Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

12 April 2009

Ayam kerisik


Kasawari dan Linda jalan beriringan
Jumpa Sis Lin semasa waktu makan
Masakan ayam ini jadikan hidangan
Untuk teman yang minta dibuatkan

Masakan ayam kerisik ini lebh kurang seperti rendang (boleh lihat resipi rendang ayam di sini) cuma umie tidak gunakan santan melainkan letak lebih 3x banyak kerisik daripada rendang biasa. Hasilnya rendang ini agak pekat dan juga disukai oleh anak-anak umie.

Kebetulan pula ada kawan yang minta umie buatkan masakan ayam dan pulut kuning. Nanti umie letak n3 pulut kuningnya pulak ok. ermmmm memang dah lama umie tak memasak... maka bila sekali sekala masuk dapur memang menyeronokan ;)

21 May 2008

ayam bersambal sos

Cik Mat tergelak dengar lawak si Joyah
Banyak sangat gelak terhoyong-hayang
Nak buat masakan ini bukannya payah
Lauk kegemaran Baby@Adlin tersayang

Lauk seangaktan dengan 'ayam masak merah' merupakan kegemaran anak bungsu umie, kalau masak hari-hari pun tak apa... Resepi ini mudah saja, asalkan ada rupa 'masak merah' kegemarannya, dia sudah boleh tersenyum lebar tanda gembira...

Bahan

  • 2 kg ayam - potong ikut suka (garam kunyitkan dan goreng)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
  • garam/perasa

Cara:

  1. Blend bahan bertanada*
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di garam-kunyitkan)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
  4. Setelah garing masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis - kacau rata
  5. Tambah sedikit air jika rasa diperlukan dan masukkan garam/perasa secukupnya
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata
  7. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat > tutup periuk dan matikan api dapur.

14 May 2008

Ayam bakar bermadu


Hendak tunjukkan sayang ciumlah di pipi
Kepada anak-anaknya Nazrida lakukan
Lama sungguh umie tak berikan resepi
Jadi N3 ayam bakar bermadu diletakkan

Ayam bakar bermadu ni dah dibuat sebelum hari ni lagi tapi tak sempat nak diletakkan dalam n3. Hari ini umie ambil peluang untuk meletakkannya :)

Bahan

1 ekor ayam (potong 8 atau ikut suka)
1 batang serai*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sudu besar madu
garam/perasa secukupnya

Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Blend semua bahan bertanda*
3. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam (lebih lama lebih baik lagi)
4. Panaskan pembakar/arang dan bakar ayam hingga masak
** Jika tidak mahu bakar guna arang, masukkan dalam oven dengan suhu sederhana dan bakar hingga masak.

10 April 2008

Ayam kicap berempah


Shai masih solo kata dia tak masak
Kalau ada jamuan pergi je tempah
Kepala buntu lauk apa nak masak
Akhir masak ayam kicam berempah

Masak kicap berempah ni best juga... Lebih kurang cam masak kicap biasa cuma letak rempah jintan-ketumbar je...


6 April 2008

Ayam Percik

Syam ke pasar membeli buah ciku
Buah belimbing juga tak dilupakan
Ayam percik kepakaran suamiku
Ingin nak makan pasti dibuatkan


Ini ayam percik resepi hb umie. Dia memang pakar masak masakan Kelantan ;) Kalau rasa teringin nak makan je, pasti dengan rela hati hb umie akan memasaknya. Ayam percik ini hasil masakannya untuk dikongsi bersama ;)


Bahan

1 ekor ayam (potong 4 atau ikut suka)
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
7 tangkai cili kering*
3 batang serai
3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
200ml santan
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air (tambah jika perlu)




Cara


1. Bersihkan ayam.
2. Serai dititik
3. Bancuh tepung dengan sair
4. Blend bahan*
5. Masukkan semua bahan* belnd, santan, serai,tepung, dan garam/perasa ke dalam periuk dan masakkan kesemuanya.
6. Kuah dimasak hingga pekat kemudian masukkan ayam ke dalamnya.
6. Alas loyang dengan aluminium foil dan susun ayam yang telah bersalut kuah - bakar dalam oven hingga masak.
7. Lebihan kuah boleh disiram di atas ayam semasa membakar.
8. Tuangkan lebihan kuah ke atas ayam semasa menghidang.

5 April 2008

Ayam black pepper


Lawa gembira tersenyum sakan
Senyuman manis itu biarlah lama
Ayam black papper jadi kesukaan
Nasi putih saja dimakan bersama


Aktiviti harian menghalang umie untuk mengupdate. Hujung minggu begini bolehlah umie ambil sedikit ruang dan masa untuk mengemas 'dapur' umie yang hampir berabuk ni...


Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
½ inci kunyit*
½ inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
1biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
air
- ikut keperluan
1 cawan tepung KFC - boleh dapat di supermarket#
1 biji telor#

blend semua bahan bertanda*




Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Bancuh tepung dan ayam# kemudian celupkan ayam.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng ayam bersalutkan tepung hingga habis dan ketepikan.
3. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan blend sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.
4. Masukkan kicap manis+kicap pekat dan tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga kuah dan ayam sebati.

27 March 2008

Ayam Golek Rosemary


Program abang Budin dijadikan tayangan
Kisah menarik tentang Dunia punya cerita
Ayam golek rosemary dijadikan hidangan
Istimewa buat santapan keluarga tercinta


Ayam golek??? Kenapa ya dipanggil begitu? errmmmm dah tentu kerana ayam tu tergolek-golek dalam pinggan setelah dipanggang :p

Anak-anak memang suka menu ini tapi umie jarang berkesemptan untuk membuatnya kerana sibuk dengan aktiviti lain yang ada...

Bila ada peluang tu, buat jugalah untuk mereka... makan macam tu je pun ok... ikutlah selera masing-masing macam mana cuma masa masak ni umie jodohkan dengan nasi jagung...

Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan serbuk
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 batang serai*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis/masin
1 sudu besar butter/margerin
1 sudu besar rosemary kering
Garam/perasa secukupnya


Cara

1. Bersihkan ayam dan biarkan seekor.
2. Blend bahan bertanda * dan campurkan bahan-bahan yang sudah diblend bersama ketumar dan jintan serbuk, sos tiram, madu, kicap manis/masin, garam/perasa dan butter/margerin.
3. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama kurang-kurang 2 jam (atau lebih).
4. Masukkan ayam telah diperap dalam kaserol dan taburkan rosemary kering.
5. Bakar dalam api perlahan hingga ayam empuk.




23 March 2008

Kari ayam

Shai kena hujan bajunya habis basah
Tunggu di rumah KS sampai ke senja
Kari ayam nak sediakan taklah susah
Bukan hanya hidangan untuk nasi saja

Sebenarnya umie rasa terkilan juga tak dapat nak join member MsjBox pergi ke rumah KS seprti yang telah dirancang :( Kalau tidak kerana adik umie sekeluarga datang dari Johor, sudah pasti umie akan turut sama di rumah KS. Insya'allah lain kali kalau ada aktiviti lain umie akan join ya...

Hujung minggu kembar umie sekeluarga ada di rumah. Memang seronoklah kalau dapat bersua dan bercerita... Keadaan sudah pastinya riuh rendah dengan anak-anak dan anak-anak saudara yang ada :) Adik umie pulak dah plan nak bawa anak-anak pergi ke Pusat Sains Malaysia jadi seperti yang di rancangkan kamipun pergi ke sana.

Kami di sana sehingga waktu Zohor sahaja sebab adik umie perlu balik ke Johor semula. Ikutkan anak-anak mereka nak berlama-lama di sana tapi umie rasa boring sebab rasanya taklah menarik sangat benda yang dipamerkan :D

Dalam perjalanan umie telefon hb minta tolong masakkan nasi dan keluarkan ayam dari freezer. Sampai rumah je terus masak kari sebab itu saja masakan yang cepat. Sebahagian lagi dari ayam tu di goreng rangup sebab anak-anak suka ;)

11 March 2008

Ayam goreng serbuk roti


Pertama bertemu Pu3 umie jadi gugup
Kegugupan hilang bila lihat Pu3 mesra
Ayam goreng serbuk roti amat rangup
Makan masa panas sungguh menyelera


Ayam goreng merupakan makanan kesukaan anak-anak umie. Oleh kerana mereka suka sangat makan ayam goreng, jadi kenalah disesuaikan masakannya...

Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
2 biji telor ayam - dipukul sebentar
serbuk roti secukupnya
garam/perasan secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara

1. Telor dipukul sebentar - letakkan secubit garam
2. Celupkan ayam ke dalam telor
3. Gaulkan ayam yang telah dicelup ke dalam ayam dengan serbuk roti
4. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing

15 February 2008

Rendang nyonya


Jun dan Carneyz beli rumah takmo menyewa
Sebelum beli rumah semua orang mereka tanya
Nasi kunyit hidangan untuk hari istimewa
Rendang nyonya pula sebagai pelengkapnya


Semalam hari istimewa untuk semua yang dikasihi... seperti tahun-tahun biasa pasti ada hidangan istimewa juga... (semalam balckout tak dapat nak update n3 ni)
Nasi kunyit/pulut kuning kali ini dipasangkan dengan rendang nyonya dari CMG (chef siber terkenal) tapi telah diubahsuaikan mengikut selera dan bahan yang ada di rumah...


*** kalau masakan lauk-pauk tak risau sangat sebab sure boleh jadi walaupun entah apa-apa je rasanya hehehehehe


Bahan

1 ekor ayang (potong ikut suka besar)
250ml santan
2 camca besar kelapa tumbuk (kelapa digoreng seperti kerisik, tapi ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 helai daun kunyit
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkeh
5 biji buah pelaga
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar rempah kuri daging/ayam
1 sudu besar
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasaBahan


Bahan Blend

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah
1 camca teh lada hitam biji


Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kayu manis, bunga lawang etc, tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar dan rempah daging+kurma, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak dan rempah garing, gunakan api sederhana.
2. Masukkan ayam, gaul rata kemudian masukkan santan cair, kacau sebati.
3. masukkan daun limau purut+daun kunyit dan tambah garam, gula melaka dan asam gelugor.
4. Akhir sekali masukkan kelapa tumbuk, kacau rata. Masak hingga pekat dan sedikit kering atau ikut suka kepekatannya.

27 January 2008

Ayam lemak cili api


Amy bertanya sis honey jika sis pandai menari
Sis mendiamkan diri buat Amy terntanya-tanya
Ayam masak lemak cili api masakan Negeri
Kalau lebih banyak cili api lebih enaklah rasanya

Bahan

1 ekor ayam
4 biji kentang sederhana besar (jika suka letak)
1 tin santan
minyak
garam/perasa
serai - dititik


Bahan unt ditumbuk/blend:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 batang cili padi - banyak ikut suka pedas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
3 cm lengkuas
1-2 biji buah keras


Cara

1. Tumis bahan yg dikisar dlm myk sampai naik bau

2. masukkan serai yg sudah di titik

3. kacau sampai sebati

4. Masukan ketang yang dibelah 4 bersama ayam dan gaul

5. Jika ayam dan kentang sudah agak2 empuk, masukkan santan

6. kacau & tunggu sehingga mendidih

7. masukkan garam / perasa secukupnya

19 January 2008

Ayam goreng Junjs11


Pergi ziarah sahabat baikku di Kedah
Bila bersua hati merasa riang
Ayam goreng junjs11 penambah juadah
Bersama hidangan santapan siang


Resepi umie dapatkan di MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/3300

Bahan

  • 500gm ayam-potong kecil
  • 1 kiub pati ayam-hancurkan
  • garam
  • bahan kisar:-
  • 2 sudu makn ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 batang serai
  • 3cm halia

Cara

perap ayam ngan sume bahan selama 30min. goreng hingga kekuningan.

11 January 2008

Ayam goreng berempah

Glitter Photos

Perkenalan kita bermula dari internet
Semoga persahabatan dapat kita kekalkan
Resepi ayam goreng berempah dari Mesra.net
Website yang baik untuk dibuat rujukan


Bahan

1 ayam (dada atau sayap)
1 inch lengkuas
¾ inch halia
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inch kunyit hidup (jika ada.blh diganti dgn serbuk kunyit)
3 batang serai
2 sudu tepung gandum
1 biji telur ayam
½ sudu serbuk cili (lebihkan jika suka pedas)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara

1. semua bahan2 termasuk telur dan tepung dikisar halus.
2.semasa mengisar, hanya sedikit air digunakan supaya bahan kisar menjadi pekat dan mudah lekat pada ayam.
3. bahan2 tadi diperap dgn ayam selama kira2 1 jam.
4. ayam digoreng dlm minyak yg banyak (deep fry)


* Bahan rempah yang tertinggal di dalam kuali ditoskan dan jika mahu bolehlah ditaburkan ke atas ayam sewaktu menghidang.

9 January 2008

Chicken Chop


rrozie17 orangnya cantik pandai bergaya
Jumpa nita berpandang-pandangan
Semalam bingung nak masak apa buat keluarga
Anak-anak cadang chicken chop untuk hidangan


Resepi 1

Bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat).
9. Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari
4. Potong dadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
5. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
6. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan.
7. Letak garam dan gula secukup rasa.

Resepi ni umie ambil dari blog AUNTYN - http://kampungkitchen.blogspot.com


Resepi 2

Bahan

3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap

1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram 1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam 1 s/b minyak

Cara

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH

Bahan

2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato garam

Cara

1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

SOS LADA HITAM

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

************ resepi ini pulak umi cedok dari dapaur chef popular kita >>> sis hanieliza<<< http://hanieliza.fotopages.com


Mashed potato
pula boleh lihat di sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/663

Bahan

2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3~4 sudu besar susu segar
sedikit garam
sedikit parsley-dicincang(optional)


Cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia.
2. Rebus sehingga empuk.
3. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
4. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api.
5. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
6. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata.

@@@ umie letak kedua2 resepi dari AUNTYN dan juga hanieliza kerana salah satu resepi mereka digunakan - campur/ambil mana yang rasa senang@@@

%%%%%%%%% kalau sesiapa tidak ada masa utk buat semua dari awal kerana kesuntukan masa bekerja/dipejabat, bolehlah dapatkan bahan yang "INSTANT" tapi "KENA PREPARE" juga ler... kat Yummie tepung mashed potato ada, brown sauce ada, black pepper sauce ada... apa nak, cari and sediakan duit je... tak ada kat situ, gi cari kat kedai lain lak hehehehehe :P %%%%%%%%%

16 December 2007

ayam tomato mudah


'Ayam kuah merah' kesukaan baby, anak bungsuku
Kalau boleh hari2 nak suruh masuk yang tu
Baru je nak masak kawan dah sampai depan pintu
So masak je lah apa yang mampu

Nak buat ayam masak merah tentu makan masa juga
Umie nak cepat sebab kawan lama dah ada depan mata
Umie pun masaklah cara yang paling segera
Ayam tomato mudah untuk match dengan nasi rempah kurma

Bahan

2 kg ayam - potong ikut suka

10 tangkai cili kering (ikut suka banyak/pedas) - potong dan rendam
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
3 sudu besar tomota puri
1 tin chopped tomatoes
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam+gula+perasa


Cara:


1. Blend cili kering+ bawang putih/besar+halia
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
3. Setelah garing masukkan tomato puri- kacau
4. Masukkan chopped tomatoes+garam+gula+perasa
5. Masukkan ayam yang telah dibersihkan - gaul rata
6. Bila ayam dah masak - masukkan bawang yang telah dipotong bulat > tutup periuk dan matikan api adapur.

p/s: memang cepat dan mudah sebab tak perlu nak goreng ayam dulu ;)

25 November 2007

Asam pedas ayam berempah



Hari ini anak umie nak makan asam pedas tapi yang ada cuma ayam. Kalau buat asam pedas biasa dengan ayam rasanya macam tak berapa ngam... So umie modified dengan bahan lain yang ada supaya agak ngam dengan ayam yang ada tu...

Akhirnya jadilah asam pedas ayam berempah. Anak umie kata sedap :P ( Kalau tak puji jawabnya esok demam M lagi hehehehehehe )


* Lunch hari ni >>> asam pedas ayam berempah, kerang steam, air asam, telor dadar dan sambal belacan buah zaiton. Simple je...



Bahan

1 kilo ayam
2 sudu besar asam jawan (ramas/bancuh dengan 1 cawam air)
2 sudu besar (1 bungkus kecil) serbuk kari ayam/daging
Minyak untuk menumis
Garam/perasa secukupnya
1 biji buat tomato - belah 4 (yang besar)
15 tangkai cili kering (ikut suka pedas)*
2 batang serai*
1 cm lengkuas*
1 cm halia*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*

*(Blend semuanya)

Cara

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka besar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend dan diikuti dengan serbuk kari hingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan dengan bahan tumisan tadi
4. Kemudian masukkan air asam jawa, garam/perasa secukupnya dan kacau rata (tambah air ikut suka)
5. Biarkan ayam empuk dan masukkan buat tomato - matikan api

* jika kurang masam bolehlah ditambah asam keping


22 November 2007

Ayam goreng KFC Ayang



Ayam goreng KFC Ayang ni memang kegemaran sekeluarga... Kalau umie suka bahagian wings je :D Before memang selalu buat ayam goreng KFC Ayang sebab kat OS semua kena masak dan buat sendiri... kat sini kalau rasa nak makan pergi je ler kat KFC hehehehehehe Tapi bila hari asyik hujan je, nak keluar rumah pun malas (kat OS dulu malas keluar sebab sejuk) jadinya kenalah telan ubat R agar sembuh dari demam M :D so setelah kurang sikit demam M tu, jadilah ayam goreng yang ditunggu-tunggu oleh anak-anakku :)

p/s: The recipe was named after my hb because he was the first one who tried this recipe on his own.

Bahan

1 ekor ayam
200gm tepung KFC (beli kat mana2 supermarket)
50gm tepung beras
50gm tepung jagung
sedikit garam
3 biji telor (mungkin perlukan lebih)

minyak untuk menggoreng




Cara

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka
2. Campurkan kesemua jenis tepung

3. Pukul telor+garam

4. Celupkan ayam ke dalam telor dan gaulkan dalam tepung

5. Ayam yang telah bersalut tepung dicelupkan lagi ke dalam telor dan gaul lagi dalam tepung
6. Goreng hingga kekuningan


***Kalau rasa suka kulit yang tebal, bolehlah ulangi proses di atas sehingga tiga kali.

10 November 2007

Rendang ayam


Minggu ni kira minggu terakhir bulan Syawal... Banyak sungguh orang buat open house... Juadah yang masih terus menjadi hidangan sudah pastinya rendang dan nasi impit.

Bahan

1 ekor ayam
200ml santan pekat
50 gm kerisik (boleh tambah jika suka)
2 batang serai
1 cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 packet rempah kari daging
1 helai daun kunyit
3 lembar daun limau purut
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka besar
2. Blend semua bahan (serai/lengkuas/halia/bawang besar/putih)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend dan masukkan rempah kari+ daun kunyit dan daun limau purut
4. Masukkan ayam dan bila ayam 1/2 empuk baru masukkan santan pekat - kacau rata
5. Masukkan garam/perasa dan kerisik - kacau rata




9 November 2007

Ayam masak kicap



Ayam masak kicap is another dish that my kids like so much. Kalau ada lauk ni pun dah cukup untuk mereka habiskan seperiuk nasi hehehehehehehe ermmmm lucky to have kids that like something simple like this :)

Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka dan goreng)
1/3 cawan kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
rempah menumis (cengkeh, bunga lawang etc)
2 biji lada merah
1 biji bawang besar (dihiris bulat2
lada hitam tumbuk (ikut suka)
garam/perasa (ikut suka)
air (jika perlu)
minyak untuk menumis

Cara

1. Blend bawang merah/putih/halia
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan menumis, masukkan bahan blend dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis+ kicap pekat+ lada hitam tumbuk
4. Masukkan ayam dan gaul dalam kuah (tambah air jika perlu)
5. Bila kuah telah mendidih, masukkan garam/perasa, lada merah + bawang yang telah dihiris bulat.




1 November 2007

Ayam goreng 3 RT



Semalam menu untuk berbuka puasa simple je... umie buat ayam goreng 3 RT (3 jenis rempah dan 3 jenis tepung heheheheheh) Anak-anak umie suka kalau bab ayam ni... hari-hari makan ayam pun diaorang tak muak-muak. Kita yang masak ni... tengok ayam pun dah jelak :D Nak cuba? Meh ler try resipi yang mudah tapi ayam berat dekat 3 kilo anak-anak sekali adap je hehehehehehe

Bahan

ekor ayam (besar kecik ikut suka)
1 sudu kecil cili serbuk (ikut suka pedas)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin seed)
1 sudu kecil serbuk ketumbar ( coriander)
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1-2 biji telor (kurang boleh tambah)
perasa ikut suka
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Cuci ayam dan potong kecil (ikut suka)
2. Gaulkan ayam dengan perasa - ketepikan
3. Campurkan kesemua bahan 3T dalam mangkok bersama serbuk cili dan sedikit perasa
4. Pukul telor dalam mangkok berasingan
5. Celup ayam dalam mangkok telor kemudian golekkan dalam mangkok tepung, selepas itu celupkan semula dalam telor dan golekkan lagi dalam bahan 3T
6. Goreng ayam yang telah disalut tadi dalam minyak yang panas