X PARK PJ SOUTH ( TAMAN MEDAN )

As Salam

Lepas maghrib hari Sabtu lepas, Hata ajak kami ke tempat diatas. Ini semua sebab Hata dah syiok main golf dengan ofismate dia. Sebelum ni main dekat Setiawangsa je. Tapi Hata tak nak bawak kami kesana sebab dekat sana ramai super senior dan Hata rasa tak selesa nak bawak kami. Jadi Hata bawa kami kesini yang pada aku lebih selesa dan memasing dengan slot masing-maasing je.
Kesini la kami kome. Tempat ni ada 2 tingkat.
Hata amik tingkat atas sebab waktu ni tak ramai player lagi yang naik ke tingkat atas. Penuh dekat bawah je. Brand kereta pulak bukan kaleng-kaleng.
Kami je naik kete pak ostad. 😆
Maksudnya tiada had limit masa untuk habiskan 100 pcs bola ni.
Malam tu kami amik 200 biji bola sebab Hata nak kami semua merasa main & belajar main golf.
Kayu golf ni. orang dunia golf panggil iron.
Ini iron untuk right handed. Aku kan lefthanded
Jadi jenuh jugak la coach Hata nak mengajornya kome. 😆
Tangan kiri kena straight, tangan kanan boleh bengkok.
Badan kena tetap dekat position tapi boleh dipusing ke kiri dan kanan masa buat hayunan. Kalau posisi badan berubah ( cara bongkok ), 
CONFIRM TAK DAPAT PUKUL BOLA.
Coach Hata tengah ajar Ammar.
Ajar che mek pulak. Aku tak sure banyak mana je hata pukul bola.
Sebab banyak kami bertiga je yang main. Main-main..😂
Dapat snap lagi...

Habis main dalam pukul 10:00 malam. Kami pilih makan malam dekat Gombak kedai yang biasa kami pegi. Ammar cakap dia tak nak makan sebab masa dekat driving range tu, kami ada order makanan jugak. Jadi Hata order nasi padkrapaw, aku order nasi dengan telur bungkus & che mek order mihun tomyam
Padkrapaw daging.
Mihun tomyam ayam.
Roti milo untuk Ammar.
Tapi kan..Ade la sekali dua aku secara spontan je suap Ammar makan nasi lauk aku...Ehhhh..Sekali Ammar cakap macam nak makan nasi ibu pulak.
Mujur la waktu tu aku dah kenyang kome.
Memang hanpir separuh nasi aku masuk mulut Ammar la cerita dia. 😁
Tapi masa Hata pegang kucing ni, ada sorang budak lelaki datang mendekat dengan kami semata-mata nak amik kucing ni dari kami. Terus la Hata lepaskan kucing ni.

Tapi pada aku kan. Aku tak setuju cara budak tu datang ke meja kami untuk ambil kucing tu. Meminta-minta sangat. Lepas tu selamber je henfon yang ditangan dia, dia letak atas meja kami sebab nak pegang kucing ni. Kalau henfon tu jatuh atau orang lain amik curi keluar dari kedai ni macamana? Parent budak ni ramai. 1 meja panjang family dia je dekat belakang meja makan kami. Tapi apa parents dia buat? Bersembang sampai tak hiraukan anak pegi mana-mana. Kedai ni dah la tepi jalan. Kalau budak tu berjalan sampai ke meja tepi jalan, ade pulak yang grab bawak masuk dalam van & gerak entah kemana-mana..Macamana?

Pada aku better monitor anak waktu-waktu macam ni. Jangan biarkan anak-anak merayau-rayau dalam kedai makan meja ke meja sebab ia buat aku rasa tak selesa.

Kalau kroang macamana?

BATTING CENTRE - MELAWATI MALL

As Salam

Hari Sabtu, Lepas Asar kami keluar rumah semula sebab Hata nak main baseball in cage dekat Melawati Mall. Kenapa tak pegi terus masa lepas Ammar potong rambut? Sebab aku nak suruh Ammar mandi dulu lepas potong rambut tu & kami tak nak solat Zohor dekat mall.
Bayar RM10 untuk 20 biji bola.
Tempat ni tepi laluan so orang boleh tengok kita pukul bola.
Waktu ni aku sedih sebab semua bola aku tak dapat pukul.
Aku kan lefthanded. Bola pulak pegi alik kanan.
Mana maunya kome.
Menunggu dalam 10 minit untuk 1 team ni habis main.
Hata la syok. Habis 20 biji bola dapat dipukul.
Hata cakap puas hati dapat pukul bola-bola tu semua. 😁

Lepas main, kami turun ke PADINI. Dieorang tengah buat SALE. Ade seluar cargo baggy yang aku berkenan harga tengah SALE. Dapat la 2 helai untuk aku, sehelai untuk che mek dan sehelai baju kerja Hata. SALE jugak. Lepas membeli, kami order ZUS Coffee dekat apps then minum dekat level 4 ke 3.
Aku order 3 je. Aku & Hata share.

Habis minum air, kami pun gerak balik la kome. Walaupun aku tak puas hati sebab tak dapat pukul bola, tapi aku puas hati sebab dapat grab SALE seluar jeans baggy cargo dekat PADINI. Sekarang ni aku memang dalam mood seluar jenis-jenis macam tu.😁

Tapi aktiviti kami tak sampai disitu sahaja ye kome. Lepas maghrib tetibe je Hata ajak kami pergi 1 tempat ni. Kemana? Tunggu aku share.

KEDAI MAKAN MAT ZAIN DAH PINDAH..

As Salam

Mungkin kebanyakkan orghe kelate yang tinggal dekat KL ni rasanya kenal la kedai nama Mat Zain / MZ yang ada dekat Kampung Baru depan hotel KL & Rosdet tu. Hari Sabtu kami planning untuk makan tengahari dekat sana. Boleh dikatakan kami ni melawan arus jadi perjalanan nak ke Kampung baru tak perlu hadap jammed yang teruk macam yang terjadi dekat tengah-tengah bandar & highway utama especially macam dekat MRR2 tu.
Ini jalan nak ke kedai Mat Zain yang lama
Kedai tu dulunya alik kanan depan sikit dari pejalan kaki dalam gambar ni.

Bila sampai tengok kedai tu dah TERANG / DIROBOHKAN. Terus rasa kecewa tapi Hata berusaha jugak google dekat mana kedai ni berpindah. Alhamdulillah kedai ni pindah tak jauh pun dari tempat asal. Seberang simpang kedai lama je. Tapi kedudukannya bukan lagi stand alone. Kedai ni berpindah ke medan selera.
Kalau nak pegi, korang waze nama kedai ni ye.
Masuk je ke medan selera ni, korang kena terus ke 
belakang dan kedai tu alik kanan.
Cari signboard kedai ni ye.
Ini antara menu-menu yang kami ambil.
Alhamdulillah rasa masih sama & kami semua dapat habiskan 
portion masing-masing tanpa pembaziran.

Masa akak kedai ni datang untuk kira makanan kami, aku tanya akak ni kenapa kedai MZ pindah. Akak tu jawab owner tanah nak amik balik lot tu. Laaaa..Aku ingatkan selama lebih 10 tahun tahu tentang kedai ni, tanah ni milik kedai MZ sendiri. Rupanya hanya sewa sepanjang yang aku tahu. Mujur la mereka pindah tak jahu dari tapak asal. Takde la susah sangat nak mencari.

Masa OTW balik, kami singgah ke kedai gunting rambut berdekatan dengan Melawati Mall untuk potong rambut Ammar. Sambil tu aku & che mek round dalam Melawati Mall. Tak sampai sejam Ammar dah siap potong rambut dan kami balik rumah. Jalan jammed berdooh kome. Dari Zoo Negara sampai la depan simpang rumah. Tu tak tau la sampai mana jammed dia.

Sampai rumah terus suruh Ammar mandi & selesaikan apa yang patut. Sambil tu potong kek lapis yang Hata beli masa outstation dekat Sarawak 2 minggu lepas.
Hata beli 4 flavor dari jenama kek lapis Warisan...
Pada aku semua sedap..
Lepas Asar, kami keluar rumah semula.
Kemana? 
Nanti aku share. Waktu ni MRR2 masih jammed...

Korang ada yang stuck dalam jammed?
Hari ni dah start koje kome. Ada yang masih cuti?

WORDLESS WEDNESDAY : #34

As Salam
Anakku - Head to Toe yogurt wash.
Ada bau strawberry, mango & berry.
RM10.00 / bottle.
Kids suka sabun mandi ni...
Jadi kita grab la sebab jarang nak dapat harga ni on next time. 
Lama nak tunggu sampai pernah terputus stock. 
Beli lebih untuk buat stock. 
Harapnya by time stock habis aku dapat 
beli dengan harga promo yang sama. 😆

GIVEAWAY WEDDING ANNIVERSARY SA & SUAMI YANG KE 3 TAHUN

As Salam

Kebetulan sangat ni. Sis SA buat GA untuk anniversary. Aku pulak buat segmen untuk refresh bloglist aku yang dah 9 bulan tak berusik. Jadi hari ni cerita dia, aku anjurkan segmen & aku jugak join giveaway sis SA.

Korang yang nak join boleh baca je syarat-syarat as simple as ABC dekat banner ni ye. 

Aku bukan seseorang yang pandai nak buat ucapan anniversary walaupun takde dalam syarat penyertaan giveaway ni.. Tapi sebagai seorang yang masih baru dalam melayari bahtera perkahwinan macam aku ni, pasti aku nak ucapkan kata-kata semangat dan berdoa untuk kebaikan bersama. Berdoa untuk kesejahteraan dalam melayari apa sahaja yang kita bina. Berdoa semoga Allah berikan sis SA & aku segala yang kami perlukan untuk menikmati hari-hari mendatang. Tenangkan hati kami dalam menghadapi apa jua yang datang. Tingkatkan rasa syukur kita atas apa yang diberikan. Dan semoga kami dapat lengkapkan segala kekurangan yang ada. Amin.

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026

As Salam

Dah 9 bulan tak refresh bloglist. Rasanya bulan ni aku nak refresh semula bloglist untuk diletakkan di sidebar sampai tempoh masa yang aku nak. macam sebelum ni. Gigih ye mintak Google AiMode tolong buatkan poster. Sebab nak design sendiri tu macam lamberttttttt lagi nak jadi sedap mata aku memandang. Silap-silap tak jadi poster tu. 😆

Syarat-syarat aku simple je...

1. Follow blog ni untuk yang belum follow.
2. Buat 1 entry tentang segmen ni..
3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...
4. Letak link post korang dekat komen entry ni...

Selesai...


Korang support segmen aku ni ye. Korang nak follow blogger lain yang join segmen ni pun ok.At least boleh tambah kenalan alam maya. 😁

Macam sebelum ni, 10 blogger terpilih akan ada dekat sidebar blogger friends blog ni nanti. ✌

NIAT NAK BELI KISMIS JE...TAPI...

As Salam

Balik dari Q Bistro aku terasa nak beli jumbo raisin. Dekat sini ade 1 kedai arab jual bukhor, kismis, kurma, perfume & lain-lain barang dari sana. Dah beberapa kali jugak kami beli bukhor dekat kedai ni dari sebelum pindah lagi.
Aku suka kismis 2 warna ni jenis jumbo.

Aku beli sikit-sikit je sebab risau tak boleh habiskan dalam masa terdekat. Kalau habis boleh beli lagi sebab kedainya dekat je dengan rumah kami. Dekat sini kismis jumbo ni dijual dengan harga RM4.40 / 100gram. Aku mintak taukey kedai amikkan 100gram setiap jenis untuk aku.

Sambil menunggu staff ni timbang order aku, kami berdua berjalan ke bahagian wangian rumah. Aku berkenan 1 bau ni. hata pulak berkenan dengan 1 lagi bau. Kami memang selalu jugak beli bukhoor ni untuk dibakar dekat rumah. Jadi aku amik wangian yang aku suka, Hata amik wangian yang dia suka.
Inilah wangian tu. Wangian atas pilihan aku, wangian bawah, pilihan Hata.
Wangian aku 1 box ade 10 pcs RM55.00
Wangian Hata 1 box ada 10 pcs jugak RM36.00
Inilah bentuk wangian tu. bakar je seketul tu atau separuh-separuh ikut keperluan korang. 1 pcs boleh bertahan selama dalam 30 minit.
Bakar ni dekat tempat yang korang kena beli asing. Tempat bakar bukhoor yang guna cube arang tu. Kami memang dah ada tempat bakar tu. Jadi letak wangian ni dekat tempat sedia ada je.

Nanti nak kena kumpul duit untuk beli air purifier yang besar sikit macam yang letak dekat ofis tu.😆. Korang guna air purifier yang macamana untuk pastikan rumah korang sentiasa ada bau wangi? Share sini ye.