Jumaat, 28 Ogos 2026

GASAK DAN GANYANG PROBOWO



ANAK MUDA

PELAJAR SISWA

BURUH TANI

SEMUA BERSATU

GASAK GANYANG

PROBOWO

KHALAS



Tunjuk perasaan Indonesia bertukar ganas, peserta bertempur dengan polis


JAKARTA: Tunjuk perasaan di Indonesia bertukar ganas apabila peserta rusuhan bertempur dengan polis ketika ribuan orang ramai berarak menuju Parlimen, mendesak hukuman lebih berat terhadap pegawai terbabit rasuah.

Keganasan tercetus apabila penunjuk perasaan membaling objek ke arah polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata dan menghalakan meriam air ke arah kumpulan terbabit, selepas sebahagian besar penunjuk perasaan bersurai menjelang malam.

Penunjuk perasaan dilihat membakar pondok polis dan motosikal, manakala beberapa individu dibawa menggunakan pengusung.

Sebahagian peserta didakwa memiliki bom petrol atau Molotov, selain kebanyakan penunjuk perasaan bersurai secara aman pada awal petang semalam.

Penunjuk perasaan mendesak Parlimen meluluskan rang undang-undang dibentangkan sejak 2008, bagi membolehkan aset pegawai terbabit rasuah dirampas, malah sebahagian mereka menuntut hukuman mati dikenakan terhadap pesalah.

Mereka juga menggesa program makanan percuma untuk murid sekolah iaitu projek utama Presiden Prabowo Subianto, yang dibelenggu dakwaan rasuah, selain tercemar kes keracunan makanan secara besar-besaran, dihentikan.

Terdahulu, anggota polis antirusuhan berjaya menghalang penunjuk perasaan daripada melepasi pintu pagar tertutup kompleks Parlimen.

Ia menjadi lokasi peserta demonstrasi membentangkan bendera kebangsaan sepanjang beberapa meter dan menggantung sepanduk 'perasuah semakin kaya, rakyat pula menderita'.

Sebahagian penunjuk perasaan memakai topi keledar serta menutup muka dengan topeng atau kain, selain cuba memecahkan pintu pagar bangunan Parlimen, namun gagal, manakala segelintir lagi membaling sampah dan pelbagai objek melepasi pagar itu.

Di luar pintu pagar, beberapa penunjuk perasaan menguruskan timbunan sampah dibakar di jalan raya.

Polis Jakarta berkata, 65 individu ditahan sebelum perarakan bertukar menjadi 'penghasut'.

Polis Jakarta sebelum itu berkata, seramai 18,500 anggota dikerahkan untuk mengawal keselamatan jalan raya di ibu negara, ketika lonjakan kemarahan awam susulan kesukaran ekonomi dan jurang ketidaksamaan semakin melebar.

Demonstrasi itu diadakan setahun selepas tunjuk perasaan di seluruh negara bertukar menjadi rusuhan, mengorbankan puluhan orang dan menyaksikan ribuan ditahan.

Keganasan terbesar Indonesia sejak Prabowo memegang jawatan pada 2024, berlaku pada Ogos dan September tahun lalu.

Ia tercetus akibat kemarahan terhadap pelbagai keistimewaan mewah dinikmati Ahli Parlimen sebelum berkembang menjadi kemarahan lebih meluas terhadap kerajaan.

Indonesia sudah lama berdepan masalah rasuah meskipun undang-undang antirasuah diperkukuh, suruhanjaya penyiasatan khas diwujudkan dan beberapa suspek berprofil tinggi ditahan.

Republik itu hanya mencatatkan 34 daripada 100 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025, diterbitkan badan pemantau, Transparency International.

Rasuah menjadi antara isu utama dibangkitkan penunjuk perasaan yang marah terhadap peningkatan kos sara hidup ketika Indonesia berdepan kesan lonjakan harga minyak akibat perang di Asia Barat.

Protes tercetus di beberapa bandar pada Jun lalu, selepas kerajaan menaikkan harga petrol tanpa subsidi sebanyak satu pertiga bagi mengurangkan tekanan terhadap belanjawan negara. - AFP

JEMPUTAN FORUM


JEMPUTAN FORUM

HARI MALAYSIA



APA YANG BERLAKU DI NEPAL DAN TIBET


APA YANG BERLAKU

DI NEPAL & TIBET

AMIN

KENALI PERANGAI ORANG POLITIK


KENALI

PERANGAI

ORANG POLITIK

AMIN

Unknown commented on
 "CHINA AKAN AMBIL 
ALIH TANAH MELAYU !!!"

Siapa dapat untung?
Siapa bagi masuk?
Siapa jaga sempadan?
Siapa siapa siapa?

Orang-orang politik hebat belaka,
Sebaik masuk mahkamah mula sakit, mula fitnah mula aniaya ayat sama berulang-ulang, ramai akan diusung ke mahkamah, semua bukan pembela agama bangsa negara tetapi mencuri merasuah merompak duit rakyat, 

apabila masuk mahkamah mula lah agenda agama bangsa negara kita kah kah kah kah lembu akan faham kambing sudah faham lama cuma manusia lambat sedikit kah kah kah kah

SARAVANAN DI JALA - AMARAN DI BERI !


SARAVANAN

 DI JALA

AMARAN UNTUK

ZAHID HAMIDI

KHALAS


Unknown commented on 
"SARAVANAN DI JALA !"

Kah kah kah satu persatu akan masuk cuma lambat atau awal, semua dalam geng sama dahulu, ada peluang sapu, masa enjoy menjoy senyap menyap, kalau ada masalah baru nak jumpa rakyat minta sokongan minta simpati atas alasan pejuang bangsa kah kah kah kah 

tak kira siapa kalau salah tetap salah, tak payahlah wayang sangat semua diketahui umum cuma orang-orang kita yang naif yang akan sokong orang-orang macam Dr Solehah, maaf gelaran Profesor sudah tarik balik minta maaf sangat-sangat kah kah kah kah

CUACA PANAS AIR BATU DI GUNUNG RUNTUH


BILA CUACA PANAS

AIR BATU

 DI GUNUNG RUNTUH

AMIN

AMARAN UNTUK ZAHID HAMIDI



AWAL AWAL

BULAN LALU

GUA UDAH

BILANG SARAVAN

AKAN DI JALA

AMIN

INI AMARAN

UNTUK ZAHID

AMIN

SIGNAL KALAU

ZAHID  BERGERAK

MAKA JALA

AKAN DI TEBAR

KHALAS


Saravanan didakwa terima rasuah hampir RM1.1 juta

Bekas Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, hari ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai lebih RM1 juta bagi meluluskan kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat pada 2022.

Dia yang juga Timbalan Presiden MIC didakwa menerima RM1,097,000 dalam tiga transaksi berbeza sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan syarikat TYKB Engineering Sdn Bhd (TYKB Engineering).

Syarikat itu memohon untuk mendapatkan 1,000 kuota pekerja asing.

Saravanan kemudian meminta untuk dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan kes disebut di hadapan hakim Azura Alwi

Kertas pertuduhan memperincikan bahawa pada 16 Jun 2022 Saravanan menerima wang tunai RM150,000 di Bukit Jalil Golf & Country Resorts.

Pada 7 Julai tahun itu pula, Ahli Parlimen Tapah selama empat penggal itu didakwa menerima wang tunai RM350,000 serta sekeping cek bernilai RM597,000.

Kesalahan berkaitan wang tunai itu didakwa berlaku di Jalan Telawi 3 di Bangsar, manakala cek berkenaan dimasukkan ke akaun syarikat Big Seven Ventures Sdn Bhd di Maybank cawangan Jalan Klang Lama.

Sarvanan, 58, didakwa menerima wang tersebut daripada Syed Amirul Syed Ahmad yang membuat pembayaran bagi pihak pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, yang akan meluluskan permohonan TYKB Engineering.

Perlu pasport ke India

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 – bergantung kepada mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin mencadangkan mahkamah mempertimbangkan jaminan RM800,000, serta merampas pasport Saravanan.

Dia juga mencadangkan dua syarat jaminan tambahan iaitu mahkamah memerintahkan Saravanan melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat sekali setiap tiga bulan, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga.

Bagaimanapun peguam Saravanan, Geethan Ram Vincent, merayu agar ikat jamin ditetapkan pada jumlah yang lebih rendah iaitu RM300,000 serta membantah cadangan pihak pendakwaan yang mahu pasport tertuduh dirampas.

“Anak guam saya bukanlah seorang yang berisiko melarikan diri kerana dia seorang ahli parlimen yang sentiasa menghadiri sidang parlimen.

“Dia bertekad untuk membersihkan namanya dan hari ini dia hadir di mahkamah seperti yang diarahkan oleh SPRM bagi membuktikan komitmennya untuk menghadapi pertuduhan tersebut.

“Dia juga memerlukan pasportnya untuk pergi ke India untuk pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Apollo Chennai,” katanya.

Oleh itu, tambah Geethan Ram, tiada kemungkinan untuk Saravanan melarikan diri.

Hakim kemudian memerintahkan ikat jamin ditetapkan pada RM450,000 dengan seorang penjamin, serta Saravanan melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali setiap tiga bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan, seperti yang dicadangkan oleh Julaila.

Mahkamah juga menetapkan 29 September untuk pengurusan kes.

Semalam Saravanan memberitahu Malaysiakini dia menghantar surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan “liar dan tidak berasas” SPRM terhadapnya.

Dia juga mendakwa ada individu tertentu telah dipaksa untuk mengaitkannya dalam pertuduhan berkenaan.

SAPA PEMILIK EMPAT EKOR ?


VINCENT TAN

BUKAN KE PEMILIK

EMPAT EKOR?

AMIN

SAJE TANYA

JANGANMARAH

KAH KAH KAH

AMIN

JERABU - KITA MAKIN PARAH


PARAH

MAKIN PARAH

AMIN

RIAU AMAT

DEKAT DENGAN

SEMENANJUNG

AMIN

BENCANA BESAR

AKAN SAMPAI

KHALAS


Jerebu di Riau semakin buruk

JAKARTA: Pekanbaru dan Pelalawan di wilayah Riau, Indonesia di Pulau Sumatera meningkatkan status kecemasan kebakaran hutan dan tanah daripada 'berjaga-jaga kecemasan' kepada 'tindak balas kecemasan'.

Ini susulan jerebu yang semakin buruk sehingga menyebabkan kualiti udara mencapai tahap sangat tidak sihat.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah dan Pemadam Kebakaran Riau M Edy Afrizal berkata Pekanbaru, ibu kota wilayah itu, dan Kabupaten Pelalawan adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran.

Ia mendorong sekolah dan universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian berikutan keadaan yang semakin buruk.

"Peningkatan status kepada tindak balas kecemasan dijangka dapat memperkukuh penyelarasan rentas sektor, selain mempercepat usaha menangani kebakaran dan kesannya terhadap orang ramai," katanya, menurut Agensi Berita Antara pada Khamis.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), status berjaga-jaga kecemasan diguna pakai apabila potensi ancaman bencana semakin meningkat, manakala status tindak balas kecemasan pula apabila bencana sedang berlaku dan mula menjejaskan kehidupan serta mata pencarian penduduk.

BNPB sebelum ini melaporkan 68 tompok panas dikesan di seluruh Riau ketika kebakaran hutan dan tanah masih berlaku di wilayah itu.

Edy berkata pihak berkuasa masih memantau keadaan sebelum memutuskan sama ada untuk mengisytiharkan status tindak balas kecemasan di seluruh Riau.

Buat masa sekarang, semua kabupaten dan bandar di wilayah itu telah mengisytiharkan status berjaga-jaga kecemasan, dengan Kuantan Singingi menjadi kawasan terbaharu berbuat demikian.






JANGAN TEKAN DAP KELUAR KERAJAAN


ANAK KIT SIANG

AKAN MASUK

TEROWONG

JIKA TEKAN DAP

KELUAR KERAJAAN

KHALAS

Unknown commented on 
"DALAM JALA SEKARANG 
DI JALAN DUTA"
6 hours ago
bukan anak lim kit siang pasti masuk ke dalam jala besi

BAB INI SAYA TIDAK ARIF


BAB INI

SAYA TAK ARIF

AMIN

Unknown commented on
 "DUNIA MAKIN PANAS - HASIL KERJA UMAT MANUSIA1"

Sebelum zaman ais bumi berada dalam fasa iklim yang lebih panas dan lembap dikenali sebagai fasa rumah hijau.

adakah berubah atau kembali kepada asal..?

manusia lebih mudah hidup pada msuim sejuk atau musim panas ?

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 28   OGOS 2026

JEREBU JEREBU JEREBU


BENCANA ALAM DI NEPAL DAN TIBET
Soldadu Nepal  sedang bekerja membantu mencari mangsa  banjir air batu runtuh.  DI Tibet sebelah China soldadu sama  bertugas 

Seramai 389  disahkan meninggal dunia. Ribuan  hilang rumah. 1300 masih hilang – lebih 400 pelancong termasuk 17 dari Malaysia.

BERJAGA-JAGA – MUNKIN AIR BATU AKAN  RUNTUH LAGI –  EMPANGAN AIR PECAH – BANJIR MELEDAK.

RUSIA – Putin beri amaran pada UK – JANGN MAIN API – ini kerana PM Babi Bakar nak beri bantuan  peluru berpandu jarak jauh pada Ukraine.

KEPALA CIA JUMPA KEPALA KGB
Mamat ini tak juga Putin –  berhenti  di Moscow hanya 90 minit – Bawa amaran dari Amerika : JANGAN  SERANG EROPAH.

APA JAWAPAN PUTIN : Ketika kepala CIA di Moscow -  Norway telah  mengalami SERANGAN  SIBER.

Minggu lalu UK juga menerima serang siber – loji dan jana leterik UK – padam. Amin.

JALA DI TERBAR
Azeez dan  Seregar telah di jala.  Di bawa ke mahkamah.

Mail Sabri dah kena jala – Tunggu bicara.

SARAVAN  telah di jala akan muncul ke mahkamah hari ini.

AMARAN
Jala yang di tebar ini adalah ingatan dan amaran pada ZAHID HAMIDI – lu buat kacau lu akan  masuk jala.

BANYAK LAGI AKAN DI JALA – Felda, Mara semua akan di jala.Amin.

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Langit kelam. Matahari tak kelihatan. Tepi Pintu Masuk gua dengar IBU AYAM berketak – juga suara anjing – mungkin anjing kacau Sang IBU.

KL & KL Sentral hodoh  berjerebu.

Ha ha di Lorong masuk  IBU TETEK LANJUT menunggu dengan geng – lalu gua beri nasi – wow  semua gumbira makan.

Berjalan. Ke Wakaf Tiga Geng Putih menyalak marah pada Tak Tak – tapi Tak Tak buat deek. Kah kah kah.

Jantan Putih Baik  ikut gua pulang dari Wakaf Tiga –  dia tak suka Friskies – gua beri hati dan keropku – wow ! Gumbira.

Di Wakaf Satu takda sapa tunggu. Tapai bila  nak sampai ke Lorong Masuk ramai  muncul – kali ini semua dapat Friskies.

Berjalan pulang gua nampak ratusan Pipit terbang berpusing-pusing. Rumput dah panjang – rezeki makin bertambah.

Gua TERPERANJAT – Tertiba Siti muncul – terus bergurau dengan Tak Tak – seperti biasa Tak Tak tak layan.   Gua beri friskies – Siti gumbira.

Siti ikut kami sampa ke pintu.  Gua dah keluar  dari Hokkien muncul pula  Jantan Baik dengan Ibu Tetek Lanjut. Wow ! Gua harap mereka akan masuk dan jadi Warga Le Chateau. Amin.

Gua menunggu hujan. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
Makanlah dengan sederhana – ini cermin ketelusan hati.

BRO
Pilih makanan untuk di jadikan ubat. Ini untuk elak ubat jadi makanan.

BRO
Hidangan yang lu sajikan sederhana itu tanda lu bersyukur. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT