Online users

Follower

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Laksa oh laksa

Salam.Morning semua.

Hari ini plan nak buat laksa. Semalam dah beli semua bahan.Selepas hampir sejam ketung ketang di dapur, laksa siap! Hehehe. Ala, laksa cara oversea. Tak ada la guna ikan termenung macam kat Malaysia tu. Sini pakai ikan dalam tin ja. Tak gaduh nak buang tulang segala. Sayur pun ganti dengan salad. Hurm, baru perasan tahun ni aku kurang upload gambar makanan. Time kat Malaysia hari tu, setiap hari ada je entry pasal makanan.Saja nak perangat member kat sini. Sekarang, dah tak boleh buat macam tu.Hohoho.Padan muka. Teringin nak belajar buat mee bandung.One day babeh, one day.

p/s : Kali ni berjaya cari mee laksa yang macam kat Malaysia.Kalau tak, sebelum ni makan mee halus.Tak pun ganti dengan spaghetti.Untuk resepi laksa oversea, klik [sini].

Thursday, January 13, 2011

Resepi spaghetti.

Ok you'olls.Hari ini akak berbesar hati nak kongsi resepi spaghetti dengan korang semua.Mana yang malas nak makan nasi, nak cuba western food ke, might consider taking notes of it.Ini merupakan resepi turun temurun dari kawan akak iaitu Ky.Senang je you'olls.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Sebotol prego, setin cendawan,setin tomato puree,spaghetti.

Cili padi,bawang besar, serbuk cili (tiada dalam gambar).

Satu peket daging lembu kisar dan fish ball (Ini optional.Kalau tak suka daging lembu, tukar la kepada ayam ye)

Cara menyediakannya :

1) Rebus spaghetti.

2) Untuk kuahnya pula, tumis bawang besar dan cili padi sampai naik bau.

3) Kemudian, masukkan sepeket daging lembu kisar.Goreng sehingga warna daging lembu jadi coklat kehitaman.Tu tanda daging tu dah masak.

4) Next, masukkan prego dan tomato puree.For me, letak 3 sudu besar tomato puree pun dah cukup.Untuk yang sukakan rasa masam yang lebih, boleh letakkan lebih banyak tomato puree.Kemudian, masukkan 2 sudu besar serbuk cili.Ini pun optional.Kalau suka pedas lagi, letak lagi banyak ye.Gaul sehingga sebati.

5) Last but not least, masukkan fish ball dan mushroom yang telah dipotong.Gaul sehingga sebati dan biarkan sekejap di atas api.

6) Spaghetti siap untuk dimakan!

Selamat mencuba semua!

Tuesday, November 9, 2010

Resepi laksa style oversea.


You'olls, semalam akak buat laksa.Menjamu si Kema yang datang overnight kat rumah.Akak guna ikan tuna instead of ikan mackerel sebab tak jumpa kat New World.Rasa dia lain sikit tapi tetap malatop noks.Sini susah la nak jumpa ikan kembung jual sekilo 5 ringgit macam kat Malaysia tu.Pakai beli ikan kat dalam tin ja.Senang kerja.

Meh akak nak bagi resepi laksa style oversea.Ini untuk 4 orang makan naa.

Kuah laksa:
1) 2 tin besar ikan mackerel.
2) 1 ulas bawang besar.
3) Belacan.(kalau nak umph, letak banyak sikit)
4) 10 tangkai cili kering direbus terlebih dahulu.
5) 3 biji cili padi (kalau nak pedas lagi, letak lebih)
6) 1 batang serai dititik.
7) 1 keping asam keping.
8) Garam secukup rasa.
9) Air

Dressing:
1) Telur direbus.
2) Salad.
3) Bawang besar dimayam kasar.

Cara menyediakannya :

1) Blend ikan mackerel bersama cili kering, bawang besar, cili padi dan belacan.Air ikan mackerel dalam tin tu jangan buang.Tuang sekali dalam benda yang dikisar tu.Tambah sedikit air.
2) Panaskan belanga. Tuang minyak sedikit.Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih buat sementara waktu.
3) Masukkan asam keping dan serai.
4) Bila dah naik bau, masukkan air.Korang adjust kuah tu.Kalau nak pekat, letak air sikit.Kalau nak kuah cair, letak air banyak.
5) Masukkan garam secukup rasa.
6) Biarkan mendidih dan kuah laksa siap!

Nak beli timun, mahal. So instead of gunakan timun, kami guna salad.Laksa pula kami gantikan dengan fettucini.Wah.So oversea.Hahaha.Selamat mencuba you'olls!

Langkah kanan betul dorang.Akak buat lebih.Sempat jugalah dorang ni merasa.Seronok betul akak tengok dorang ni makan.Sungguh berselera!Lagi masyuk tuang kicap dalam kuah laksa tu weyh!

Bon appetite.

Saturday, September 11, 2010

Resepi biskut arab

Lepas project kuih cornflake madu gam uhu berhasil, teringin pula nak buat biskut arab.Selalunya, kat Malaysia, mak chaq yang rajin buat kuih ni.Kat sini mana nak dapat der.Nak tak nak, sebab kempunan, kena la buat sendiri kan.

Rupa-rupanya senang je nak buat.Tak perlu banyak benda pun. Ini resepi untuk lebih kurang 100 biji biskut arab.

Minyak sapi 500gm

Tepung gandum 1 kg

200gm gula (untuk salut biskut arab)

Tadaaa... =)
Cair dimulut der.

Tuesday, August 10, 2010

Keywords minggu ini.

Keywords minggu ini banyak menjurus ke arah makan nampaknya.Hahaha.Dah macam blog resipi pula.Resepi kek pisang, resepi puding roti . GCB burger pun ada! Hohoho.Macam tak kena pula kan post entry pasal makanan menjelang Ramadhan yang barakah ini.Hehehe.

Esok korang sahur lauk apa? Kalau pekena nasi putih panas dengan sambal ikan kering sedap ni.Ada pula telur masin.Pergh.Terangkat kot.

Sunday, July 25, 2010

Resepi kek pisang aku.


Baru belajar buat kek pisang.Nak kongsi resepi dengan semua.Eceh.Mai oversea ni kira nak masak ja.Skill memasak dan baking makin mantop.Hohoho.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

6 biji pisang

I sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil esen vanila dan 1 sudu kecil baking powder

1 cawan kacang walnut dikisar halus

2 cawan tepung gandum

Dua biji telur dikocak terlebih dahulu

Satu cawan gula

Secubit garam

Cara membuat :

1) Pre-heat oven to 200 degree

2) Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan ayakkan sehingga sebati.

3) Lenyek pisang sampai hancur

4) Kemudian, masukkan gula, esen vanila dan secubit garam.Kacau sehingga sebati.

5) Masukkan pula telur yang telah dikocak tadi.

6) Masukkan pula sebatian tepung yang diayak tadi.

7) Final step, masukkan walnut yang telah dikisar tadi dan kacau sehingga sebati.

8) Jangan lupa letak butter atas permukaan baking pan.Tuang adunan tadi dan ratakan.Kemudian masuk dalan oven selama 40-45 minit.Depends on oven juga.Ada setengah oven cepat panas.So, pandai-pandai la adjust time tu.

Tadaa! Siap dah.Amik hang.Punya kembang lagu pa lagi dah.Tunggu masa nak meletup ja tu.

Selamat mencuba! =)

Friday, July 16, 2010

Kek Bakar pulek.

Dah macam spora pula kek aku ni weyh.

Walaweh.Malam ini rajin pula aku nak buat kek bakar.Ini semua sebab penangan Keyna punya kek bakar la ni sampai termimpi-mimpi nak buat.Hehehe.Maka, berhempas pulas la aku membancuh tepung di dapur.Disebabkan pewarna hijau tak ada, aku tukar pewarna kuning.

Overall performance, boleh dibanggakan la.Eceh.Walaupun aku tak puas hati kenapa kek aku kerak tebal sangat (ini semua sebab oven cepat sangat panas), rasa kek bakar tu ada la.Cuma tekstur tak berapa nak cantik.Macam pecah-pecah sikit.Yang Keyna buat sangat cantik.Jealous I.

Aku berani bet, next time kalau aku buat lagi kek bakar ni, rasa dan rupa kek takkan sama macam first time buat.Quality control tak berapa nak cekap sangat.Aku bubuh bahan ikut sedap mata memandang ja.Agak rasa pekat sangat, aku masuk air sikit.Agak lembik, tambah tepung.Maybe sebab tu kot tekstur kek aku tak smooth sangat.

Thursday, July 15, 2010

Resepi puding roti.

Credits to google image.

Since ada yang request nak resepi puding roti, aku tempek la kat blog ni ye.Wah.Rasa macam mak mak pula nak bagi resepi.Hohoho.

Bahan-bahan:

4 keping roti
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula (Ikut citarasa.Kalau nak manis lagi, taruk la 1 cawan or lebih)
2 sudu besar marjerin yang telah dicairkan
4 biji telur dipukul
1 sudu kecil ground cinnamon
1 sudu kecil esen vanila
chocolate chip (Optional.Ikut citarasa masing-masing.Ada yang letak kismis)

Cara membuatnya :

1) Pre heat oven to 175 degree.
2) Campurkan telur,susu,gula,ground cinnamon,esen vanila dalam satu bowl.Pukul sehingga sebati.
3) Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil (Macam aku pemalas sikit.Aku koyak pakai tangan ja.Cincai maa)
4) Tuang marjerin yang telah dicairkan tadi dalam baking pan.
5) Masuk roti yang telah dipotong.
6)Tabur chocolate chip atas roti cantik-cantik.
7) Tuang campuran yang dah sebati tadi tu.
8) Agak roti tu tak tenggelam, tekan dengan garfu.
9) Bakar selama 45 minit.

Bila dah siap, jangan terkejut pula kalau tengok puding roti hang naik semacam.Memang dia akan naik macam belon nak pecah.Sejukkan dulu kat luar kasi kecut balik puding tu.Kemudian masukkan dalam peti sejuk.Agak dah lama sikit, dah sejuk gedik, puding siap untuk dimakan.

Senang je kan? Selamat mencuba.

Monday, May 24, 2010

Orang Malaysia buat sushi

Mari kita belajar buat sushi. Chef didatangkan khas dari Malaysia. Oh. Lihat saja baju yang disarungkan. Sudah terang lagi bersuluh datangnya dari Malaysia.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Rice vinegar
Beras sushi
Seaweed
Crab stick (boleh ditukar mengikut citarasa masing-masing)
Timun
Tikar sushi

Cara menyediakan bahan sushi :

1) Masukkan 2 pot beras sushi. Masukkan air macam korang tanak nasi.Masukkan 4 sudu rice vinegar (Untuk 4 orang makan).
2) Rebus crabstick.
3) Potong timun panjang-panjang. Jangan potong macam nak cicah dengan sambal belacan pula.

Cara membuat sushi :

Letakkan seaweed atas tikar sushi. Kemudian lenyekkan nasi sushi ke serata seaweed. Dinasihatkan jangan lenyek sampai penuh satu seaweed nanti susah nak potong. Biar ada ruang kosong dikeliling seaweed tu.

Kemudian letakkan satu crabstick dan timun yang dah dipotong tadi di atas nasi.Bersedia untuk roll kan seaweed.

Inilah gunanya tikar sushi. Nak memudahkan anda untuk roll sushi. Dinasihatkan untuk bersikap lembut terhadap sushi ye. Roll slow-slow. Kang penyek pula sushi korang.

Roll sampai habis. Tengok orang Malaysia ni roll. Jangan tekan kuat-kuat sangat tau.

Tadaa..Dah jadi silinder dah

Lepas tu kita main potong-potong ye. Ha. Potong jangan besar sangat, jangan kecik sangat. Biar molek-molek ja.

Maka, terhasillah karya agung ini. Nice.

Selamat mencuba!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger