SELAMAT TAHUN BARU 2012.. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kejayaan dan kenikmatan buat kita semua.. InsyaAllah..
Permata pada ayahbonda, Sinaran bahagia membawa ke syurga, Bersyukur kepada Yang Esa, Atas anugerah nikmat dan rahmatNya, Bentuklah mereka sedari kecil, Taati ajaran agama, Anak yang soleh harta berharga, kenang kita dalam doanya..
Tuesday, January 3, 2012
TAHUN BARU, UMUR BARU
SELAMAT TAHUN BARU 2012.. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kejayaan dan kenikmatan buat kita semua.. InsyaAllah..
Sunday, October 9, 2011
PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT ANAK-ANAK..
Tuesday, August 16, 2011
Keistimewaan Al-Quran
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
( Surah Al-Haj : 32)
Selain itu, Nabi bersabda: " Mengagungkan Allah dapat dilakukan melalui tiga cara , MEMULIAKAN PEMIMPIN YANG ADIL, ORANG ISLAM YANG BERUBAN (ORANG TUA) DAN ORANG YANG HAFAZ AL-QURAN SERTA MENGAMALKAN ISI KANDUNGANNYA."
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud menyebut : "Orang yang seharusnya dipilih untuk menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling banyak membaca kitab Allah. "
3. Al-Quran Pemberi Syafaat
Daripada Jabir r.a, Nabi SAW bersabda : " Al-Quran adalah pemberi syafaat dan pembela orang yang mengakui kebenarannya. Barangsiapa menjadikan al-Quran sebagai pemimpinnya, maka al-Quran akan membawanya ke syurga. Sebaliknya, barangsiapa membelakangkan al-Quran, maka al-Quran akan menyeretnya ke neraka.." (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Daripada Abu Umamah, Nabi SAW bersabda : " Bacalah Al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak untuk memberi syafaat kepada orang-orang yang membaca dan mengamalkannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
4. Dengan mencintai al-Quran, akan dicintai Allah
Daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa yang mengaku mencintai dan dicintai oleh Allah dan Rasulnya, maka perhatikanlah adakah dia mencintai al-Quran, sekiranya benar, maka dia benar-benar mencintai dan dicintai oleh Allah dan RasulNya." (Hadis Riwayat at-Tabrani)
5. Kitab yang kekal dan terpelihara
Al-Quran merupakan mukjizat yang kekal. Ia dibaca di mana sahaja dan dipelihara oleh Allah. Mukjizat ini berbeza dengan mukjizat para nabi lain yang tidak lagi berlaku setelah tamat tempoh kenabiannya. Keabadian al-Quran ini teruji sejak ia mula diturunkan hingga ke hari ini, lebih daripada 14 abad.
6.Tidak menjemukan
Disebutkan dalam syair : " " Majlis al-Quran adalah sebaik-baik majlis. Di sana tidak ada rasa bosan terhadap apa yang dikatakan (baca). Bahkan mengulang-ulang kata-katanya akan menambahkan keindahannya."
Sedangkan orang yang mendengar kata-kata selain daripada al-Quran akan berasa bosan lebih-lebih lagi jika berulang-ulang kali.
Walaupun orang yang membacanya tidak memahami maksudnya, tapi oleh sebab keindahan dan kemuliaan al-Quran itu, ia tetap tidak jemu. Apatah lagi sekiranya orang yang membacanya memahami dan menghayati maksudnya akan bertambahlah kecintaan dan penghayatan kepada isi kandungan al-Quran itu..
7. Al-Quran sebagai Penawar
Al-Quran boleh menjadi penawar dan penyembuh bagi penyakit zahir dan batin melalui bacaan ayat-ayat tertentu dan memohon perlindunganNya.
Keistimewaan ini dijelaskan dalam sabda Nabi SAW :
"Al-Quran adalah penawar." (HR al-Qada')
" Sebaik-baik penawar adalah al-Quran." ( HR Ibn Majah)
" Barangsiapa yang tidak menggunakan al-Quran sebagai penawar, maka tidak ada penawar baginya." (HR Ibn Majah dan al-Hakim)
"Dan Kami turunkan daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya." ( Al-Isra': 82)
8. Al-Quran mudah dihafaz
Al- Quran mudah dihafaz oleh orang yang sedang mempelajarinya. Keistimewaan ini dijelaskan dalam firman Allah yang diulang-ulang sebanyak empat kali.
"Dan sesungguhnya Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Al-Qamar: 17,22,32,40)
8. Memberi perasaan takut (keinsafan) dan Menghargai Al-Quran
Dengan membaca al-Quran, akan timbul rasa takut, serta keinsafan dan menghargai kehebatan ayat-ayat al-Quran dalam hati orang yang membaca dan mendengarnya. Persaaan ini menusuk jiwa seseorang walaupuan dia tidak memahami maksud dan tafsir ayat-ayat yang didengarinya.
9. Allah memelihara al-Quran
Allah menjamin penjagaan al-Quran daripada sebarang perubahan dan pertukaran pada lafaz-lafaznya. Hanya Allah yang mampu memeliharanya .
Firman Allah : " Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." (Al-Hijr : 9)
Saturday, July 30, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan. Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan.
Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa.Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa. Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia, rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa.Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi dengan dosa.
Dalam bulan Ramadhan hendakla rasa agung-Nya Tuhan, hebat dan kuasa-Nya Tuhan.Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria yang dalam gelap-gelita.
Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum, janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya dan janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian berbual dan borak-borak yang banyak.Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah kemudian tidur, malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 185]
Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t.
Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :
1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)
2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)
3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)
4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)
5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.
6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]
Madrasah Ramadhan
Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas: Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang puasa kecuali kerana Allah swt.
2. Sabar: Seorang muslim berlatih untuk bersabar dan memikul bebanan. Pada bulan-bulan lain mungkin kita selalu marah dan bersikap kurang sabar, tetapi dalam bulan Ramadhan kita akan bersabar sehingga waktu berbuka puasa.
3. Penyantun: Sekiranya seseoarang dicaci atau diejek, dia terus berkata: "Ya Allah aku sedang berpuasa", maka ini melatih kita untuk menahan marah.
4. Disiplin dan ketepatan masa: Waktu adalah kehidupan, seperti yang dinyatakan Hassan al-Banna. Pada bulan-bulan lain kita jarang sekali melihat kepada jam waktu, tetapi dalam Ramadhan kita sentiasa meneliti waktu seperti sahur, berbuka puasa dan waktu azan.
5. Kesatuan ummah: Bilangan muslimin seluruh dunia mencapai 1 billion. Bayangkan jumlah yang sebegitu ramai bersama-sama berpuasa dan berkumpul untuk beribadah.
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Al-A'raf 7: Ayat 96)
Sunday, May 15, 2011
Kebaikan Dan Ganjaran Bagi Seorang Pendidik
Sesungguhnya guru, pendidik atau seseorang yang mengajar ilmu itu banyak kebaikan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt..
Sebagaimana maksud hadis di bawah :-
1) Daripada Abu Hurairah r.a katanya : " Bahawa Nabi saw bersabda, " Seutama-utama sedekah ialah orang muslim yang belajar ilmu dan kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim."
2) Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda : " Apabila seorang manusia itu mati, maka terputuslah amalannya daripada nya kecuali tiga perkara , sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang dan anak solehyang mendoakannya..(maksud hadis riwayat Muslim)
4) Daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya, : " Rasulullah saw bersabda' " Sesiapa yang menunjuk kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya." (Maksud hadis riwayat muslim)
5) Daripada Abu Umamah r.a daripada nabi saw sabdanya, " Sesiapa di pagi hari pergi ke masjid dengan niat semata-mata untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, nescaya baginya pahal seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengan sempurna."
6) Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala yang didapati oleh orang-orang yang mengikutinya, walaupun begitu, pahala-pahala mereka itu tidak berkurang walau sedikit pun."
7) Daripada Abu Umamah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda, "Hendaklah kalian mengambil ilmu ini sebelum ianya digenggam, maksud digenggam di sini ialah diangkat, lalu Rasululah saw menghimpun di antara kedua jarinya, iaitu jari tengah dan dan telunjuknya begini- kemudian sabdanya lagi : Orang alim (pemberi ilmu) dan pelajar itu bersekutu di dalam mendapat kebaikan, tiadalah kebaikan yang banyak melainkan mereka itu."
(Maksud Hadis Riwayat Ibnu Majah)
WALLAHU A'LAM..
SEMOGA SEMUA GURU MENDAPAT MARTABAT DAN
GANJARAN YANG TINGGI DISISI ALLAH SWT..
INSYAALLAH
Tuesday, September 7, 2010
SALAM AIDILFITRI
Kehadiran Syawal tanda kemenangan,
Marilah kita bermaaf-maafan,
Eratkan ukhwah syukuri kenikmatan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA...
Saturday, August 28, 2010
Nuzul Al-Quran
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Sunday, August 8, 2010
Salam Ramadhan..
Jom kita buat checklist 'TARGET' yang kita akan cuba capai dalam bulan yang mulia ini..insyaALLAH..
- Merebut pahala dan keberkatan Sahur setiap hari
- Berpuasa seluruh anggota zahir dan batin
- Tadarus al-quran setiap hari..Khatamkan al-Quran..insyaALLAH
- Berusaha keras untuk Tahajjud dan menghidupkan malam..
- Merperbanyakkan sedekah, infaq dan menjamu makanan
- Memperbanyakkan amalan sunat dan bertarawikh
- Basahkan lidah dengan zikrullah
- Menghubungkan silaturrahim dan berziarah
- Berjimat-cermat dan tidak membazir
- Tundukkan nafsu dan belajar untuk lebih qanaah ( rasa cukup)
- SABAR..
- Meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kepada kita
- Buang sifat-sifat mazmumah dalam diri
Saturday, May 1, 2010
Selamat Hari Pekerja & Selamat Pengantin Baru
1 Mei adalah sambutan Hari Pekerja. IKHLAS dalam bekerja itu adalah perkara utamanya. Dan bekerja kerana Allah itu ialah satu ibadah yang dituntut. Sama-samalah kita pertingkatkan mutu kerja yang kita lakukan. Tak kira apa juga kerja pun, yang penting kita ikhlas dan memberi manfaat kepada orang lain..
(Tapi sayanglah, tak dapat bergambar bersama.. takde kamera)
Terima kasih juga buat Shima yang tidak jemu-jemu melatih Faiz yang banyak kerenah tu.
Wednesday, February 24, 2010
Sunday, January 3, 2010
Terima kasih
Buat abi juga terima kasih sebab sanggup menunggu lama untuk menempah PizzaHut Special tu.. Tanda ingatan dan hadiah tu, akan diingati dan disemat dalam hati sampai bila-bila...muaaah.. sayang sikit..he..he.
Lepas ni bergilir-gilirlah sambutan hari lahir. Kakak bulan 2 dan abinya bulan 3.. Kena sediakan hadiah jugalah ni..
Friday, January 1, 2010
TAHUN BARU DAN UMUR BARU
SELAMAT TAHUN BARU 2010
PERBAHARUI AZAM, PERBAIKI DIRI, PERKASAKAN IMAN,
DAN PERBANYAKKAN AMAL SOLEH
Setiap tahun, sehari selepas menyambut tahun baru, Tie akan menyambut umur yang baru. Pada 2 Januari ni, umur Tie semakin meningkat ke 33 tahun. Alhamdulillah.. jadi, setiap kali tahun baru, akan disambut dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan keinsafan kepada Allah kerana makin bertambah usia ini.
Semoga tahun ini akan dilimpahi rezeki yang diredhai Allah, nikmat kesihatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga dan setiap apa yang dilakukan akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.. InsyaAllah. Amin...
Selamat bersekolah kembali buat anak-anak dan semua guru-guru yang akan memulakan sessi persekolahan 2010, Isnin ini..
Friday, December 25, 2009
TAHNIAH !
Keputusan peperiksaan PMR telah diumumkan semalam, TAHNIAH buat dua orang anak saudara Tie yang mendapat keputusan yang cemerlang iaitu Kakak Hajar yang mendapat 9A dan Tiha, 8 A 1 B. Semoga kejayaan ini menjadi contoh buat adik-adik dan generasi yang lain.
Teruskan usaha untuk peperiksaan yang lebih besar dan mencabar di masa akan datang...
Wednesday, December 16, 2009
Salam Maal Hijrah 1431 Masihi
" Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya " Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hijrah Satu Wawasan
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
Thursday, November 26, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan Ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak Yang disembelih itu. kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya; dan sampaikanlah berita gembira (Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang tunduk taat - Surah Al-Hajj 34
Monday, November 23, 2009
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Paya Pulai
Keputusan UPSR sekolahnya pun meningkat sedikit dengan pelajar yang mendapat 5A seramai 20 orang. TAHNIAH kepada semua, di atas kejayaan yang cemerlang.
Cuma Tie sedikit tak puas hati tentang Izzah yang banyak kecuaian dalam menjawab soalan seperti jawapan dibiarkan kosong tak berjawab dan ada yang tersalah ejaan.
Nasihat buat Izzah, tahun depan tingkatkan usaha dan jangan cuai dalam menjawab soalan..
Akhir sekali, Selamat Bercuti buat semua anak-anak yang bersekolah dan guru-guru. Manfaatkan cuti sekolah ni dengan membuat perkara yang berfaedah.
Monday, November 2, 2009
Selamat Pengantin Baru
Saturday, September 26, 2009
Selamat Berpuasa Sunat Syawal
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari)Walaubagaimanapun, Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari)Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud :
... Barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari.)Bagi seseorang yang ingin menqadha' puasa pada bulan Syawal, kita boleh berniat qadha' dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa di dalam bulan Syawal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha' masih tidak terlepas dari dirinya.
Adapun sekiranya seseorang itu mampu untuk menqada' puasa dahulu dan kemudian disambung dengan puasa sunat syawal, itu adalah yang terbaik dan seafdhalnya...
WallahuA'lam.
Rujukan : http://www.zaharuddin.net
Wednesday, September 16, 2009
MENJELANG SYAWAL
Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh keinsafan dan meriah serta bersederhana.
DI SINI TIE DAN KELUARGA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA KELUARGA, SAUDARA MARA DAN TEMAN-TEMAN..