Showing posts with label GAMBAR TERBARU. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR TERBARU. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Aidil Fitri 2012

Bismillahirrahmanirrahim... dan Assalamualaikum serta Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Sudah lama tak menulis di blog ni kerana kongkongan masa dan kurang mood untuk menulis. Alhamdulillah, kali ni dapat luangkan sikit masa untuk menulis dan masukkan gambar-gambar sempena Hari Raya Aidilfitri, (yang diambil pada hari raya pertama yang lalu). Hari-hari yang lain tak berkesempatan untuk ambil gambar.

                  
                                   Hamper raya.. Hadiah untuk Muiz yang rajin bertadarus al-Quran..

Bergambar di rumah sebelum pergi beraya




Bersama anak saudara, kakak-kakak ipar dan mak

Baru dapat bergambar satu Family kami..


Bersama kenalan Facebook, Fidah

Terkilan sikit sebab tak ada gambar bersama ma tersayang dan adik beradik di Hari Raya.. Tapi tetap gembira sebab dapat berkumpul semua adik beradik dan sempat pergi beraya di  Jerantut, Kampung arwah bak yang dah lama tak dikunjungi.. Dapatlah berjumpa sanak saudara di sana..Alhamdulillah..

Monday, March 12, 2012

Hari-hari Netbook

Tengoklah gelagat Faiz bersama netbook abinya tu.. Setiap hari dan waktu, mesti mengadap game kegemarannya seperti ABC game, preschool and kindergarten game, dan education kids game.. Ada baik nya juga minatnya sekarang, sebab dapat melatih minda dalam bermain sambil belajar. Selain itu, kalau dia dapat netbook tu, maka tak banyaklah ragam dan kerenahnya..

Friday, October 28, 2011

Cerita Terbaru Rabbit Farm


Sudah sebulan kami letak papan tanda Arnab untuk dijual dan Rabbit Farm. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan.. .Yang terbaru, 10 ekor induk betina dan 17 ekor anak arnab telah dijual kepada seorang kenalan yang juga bakal menjadi penternak dan penjual arnab.. Sebelum ni, dia sudah pelihara dan jual arnab baka luar negara seperti anggora, lion head dan teddy bear, tapi disebabkan baka tu mahal dan dia dapat permintaan daripada pelanggan yang nak kan baka tempatan, jadi dia beli arnab kami untuk dibuat baka dengan harga borong.. Kami pun jual padanya, memandangkan arnab kami dah membiak banyak dan nak kurangkan sikit kuantiti arnab tu, jadi kami bersetuju untuk jual dengan harga borong.

Permintaan daripada pembeli yang nak beli arnab sepasang pun ada, nak seekor ibu pun ada.. Dan yang terbaru, arnab yang baru berumur seminggu pun dah ada yang booking..
Anak-anak pun dah okey masa ni, kalau ada orang yang datang nak beli, dia orang akan bagi je yang mana-mana pun.. Mungkin sebab dah lama bela arnab ni, dah ada perasaan jemu agaknya.. Kalau dulu, orang nak yang ni, sayang nak yang tu, sayang..habis yang mana satu nak jual? Lagipun anak-anak gembira kalau dapat duit dari hasil jualan arnab, mesti ummi belanja beli itu ini, tu yang seronok agaknya.. Tapi ummi lah yang tak best, tak dapat nak menyimpan..Tak pe lah yang penting semua happy, dan InsyaAllah pendapatan dari hasil jualan arnab ni akan berterusan walaupun sedikit.. Sekarang memang nampak kurang dah arnab dalam rabbit farm kami, tapi tak lama lagi membiak banyak lah pulak..

Dah panjang cerita, kita tengok gambar pulak..


Nampak semakin berkurangan dah arnab kami..
Rabbit bersantai selepas breakfast

Putih tompok tu tidak dijual.. tuan rabbit farm punya...
baru seminggu dah ada yang booking..

Ambil gambar dulu sebelum tuan baru datang ambil

Sunday, September 25, 2011

Arnab Untuk Dijual

Di pasaran sekarang, arnab kurang laku.. Jadi kami buat keputusan untuk komersialkan arnab peliharaan kami supaya ramai orang dapat tahu tentang adanya arnab untuk dijual. Kalau dulu arnab-arnab kami dibeli terus oleh seorang kawan tu untuk dijual di pasar-pasar malam atau pekan sehari. Tapi sekarang, katanya kurang laku dan tiada permintaan lagi.. Kami pun kena buat sesuatu untuk memperkenalkan arnab kami pada orang ramai, mudah-mudahan ada yang berminat.. Maka akhirnya, terhasillah papantanda iklan ni dan siap sedia untuk diletakan ditepi jalan masuk ke rumah kami..


Dan gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada arnab yang akan dijual.. Arnab ni adalah baka local atau kampung. Tapi ada juga jenis lion head iaitu bulu nya yang kembang.
Semuanya comel-comel dan umurnya dalam lingkungan 4 minggu ke atas.. Harganya rm 25 ++ seekor.


Mulai hari ni, papantanda tu telah diletakkan di tepi jalan masuk ke rumah kami. Insya Allah mudah-mudahan mendapat berkat dan murah rezeki supaya ada orang yang akan membeli arnab kami..


Sunday, July 17, 2011

Tetamu di Pagi Minggu

Rasa gembira bila ada tetamu yang datang ke rumah.. Lebih-lebih lagi yang datang tu orang yang rapat dengan kita dan orang yang kita sayangi. Tambahan pula, sudah lama tak bertemu.. Masa yang singkat tu, dipergunakan dengan sebaiknyalah.. Anak-anak sempat bermain sekejap dan Tie sempat ambil gambar diaorang tengah main dan gambar kenangan di rumah arnab..

Min dan Yan yang dah sampai petang sabtu tu kena balik cepat untuk menghadiri kenduri..
Sebelah malam, mereka dah tidur di Pondok ma tersayang di Pangsenam.. Moga terubat sikit keriduan ma buat anak, menantu dan cucu-cucunya tu... InsyaAllah, kita semua akan bertemu dan berkumpul lagi pada Hari Raya nanti.. Walaupun kita jarang berjumpa, tapi kita tetap bermesra dan berhubung melalui blog dan facebook.. InsyaAllah, ukhwah dan persaudaraan kita akan tetap utuh dan erat..

Kakak Izzah nak bagi arnab pada Afnan, tapi Afnan geli..

Arnab tu datang dekat Afnan..Tu yang dua-dua pandang ke tepi..
Nasib baik tak terlepas yang atas riba tu..

Walaupun ada perasaan sedikit takut,
tapi Aufa dan Afnan dah berjaya pegang arnab-arnab tu..

Bergaya dengan lampu ben 10

Affan comellll...

alahai..tembamnya..

Aufa menggayakan bajunya yang cantik ..

Gaya apa budak-budak ni.. Batman??..



Friday, July 1, 2011

Cerita dan Gambar Terbaru Arnab-arnab ku..

Dah lama tak menulis blog selepas sibuk dengan periksa KAFA, lepas tu menanda kertas jawapan dan mengira markah untuk tentukan kedudukan nombor dalam kelas. Alhamdulilah, sekarang semua dah selesai.. Tetapi rutin harian semakin bertambah sebab sekarang arnab dah semakin membiak.. Tapi tak pe lah, semua tu rezeki sebenarnya.. Tak sampai sebulan, InsyaAllah akan dapat hasilnya nanti. Kali ni, Tie sekadar berkongsi gambar-gambar terbaru arnab yang ada sekarang dan baby arnab yang baru lahir dan akan dijual..

Si 'bulu kembang' ( jenis lion head)

oren nak tidur..

Duduk berhimpit-himpit dalam lubang longkang

ala..comeynya, nak minum air

geramnya tengok yang ni

Ini sebahagian drp 12 ekor yang akan dijual

Sekarang, tempat arnab Tie semua dah bersimen. Bagi ibu yang akan beranak, dia akan mencari tempat yang sesuai untuk melahirkan nanti. Tanda-tanda awal arnab tu akan beranak ialah bulu akan dicabut dan dan dikumpulkan disatu tempat yang tersorok.. Oleh sebab tak ada tanah dan lubang untuk digali, kali ni Pitty dan blacky beranak dalam baldi dan lubang longkang.

Bulu yang dijumpai bertaburan atas lantai sebelum si pitty beranak

Anak-anak blacky dalam lubang longkang

Anak Pitty dalam baldi je..Walaupun tempat ni sempit,
baby nya selamat tanpa diganggu oleh arnab yang lain..

Friday, May 27, 2011

Lebih Luas dan Selesa

Seronok tengok arnab berlari, melompat dan lebih selesa, selepas rumah mereka dibesarkan.. Rumah atas simen nampak lebih bersih dan atas tanah pun masih ada untuk arnab-arnab gali lubang, beranak dan duduk di dalamnya.. Sebenarnya rumah arnab ni dua minggu.. Tapi baru hari ni berkesempatan masukkan gambar-gambarnya..

Ibu dan anak yang baru dilahirkan duduk dalam reban kecil yang disediakan..

Punyalah sedapnya makan sampai duduk dalam bekas tu..


Gambar rabbit tengah makan lagi

Dalam reban baru..

Tempat anak arnab yang baru dilahirkan dan menyusu dengan ibunya..

Atas tanah dan simen

Penjaga arnab ??..Hihihi..

Pandangan daripada luar