Lazada Malaysia

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

June 30, 2015

Katering paling murah di Kuala Lumpur

korang selalu kalau buat majlis pape dekat rumah yang memerlukan mengerah tenaga untuk memotong bawangg, memotong ayam lembu kambing segala bagai, korang akan masak sendiri atau korang prefer catering? aku jangan cakap tiap kali nak buat majlis makan-makan je nak upah catering, kalau boleh setiap hari aku nak orang datang tolong masak. aku tunggu tadah mulut nak makan jewww :p aku kan bangsa pemalas. kikikiii.


nak nak bila makin dekat dengan raya ni. aku rasa orang berebutttt kotttt nak menempah catering untuk masak open house nanti. so hari ni aku nak rekemenkan korang dengan salah satu company catering iaitu Bubbles Catering. ni adalah antara catering termurahhhh aku pernah jumpa. aku pun selalu jugak survey-survey catering mana yang paling murah janji sedap. :) Bubbles Catering adalah highly recommended. 

dorang boleh setkan mengikut bajet kita untuk sebarang majlis makan-makan tak kira dekat rumah korang ke, dekat dewan ke, dekat office ke, tak kesah jamuan ape macam birthday party ke, annual party ke, majlis kawen ke majlis tunang ke, open house ke, house warming ke, raya ke, majlis kesyukuran ke, majlis akikah cukur jambul ke, segala mak nenek majlis makan-makan la, aku sangatttt merekemen korang untuk test power masakan dorang. :)













dari A sampai Z berkaitan dengan persiapan makanan untuk sebarang majlis korang boleh contact Bubbles Catering. selain dari catering, dorang jugak ada menyediakan perkhidmatan menyewa Photobooth Murah dan Mini Pelamin Jimat Kos





kan selalu kalau kita akad nikah dekat majlis, atleastttttt biar la ada mini pelamin ni supaya naik seriiii gituuuewww orang tua-tua cakap. takde la orang konpius mana satu pengantin mana satu tetamu. hihii. ehh kalau nak guna mini pelamin ni untuk majlis merisik atau bertunang pun ok jugak. just nice orang cakap. :) murah pun murah. hihihi


dan photobooth ni aku rasa benda ni macam bestnyaaa kalau ada dekat majlis kawen aku duluu-duluuu. T__T malangnyaaa duluu photobooth segala bagai ni belum in trend. huhuuu. atleast tetamu-tetamu korang nanti boleh la bergambar dekat photobooth majlis kawen korang siap dengan hashtag #nadiafiqkawen contohnyaaaaaa. curlasss sangattttt. bestnya. heyy napelaa dulu takde. kikikiiii

haa nanti kalau korang nak tempah atau nak tau quotation harga segala, korang boleh terus contact dorang di facebook ni atau nak lagi senang, telefon je terus cakap untuk berapa orang makan, nak dia masakkan ape. kadang dorang  memang dah sediakan pakej pakej makanan untuk memudahkan kerja kita untuk membuat pilihan tapi kalau korang nak ikut taste atau pakej korang sendiri pon boleh. korang boleh contact Encik Khairi dekat 03-40400272 atau 013-4515158.

dorang cover semuaa area kuala lumpur dan selangor. senang cite korang call sendiri la tanyaaa ehhhh. :))  

Bubbles Catering (002291604-W)
No 24, Jalan Dato Senu 9, Taman Dato Senu, 
51000 Sentul, Kuala Lumpur. 
03-40400272 / 013-4515158 (Encik Khairi)




selamat menempah harga termurah semuaaaaa ;)

December 03, 2014

Burger Bakar Abang Burn turun harga, yeaayyy! ;)



ehhh, starting cerita terus letak gambar makanan kaw kenapaaaa nadiaaaaa? :p hewhewheww. sebenarnyaaa aku nak cerita, beberapa hari lepas kid ada ajak aku dan beberapa orang blogger lain pergi makan dekat Restoran Burger Bakar Abang Burn Shah Alam. 

 isaac, i pinjam gambar you yeee hihii ;))

haiiii kak yanaaa ;)) bau australiaaaa belum hilang lagiiii laaaa kikikiii :P yaya pinjam gambar jugak tauuu. halal ehhh ;)

kebetulan time tu dorang tengah buat promosi seketul beger RM0.50 jeeeeeee. T__T



ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn, punyaalahhh ramai umat manusia beratur. 50 sen kannnnn, sape taknakkk cuba cakap? :p 



senanggggg jeee nak cari kedai ni. dia dekat dengan area jakel shah alam seksyen 7 tuuu. betul-betul setentang seberang jalan dengan subway dan kedai dia betul-betul sebelah cosway ;) haa mesti jumpa punyaa ;)


dan kenalkan, ni la Encik Khairul selaku pengurus restauran Burger Bakar Abang Burn jajahan Shah Alam. tapii yang pasti, dia bukan Abang Burn yang mana sampai kehari ni takde sape punnnn tauuu sapeee sebenarnyaaaaa Abang Burn tu huhuuuu ;) 

time ni Encik Khairul ada bagitau, mereka telah bersepakat menurunkan harga beger bakar di jajahan shah alam niii kepada RM5 sahajaaaaaaaa seketul. haaa murahkannnnnnn ;) selalu belas-belas ringgit. time dia buat announcement tu aku macam terkejut, ehh turun harga? orang lain sibuk naik harga, dia turunkan harga. bagusnyaaaa. hihi. ;) seperti kata big bos, biar semuaaaa dapat merasa. kalau semuaaa nak naik harga, mantiklah nakkk. :p




RM5 untuk seketul beger yang patty dia kemainn gemukkk aku rasa dah berbaloi sangatttt dahh niii. korang boleh dapatkan dari pukul 6 petang-8 malam & 10.30 malam-12.30 malam yee. 

so far hanya jajahan shah alam ni je yang baru start turunkan harga. tapiii abang burn ada pesan, kann dorang ada banyakkkkkkkkk cawangan antaranya dekat Ampang, Kajang, Nilai, JB, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Klang, Melaka, Pasir Gudang, Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuantan, Danau Kota, Kemaman, dan Selayang. haaaa kalau korang nak restoran beger bakar abang burn yang berdekatan dengan korang pun turunkan harga, jemputtttlahhh isi petisyen saya sokonggggg harga burger bakar abang burn turun dekat sini yeeeee, Saya Sokong Harga Turun :)

http://www.abangburnturunharga.gr8.com/

jemput menyokong semuaaaaa ;) aku bab turun-turun harga ni sokong ajeeeee. ;) kan best kalau ada petisyen turunkan harga minyak kereta separuh harga. ehh? tibe-tibe. :P okbaiii. 



July 10, 2014

Resepi Nasi Briyani paaaaaling cepat dan senang! :)

kalau korang same spesis macam aku, skill masak takde la hebat mana ponnnn tapiii berangan nak suami puji wahhh hebatnyaaaa isteri abanggggg masakkkk padahallll kuikuikuiii :p haaaaa meh aku share satu rahsia resipi dengan korang muahahaha ;p korang pernah masak nasi briyani?? aku pon baruuuuu je beberapa kali masak nasi briyani sepanjang aku hidup. tu ponnn selepas aku jumpa rempah yang instant punya. HAHAHA. 


haaa nampak takkkk. ni laaa perencah nasi briyani yang aku guna. kalau kaw spesis semua bahan perencah nak sediakan sendiri, rempah ratus sume nak tumbuk sendiri, ok jangan baca entry ni. :p ni hanya resepi aku untuk memudahkan kerja para isteri yang kadang-kadang pemalas macam aku. hihi. ok meh kita proceed. bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi briyani adalah semudah ABC. ;) ohh sebelum terlupa, time aku masak nasi briyani ni, aku guna separuh je perencah dia sebab masak hanya untuk 3 orang makan untuk time berbuka je. time sahur memang takkkk la perut aku boleh terima nasi briyani hohoo. ;P


ok bahan-bahan dia adalahhhh, 

# beras yang telah siap dicuci bersih.

# sepaket perencah nasi briyani cap maggi
# 3 sudu besar minyak sapi
# isi ayam di potong dadu suka hati nak letak banyak mana. 
# setengah labu bawang besar dipotong bulat.
# rempah 4 beradik macam dalam gambar dekat atas (seketul kayu manis, dua ketul bunga cengkih, dua bijik pelaga hindi, dua ketul bunga lawang) 
# kismis suka hati banyak mana nak letak. :)

beras yang telah siap dicuci tadi korang asingkan letak dalam bekas lain dulu tau sebab periuk nasi kita nak terus guna untuk tumis sume bahan-bahan dekat atas ni. ok mula-mula kita panaskan 3 sudu minyak sapi tadi dulu. agak-agak dah panas, masukkan bawang besar dan rempah 4 beradik tadi. kalau nampak macam minyak sapi tadi macam tak berapa cukupp jee sebab guna 3 sudu je, takpe. korang masukkan air sikit. jangan masuk minyak dah. takut berminyak sangat nasi kita nanti. okk tumiss dulu sekejap. kemudian masukkan semuaa isi-isi ayam tadi. tuangkan separuh perencah nasi briyani ni. masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.


agak-agak dah rupa pecah minyak dan ayam pon nampak macam dah masak sikit-sikit, korang tuang je kesemua beras yang korang dah basuh bersih tadi. tambah air ikut kuantiti yang korang selalu sukat untuk masak nasi. kacauuu sebati dan terus angkat periuk nasi ni letak dekat plug rice cooker macam biasaaaa. biarrr je dia dekat situuu sampaiii dia masak sendirinyaaa. 

lastttt sekali, bila nasi dah masak, korang taburkan semuaaaa kismis tadi dalam nasi. gaul biar rata. siapppppppppppp! ;) haaaa, senang kannnnnnnn? ada setengah orang suka letak gajus, terpulang la. aku tak letak sebab aku tak makan. hihihi. settleeeee laa masak nasi briyaniii. untuk lauk, terpulang pada korang la. selalu kalau aku masak nasi briyani, lauk dia mesti kari ayam, telur masak merah dan papadom. acar takde sebab kitorang laki bini mana makan sayurrr. huhuuu :p kalau malas, korang buat satu lauk pon dah cukup. contohnya, nasi briyani dan kari ayam. haaa dah sedap dahhh. :)


ohh sorryyyy gambar selepas siap dimasak tak berapa nak gah manaa sebab time ni kalut orang dah azan. mana nak berbuka puasa, mana nak amek gambar. hihihi ;) selamat memasak semuaaaaaaa! ;))

June 26, 2014

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort


boleh tak mukaddimah cerita terus letak gambar kambing seketul berbogel mesra gini? :P HAHA. konon menggodaaaaa selera laa ni start start cerita terus letak gambar kambing golek kennn. hihihi. ;)) ehhh tapi betul apa, aku peghatiiiiii jee selalunya stall kambing golek mestiiiiii antara yang palinggggg ramai orang beratur. sedappp kann. dan percayalah, dalam banyak-banyak hotel atau resort yang menyajikan kambing golek time berbuka puasa, Bangi Golf Resort adalah satu-satunya resort yang berani menjanjikan, kambing golek dorang takkannnn habisssss. selagi ada permintaan, selagi itu dorang akan hidang kambing ni. takde istilah maaf ye dikkk, kita peruntukkan 2 ekor kambing je sehari. jadi kambing untuk hari ni dah habissss sebab ramai sangat yang beratur tadi. haaaa takde takde. ni Chef Kamarudin selaku ketuaa chef dekat sini yang bagitau time media tasting hari tuu. ;) kan cheffff? hihi. ;))


jadi sangatttt la berbaloi kalau korang berbuka puasa dekat sini nanti sebab boleh makan kambing sepuas-puasnyaaaaaaaa. ;) ehh korang jangan risauuu, bayar mahal-mahal takdenye dorang hidang kambing golek semataaaaa. :) ada beratussss jenis makanan yang dorang akan hidangkan. nama lagi buffet ramadhan kann. makan laa beratus-ratus makanan tu sepuas-puasnyaaa. :) mantik aku nak tepek beratus gambar makanan dekat sini huhu. tapi korang jangan risau, dorang serve semuaaa jenis makanan termasuklah masakan western ke, masakan melayu ke, ehh semua ada la senang cakap. 













dan haa sebelum aku terlupaa, dalam beratus makanan dekat sini, telur dekat bawah ni adalah antara dorang punya makanan treadmark. ni nama dia Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma. dia telur separuh masak jee sebenarnya tapiiiiii ntah dia punya sedap aku tengok sorang-sorang makan sampai 3-4 mangkuk sorang kottttt. ada yang rasa blackpepper, ada yang rasa kicap. ehh ada rasa macam-macam laaa. sedap sangattttt niii. menyesal tak sempat rasa sebab aku sibuk bergosip kejadah sangattt HAHAHA. ;p nanti korang try tauu!




oiii seronokk kemainnn masing-masing dekat meja kitoranggg. sambil tangan menyuap, sempat lagiiiiiiii kannn kita bergosip. HAHAHA. semua gambar makanan meletup devasss dekat atas ni adalah jasa dari blog abam pojie pappappap sebab gambar kitorang entah macam mana boleh error tak boleh bukakk je semua sadis tauuu. T__T thank you abammm seluar hijau hensem kpop kpop gituuuuwww. ;) hihihihi. haa nanti 5hb julai ni insyaAllah kalau aku belum bersalin lagi, kalau takde aral melintang kitorang pegi makan dekat sini lagii. jommmmm laa sape-sape nak join mehhh. jumpa dekat sana yeee. kalau korang nak pegi nanti, korang call dulu untuk beli voucher tau sebab kalau beli voucher dewasa sorang RM50 nett, kanak-kanak RM25 nett. kalau korang walk in main terjahhh je harga dewasa adalah RM65 nett. beza RM15 kannnnnn sorang banyakkk tuuuu. ;) so adalah better korang beli voucher siap-siap. 


untuk tempahan, korang boleh terus call 03-89253728 atau 03-821000265. 

ni alamat dorang ye, 

Bangi Golf Resort Restoran
No. 1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
 
 

May 16, 2014

Tempat Makan Best dan Sedap di Wangsamaju


kalau orang lain update blog pasal makanan food review segala mestiii terus tepek gambar makanan kannn dengan harapan gambar pertama mampu membukak selera dan mengecurkan air liur orang yang tengok hihii. :p tapiii aku tak masal awal-awal dah tepek gambar muka aku selabu dengan harapan mampu membuka mata korang sebab terkejut tengok aku sebesar iniii mihmihmih :p





haaa sebenarnya ni cerita dua minggu lepas hari tu. macam biasaaa laa. sekarang baru hegeh-hegeh nak cerita. :P lepas settle event Yoga bersama Whisper under Nuffnang hari tu, kitorang terus menuju ke Wangsamaju untuk mengisi perut. 



sebenarnya aku dah selaluuu pergi Wangsa Walk nii tapiiiii tak pernah pon try makan dekat U-Cafe sebab tempat dia nampak wahhhhhhhh eksklusifnyaaa. mestii mahal ni. :p berdebar tauuu poket ahkak sebelum nak masuk muehehehe :P sekaliiiiii, bila dah masuk, oiii rasa macam tak nak keluar. sedappnyaaa makanan diaaaaa. :)) harga consider standard price tak mahal sangat, tak murah sangat sebab harga tu sangattt sesuai dengan portion setiap makanan yang dorang hidangkan. sedap dan banyakkkk! ;)




haaa nanti kalau korang pegi sini, korang order air ni tauuuuuuuu. Chocolate Banana Shake nama dia. oiiii ni air paaaaling beruntung namanya sebab siap boleh refill, air lain tak bolehhh hikhikhik. :P dalam dia ada aiskrim coklat dan pisang. sedappppp yaa hamatttt. seketul RM9.90.



aku rasa, sepanjangg aku bergelar seorang blogger yang boleh dikatakan selalu jugaklaaa join event food review gini, ni adalah pertama kali dalam sejarah makanan yang disediakan non stoppppp dihidangkan sampai rasa nak marahhhh sebab terlalu kenyang HAHAHAA. ;) nak tolak sayangg weiiii kang balik sampai rumahh emmm teringat-ringat ruginyaa tak rasa tadiii. :P heyyyy sedap gileee setiap makanan diaa jangan cakapppp. meh aku tunjuk satu-satuuuu siap harga sekali senang korang nak refer nak pegi makan dekat sini nantiiii. :)


 
Combo Platter RM26.90


Popcorn Chicken Green Salad RM14.90


 
Fried Prawn with Salted Egg-yolk (Big) RM38.90

haa tiga makanan appertizer dekat atas ni dia macam makanan pembuka selera laaa. satu plate ni boleh kongsi 2-4 orang sebab portion dia besar. kalau kaw makan sorang, konpemmm tak nak order makanan lain dahhhhh :P


Spagheti Aglio-Olio with seafood RM26.90


Salmon Fillet RM39.90


 
Classic Chicken Carbonara RM18.90


oleh disebabkan tekak aku adalah tekak melayu asli :P, bila kaw bagi aku rasa spagetti atau makanan mat salleh segala, aku tak berapa reti sangattt perbandingan tahap kesedapan dia sebab aku memang jarang makan tapiiiii ramaiii yang cakap Classic Chicken Carbonara ni adalah yang paaaaaaaaling sedap. 



Nasi Lemak RM13.90

haaaa nasi lemak nii korang wajib try sebab dia punya sedap, aku tak bagi orang lain makan. :p dengan tamaknya makan sorangg jeeee muehehehe. kalau korang suruh aku cakap jujur, kalau korang tanya aku makanan ape paaaaaaling yang paaaalinggggg sedap dekat sini, aku jawab Nasi Lemak ni. dia punya sedap kalahhhhhh nasi lemak dekat Old ********. opsssss :p 


Nasi Bonjori RM13.90


Fried Rice in Japanese Style RM 7.90


Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop RM17.90


 Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce (Big) RM20.90


Fried Prawn with Salted Egg-yolk & Season Vegetables in Yam Baskets Rice RM20.90


 Fried Kailan with Salted Fish RM13.90


Penang Curry Laksa RM13.90

dan haaa dalam banyak-banyak makanan, bila aku tanya syafiq makanan manaaa paaaaaaling sedap, dia kata tekak dia cakap penang curry laksa ni. paalingg yang palinggggg. :) dia hadap satu bowl besar ni dua orang je dengan Andi suami ida. :) kan aku dah cakap portion dia besarrrr. satu mangkuk ni makan berdua pon belum tentu habis tauuu. 


Penang Char Kway Teow RM10.90


Pan Fried Kway Teow with Beef Rm10.90

haa dua-dua kue tiaw ni paling sedap nombor dua dekat tekak aku selepasss nasi lemak tadi. sedapnyaaaa. (-__-')


Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel RM17.90


Stir Fried Glass Noodle with soft shell crab RM17.90

oii jangan tak tauu, sambil taip entry sambil telan air liur akuu teringat-ingatt kesedapan semuaaa makanan-makanan dekat sini. T___T selain dari korang boleh terus walk-in untuk makan dekat sini, kott tibe korang nak tempat catering atau buat party atau event ape-ape dekat sini pon bolehhh sebab sangatt la sesuai dengan environment dia. kedai ni dua tingkat sebenarnya. betul-betul depan pintu masuk utama WangsaWalk. senanggg je nak cari. ;) ni alamat dia, 


U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No9 Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-4131 9686
019-3133 668 (Rachel)
 



antara blogger-blogger yang terlibat memenuhkan perut bersama :P ida idaaa yaya curikkk gambar idaaa :p, nory, ieza, rara, ainaa, mastura, lyza, wiida, nanie, abg pap pap pap :p, abg man, rawlin, kid, abg jamar halal ehhh yaya amek gambar abg jamar, kak julia dan abg eizil.

jangan lupa ajak aku sekali tauuuu nanti kalau korang nak gi makan sini lagiiii. hihiiii ;)) thank you U-Cafe, thank you Ida. lain kali ajak lagi ehh ehh ;p








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...