kita2.... ;-p

Friday, June 19, 2015

Qasyaf sudah berkhatan part 2

Cheehhh ada part 2 pulak.
Ye la.
Penat tau nak taip.
Mementum seorang blogger dah lari banyak neh.
K kita sambung ek.

Pagi tu, Arjuna nampak mcm cool je. Tapi saya tau dia buat2 cool. Tak tahulah apa yg dirisaukannya. Mebi dia risau part post op. Dia risau Qasyaf tak dpt tahan sakit. Qasyaf kan super duper manja. Saya sendiri pun buat2 cool. Saya risau part sedation. Qasyaf kan banyak elergik. Dan mmg sblm sunat tu, berkali2 la saya tekankan apa yg Qasyaf elergik. Saya bagitai nurse daycare. Saya bagitau nurse anest, saya bagitau pakar anest. Berulang2. Pakar anest sendiri take note benda ni dan ada jugak terkeluar dr mulut dia "risau pulak saya elergik mcm2 ni". Huuuu.

Qasyaf dan mami di ruang menunggu. Masa ni dedi pergi tenangkan diri kat warung dgn adik. Derang sempat makan nasi kerabu lagi. Mami pulak tak makan apa2 sbb temankan Qasyaf yg tak boleh makan apa2.

Nurse suruh tunggu kat bed dlm ward daycare. 


Surgeon yg akan sunatkan. Bukan Dr biasa. bukan tok mudim tau. Hahaha.





Meronta2 tak nak pakai baju tu. Besar la. Busuk la. Sejuk la tak pakai seluar. Macam2 alasan.

Ni sementara tunggu pakar anest datang. Misi anest siap buat belon guna glove. Semua org kacau2 dia. Dia buat derk je. Pastu bisik kat mami, "boring la". Hehehe.

Masuk je bilik operation muka Qasyaf makin pucat. Ye la. Mesti dia rasa saspen. Rasa pelik. Pastu dia xnak org pegang2 dia. Makanya, mami la yg kne angkat dia dr streacher ke katil bedah. Mami jugak yg bagi gas nitrous oxide tu kat Qasyaf. Memula pakar anest tu nak bg, tapi Qasyaf dah meleleh air mata. Pakar ckp mami la bagi sendiri. Then saya pun tekup la mask tu kat Qasyaf sambil dia memeluk erat leher saya. Beberapa saat lepas tu, dah tak sedar. Saya pun keluar. Dedi dgn adik tgh tunggu kat sofa.

Tak lama lepas tu ibu ayah sampai. Borak2, setengah jam lepas tu dengar suara Qasyaf menangis. Then pintu operation dibuka, saya terus masuk. Qasyaf stil mamai. Biasalah, org br tersedar dari sedation, mesti akan stress. Bukan budak je, org dewasa pun mcm tu. Qasyaf marah2. Ngamok2 tapi mata still pejam. Cakap "tumbuk kang tumbuk kang". Hahaha. Time mcm tu, kalo budak biasa mencarut memang keluar habis carutan2 tak senonoh sbb derang mcm separuh sedar lagi. Tak dapat nak kawal perasaan lagi. Qasyaf juz meronta2 dan tak nak org lain tengok dia kecuali mami, dedi dan adik. Menangis2 mengamok2 tapi mata mcm tak buka sepenuhnya. Then saya peluk dan riba bagi dia tidur semula. Bila dia lena balik baru letak atas katil balik.

Tukar baju dia, dan baringkan dia elok2. Bird terdedah macam tu je la. Surgeon tak balut pun. Nampak terus la. Cantik jahitan surgeon. Semua pakat telek. Tuan punya badan tak sedar pape. Haha.

Sementara tu, barulah mami boleh makan. Mami puasa sama dgn Qasyaf la dari malam x makan. Ibu ada bawakan meehun goreng siap telor mata lagi khas tuk anak dia ni. Siap makan, Qasyaf tak tjaga lagi. Suh Arjuna belikan nasi kukus ayam goreng tuk Qasyaf.

Tak sempat Arjuna balik semula, Qasyaf dah terjaga. Bius setempat dah nak habis kot sebab bila terjaga, dia pandang bird dia kemudian cakap "adoooooiii sakit, konek Qasyaf darahhhhh".
Pastu pujuk2 dia ofer nak nasi tak dia cakap nak. Lapar katanya. Uihhh ingatkan konek darah tak lalu nasi. Hehe.

Part nasi satu hal. Qasyaf ni suka makanan pedas dan berkuah. Ibu cakap lepas sunat takle makan kuah. Ibu suh suap nasi dgn ayam goreng je. Tu pun ayam belah isi dlm. Jangan bagi ayam yg kne minyak direct. Aiseh. Sambil makan sambil nangis nak kuah dan ayam yg belah rangup. Makan nangis makan nangis. Last2 habis sebungkus. Then dia cakap nak balik rumah. Hehe.

Balik, dedi dukung tatang macam tu je la.   Bird dia tak tutup pun sbb dia ketakutan xnak pakai apa2 kain takot sakit. Hihihi. 

Ok stop stakat ni dulu la ek. Kisah jaga org sunat kat rumah saya taip lain kali la kalo ada masa. Jumpa lagi.
Daaaaa.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436h

Alhamdulillah.
Syukur, diberikan peluang lagi untuk meraikan bulan ibadah kali ini. Sekejap je kan masa berlalu. Rasa mcm baru je lagi raya, dah puasa pulak dah. Harap2 Ramadhan tahun ni lebih baik dari yg lepas2 dari segi checklist ibadat yg dilakukan.

Dah 4 tahun berturut2 saya puasa penuh tak tinggal walau sehari. Penangan peknen dan menyusu. Period tak teratur dan x jatuh pada bulan puasa. Syukur. Tahun ni xtau la mcm mn ni. 

Nak cite pasal terawih malam pertama ke? Hehe jom la tgk pic bebudak ni.

Ngam2 pos laju hantar telekong ni petang rabu. Terus try terus amik gambar. Malamnya terus pakai gi terawih.

Anak2 maminexcited nak g masjid. Lepas mandi petang terus bersiap. Pastu adik mulalah terkial2 dgn kain nya tu yg labuh. Last2 dia xnak pakai kain. Nak pakai telekong sj.

Sedikit buah tangan untuk jemaah masjid. Separuh, saya minta Is bagi kat jemaah Masjid Kubang Ikan. Separuh lagi Arjuna letak kat Masjid Raja , Chendering. Kami sekeluarga solat kat Masjid Raja. 

Qisya memula bukan main bersemangat nak solat. Selesai solat isyak, "adoiiii penatnya semayang"...hahaha.
Masa solat terawih dah mula main2.

Balik rumah, terus kemaskan dapur, goreng meehun tuk sahur. Kalo bangun sahur baru nak goreng maknanya makan biskut sajalah. Hahahah. Tak yakin dgn diri sendiri boleh bangun masak sahur.

So, mcm tu lah malam Ramadhan pertama tahun ni. Ni Qasyaf dah pergi sekolah. Arjuna dah pergi kerja. Klinik buka kul 10 bulan puasa ni. Haishhhh, sambing tidur la kejap. Hihihi.

Sunday, June 14, 2015

Tetiba

Tetiba baju raya i banyak plak tahun ni.
Tak beli awal takot sold out.
Bila beli, keluar iklan design baru release pastu rasa nak beli lagi.
Ah sudah.
Nak taip sambungan kisah Qasyaf sunat sebenarnya.
Tapi tetiba teringat bilangan baju raya.
Semua dress lak tu.
Aiseh.
Nak tulis status kat fb xboleh.
Nanti Arjuna baca.
Blog dia x baca.
Masa dia jeling i asik berbaju baru nanti, buat2 xtau je la.
Bai.

Tuesday, June 9, 2015

Qasyaf sudah berkhatan



Khatan ke khitan ek?
Mana satu term yg betul?
Senang cakap, Qasyaf dah sunat. Hehehe.

Kisahnya macam ni.

Sejak2 Qasyaf dah tak pakai diapers, dia dah pandai tahan2 kencing. Tak tahulah kenapa. Mebe sebab dia malas nak ke toilet. Atau dia tak reti bila nak tahan kencing, bila boleh kencing kot. Sebab kalo pakai diapers, kadang budak ni tak sedar pun bila dia kencing kan. Terkeluar macam tu je kencing dia kan. So, bila kerap sgt kot main tahan2 kencing ni, dia mula sakit perut. Then dia cakap dia sakit bird dia. Memula tu saya ingat dia sakit perut sbb tahan kencing. Tapi lelama dia ckp dia xnak kencing sbb sakit bird. Aik, pelik pulak kan.

Satu hari ticer dia call saya, ckp Qasyaf asik duk ngadu sakit perut and sakit bird.  Then kat skol seharian dia x kencing. Mandi tengah hari pun Qasyaf xnak kencing. So hari tu, saya amik Qasyaf awal sket dr skol. Terus bawa dia jumpa Dr kat klinik bawah skol dia. Kebetulan klinik tu klinik panel dedi. Bila bgtau Dr masalah Qasyaf, Dr cek, Dr tanya saya, masa anak kencing ni, pernah perhatikan bird anak x? Yaaaa, sejak2 Qasyaf mengadu sakit masa kencing, saya mmg perhatikan bird Qasyaf masa dia kencing. Then saya bagitau Dr tiap kali Qasyaf nak kencing, bird dia akan menggelembung dulu. Bila dia teran lagi, barulah terpancut keluar air kencing. 

Dr cakap, haaaaa itu dia.

Dr tu terus amik kertas tulis "phimosis". Dr ckp Qasyaf ada phimosis iaitu lubang keluar air kencing tu sgt2 halus. Menyebabkan seakan2 tersumbat. Bila Qasyaf mula kontrol kencing sbb x pakai diapers, air kencing terkumpul banyak dlm pundi kencing. Bila tiba waktu kencing, air kencing tu berlumba2 utk keluar tp lubang sempit. Air kencing tu berkumpul dulu kat bird sebelum dpt keluar kot lubang kecik tu. Sbb tu sakit bila nak kencing. Bila sakit bila nak kencing, budak2 akan tahan kencing. Bila tahan kencing, air kencing yg terlalu banyak akan back flow. Sbb tu jd sakit perut which is actually sakit area ari2. Bila kerap sangat back flow, akan sebabkan jangkitan kuman area ari2 tu. Jika dibiarkan lagi, back flow itu akan ke kidney. If ada infection kat kidney, maka msalah besarrrrr la tu. Huuuuuu gerun kan. Masa jumpa Dr tu, Qasyaf dah pun terkena infection kat saluran kencing dia. Dr bagi pain killer and antibiotik tuk hilangkan infection tu. But itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah sebenar adalah lubang kencing tu kecik. 

Utk selesaikan masalah, kne besarkan lubang kencing Qasyaf which is melalui pembedahan iaitu kata mudahnya bersunat. Qasyaf ni 4 tahun, mustahil dapat disunatkan macam tu je. So, Dr suggest buat under sedation.Dr suh saya balik google dulu pasal phimosis, then sunat secepat mungkin. Sbb bila dah ke buah  pinggang, sgt lah haru kan. 

Then saya balik terus google terus tny kawan2 MO. Semua suh sunat. The best treatment adalah sunat. Tapi, as always, bila masuk soal pembedahan, soal hospital, Arjuna mmg akan gerun sket especially bila libatkan anak2. My MIL suh usahakan cara lain dulu. Heeeee. Saya ni mami, and i do research by myself, I understand well about Qasyaf condition, so, keputusan biar saya yg buat. Ya, Qasyaf kne sunat under sedation. Dedi hnya perlu dapatkan GL je sbb nak buat kat private hospital. Jenuh jugak la explained kat Arjuna yg Qasyaf mmg kne sunat. Nak bg dia faham. Dan dia mmg faham pun cuma dia takot. Terpaksa la saya guna cara ugutan sket. " kalo benda ni jd makin teruk sampai kne buah pinggang, abang nak tanggung?!"...heeeee...Akhirnya dpt jugak GL. Terus jumpa peads kat Kuala Terengganu Specialist. Peads refer kat surgeon terus set date tuk sunat. Sebelum sunat, sempat la lari bercuti ke Cameron Highland jap. Heee tu cite lain kali la. 

Maka pada 28 Mei 2015, pukul 8.30 am kami berempat pun tiba kat Kuala Terengganu Speacialist. Kami pilih buat awal pagi sbb Qasyaf boleh je puasa dr tgh malam kan. Kalo lambat2 sgt, dia mntk nasi pulak kang kne tunggu 6 jam pulak lepas makan nasi.

Adooiiii penat ah taip pakai phone. 
Bersambung lah.
Bai.

Saturday, May 2, 2015

Wasiat?

Hari ni news feed kat fb duk ulang tayang kes kemalangan maut yg melibatkan kematian sepasang suami isteri dan baby derang. Sekelip mata, dua org lg anak mereka jadi yatim piatu. Sungguh merentap jiwa rasanya bila memikirkan si cilik yg yatim piatu itu. Gerun. Sebak. Takut sgt seandainya itu yg berlaku ke atas anak2 saya. Nauzubillah hi min zalik.

Tapi kan andai itu takdirnya, mcm mana yea? Korang pernah terfikir x? Terfikir siapa yg akan jaga anak korang jika ditakdirkan korang meninggal awal?

Sesetengah org xnak pikir pasal benda. Sebab takot. Sebab risau. Sebab sedih.

Ada org kata, apa yg nak jadi tu, semua ketentuan Allah. Kita hanya perlu berdoa dgn yakin sahaja.

Tapi, sbb kisah kemalangan tu mcm memberi kesan mendalam kat saya, mcm terpanggil pulak nak coret something kat sini.

Jika ditakdirkan saya pergi dulu, biarlah anak2 saya dijaga oleh Arjuna dgn bantuan ibu dan ayah saya sendiri. Saya percaya Arjuna mampu dgn bantuan ibu dan ayah.

Jik ditakdirkan saya dan Arjuna sama2 pergi dahulu, saya nak anak2 saya dijaga oleh ibu dan ayah saya sendiri. Ya, saya mahu ibu dan ayah jaga. Ibubapa mertua boleh menjenguk bila2 masa yg mereka mahukan tetapi soal menjaga, mendidik, member pendidikan, saya mahu ibu dan ayah saya yg lakukan. Jika ibu ayah tiada, biarlah adik2 saya membela anak2 saya. Sebab saya yakin dgn acuan kami. Saya yakin dgn pegangan dan prinsip keluaga saya. Saya yakin didikan keluarga saya. Menjadikan kami 5 beradik yg hari ini. Saya mahu keluarga sebelah saya yg jaga anak2 saya bukan keluarga Arjuna. Ini bukan soal penting diri sendiri. Nak penting apanya saya dah mati waktu tu. Ini soal membesarkan khalifah Allah. Saya yakin inshaaAllah, anak2 saya mampu jadi anak yg soleh dan solehah. Cita2 saya, doa mereka untuk saya dimakbulkan Allah. 

Fuhhh xnak la fikir benda ni dalam2 sgt. Cuma sedikit coretan. Kita tidak tahu masa depan kita kan. Doa banyak2 semoga dipanjangkan umur yg berkat, semoga sempat melihat anak2 berjaya. InshaaAllah.