak.. pastu pas 2 hari.. tgk2 dah turun ke kaki .. confirm dah kene 'chichen pox' jugak..


abg ipar aku ckp.. 'Haa.. baru la ensem sket.. da ada taik lalat byk cam ni.. huhu..

masa da turun ke kaki tu.. dia da mula merengek ja.. dukung x kena.. letak x kena.. seb baik bg susu dia mau gak minum.. tp mmg cianlah kat dia sbbnya mmg sakit kot masa bintik2 tu bula membesar.. Oops.. lupa nk bgtau.. si abg kena campak besaq.. (bintik2 berair yg besaq2 tu..) so, si adik pun sama lah.. mmg sedeh sgt masa tu.. nk nangis.. tp x nangis.. tataw sbb apa..

masa si adik tu demam, panas bdn dia pun sama naik.. 39 deg.. panic gak.. nk lap bdn x leh.. sbb bdn berbintik.. at last bwk adik g speciallist.. doc tny 'jangkit dr abg ke??' jwbnya mmg ya lah.. doc ckp jgn bg minum air kelapa muda.. (tapi aku da bg dia minum.. tp sikit je lah.. sbb ada org tua kat umh aku tu pesan jgn bg.. tp dah terbagi.. huhu.. pak cik tu ckp, si ibu minum x pe.. w/pun tgh berpantang?? boleh je.. ubat utk bby.. katanya.. huhu..) pas doc checkup, dia sumbat ubt demam bby kot bontot sbb panas tinggi sgt.. then amik ubt chichen pox.. uby tu mmg mahal dia kata.. RM 130/botol.. kalo utk si abg mmg dia x cdg amik ubt tu.. tp sbb si adik ni bby lg.. n org tua2 yg 50/60 ke atas je dia sarankan amik ubt ni.. utk cepat matikan virus campak tu.. sbb bahaya 'chichen pox' pd usia sebegitu.. so, nak x nak amik gak.. gasak kau.. huhu.. tp demi ank.. apa saja aku sanggup.. seb baik bwk duit lebih.. :p

dalam pada si adik tu demam campak.. leher n telinga si adik ni 'makan air' gak.. (debob sgt) cian dia.. pastu amik krim utk bg keringkan 'makan air' tu.. mmg takut2 masa nk sapu krim tu.. takut dia sakit.. huhu.. kalo korang tgk kat pic dibawah tu.. merah kan.. cian dia.. tp alhamdulillah.. pas 2 hari sapu.. da kering.. n pas 2 minggu baru adik baik demam campak.. habis berparut.. tp stil ada 3 4 biji lg yg x kering sbb kedudukan biji2 tu kat area belakang badan n tepi ketiak (akibat dok angkat dukung n bg mandi..).. tp apa pun.. tu dugaan anak2 aku dlm tempoh aku berpantang..


sebenaqnya byk lg dugaan yg aku lalui dlm tempoh aku berpantang dulu.. dugaan anak2,, dugaan perasaan dan dugaan hidup.. semua tu x kan ku lupa.. pahit manis kehidupan tetap ada selagi kita bernafas..

Wednesday, May 30, 2012

PEMBONGKARAN: HUBUNGAN ANTARA KIBLAT, KAABAH DAN JUGA HARI KIAMAT

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:

1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya...

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,

Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.

Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!

Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.

Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a'lam.

Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.

Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).

Kesimpulan..

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus "Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)

Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.

Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.

Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.

Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab

Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

kemarin 1 Rejab.. pejam celik pejam celik dah 14 tahun arwah tok aku kembali menghadap Illahi.. aku igt lg.. masa tu lg 2 hari ja lg aku nk SPM.. sedeh tatau nk habaq.. aku syg sgt kat tok aku.. dia lah satu2 nya tok yg aku ada.. yg lain2.. aku hanya dengaq nam n tgk gambaq ja..

arwah tok aku meninggal pd usia 93 tahun.. selepas genap 3 bulan arwah koma.. arwah meninggal sbb sakit tua.. walaupun sebenarnya arwah mengidap penyakit kencing manis.. arwah tok aku ni seorang yg sgt teliti.. disiplin.. kreatif dan seorang yg sgt2 rajin.. korang bayangkan.. pd usia dia dah 90'an dia masih lg menjahit baju2 (gaun) utk cucu-cicit dia yg masih kecik guna kain2 perca.. tiap2 hari masak kuih muih.. lg satu dia seorang yg sgt pembersih.. umah dia bersih.. cuci-calat kata org2 tua.. x dak habuk pun.. n seorang yg mengamalkan pantang larang org tua dahulu kala..

ayaq (minuman) fav tok aku.. Coca Cola.. kalo aku p melawat tok, mesti singgah kedai beli coke kat dia.. mesti dia senyum sampai telinga.. tok aku ni walaupun dia ni peminat tegar coca cola.. tp dia juga seorang yg akan makan ubat2an tradiational (herba) turun temurun.. x kira lah ubat cina or india.. asalkan halal dan nama UBAT.. pasti dia mkn..

kalo dari segi saiz.. tok aku ni kecik ja org dia.. dan seorang yg cantik masa muda2 dulu.. besalah.. darah campuran Arab, India, Cina.. kalo tgk anak2 dia (mak/bapak aku).. semua mcm muka hero n heroin hindustan.. hehe.. tok aku ada ank 15 org.. hasil perkongsian hidup dgn 2 org suami.. tp syg.. jodoh depa x pjg.. dua2 tok wan aku meninggal.. tinggailah tok aku sorang2 besaqkan ank2 dia seramai 15 org tu.. tok aku ada jugak bela beberapa org anak angkat.. hidup tok aku x mewah.. tp dia bahagia dgn cara tu.. tu lah tok aku.. HAJAH WAN FATIMAH BINTI ISMAIL.. Mg arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Aamiinnnnn... Sayang tok wan.. :'(

Thursday, April 26, 2012

~~B.O.S.A.N~~

Assalamualaikum..

hi.. sihat x?? hope u guys semua sehat k.. me?? alhamdulillah sehat.. anak2 je baru nak baik.. si abg baru2 ni kena neb 2 kali.. paru2 tidak sesehat dulu.. si adik baru baik demam campak ruam.. huhu..
tp alhamdulillah.. both of them dah semakin sehat..

hmm.. nk cita pa pun tataw.. hmm.. tgk pic je lah.. wedding my niece.. on 10th march 2012.. ekceli.. tat day.. is my befday.. tp x de acara potong2 kek.. huhu.. neway tahniah to ani.. a.k.a http://miss-ongy.blogspot.com .. mg bahagia ke akhir hayat.. Aaminnn...





Wednesday, March 21, 2012

I'm Back!!


Assalamualaikum..

hi guys.. da hampir setahun sy menghilang kan.. ekceli sy bkn hilang kemana pun.. ada ja kat sini.. cuma mood utk berbicara d ruangan ni sedikit menghilang..

byk sgt perkara yg jd tahun lepas.. pahit manis semua ada.. sedikit sebyk membuatkan tumpuan dan mood sy sedikit terganggu.. dlm tempoh dan proses pemulihan, so sy elakkan berbicara druangan ni.. bkn apa takut nnt terlps apa yg xsepatutnya dluahkan pulak.. x manis pulak nnt kan..
nnt buat org pk yg negetif lebih byk dr yg positif.. so, berdiam diri adalah terbaik..

now.. i'm back.. with new spirit.. cewahh.. spirit la sgt.. haha..
buat masa ni, may b sy cuma akn upload kan pic2 ja.. without any story.. you all describe senirilah.. tak pun biarkan gambar itu sendiri yg berbicara meluahkan ceritanya.. fulamak.. ayat... tak tahan doh.. hehe..