Showing posts with label telor. Show all posts
Showing posts with label telor. Show all posts

3 July 2008

Sea-food steam eggs


N3 Ryan tentang kisah cinta sakan
Baca n3 blog tak payah baca buku
Telur kukus sea food dihidangkan
Sempena setahun bersama Chiku


Telur kukus sea food ni boleh dijadikan hidangan manusia juga... Cuma kucing pun suka sebab telur dan sea-food dicampurkan sekali. Kalau untuk kucing bolehlah diberikan begitu sahaja atau dicampurkan dengan makanan kering.

Kalau kita yang nak makan, bolehlah dimakan bersama sos... Resepinya senang je...
Bahan
3 biji telur
1 cawan air
5 biji bebola ikan - dipotong nipis/kecil
5 biji bebola sotong - dipotong nipis/kecil
5 batang isi ketam - di potong kecil
secubit garam
Cara
1. Pukul telur bersama air (jangan sampai kembang)
2. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan garam
3. Masukkan dalam bekas yang sesuai/disukai dan kukus hingga masak

20 May 2008

rendang telor


Adda pesan jaga kesihatan jangan dilupa
Walaupun banyak kerja perlu dilakukan
Apabila dah tak ada modal nak masak apa
Telor pun boleh dijadikan bahan masakan
Biasalah umie akan masak yang simple-simple je... walaupun begitu ada masa kepala buntuk apa maskan yang perlu dihidangkan. Bila dah tak ada modal nak masak apa, benda yang ada depan mata itulah yang menjadi bahannya hehehehehehe
Bahan
10 biji telor ayam - direbus200ml santan pekat
50 gm kerisik (boleh tambah jika suka)
2 batang serai*
1 cm lengkuas*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
5 tangkai cili kering - potong dan rendam dulu*
1 packet rempah serbuk rendang
1 helai daun kunyit
3 lembar daun limau purut
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng/menumis
Cara
1. Bersihkan telor dan rebus - kupaskan dan goreng dalam minyak yang panas
2. Blend semua bahan bertanda*
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend dan masukkan rempah kari+ daun kunyit dan daun limau purut
4. Masukkan santan pekat - kacau rata
5. Masukkan garam/perasa dan kerisik - kacau rata
6. Akhir sekali masukkan telor

19 February 2008

Onion & sausages Omelette



Sheda dan Tuah macam belangkas
Buat bodoh walaupun orang perhati
Telur dadar hidangan yang ringkas
Boleh dimakan dengan nasi dan roti


Telur dadar merupakan hidangan yang pasti ada jika penyakit M menyerang :) Lagipun telur dadar ni boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan. Kalau tak mau makan dengan nasi, boleh saja makan dengan roti buat sandwich ataupun makan begitu sahaja bersama kentang goreng atau kentang rebus. Apa yang pasti telur dadar memang mudah dan ringkas :)


Bahan

5 biji telur
3 batang sausage - potong bulat nipis
1 biji bawang besar -sederhana besar (cincang segi empat)
1 batang daun sop dan daun bawang
garam/perasa
butter - menggoreng

Cara

1. Pukul telur hingga sebati dan masukkan semua bahan yang telah disediakan
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter hingga cair
3. Masukkan bancuhan telur dan tutup kuali
4. Masak dengan api perlahan
5. Terbalikkan dengan hati-hati setelah bahagian bawah kekuningan

30 November 2007

Sambal Telor Ceplok



Sambal telor ceplok ni my fav. Makan dengan roti pun best! Kalau bandingkan sambal telor rebus dengan telor ceplok ni, umie suka sambal telor ceplok lagi sebab sambal dan telor lebih bersatu ;)


Bahan

4 biji telor (ikut suka)

1 genggam ladan kering - potong2 dan rendam

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu besar kicap manis

garam/gula/perasa secukupnya

minyak untuk menumis

1 cawan air asam jawa (jangan terlalu cair)

1 biji bawang besar ( dipotong bulat)

Cara

1. Blend cili kering+bawang besar+bawang putih+halia+belacan hingga lumat

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi hingga garing

3. Masukkan air asam jawa+kicap manis+garam+gula/perasa

4. Bila sudah mendidih masukkan bawang yang telah dihiris dan biar bawang layu

5. Pecahkan telor satu persatu (jangan dikacau) dan tutupkan periuk/kuali.



24 November 2007

Sambal telor


Bila masak gulai daging bersusu tadi, nak kena cari partnernya juga... takkanlah gulai tu sendiri je kan ;)

Sebab ada telor so buatlah sambal telor. Kiranya oklah tu... Anak-anak umie kena makan je ler apa-apa yang ada... Kalau tak mau makan, kenalah masak sendiri hehehehehe :P



Bahan:


6 biji telor (ikut suka) - rebus
1 genggam ladan kering - potong2 dan rendam
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar kicap manis
garam/gula/perasa secukupnya
minyak untuk menumis
1 cawan air asam jawa (jangan terlalu cair)
1 biji bawang besar ( dipotong bulat)

Cara

1. Blend cili kering+bawang besar+bawang putih+halia+belacan hingga lumat
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi hingga garing
3. Masukkan air asam jawa+kicap manis+garam+gula/perasa
4. Masukkan telor yang telah direbus dan dikupas kulitnya
5. Akir sekali masukkan bawang yang telah dihiris

1 November 2007

Kari telor 'Ca'







Curry is my kids' favorite but how could I cook the same curry everyday?! So kenalah modify asalkan ada nama and unsur kari di dalamnya hehehehehehehe

Asyik ayam je... kita yang masak pun jadi muak so modified buat dalca telor sebab daging my kids tak berapa sangat :-S



p/s : Kari ni tak guna kacang dal sebab tu dinamakan >>> kari telor Ca (dal dia tadak letak dalam laaaaaaa tinggal itu ca je ler) khikhikhikhikhi


Bahan:

Sayur-sayur kegemaran ikut suka (sesuaikan dengan masak dalca ler)
2 sudu besar kari daging/ayam
3 sudu besar bahan yang telah diblend (bawang+bawang putih+halia yang telah diblend bersama)
5 biji telor rebus (ikut suka banyak) lepas kupas goreng dalam minyak yang panas
200ml santan pekat (dalam tin/kotak pun boleh)
rempah menumis (cengkeh/bunga lawang etc)

1 keping asam gelugor
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:

1.Panaskan minyak dan tumiskam rempah tumisan.
2. Gaulkan bahan diblend serbuk rempah kari dan masukkan dalam minyak yang telah panas tadi.
3. Kacau hingga naik bau dan masukkan santan pekat.
4. Letak asam gelugor dan perasa secukupnya.
5. Masukkan telor dan tambah air jika terlalu pekat.
6. Setelah mendidih masukkan sayuran kesukaan yang telah dipotong.
7. Tutupkan api.