Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Tuesday, September 9, 2008

Menu Berbuka Puasa...


Antara menu berbuka puasa pada minggu lepas... Anak2 gadis akak yg 2 org tu suka sgt Western Food masa bulan puasa ni... tak larat dah nak buat... nak pizza, lasagna, spagheti... Si ayah pulak hari2 nak salad sayur... tp tetap makan dgn nasi.. perut melayu ler katakan...

Disebabkan adik iparku nak resepi lasagna ni... maka diperturunkan ler resepi kat bawah ni.. diadaptasi dari resepi Joayee@myresipi.com.. tp telah diubahsuai sedikit mengikut selera..

Bahan-bahan:
4-6 keping lasagna
400gram daging hancur (boleh juga guna beef burger, blend)
1 biji bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin chopped tomato (boleh guna tomato segar, kemudian dipotong dadu kecil)
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh rempah kari (jika suka, akak tak masukkan)
Sedikit kiub lembu /ayam
2 sudu besar tomato puree
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, gula & serbuk perasa
Sayur2an ikut suka spt karot, cendawan butang, capsicum dsbnya...

Cara:
  • Tumis bawang hingga naik bau, masukkan rempah kari, kemudian masukkan daging. Biar sebentar sehingga air daging agak kering. Baru masukkan sayur2an, serbuk perasa. Sesuaikan rasanya.. Jgn biarkan terlalu kering airnya.

Sos Putih
1 pint susu segar
3 sudu besar tepung gandum (cukup utk memekatkan sos)
  • Panaskan susu segar yg telah dicampurkan dgn tepung ke dalam periuk. Kacau hingga agak2 pekat. Tutup api.

Bahan lain:
Mozarella Cheese/Cheddar Cheese (parut kasar)



Cara-cara membuat lasagna:

Rebus lasagna sekejap hingga agak lembut, letak sedikit minyak supaya tak melekat... jgn tindihkan.

Lapisan 1: Filling (daging)
Lapisan 2: Sos putih
Lapisan 3: Cheese
Lapisan 4: Kepingan lasagna
  • Ulangi proses & ratakan keseluruhan setiap lapisan supaya kemas.. layer terakhir hendaklah letakkan cheese. Masukkan dlm oven bersuhu 200C selama 30 minit (ikut oven).


Wednesday, May 7, 2008

Garlic Bread & Sup Pasta

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Bahan-bahan:

1 buku roti france
2 biji bawang putih
2 sudu besar butter
Daun parsley kering secukupnya

Cara membuatnya:
  • Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  • Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  • Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti.
  • Taburkan daun parsley kering di atasnya.
  • Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  • Sedap dimakan dgn sup pasta.


Sup Pasta..

Bahan-bahan:

1/2 bungkus pasta (direbus hingga empuk)
1 cawan dada ayam (cincang kasar)
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang putih (cincang halus)
1 batang karot (hiris memanjang)
Sedikit bunga kobis
1 liter stok ayam
1 sudu besar mixed herbs
Garam & lada sulah
Cheese Cheddar parut (klu suka)

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan ayam cincang & tumis sebentar.
  • Masukkan bahan-bahan perasa seperti mixed herbs, garam, lada sulah.
  • Masukkan karot & kobis bunga.
  • Kemudian akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi.
  • Sewaktu menghidang taburkan cheese parut di atasnya jika suka.
  • Makan dgn garlic bread atau roti putih biasa (toast)...

Thursday, March 27, 2008

Soto Daging lagiii...

Resepi ulang tayang... entah dah berapa kali buat... cuaca sejuk kat sini memang sedap sangat klu dapat makan sup panas-panas... yummy! Disebab resepi sudah ada... akak cuma letakkan resepi pegedil daging sahaja di sini.




Pegedil daging ni hasil penjelajahan ke blog kak nis nun jauh di singapore... terima kasih ye makdaro kerana bagi resepi yg sodap banget!


Pegedil Daging


500 gram kentang (kupas, cuci & potong)
200 gram daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun ketumbar (cincang)
2 tangkai daun bawang (cincang)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur (pukul sikit)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Kentang direbus hingga empuk, lecek2kan ketika masih panas. Gaulkan semua bahan2 bersama kentang kecuali telur & minyak. Bulat2kan adunan & leperkan sedikit. Celup ke dalam telur sebelum digoreng dlm minyak yg panas. Angkat bila kekuningan. Sedap dimakan bersama soto atau dicicah dgn sos begitu sahaja.



Wednesday, January 2, 2008

Japanese Soup (Sup Jepun)

Sup ini adalah resepi hubby (belajar dr seorg kawan Chinese di Sarawak)... beliau sendiri yg masak..akak cuma menyediakan bahan2 sahaja... Sup ini amat sesuai utk sesiapa yg menggamalkan diet sbb langsung tidak menggunakan minyak.

Bahan-bahan:
100gram isi ayam (hiris nipis memanjang)
5 batang crab stick (potong memanjang)
1 kiub silken tofu @ Japanese tofu (dipotong bulat)
5 kuntum cendawan kering (rendam dgn air panas, potong nipis)
1 biji putih telur
1 inci halia (dihiris nipis memanjang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh lada sulah
1/2 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar tepung jagung (larutkan dgn sedikit air)
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan 1 liter air dalam periuk. Tunggu sehingga air mendidih, masukkan halia & bawang putih, biar sebentar baru masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam sedikit masak baru masukkan cendawan, biarkan lagi sebentar. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam maggi, garam & lada sulah. Setelah itu baru masukkan silken tofu & crab stick (jgn dikacau terlalu kuat sebab tofu & crab stick akan hancur nanti. Masukkan putih telur & kacau cepat2 dgn menggunakan chopstick supaya bahan2 lain tidak hancur. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Tunggu sehingga kuahnya sedikit pekat. Makan ketika panas2.

Sunday, November 25, 2007

Set Lengkap Nasi Ayam

Semalam buat nasi ayam lengkap. Menu nasi ayam ni amat digemari oleh anak2 akak terutama yg sulung.


Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawam beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan butter
1 kiub pati ayam maggie
2 sudu teh garam
1 inci halia (dihiris bulat2 nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:
Bersihkan beras, tos & masukkan ke dalam periuk letrik. Masukkan air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih, kiub pati ayam & butter. Gaul rata. Kemudian masak seperti memasak nasi biasa. Tujuan meletakkan butter supaya warna nasi kekuningan, sedikit berminyak & rasanya sodap!


Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
5 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar madu/gula melaka/gula apong (gula sarawak)

Cara-cara:
Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian perapkan dgn ayam selama paling kurang 2 jam. Lagi lama lagi sebati bahan2 perapan masuk ke dalam ayam. Selepas itu goreng ayam seperti biasa. Sedia utk dihidangkan bersama nasi ayam.


Sup Ayam Berempah
Bahan-bahan:
500 gram bahagian tulang2 ayam (bhgn kaki, kepak dsbnya)
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kari
Rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & kiub pati ayam maggie
Air
Minyak

Sayur-sayuran
2 biji kentang (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
2 btg saleri (hiris menyerong)
1 batang karot (hiris menyerong)

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-cara:
Rebus ayam dalam periuk (air rebusan itu juga boleh diambil utk membuat nasi ayam). Tumbuk bawang putih & halia. Kisar ketumbar & jintan. Tumis semua bahan2. Masukkan rempah tumis & akhir sekali serbuk kari. Tumis hingga garing. Terus masukkan ke dalam rebusan ayam. Tunggu sehingga ayam empuk baru masukkan kentang, saleri & tomato. Hiaslah dgn bawang goreng & daun bawang.


Sos Cili Nasi Ayam
Bahan-bahan:
5-10 biji cili merah besar
5-10 biji cili padi (klu nk pedas boleh tambah)
3 biji limau kasturi (ambil sebiji kulit limau blender sekali dgn cili)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan cuka
Gula & garam

Cara-cara:
Kisar semua cili, bawang putih & halia. Perah limau kasturi, ambil jusnya & campur ke dlm cili. Masukkan cuka, garam & gula. Sesuaikan rasa masam, masin & manisnya. Sedia utk dihidangkan sebagai pencicah salad, timun & tomato.

Bahan tambahan lain utk nasi ayam:
Lettuce (salad)
Timun
Tomato

Set Lengkap Nasi Ayam

Wednesday, October 24, 2007

Sup Tulang Rusuk Berempah


Bahan-bahan:
1 kg tulang rusuk
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh kari daging
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kiub tulang rusuk maggi
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
Rempah tumis secukupnya
Minyak utk menggoreng

Sayur:
2 btg saderi
1 btg karot
2 biji kentang
1 biji tomato

Untuk hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Daun Sup

Rebus tulang rusuk selama 1 jam. Kisar ketumbar, jintan putih & jintan manis. Tumbuk halia & bawang putih. Tumis rempah tumis, kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis & putih. Masukkan halia & bawang putih, biar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Masukkan ke dalam tulang yg telah direbus tadi. Biarkan sekejap sehingga daging empuk.

Potong batang saderi & karot secara merencong, kentang dibelah empat. Tomato juga dibelah empat. Bila daging agak empuk, masukkan kentang & biar sekejap. Masukkan batang saderi, karot & tomato. Akhir sekali masukkan bahan2 perasa.

Hiris halus daun bawang & daun sup. Ketika menghidang taburkan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Enak dimakan ketika panas.