Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, September 15, 2008

Udang Supreme...

Jengok myresipi.com terjumpa resepi ini... Diadaptasi dari majalah rasa oleh Pn Anawahid @ waheedeana@myresipi.com..


Bahan-bahan:

500gm udang (dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor, buang urat belakang udang)
3 batang lada merah (di cincang)
3 batang lada hijau (di cincang)
1 biji bawang besar (di cincang)
1 inci halia (di cincang)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
minyak untuk menumis
Sedikit garam klu kurang masin

Cara:
  • panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu sehingga udang bertukar warna (kemerahan, jgn lama sgt nti terkeras ler pulak)
  • tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, bawang merah bawang besar dan halia sehingga garing& naik bau.
  • masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • tambah garam jika sekiranya kurang masin
  • sedia untuk di hidang semasa berbuka puasa....

Monday, April 28, 2008

Tempoyak Goreng Udang...

Buat tempoyak goreng ni sbb ternampak dlm blog Edazman (resepi Dayang ler tu... yarabbi Dyg oiii...meleleh aik liur kamek nanggar!), terliur akak tengok. Ini orang-orang Sarawak je selalu buat stail mcm ni... Kalau kat Perak dia org lebih suka makan mentah+cili padi+ikan bilis. Lepas tu makan dgn timun.


Bahan-bahan:
10 -15 ekor udang basah (boleh digantikan dgn ikan bilis juga)
2 senduk tempoyak (buat sendiri)
5 biji cili padi
1 biji cili besar merah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Cara:
  • Bersihkan udang, buang urat hitam, cuci & toskan.
  • Tumbuk bawang merah, cili padi & bawang putih.
  • Bawang besar & cili merah di mayang.
  • Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan udang, masak sebentar.
  • Masukkan tempoyak, gaul rata & balik2kan hingg sekata.
  • Masukkan cili besar & bawang besar. Biarkan layu sebentar.
  • Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasanya.
  • Tutup api & boleh ler dihidangkan dgn nasi putih.

Sunday, March 16, 2008

Saturday, January 19, 2008

Seafood Tomyam

Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana
1 ekor sotong besar (dikelar & dipotong memanjang)
5 batang crab stick (potong 2)
2 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar (belah 6)
1 biji lemon (ambil jusnya)
15 biji cili padi (separuh diketuk, separuh lg biarkan sebiji2)
3 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos oyster
5 helai daun limau purut
5 hirisan lengkuas
1/2 kiub pati ikan bilis
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Sayur-sayuran:
Lobak merah (carrot)
Tomato
Bunga kobis
Brocoli
Capsicum

Cara-cara:
  • Masukkan air dlm periuk. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan pes tomyam.
  • Masukkan serai, hirisan lengkuas & cili padi. Biar sebentar.
  • Masukkan udang & sotong dahulu, lepas itu baru masukkan crab stick.
  • Terus masukkan lobak merah, brocoli & bunga kobis
  • Baru masukkan bawang besar & tomato.
  • Masukkan garam, gula, sos ikan, sos oyster, kiub pati ikan bilis, jus lemon & daun limau purut. Biarkan sebentar tp jgn terlalu lama, nanti sayur terlalu layu.
  • Sesuaikan rasa & boleh dihidangkan ketika berasap2....

Saturday, December 29, 2007

Masak Lemak Rebung & Udang

Bahan-bahan:
5-6 batang rebung jeruk
100 gram udang basah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi (klu taknak pedas kurangkan, klu nk pedas lg tambahkan)
1 inci belacan (dibakar)
1 batang serai (diketuk)
200ml santan pekat
Garam & gula
Kiub pati ikan bilis
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Potong rebung ikut suka. Kupas udang, belah belakang & buang uratnya. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Kemudian tumis semua bahan2 kisar, masukkan serai. Tumis hingga naik bau, baru masukkan santan pekat. Masukkan rebung & masak hingga rebung agak lembut. Masukkan udang basah. Biar sebentar, masukkan garam, gula & kiub pati ikan bilis. Masukkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat. Sedia utk dihidangkan!

Sunday, December 9, 2007

Nasi Goreng Udang

Sarapan pagi tadi...


Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi sejuk
15 ekor udang (sederhana besar)
1/2 mangkuk kecil mix vegetable
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Sedikit kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Gaulkan nasi dgn sedikit garam (jgn byk garam sbb nti kena masukkan kicap). Udang dikupas, buang urat hitam dibelakangnya, bersih & toskan. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis cili kisar & bawang sehingga garing & naik bau. Masukkan sos tiram, gaul rata. Kemudian masukkan udang. Biar udang masak dahulu baru masukkan sayur campur & bawang besar. Masukkan nasi, balik2kan hingga rata. Baru masukkan kicap (kicap dimasukkan kemudian kerana kicap sifatnya cepat hangus & hangit) & kiub pati ikan bilis. Sedia utk sarapan bersama teh @ kopi panas.

Saturday, December 8, 2007

Kerabu Udang Lagiiii...

Resepinya dah ada kt dlm ni... Kerabu ni mmg selalu sangat buat... kalau ada udang je mesti buat punya...


Resepi di sini

Monday, December 3, 2007

Udang Goreng Tepung

Minggu lepas semua masakan simple je akak buat... minggu M kot...

Bahan-bahan:
500 gram udang basah
2 cawan tepung serbaguna Adabi
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
1 sudu teh garam
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara:
Kupas kulit udang, belah belakang & buang kekotorannya (tak reti akak nk tulis benda ni..). Basuh & toskan. Gaulkan udang dgn tepung & semua bahan2 di atas. Disebabkan tepung serbaguna Adabi tu memang sudah ada bahan perasa sendiri & rempah ratusnya... jadi senang kerja akak, tak payah menyusahkan diri sendiri.. Tuang minyak dlm kuali dgn kadar yg agak byk. Goreng udang sehingga kekuningan. Toskan minyak udang dgn melapikkan pinggan menggunakan tisu... Perahkan lemon di atas udang utk rasa yg lebih enak.... Dah siap! Mudah bebenor!

Monday, November 5, 2007

Mee Udang

Resepi Mat Gebu yg diambil dr MyResipi. Cuba minggu lepas. Mat.. mmg sodap bangat. Lepas ni mesti menjadi menu family le pulak...

Bahan Untuk Stok Udang:
1 kg udang sederhana besar (kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya)
1 batang saleri (potong besar2)
1 batang lobak merah (potong besar2)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:
3 camca besar cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
Gula
1 kiub pati ikan bilis maggie
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Sambal:
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 - 3 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
Mee kuning dan Bihun secukupnya
4 - 5 biji telur rebus (belah 2)
Taugeh, dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Limau kasturi/Lemon

Cara-cara:
Stok Udang:
Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 2-3 liter air dan masukkan batang saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan ketepikan jusnya & hampasnya dibuang.

Kuah:
Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Tuang lebih kurang 1/2 cawan minyak gorengan udang tadi dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng sebentar, kemudian masukkan bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang stok udang dan jusnya tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ikan bilis maggie, gula, biar mendidih. Sesuaikan rasa masin, manis & serbuk perasanya.

Sambal:
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga pecah minyak. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Masak sambal hingga garing dan naik bau.

Penyediaan Mee:
Celur bihun hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan perah limau kasturi/lemon. Sudukan sambal ke dalam mee. Sedia utk dingapppp...

Thursday, October 25, 2007

Kerabu Udang


Bahan-bahan:
250 gram udang basah (sederhana besar)
2 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 biji tomato
1 batang serai
2 biji cili merah/hijau
5-10 biji cili padi
2 sudu besar sos ikan
1 biji lemon
5 tangkai daun ketumbar
Gula melaka/gula apong (gula Sarawak)
Garam

Cara-cara:
Kupas kulit udang, buang urat belakang, kemudian celur dengan air panas. Kemudian potong udang ikut suka (samada nak potong kecil2 @ agak kasar). Lepas itu toskan. Mayang bawang merah, bawang besar, serai, cili merah/hijau. Cili padi dihiris kasar atau diketuk sedikit (kalau nk hiris nipispun boleh). Tomato di hiris dadu. Daun ketumbar dicincang kasar. Larutkan gula melaka/gula apong dgn sedikit air. Perah lemon menjadi jus.

Gaulkan kesemua bahan2 tadi dengan udang hingga sekata. Masukkan garam. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk jika suka.