Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan

Isnin, 6 November 2017

Video viral ribut kuat di Pulau Pinang


Video viral ribut kuat di Pulau Pinang




K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013-7557011 -
layari www.suraukini.com

Rabu, 7 Disember 2016

Video suasana detik detik saat terjadinya gempa bumi di Acheh




ACEH - INDONESIA. Seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera dalam satu gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher di Aceh pagi tadi lapor BBC news.


Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan.

“Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat,” katanya dalam satu temu bual langsung.

Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit. Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.

Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.

Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

“Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih dijalankan.

“Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam,” katanya lagi.






K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608


Ahad, 27 November 2016

Video dan gambar sekitar Program Cuti Sekolah Anjuran Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Video sekitar Program Cuti Sekolah Anjuran Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
















K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Rabu, 9 November 2016

Video lubang gergasi telan jalan di Fukuoka Jepun



TOKYO: Satu kejadian lubang benam gergasi berlaku di tengah bandar Jepun pada Selasa, 'menelan' sebahagian daripada jalan besar dengan lima lorong. Lubang besar itu berkeluasan kira - kira 20 meter kali 15 meter, mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Fukuoka.

Dikhuatiri lebih banyak runtuhan akan berlaku.

Rakaman televisyen menunjukkan dua lubang berasingan membesar berikutan mendapan tanah di hadapan stesen kereta api Hakata selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan).

"Keadaan gelap di luar, dan sangkaan pertama saya, adakah jalan betul2 runtuh?" kata seorang pemuda yang menyaksikan kejadian lubang benam kepada penyiar NHK.

"Bila saya lihat, dua lubang sudah ada di sana, dan ia terus menjadi lebih besar.

"Yang paling saya takuti adalah sebatang tiang lampu isyarat jatuh di persimpangan jalan di tempat saya berdiri. Saya rasa, saya perlu keluar dari sini," katanya.

Lubang itu terus membesar dan menjelang pagi ia berada pada kedalaman dua tingkat, dan ditakungi air akibat saluran paip pecah. Polis menutup kawasan berkenaan dan melakukan proses pemindahan di bangunan sekitar.

Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan.

Biro pengangkutan Fukuoka berkata, projek pengembangan yang sedang berjalan di sebuah laluan kereta api bawah tanah berdekatan, mungkin dikaitkan dengan punca lubang benam berlaku.

Fukuoka merupakan bandar terbesar di pulau Kyushu di Jepun. - AFP




K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013-279 1608 - 
Klik Info sini

Khamis, 4 Jun 2015

Video Gunung Sinabung meletus, ribuan dipindahkan

 
 
Penduduk menaiki sebuah kereta lembu di Daerah Karo, dengan berlatarbelakangkan Gunung Sinabung (belakang) yang mengeluarkan asap tebal sejak dua hari lalu
 
 
Lebih 2,000 penduduk di Daerah Karo, Sumatera Utara terpaksa dipindahkan, apabila Gunung Sinabung mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung berapi aktif itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat, iaitu tahap awas, setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan berpindah demi keselamatan mereka dan mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan di Wilayah Kabanjahe.

Sejak September 2013, gunung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil serta mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Ketua Pusat Maklumat Badan Nasional Tangani Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.
 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 6 Februari 2015

Video amatur rakaman pesawat Taiwan rempuh jalan raya

Sebuah kapal terbang TransAsia jenis ATR-72 turboprop keluaran Perancis yang dikendalikan dua juruterbang telah melanggar sisi tepi lebuhraya sebelum terhempas di Sungai Keelung. Pada ketika itu, ATR-72 membawa 58 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Taipie ke Kinmen. Menurut Taiwan’s Central News Agency (CNA), 10 orang yang terlibat telah di hantar ke hospital di Bandar Baru Taipie, Taiwan dan lebih 40 orang masih menunggu untuk diselamatkan.



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia





<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 31 Disember 2014

Terkandas akibat banjir - Video misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh



Sebahagian mangsa yang terkandas akibat banjir



Alhamdulillah Admin dan beberapa rakan dari Muslim Care Malaysia telah menyempurnakan misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh Pahang semalam. Kampung Bangau Parit antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi kami adalah untuk menyerahkan bantuan makanan kepada 8 keluarga yang terkandas di kampung tersebut. Semua sumbangan adalah hasil sumbangan orang ramai atas usaha bersama Muslim Care Malaysia, jemaah surau Ad Diniyyah, Staf, pensyarah dan pelajar MJIIT UKM.

Terima kasih kepada yang menyumbang tenaga dan wang ringgit demi menjayakan misi ini.

Jazakumullah khairal jaza'



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Rabu, 12 November 2014

Terkini dari Kedah - Video Puting beliung di Kedah




Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini. 

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih lima buah rumah rosak teruk apabila sebahagian struktur rumah ranap dan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Seorang penduduk, Che Tom Ahmad, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengemas bahagian dapur rumah.

"Pada mulanya saya dengar bunyi angin yang kuat sebelum bahagian bumbung bergegar seperti nak runtuh.

"Saya terus panggil dua anak dan kami berpelukan sambil menangis sehingga bunyi hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, selepas keadaan reda dia terkejut apabila melihat keseluruhan bumbung rumah sudah diterbangkan angin. 





K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 24 Julai 2014

Gambar kebakaran berhampiran Masjidil Haram awal pagi


Inna lillah wainna ilaihi rojiun

MAKKAH - Seorang maut dalam kebakaran yang terjadi di dalam kawasan yang digunakan sebagai stor menyimpan kayu dan perabot lama berhampiran dengan Masjidil Haram yang sekitar jam 7 pagi, khamis waktu tempatan.

Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Leftenan Kolenel Saleh Al-Elayyani berkata, tujuh pasukan bomba dan unit sokongan telah dihantar ke tapak nahas. Api dapat dikawal sebelum merebak.

Jurucakap itu juga berkata, mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bumbung yang jatuh akibat kebakaran ini.

Difahamkan, kebakaran berlaku berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi syukur kerana api sempat dikawal oleh bomba.


kredit omakkau

 S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 18 Julai 2014

Malapetaka buat Malaysia , Kapal terbang MH17 terhempas di Ukraine! Gambar dan Video




Berpuluh-puluh mayat bertaburan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters. Seorang pekerja menyelamat berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran kampung Grabovo, dan serpihan bangkai pesawat itu bertaburan di seluruh kawasan sehingga keluasan kira-kira 15 km. 

Serpihan sayap bertanda biru dan merah cat - warna yang sama sebagai lambang syarikat penerbangan Malaysia yang pesawatnya, Boeing 777, hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa hampir 300 orang.

"Saya sedang memandu traktor di padang itu apabila saya mendengar bunyi kapal terbang dan kemudian letupan dan tembakan.

"Lalu saya nampak pesawat itu terhempas dan patah dua.

"Ada asap hitam tebal," kata seorang saksi, yang memberikan namanya hanya sebagai Vladimir.

Seorang pejuang pemisah dari Krasnyi Luch yang berdekatan, yang memberikan namanya hanya sebagai Sergei berkata: "Dari balkoni saya saya nampak kapal terbang itu mula menurun dan kemudian terdengar bunyi dua letupan."

Beliau menafikan pemberontak menembak jatuh pesawat itu.

"Ini boleh berlaku hanya jika ia jet pejuang atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," katanya kepada Reuters, sambil berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian begitu.

Semua 295 orang di atas kapal pesawat terbunuh, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri Ukraine, dengan menyalahkan "pengganas" menggunakan peluru berpandu darat ke udara.

Perdana menteri Ukraine menyifatkan nahas yang menimpa pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu sebagai satu "bencana". - Reuters 







S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 18 Jun 2014

Jom saksikan Video 2 puting beliung ganas musnahkan Nebraska !!




PILGER, Nebraska: Sekurang-kurangnya seorang individu terbunuh manakala 16 lagi parah selepas puting beliung besar melanda timur laut Nebraska, memusnahkan lebih separuh bandar Pilger, menurut pegawai hospital dan kecemasan.


Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menyatakan sekurang-kurangnya dua puting beliung mendarat kira-kira 1.6 kilometer antara satu sama lain. 

Anggota penyelamat dan penduduk menghabiskan waktu petang mencari di runtuhan rumah dan premis perniagaan di bandar dengan 350 penduduk itu yang terletak kira-kira 160 kilometer ke timur laut Omaha. 


“Lebih daripada separuh bandar ini lenyap,” kata Pesuruhjaya Daerah Stanton, Jerry Weatherholt. - AP



S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 9 Mac 2014

Video Pesawat MH370 hilang dari radar



Video Pesawat MH370 hilang dari radar. Kehilangan masih misteri.
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 8 Mac 2014

Sidang media Jam 11.00 Pagi - Pesawat MAS KL - Beijing terputus hubungan.

 
 Ya Allah selamatkan semua penumpang...
 
 
 Ya Allah selamatkan semua penumpang...
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira - kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA LANJUT MENYUSUL
 
PC jam 11.00 Pagi
 
 
Sesi soal jawab
 
Senarai nama penumpang
 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 27 Februari 2014

Kenapa berlaku kemarau?? Ini jawapan dari Hadis Rasulullah SAW

 
Dari Abdullah bin Umar dia berkata, "Rasulullah S.A.W menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
 
"Wahai golongan Muhajirin, 5 perkara kamu akan diuji dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;

(1) Tidaklah kefasadan (maksiat) menyebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang - terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang terdahulu

(2) Tidaklah mereka Tipu dlm timbangan (muamalah / rasuah / kronisma) kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan pemerintah yang zhalim (pentingkan diri sendiri).

(3) Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta - harta mereka kecuali langit akan berhenti meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena haiwan - haiwan ternak niscaya mereka tidak akan beri hujan.

(4) Tidaklah mereka mengkhinati Amanah Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan

(5) tidaklah pemimpin - pemimpin mereka enggan menjalankan hokum - hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka."

(HR Ibnu Majah 4009)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 








Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com