--------
Sabtu, 16 Ogos 2014
DAP CALON WAN AZIZAH
--------
MENCARI NAJIB DAN SUAMI YG HILANG
RALAT MAAF
adalah diberitahu bahawa
najib dan suaminya telah hilang
semenjak dua minggu
kali akhir mereka dilihat menaiki
pesawat di lapangan terbang kiev ukraine
kemudian hilang entah kemana
interpol telah dihubungi
gambar suami najib rosmah mansor telah
diiklankan dalam media eropah
tetapi
penayangan gambar ini telah menerima
bantahan keras terutama dari paris
diberitakan muka rosmah yang hodoh
telah menakutkan ramai kanak kanak peranchis
justeru Interpol telah
menarik kembali gambar suami najib
LANGKAH BARU WAJIB DIAMBIL
interpol yang berpusat di lyons peranchis
telah telah mengubah taktik
cara terbaik untuk menemui rosmah mansor
bukan dengan menggunakan jaringan interpol
sila lihat dimana ada banjir
sila lihat dimana ada bangunan runtuh
silah lihat dimana ada gegaran bumi
jika ada banjir ertiya rosmah
sedang berenang atu mandi
jika ada bangunan runtuh
ertinya rosmah baru naik bangunan ini
jika ada gegaran bumi
ertinnya rosmah sedang berjoging
----------
MINTA BANTUAN INTERPOL
KOMENTAR
najib dan suaminya
hilang 2 minggu
kemana najib
dan suami pergi?
berubat atau
tukar darah?
The curious case of the disappearing PM ...
yet again
COMMENT: Yet again, Malaysians are faced with the mysterious case of a missing prime minister, worthy perhaps of another literary adventure for author Shamini Flint’s Singaporean Inspector Singh to help investigate, estranged neighbour or not.
As pro-establishment blogger Syed Akbar Ali wrote on his blog Out-Syed The Box, Malaysia has been without Najib Razak’s presence for 13 long days, a lengthy time for a premier to vacate his seat.
The case of the missing PM showcases the major problem associated with Najib’s leadership, his silence of major issues, disappearing acts and what can only be said as “cakap tak serupa bikin” where he flaunts expenses on public dole while telling the rakyat to reduce their spending.
Indeed Najib never denied the major excesses of travel expenses for his entourage and his ministers claiming all have national interests at heart.
- See more at: http://theantdaily.com/Main/The-curious-case-of-the-disappearing-PM-yet-again#sthash.X2nFgWGy.dpuf
KAH KAH KAH
woit
mana ngo islam
mana ngo islam
mana ngo melayu
buatlah laporan
pada interpol
seorang jantan botak
pendek bersama
betina gemok
sedang di cari interpol
KAH KAH KAH
MALAYSIA NEGARA MENGHUKUM
KOMENTAR
inilah contoh terbaik
bahawa undang undang
ini juga berasaskan kelas
yang miskin akan dihukum
yang kaya akan bebas
yang miskin hanya curi beras
kena tiga tahun penjara
kena tiga sebatan
razak baginda membunuh
dia kaya dia bebaskan
anak nazri ada kes pukul
dia kaya dia dibebaskan
mustahil tak sedar hal ini
mustahil tak nampak
satu hukuman untuk yang kaya
satu hukuman untuk yang miskin
kalau ada duit penjara boleh beli
Pecah amanah: Pemuda dijel, sebat
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulkhairi Abdullah, 31, selepas tertuduh didapati bersalah melakukan perbuatan itu di pasar raya Giant Taman Setiawangsa, di sini pada pukul 8.30 pagi, 24 Disember 2008 dan pukul 10.41 pagi, 27 Disember 2008.
Beliau memutuskan demikian setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan berpendapat, keterangan tertuduh pada peringkat pembelaan adalah bersifat difikirkan selepas kejadian
--------
GAGAP JADI SEWEL
KOMENTAR
ini semua alasan
ini semua jalan tipu
mustahil tak dapat kira
mustahil tak dapat hitung
mustahil tak dapat congak
dengan bak islam
khalid ada jual 320 ekar tanah selangor
mustahiul dengan duit huitang sebanyak ini
dengan harga tanah ini
khalid todak pandai mengira
jumlah adun selangor 56 yb
jumlah dap pkr dan 2 dun pan 30 yb
mustahil tak dapat jawab 56 tolak 30
mustahil tak tahu siapa memiliki majoriti
Dewan Negeri Selangor kaji cara tentukan sokongan untuk Khalid, kata sumber
Dewan Negeri Selangor sedang mengkaji pelbagai pilihan yang ada untuk membolehkan satu mesyuarat tergempar diadakan bagi menentukan sama ada i Abdul Khalid Ibrahim mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kata sumber.
Menurut sumber yang biasa dengan Perlembagaan Negeri dan perintah tetap, dalam keadaan biasa, menteri besar yang menasihati Raja untuk mengadakan mesyuarat dewan.
"Dalam kes ini pula, MB yang sepatutnya berhubung dengan Sultan adalah subjek yang hendak dibincangkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji dan menafsir perlembagaan dan perintah tetap bersama dengan kes undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider tanpa mahu dinyatakan namanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-negeri-selangor-kaji-cara-tentukan-sokongan-untuk-khalid-kata-sumber#sthash.4RX7lZk7.dpuf
KAH KAH KAH
woit jangan bangang
mat gagap ni pandai kira
suruh dia kira macam
utang dengan bank islam
pandai kira kira
buat kira macam ini:
1 yb gagap +
2 yb gagap +
3 yb gagap +
4 yb gagap +
jawabnya ada berapa
yb yang gagap
kira punya kira
hanya satu yb gagap
ia itu sahak gagap
KAH KAH KAH
----------
MUKA MB SELANGOR BARU
INGAT
AKU BAKAL
MB SELANGOR
amaran untuk
mat ezam
INI PENYOKONG KAMI
Jangan babit Umno dalam krisis
MB Selangor, kata Noh Omar -
Badan Perhubungan Umno Selangor hari ini menolak dakwaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS Sallehen Mukhyi yang mendakwa parti Melayu itu mahukan RM3.2 bilion dana negeri melalui lantikan sebagai exco kerajaan negeri.
Pengerusinya Datuk Noh Omar berkata Umno tidak harus dilibatkan dalam kemelut penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana isu itu melibatkan Pakatan Rakyat (PR).
"Masa bila Umno hendak jadi exco? Siapa yang cakap? Apa kena mengena masalah PR dengan Umno? Kami hanya nak undang."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-babit-umno-dalam-krisis-mb-selangor-kata-noh-omar#sthash.uTxtzMCp.dpuf
----------
INI JAWAPAN HUSAM MUSA
TAN SRI KHALID IBRAHIM
CUKUPLAH
MEMPERALATKAN PAS
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.
Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.
Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama Pakatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.
Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.
Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?
Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?
Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.
Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.
Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.
Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.
Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.
UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.
Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.
Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 13 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.
Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.
Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.
Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO dan turut campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.
Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.
Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.
Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan'.
Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.
Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.
Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup. Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.
Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.
Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.
Tan Sri tahu ini.
Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?
Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?
Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?
Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?
Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.
Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin.
PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oleh parti gabungan yang lain.
Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.
Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.
PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.
PKR tidak menjamah urusan itu.
Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978.
Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.
Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Namun, bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.
Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.
Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.
-----------
Langgan:
Catatan (Atom)