Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

PEMBELA : PERTAHANKAN HAK PENGANJURAN SEMINAR Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor

MEMPERTAHANKAN HAK PENGANJURAN SEMINAR Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti JohorMarch 29, 2012

Posted by membelaislam in Uncategorized.
trackback



KENYATAAN MEDIA PEMBELA

7 Jamadil Awal 1433 – 29 Mac 2012

MEMPERTAHANKAN HAK PENGANJURAN SEMINAR Jabatan Pelajaran Johor DENGAN KERJASAMA JABATAN MUFTI JOHOR bertajuk‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ‘

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyelar kenyataan pihak-pihak tidak bertanggungjawab serta berkepentingan sempit politik kepartaian yang mempersoalkan hak penganjuran seminar Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan pluralism serta Ancaman Kristianisasi terhadap Umat Islam’.

Tindakan mengistilahkan penganjuran program kelimuwan sebegini sebagai “usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat” (lihat Kenyataan Ketua Pakatan Rakyat 28 Mac 2012) sebenarnya adalah suatu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab, menghina institusi Islam serta merupakan pengkhianatan terhadap usaha-usaha menyemarakkan syiar Islam menerusi kegiatan ilmiah. Sementara PEMBELA menegaskan sikap non-partisan dalam hal-hal berkaitan kepentingan Islam, PEMBELA sebenarnya tidak terkejut dengan kenyataan cetek ilmu sebegini yang sengaja diadakan untuk mendapat publisiti murahan musuh Islam dan memprovokasi keutuhan perjuangan menegakkan Islam.

Adalah jelas bahawa kehadiran seminar tersebut adalah dikhususkan untuk guru-guru agama Islam di sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di dalam Daerah Johor Bahru. Berdasarkan maklumat umum yang diketahui, penyertaan di dalam seminar sebegini adalah atas jemputan khusus sahaja dan memfokus pada isu yang berada dalam ruang lingkup yang mencakupi urusan intra-agama umat Islam, khususnya dalam memberikan pendedahan serta penaakulan tentang cabaran-cabaran terhadap usaha mempertahankan aqidah umat Islam.

PEMBELA menegaskan bahawa tren untuk mempersoalkan usaha-usaha memantapkan akidah umat Islam akhir-akhir ini merupakan suatu penzahiran sikap kebebalan dan kejahilan terhadap ruanglingkup keistimewaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. PEMBELA dan pelbagai pihak, terutama daripada kalangan institusi Islam, tokoh-tokoh sejarawan, para ulama serta petrtubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan telah acapkali menerangkan tentang maksud dan serta implikasi kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Negara. Usaha-usaha seperti penganjuran seminar ini adalah hak yang dijamin di dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa yang diberikan oleh Artikel 11(4) itu juga adalah antara peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang sebenarnya meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai agama negara. Ini kedudukan yang juga tidak boleh dipersoalkan mana-mana pihak.

PEMBELA berpandangan sekiranya maksud Artikel 11(4) itu dilihat bertujuan untuk melindungi keharmonian masyarakat berbilang kaum yang identitinya bertunjang daripada agama, apakah hasrat dan matlamatnya dapat tercapai sekiranya ia tidak dikuatkuasakan serta hak-hak di bawahnya tidak dapat dinikmati umat Islam dan masyarakat Malaysia secara umum? Adalah malang jika peruntukan undang-undang yang sedia ada tidak dimanfaatkan dan digunakan sedangkan terdapat keperluan untuk demikian. Justeru, penganjuran seminar sebegini berada di dalam ruanglingkup yang dibenarkan dan tidak seharusnya dimomokkan sebagai usaha untuk mewujudkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian di kalangan masyarakat awam. Sebaliknya, dengan berlakunya usaha-usaha pemantapan aqidah di kalangan guru dan pelajar Islam, maka usaha untuk memperbaiki amalan beragama yang membawa pada kebaikan umum di kalangan seluruh masyarakat berbialng agama dan kaum di Malaysia akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan fungsi melindungi keharmonian beragama, sesuai dengan peruntukan dan semangat Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

PEMBELA juga menegaskan bahawa tidak wujud keperluan campurtangan oleh Jawatankuasa Antara Agama berhubung bantahan terhadap penganjuran seminar ini, memandangkan isu-isu intra-agama; urusan-urusan di dalam hal ehwal Islam perlu diselesaikan oleh mereka yang berkeahlian di kalangan umat Islam serta menurut lunas-lunas agama serta peruintukan undang-undang yang berkaitan.

PEMBELA menuntut agar semua kenyataan-kenyataan pihak tidak bertanggungjawab ditarik semula, dan pihak Jabatan Pelajaran Johor serta penganjur bersama, Jabatan Mufti Johor diberikan penghormatan sewajarnya untuk meneruskan usaha mempertahankan aqidah umat Islam menerusi penganjuran inisiatif sebegini.

Bagi pihak PEMBELA

Aminuddin Yahya

Pengerusi dan Jurucakap PEMBELA

Saturday, March 31, 2012

DIN PUDU SUGUL TIDAK MAHU JAWATAN MB JOHOR

DIN PUDU SUGUL DAP MAHU JAWATAN MB JOHOR


Kesian kat Din Pudu. Muka nampak sedih malah bunyi cakapnya lagilah sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang terbuku.

Dalam Majlis Makan Malam dan Dialog Wartawan pemimpin PR semalam, Din berkata dia balik dan bertanding di Johor bukan berhasrat untuk mahu menjadi MB. Menurut Din, Johor ada Pesuruh Jaya PAS yang berkaliber iaitu Datuk Mahfodz Mohamed.

Cuma aku rasa, kalau setakat Mahfodz sahaja yang nak jadi MB Johor, mungkin nada Din Pudu agak lain sikit. Mungkin ada tekanan lain buat Din Pudu bila dia juga berkata,
"Begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinan bekas pemimpin MCA yang kini bersama PR iaitu Datuk Chua Jui Meng manakala DAP pula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau yang sudah menunjukkan kemampuan hebat sebagai ketua pembangkang negeri".

Apakah maknanya Jui Meng dan Cheng Hau juga mengidam untuk jadi MB Johor? Kata orang, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang? Patutlah, tempohari, Mazlan Aliman menggantung kain rentang "Menteri Besar DAP?" di Tenggara.



Nampak gayanya, puak PR juga dah semakin yakin memasang angan-angan untuk menjadi MB Johor. Maknanya kalau Pakatan menang di Johor, pasti akan bergolak juga isu siapa yang akan jadi MB. Kalau PAS, mestilah PAS yang pass pada mata DAP.

Keyakinan PR akhir-akhir ini semakin tinggi berikutan banyaknya rungutan rakyat Johor terhadap Ghani Othman. Banyak isu yang Ghani gagal jelaskan kepada rakyat, antaranya isu KFC, isu Dana Johor, isu Tebrau Teguh, isu perjawatan guru-guru agama, isu towkey Lim Kang Ho, malahan isu Batu Puteh dan beberapa isu lain telah mula meniti dibibir rakyat.

BN mungkin mampu mempertahankan Johor dari PR, tetapi kalau menang, biarlah menang bergaya. Untuk itu, Ghani Othman dan jenteranya perlu segera menjawab persoalan-persolan serta menyelesaikan apa juga yang tertangguh dengan kadar segera. Jika tidakpun, DS Najib perlu segera mengumumkan pengganti Ghani ataupun mengumumkan bahawa Ghani tidak lagi bertanding untuk PRU 13 nanti. Sekurang-kurangnya ini akan mampu melegakan kemarahan rakyat Johor.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...