headerphoto
Showing posts with label serai. Show all posts
Showing posts with label serai. Show all posts

Infused Water... apa tu?

ok... ada sesetengah blog tempatan sebut sebagai Air Detox... kalau blog-blog 'mat saleh' diorg sebut sebagai Infused Water dan bila saya timbal balik sebenarnya dua-duanya hampir sama... 
bahan utama haruslah air, manakala bahan campuran lain adalah buah-buahan dan herba masakan yang lainnya yang sesuai diguna-pakai.

Kalau diikutkan tujuan asal penghasilan Infused Water ini adalah sebagai galakan agar kita minum lebih banyak air kosong... almaklum lah... kalau saja-saja suruh minum air masak... mmg susah nak habiskan 2 liter sehari... jadi dengan menjadikan air masak kita sebagai Infused Water... rasa air masak lebih sedap untuk diminum sebab dah di perisakan dgn campuran buah-buahan dsbg nya... dan ianya lebih baik dari kita minum minuman bergas atau pun jus didalam kotak.

secara tidak langsung juga Infused Water ini boleh menjadi air untuk tujuan detox... ini bergantung kepada resepi / campuran buah-buahan yang kita gunakan.

sebagai contoh, untuk detox bagi membakar lemak, campuran hirisan lemon, timun dan daun pudina digunakan.
manakala campuran buah kiwi dengan strawberi bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh serta membantu pencernaan.

ok... resepi yang saya nak kongsi kali ini, juga berfungsi untuk detox - nak buang angin, buang lemak, buang toksin... juga melegakan hipertension

resepi ini kurang popular berbanding dengan campuran buah-buahan untuk detox... tapi saya gerenti... resepi ini sedap... sedap sangatttt... :)

 
 bahan utama campuran :- 
serai 4-5 batang, 
daun pudina 2 tangkai, 
limau kasturi 2-3 biji dan 
1/2 inci halia (takde pulak dalam gambar... :p)
air sejuk 500 ml

 serai dgn halia - hiris nipis... 
limau kasturi belah dua - perahkan 
daun pudina cerai-ceraikan sahaja...
masuk dalam bekas / balang... tuang air sejuk...
* boleh tambah madu - kalau mahu rasa manis... tapi saya suka rasa natural serai dgn limau... sedapppp...

tu dia... semua bahan fresh @ segar dari laman rumah... saya suka  

* Infused Water ini bole disimpan selama 3-4 hari di dalam peti ais bergantung kepada tahap kesegaran bahan yang kita gunakan.

bila dah banyak

banyak... hingga tak termakan...
hujung minggu yang lalu en.ejaM telah menebas serumpun serai... rumpun ni dah lama sangat... pangkal pokok pun dah tinggi... jadi tebas untuk semai / tanam lain...

rumpum serai bila dah lama sangat - jadi sarang semut...
ergghhh... tak suka... susah nak bersihkan...

ubat semut

saya sebenarnya tertarik dengan satu rancangan tv... siaran tv2... kalau ada kawan-kawan yg berada dirumah jam 9/10 pagi hari rabu... sila lah menonton rancangan tersebut... rancangan tersebut DIY bahan-bahan tanaman yg ada disekitar rumah...

yang ini kononnya saya cuba guna pakai idea nya...

Daun Serai Wangi... 
diikat untuk diletak dalam kabinet dapur...
selain berfungsi sebagai pewangi... ianya juga agen penghalau semut / serangga...
saya sedang cuba... kalau berjaya saya umumkan nanti...

saya dah test dgn Daun Pandan dalam kabinet... kurang berkesan utk semut-semut degil di rumah saya... kali ni kita letak Daun Serai Wangi pulak... tengok nanti bagaimana... ^_^

membuang serai...

eh... ini bukan sebarang buang... ini membuang pokok serai yg dimaksudkan sebagai mencabut pokok serai yg dah lama / tua... kemudian diganti dengan menanam semula rumpun serai yg baru... emmm nampak gaya lambat lagi la nak dapat serai serumpun banyak mcm dulu... ;p

tapi sementara nak tunggu yang baru ditanam tu... ingat boleh habis ke stok yg ada ni... bole sampai kering dalam peti jadinya nnt... ;p

owh... dah bagi-bagi dengan Mak Mertua serai ni... banyak sangat... Mak Mertua rajin masak... bagi dia lebih untuk dia gunakan... nnt kita singgah rumah dia tumpang makan je... hehehehe... hantu punya menantu... ;p