headerphoto
Showing posts with label kemuning. Show all posts
Showing posts with label kemuning. Show all posts

bunga minggu ini...

saya sangat suka bila ke-empat-empat pasu kemuning saya berbunga lebat... 
sudah la kedudukan pasu kemuning saya letakkan di depan pintu sliding ruang tamu rumah saya... 
bila pintu dikuak... harum kemuning berlumba-lumba masuk ke dalam rumah...
seronok... sangat wangi...
(sibuk-sibuk Tahun Baru Cina, saya sambut dgn aromaterapi percuma)

gambar 1 - grand duke of tuscany atau melur mawar... pun tak mahu kalah... tak mahu keluar sekuntum dalam setangkai... tapi keluar segugus dalam setangkai...

 gambar 2 - sejambak kemuning dgn harumah yg semerbak...

gambar 3 - selingan... bunga ulam raja - yg tiada bau... tapi warnanya pemecah suasana laman saya... ya... kebanyakan bunga dilaman saya berwarna putih... hanya bunga ulam raja, bunga telang dan cempaka yg berwarna bukan putih... :)

 gambar 4 - stephanotis / melur madagascar... mewangikan laman belakang rumah saya...

pohon kemuning yang berbunga lebat

yang putih-putih sahaja...

saya suka semua mereka... kenapa ya... emmm... sukar dinyatakan...
mungkin kerana saya suka warna putih mereka...
dan juga semua mereka berbau wangi...
emmm... yg pasti saya suka warna putih itu... ;)
 Harum Sundal Malam

 Kemuning

 Melur variety Maid of Orleans

Melur Mawar variety Grand Duke of Tuscany

 Kesidang

Stephanotis / Melur Madagascar


Senduduk Putih

paling baru dalam laman - Melati / Jeliti

mereka semua ada di laman saya...
oppsss... jangan tanya banyak pada saya pasal khasiat...
saya cuma suka tanam pokok bunga yang warnanya putih-putih sahaja...

pasu baru pula...

2 minggu lepas semasa hujan lebat dan angin kuat...
pasu kemuning tumbang 2 biji hingga masuk longkang... nasib baik tak pecah...
kemuning saya rimbun gemuk sangat... senang la angin ribut nak tolak... ;p

jadi saya gantikan pasu baru besar lagi untuk kemuning...
asalnya pasu pokok kecil sahaja...
ye la... pokok yg saya beli pun asalnya cuma satu kaki tinggi... renek je...
sekarang tinggi pokok dah hampir 3 kaki... itu pun saya selalu trim...

hajat hati nak beli pasu cantik... empat segi... tinggi 2 kaki dgn lebar 1 kaki...
sekali cari punya cari... pasu tersebut bukan seramik... 
pasu design lawa bergaris-garis macam tu adalah dari jenis sintetik...
harga dia... +- rm70-rm100...
waaa... mana bole beli... kita nak ganti 4 biji pasu ni...
rabak poket kalau beli 4 biji... T_T

 akhirnya beli yg begini sahaja...
pasu seramik 1 1/2 kaki tinggi dengan diameter lebih 1 kaki...
beli di sungai buluh dengan harga rm17 sebiji
sebab beli 4 biji harga dia semua jadi rm60 sahaja... diskaun ;)

jadi la...dah ganti 4 pasu kemuning yang ada tu...
lepas ganti pasu terus trim pokok... ;)

hayat kemuning

sekarang minggu untuk kemuning pulak...
ini lagi satu spesis bunga wangi...
aduhhh... wangi sungguh bila bunga dah mula merimbun...

 tapi hayat bunga kemuning ni pendek... 
keluar putik bunga selepas 3/4 hari kemudian bunga mula mekar... 
kemudian dalam tempoh 24 jam berikutnya kelopak bunga akan mula gugur... habis...

tetapi pokok kemuning adalah dari jenis pokok yang tahan lasak...
perlu tempat yg banyak matahari... tapi jgn biarkan kering... 
perlu siram paling sedikit sehari sekali... kalau hari panas elok disiram 2 kali sehari...

saya pernah tinggalkan rumah beberapa hari... 
ketika pulang, tanah dlm pasu mmg kering... daun pokok mulai berguguran...
saya alihkan pasu ke tempat separa teduh kemudian siram dgn banyak air... untuk beberapa hari berikutnya... pokok sudah pulih kembali...

sekiranya dijaga baik - pangkas dan baja... 
pokok akan berbunga lebat dalam tempoh selang 3 minggu...

info kemuning

info dari Wikipedia bahasa melayu dan Dunia Botani Berita Harian

bunga kemuning... ini dari pokok di laman saya sendiri ye... bunga nya berbau sangat wangi... sangat sesuai digunakan bagi laman berkonsep terapi...

Nama Botani: Murraya paniculata (L.) Jack Murraya exoctica Linn. Kemuning lada

Nama Lain: sedap malam

Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 5m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.
Kayu Kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.