Aku Adalah Aku, Terimalah Aku Seadanya, Kerana Tidak Mungkin Aku Akan Jadi Seperti Orang Lain, Tiada Guna Berpura-pura Jika Akhirnya Kekecewaan Yang Melanda
Friday, January 29, 2010
Dah jumaat ye
Petang ni lepas anak2 balik sekolah dalam jam 7pm
kami nak bertolak ke Melaka
Nak bercuti
Moga perjalanan kami lancar lah hendaknya
Sya ni jarang pergi melaka
tak mahir pun
tak pernah lagi bercuti & tidor hotel kat melaka
Nanti-nanti sya update cerita bercuti di Melaka yer
Sedihnya sya.. Sebenarnya suami makcik sya bukan mati kemalangan Rupanya dia mati dibunuh
Cerita dia keluar surat khabar Mingguan Malaysia m/s 15, Harian Metro & Sinar Ahad
Kesal sungguh kami dengan orang yg buat kerja tu Tak pikir langsung Tak de hati perut
Makcik sya banyak kali pengsan Terperanjat sungguh dia Yerlah baru sekejap suami dia tidor dgn dia kemudian keluar tup..tup..orang ketuk pintu Dan bagitau suami dia dah meninggal Separuh gila makcik sya Dia sekeras2 nya menafikan Dia mengharapkan semua mimpi Namun...Hakikatnya Ia realiti Ia kenyataan Terlalu pahit untuk diterima
"Teh hilang tempat bergantung..apa Teh nak buat" itulah kata2 yang makcik sya luahkan
Semoga orang yang berkenaan dapat ditangkap dan mendapat balasan yg setimpal
Pagi ni dalam 5.30am sya dapat panggilan dari ummi yang mengatakan suami makcik sya(sepupu ummi, tapi kami rapat sgt) meninggal pagi tadi Terperanjat sya. Katanya arwah pak andak meninggal accident kat Bahau, jenazah dibawa ke Hospital Seremban
Lepas dapat panggilan tu sya tak dapat tido Sya menangis. Terus sya mandi dan tunggu azan subuh
Sya sedih sebenarnya baru je 26hb hari tu kami jumpa arwah
Sya terkenang Wan Teh(makcik sya) ni Umur baru 39 rasanya.. anak-anak kecik lagi yang sulong baru 9tahun, kedua 8 tahun & yg kecik 6tahun Suri rumah sepenuh masa Tinggal kat Kg Seperi, Jelebu, N.9 Arwah buat contractor kecil2an
Macamana wanteh nak hadapi semua ini yer Macamane wan teh nak besar kan anak2 yer Sedihnya sya
Sya terbayang kan diri sya Jika apa2 jadi kat suami, mcmane sya nak hadapi YA Allah, takut sya Sebab tu sya nekad, walaupun sya akan resign keja nanti sya tak nak dok diam camtu aje ada beberapa rancangan yang sya nak keluarkan ni Yer lah ajal maut ditangan Allah Walau bagaimana selesa kita sekarang dgn suami, kita kena sedia.
Petang ni ada kenduri tahlil 40 hari FIL sya lak. Jadi lepas tahlil ni sya akan bergerak ke Jelebu, Insyaallah
Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat tanpa halangan.
Izzati tahun ni nak ambil UPSR Danny Tahun 4 Qimie Tahun 1 Marsya Tadika walau pun umur dia baru 4 tahun
Mulalah semula rutin menghantar anak pagi2 Dan mula kena bangun cepat. Sekarang pukul 5.15am dah kena bangun. Nak mengejut bukan sorang Mula-mula kejut Izzati, kemudian Danny.. Depa dah mandi baru sya pula mandi Lepas tu kejut Hb lak..haa yang ni memang liat Sama jer Hb dgn anak2 lelaki sya Semua liat nak bangun. Pagi-pagi sya dah jadi tarzan kejut mereka bangun. Bukan boleh sekali. Kita kejut , ermm jawabnya Kita pi buat kerja lain..depa sambung balik tidor Tu yg pagi2 dah jadi tarzan ..bebel jgn cakap lah Letih mulut ni
Yang Qimie dgn Marsya lak lagi satu Marsya senang lah sikit..angkat je dari katil..dukong ke bilik air dudukkan dia ..mata pejam pun kena jirus gak hehe Last sekali yang paling liat..Qimie.. memanjang je mengamuk,,mengantuk katanya... Ayat selalu yg qimie ckp bila kena kejut ialah... Kejapnya tidor.. sabor jer lah.. padahal dia dah tidor dari pukul 10 mlm.. kita kejut dia pukul 6.30am pun dia kata mengantuk.. ishhh..anak..anak..
Itulah rutin hari-hari bila anak dah sekolah. Letih memang lah letih..tapi nak buat camne.. Amanah pada kita kan.. Semoga semua anak-anak sya menjadi anak yang soleh & solehah, berjaya didunia & akhirat.
Uoiiii...lama sungguh tak update blog Cuba beri 5 alasan kenapa tak update blog lama
5 alasan je ke....Jap ekk nak pikior..
Alasan pertama:- Saya sibuk cikgu..hehehe..(banyaklah sibuk..M nye yg lebih..ehhh tak lah betul saya sibuk)
Alasan ke-2:- Sibuk sebab anak-anak naik sekolah.. semua dah sekolah tau tahun ni. Nanti sya masukkan entry pasal sekolah ekk
Alasan ke-3:- Mood untuk mengarang belum mai..huhu
Alasan ke-4:- Online tapi banyak benda nak kena di google nye..hahaha..i likee bertenet.. (psst...cik abang jeling je bila tengok sya mengadap internet..lagi2 bila kat FB ..tulis komen je , mesti dia jeling pastu tanya dgn sore yg garang (konon hehe) AYang chat dgn sape tu..hehehe..gelak den..apalah cik abang ni..tulis komen kat FB pun dia nak jeles)
Alasan ke-5:- Mood update blog tak de semenjak hp & camera hilang..:(
Ok ..sat lagi kita story lagi ekk..rasanya hari ni banyak entry kot..hahaha Sebab semangat dah mai..nak tau sebab apa....