Online users

Follower

Showing posts with label sungai petani. Show all posts
Showing posts with label sungai petani. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

TESL / TESOL Annual Dinner 2012

This event happened a month ago but today baru nak cerita. Halal la nooooh.


I don't know whether in your place there's a system that goes like this. If you have juniors and you happen to finish your degree this year, they will throw a farewell party for you. So, basically, kitorang paling tua kat maktab tu. Tua umur saja tau, tapi young at heart gitu. For TESLians, it has become a tradition that each cohort will take turn to organize an annual farewell party. So, this year, turn batch 2010 yang handle. I don't know what to call them. Huhu. Dah banyak sangat batch bawah kitorang, so macam blur sikit.

So, dinner took place in Cinta Sayang Golf and Resort Club.The theme was vintage. Memang idok ade baju ler teman nak pakai. I ended up wearing kebaya. Vintage jugak ler tu. Vintage cara orang melayu. Hahaha. Dah makin tua ni, jadi segan nak bergaya lebih lebih. The juniors semua cantik cantik dengan dress ala ala vintage. My fame has long ended. Ecewah. Tak semua budak batch aku yang pergi. Sebab dinner ni tak wajib pergi tapi digalakkan.Susah kan nak faham konsep ni. Yang tak pergi tu, kebanyakkannya ada masalah kewangan.Faham faham je la hujung tahun ni. Masing masing kering. Anyway, aku pergi. Support junior la kononnya.
Why did I wear blue scarf? Fesyen katenyee...


Medley performance by the juniors. 

King and Queen of the night.

The food was okay but not recommended for the picky ones. Huhuhu. We had so much fun that night. Singing together and cheering for B.O.B especially! Yep. Cheering for them is a must. Overall, good job juniors! Thank you for inviting us =)



-THE END-

Big Mouth Republic, Sungai Petani

Dah lama aku tak blog pasal makanan kan? So, here I am right now. Trying to blog about food back. Since last sem aku berhijrah ke area Tikam Batu, makanya banyak juga la kedai makanan baru yang aku discover. Dari Thai food hinggalah ke Western food. Kali ni biar aku cerita pasal Western food dulu la noh. Actually terperasan kedai ni waktu pergi fotostat material kat area Taman Sejati Indah. So, terus ajak mat arep try makan kat situ. We love trying new things. We? Erk. Actually aku je kot. Tapi sebab dia yang tukang bawa, jadi 'we' la kan even dia tak suka pun.Hehe.

Credits to Big Mouth Republic

Nama diberi Big Mouth Republic. Terletak berhadapan dengan pasaraya Parkson dan sederet dengan KFC Taman Sejati Indah. Dengar nama kedai pun dah macam sedap kan? Konsep kedai ni unik. Ala ala santai gitu. Deco pun menarik. Lain daripada yang lain la. Main dish of course la western food. Tapi ada jugak makanan lain seperti nasi goreng dan makanan berkuah. Tapi kebanyakan yang pergi sini opt for western food la. Aku dah try kedua duanya, western dan malay cuisine. Ternyata, puas hati. Cuma satu je la.  Bagi aku portion western food terlalu sedikit. Tak padan dengan harga.Huhuhu. Rasa dah sedap dah tapi tak puas makan sebab sikit.Huhuhu. Mungkin pihak Big Mouth boleh pertimbangkan tambahkan portion western food selepas ni.


Grilled chicken regular size. RM 9.50.

Yang menariknya, kedai ni dah pernah masuk JJCM 2012. So, menguatkan lagi la tentang kesedapan kedai ni. Banyak personaliti tv yang pernah mai makan kat sini. Antaranya, Aizat, Yuna, Ustaz Azhar Idrus, Burn AF 1 dan Siti Fazurina (Dunia Anita).

Antara menu yang disediakan oleh Big Mouth Republic. Sumber dari [sini]






 So, untuk yang teringin nak makan western food kat Sungai Petani, boleh la cuba di Big Mouth Republic ni ye. Korang boleh like page fb Big Mouth kat [sini] untuk futher info.

Wednesday, August 8, 2012

Restoran Arabian Mendy, Lagenda Heights

Hari ni buka puasa kat Arabian Mendy.Untuk yang duduk kat Sungai Petani ni, nama kedai ni memang tak asing lagi. Boleh kata semua orang tahu la pasal kehebatan nasi Mendy ni. Terletak di Lagenda Height, bulan Ramadhan kedai ni start buka pukul 3 petang sampai 10.30 malam. Sebelum ni aku dah pernah pergi sini untuk buka puasa tapi hajat tak kesampaian sebab tempat fully booked. So, kalau nak makan kat sini, better book awal awal sebab selalu sangat full house. Kalau nak makan lewat sikit lepas Maghrib, ok la kalau tak book. Tapi better book la untuk selamat. Ni number kedai untuk buat reservation 04-4247900.

Basically, menu kat sini berunsurkan makanan arab.Nama pun Arabian Mendy kan. Haruslah arab.Ada beriani, kebab, dan yang paling special tentulah Nasi Arab Mendy. Boleh pilih nak daging, ayam atau kambing. Walaupun aku gemar daging kambing, tapi aku tak berani makan banyak, takut pening. Mengalahkan orang tua kan? Hahaha. Makanya, aku ambil ayam. Harga pulak sangat reasonable dengan portion yang sangat banyak.

Nasi Arab Mendy ayam hanya RM 9. Ayamnya sangat lembut. Aku pantang sikit nak makan dengan sudu ni. Remeh. Tapi bila makan nasi mendy ni, senang betul nak robek isi ayam tu sebab lembut sangat.Even tulang dia pun kita boleh gigit. Punya nak habaq kata lembut.Hahaha.

Beratur haa nak bayar. Murah rezeki tuan kedai bulan puasa ni. Selalu ja penuh. Servis pun tip top. 

Wednesday, May 23, 2012

Ranting, babbling, raving. What else?

Mesti korang muak dah kan asyik asyik cerita pasal house hunting. Aku pun dah naik muak fikir pasal ni. I almost give up. Rasa macam nak menangis ja bila jadi macam ni. Baru semalam keluar entry pasal ujian Tuhan. Sabar Zafirah sabar. Mula la nak salahkan semua orang. Nak salahkan pengarah sebab reject permohonan nak stay kat Berapit, nak salahkan unit praktikum sebab letak kitorang jauh sangat, nak salahkan akak tu sebab letak sewa rumah mahal sangat. Haaa..semua orang salah la sekarang ni. But I should have not blame them. Mesti ada reason kenapa semua benda ni jadi. Positif Japirah...positif. Sebab benda ni la aku tak start packing barang lagi. Serabut. Khamis ni Mak Su dah nak datang amik barang. Adoi la. Sometimes, I am bad at multitasking. Fikiran sering terganggu, emosi jangan cakap la. Memang dah sah sah terganggu. T_T Luar je nampak kental.

Terima kasih kepada yang sama sama tolong aku cari rumah sewa. Terharu. Nampak sangat aku ni desperate kan? Sampai ke FB pun aku hebahkan. Thanks to Kak Ros, Kak Linda, Mimi, Tim dan a few people lagi yang   bagi pertolongan dari segi moral support, contact number dan suggest homestay. So far, we have not made our mind yet. Still considering the RM 400 per month house. We were thinking of bargaining the price since the house is not fully furnished and the condition is not very good. There's only one fan in the living room and none in the bedroom. So, not worth it la bayar mahal mahal tapi dapat third class facilities. But I'm not good in bargaining. Wan is the right person to do this. There's only two possibilities if we start bargaining the price. One, the landlord will have a negative perspective towards us or in other words, tawar hati nak deal dengan kitorang lagi. Second, let go the house and start finding other houses.

May God ease our things.

p/s: Bosannya asyik ranting about rental house. T_________________T  Tak ada benda lain nak cerita ke????

Monday, May 21, 2012

House hunting begins.

House hunting sudah pun bermula. Minggu ni just busy waktu pagi je. Petang free. So, tadi pergi la riki riki taman yang dekat dengan sekolah. Too bad, there's none in Kota Kuala Muda district. Kecewa. Kitorang cari area Tikam Batu. Kebanyakan rumah yang kami dapat, semuanya homestay and they charge us on daily basis. Bila tanya boleh tak nak buat sewa for 4 months, semua reject. Ye lah. Dorang rugi la. Rumah dah cantik, fully furnished, siap aircond nak charge below RM 300. Memang tak dapat la kan. Penat jugak mencari rumah sewa ni. Time nak give up tu la baru jumpa rumah untuk disewa. Excited dial number. Sekali rumah tu dah ada orang book.Tau tak perasaan bila terlepas peluang tu? Nak lagi, bila dapat tau rumah tu di book semalam. Bukan minggu lepas, tapi semalam. Terlambat sehari ja pun.Rasa macam................why la why.....Mak cik tu siap cakap "Sorry la. Saya kat Penang. Tak sempat nak buang advertisement tu" Saja ja tau mak cik ni. Bagi harapan pelesu kat we'olls. Lepas tu nampak satu lagi homestay. Nampak cantik. Telefon la bercakap dengan Encik Adnan. Sopan santun orangnya. Dia cakap memang tak dapek la nak buat sewa sebab dorang tak balik modal. Dah la satu rumah pasang aircond. Ada hati nak bayar below RM 300. Tapi dia bagus. Try nak tolong kitorang carikan rumah sewa. Dia cakap around RM 200 pun boleh dapat dah kalau nak sewa.

Disebabkan tak nak mengharap pada yang satu, kitorang cari je rumah sewa lain. Pusing masuk Taman Pekula,   tak ada. Scary ok perumahan kat situ. Sorry to say la tapi aku tak favour housing area situ sebab sangat padat. Tak terjangkau dek akal fikiranku macam mana la dorang boleh tinggal dalam kawasan yang sangat sempit. Nak amik lap parking kereta dalam rumah pun tak ada. Memang menangis la aku kalau duduk area situ. Dah terbiasa laman besar kot.Huhuhu. Pergi Taman Jenaris pulak. Haa. Kat taman ni aku puas hati sikit. Nampak teratur rumah dia. Tak serabut macam Taman Pekula. Pun tak ada yang kosong. Sedih mak noks. 

Harapan terakhir, Taman Rhu. Ada 3 fasa. Fasa 1 dan 2 tak ada. Kat Fasa 3, banyak rumah kosong tapi tak ada notis nak sewa ke apa. Sabar je lah. Punya nak cerita banyak homestay yang dah kitorang call, sampai tak sedar ter call orang yang sama sampai dua kali. Punya desperate nak cari rumah la katakan. Orang tu siap cam lagi, "Ini yang cari rumah untuk praktikum tu eh?" Ok. Malu sekejap T_T Still, kena reject. Alahai. Pusing punya pusing, jumpa satu rumah ni. Kebetulan depan rumah tu, ada mak cik jual kuih. Dia bagitau tuan rumah tu  nak bagi sewa. Baru je beberapa hari lepas ada orang keluar.Rumah still bersih lagi la cuma tak ada perabot. Kira kalau masuk, memang rumah tu kosong. Nak bagi sewa RM170 ja. Haa.Tunggu lagi. Dah murah habis tu. Terus amik contact. Call dia tak dapat. Mak cik tu cakap akak tu polis. Maybe dia off phone sebab tengah handle kes ke apa. Harap harap dapat la rumah tu. At least, halfway perjalanan dah cover compared to duduk maktab.Almost an hour kot. Tak sanggup.Huhu.

Alang alang sekolah dah dekat dengan Pulau Sayak, pekena nasi goreng udang sedas. Ke-lia!

Oh. Terima kasih kepada yang bagi contact number sedara area situ. Saya dah contact that person dan sekarang still menunggu jawapan. Terima kasih banyak banyak =)

Sunday, May 20, 2012

Yogo Goyo

Baru balik dari dinner. Hampir hilang mood time dinner tadi pasal makanan lambat sampai. Boleh pulak order hilang. Mujur Elin pergi tanya kat pak cik tu, kalau tak sampai ke sudah tak sampai. Malam ni panas sangat. Makan mee bandung tadi pun berpeluh satu badan. Wan teringin nak makan Yogo Goyo. Makanya lepas dinner, pergi Yogo Goyo. Ini first time nak cuba ni. Deco dalam kedai sangat cantik. Dah macam Halloween Party dah aku tengok. Kiri kanan pumpkin. Seperti biasa, topping haruslah cornflake dan koko krunch. Flavour pulak, chocolate. 10 gram for RM 0.51. Total kena tadi RM 7.10. Ok la. Nak merasa je pun. Rasanya lebih kurang sama dengan tutti frutti. Harga pulak, aku tak pasti sebab tak perasan pulak 10 gram berapa ringgit. Yang boleh perasan kat Yogo Goyo ni sebab dia tulis kat mesin tu. So, aware la jugak.

Lepak kejap kat Yogo Goyo sementara nak habiskan frozen yogurt tu. Boleh leka duduk dalam kedai tu sebab kusyen dia cosy gila. 

Friday, May 11, 2012

Bubble Gurt

Bubble Gurt. Kedai baru kat CS. Kenapa Bubble Gurt? Mungkin sebab dia jual bubble tea dan frozen yogurt. Maka, bila digabungkan, jadi la Bubble Gurt. Hari tu dah try Tutti Frutti. Aku ni suka try benda baru. Kena pulak time aku pergi tu, ramai yang tengah beratur nak beli. Lagi la tertarik untuk cuba. Sedap sangat ke? Konsep kedai ni tak sama macam kat Tutti Frutti. Frozen Yogurt hanya ada satu flavour. Kat board ada 3, tapi dorang cakap flavour tukar setiap bulan dan untuk bulan ni just ada original flavour saja. Tu satu dah kurang la bagi aku. Sepatutnya kalau dah tunjuk kat board ada 3, maka perlu ada 3 la kat kaunter kan. Topping pulak, lebih kurang sama dengan Tutti Frutti. Yang lainnya, harga based on topping. Bukan berat. 2 topping RM 9. Disebabkan ikut topping, yang tolong bubuh pun salesgirl kat situ. Lemak la kalau kita sendiri yang bubuh kan. Tapi aku tak puas hati sikit la pasal topping aku dia letak seciput ja. I was expecting more. Huhu.

Tibalah masanya untuk merasa Bubble Gurt ni. Omak aiiiih! Masamnyaaaa...Terkumut kumut jugak la nak habiskan satu cup tu. Huhuhu. Aku kureng sikit masam masam ni. Memang la frozen yogurt patutnya masam kan. Tapi yang kat Tutti Frutti tak semasam yang ni.Rasanya Tutti Frutti langsung tak rasa masam tapi more to rasa macam ais krim kan? So, kesimpulannya, lepas ni kalau nak makan frozen yogurt, I would prefer to go to Tutti Frutti. Tekak aku lain sikit, tak berapa suka masam masam ni. Mungkin korang suka.

p/s: Lepas ni target nak rasa Yogo Goyo punya yogurt pulak.

Tuesday, March 20, 2012

Edo Ichi Sushi


Dek tertengok gambar sushi bi, teringin pulak nak makan. Kebetulan kat Village Mall ada kedai sushi baru buka. Tak ada la baru sangat. Tapi baru la jugak. Cakap kalau tak berbelit memang tak sah la kan =,= So, apa lagi. Ke Edo Ichi Sushi la kita yuk! Masuk masuk je macam biasa la. Disambut dengan sangat friendly oleh staff Edo Ichi. Sebut apa benda entah. Welcome dalam bahasa Jepun apa? Haa..menatang tu la depa sebut. Aku tak ketahuan sangat pasal terkejut masuk masuk semua pakat greet. Yang duduk kat dapur pun greet apa kes. Punya la mesra. Bagus bagus.

Mat arep tak pernah makan sushi. Ini first time katanya. Dia tak favour sangat tapi sebab aku teringin nak makan, gagah jugak la dia teman aku lepaskan kempunan. Disebabkan bajet tight, air beli satu kongsi dua. Soya cincau sampai 8 hengget. Ini kalau beli kat pasar malam, boleh dapat 8 bungkus! Bab makan ni berkira jugak kalau harga ridiculous. Pfffttt...

Amik yang ini. Ala, smoked salmon berintikan surimi, cheese dan vege. Nama canggih, aku tak ingat. Harga, RM 22. Dapat 8 ketul if tak silap. Aku dah bantai setengah baru ingat nak amik gambar. Huahuahua.Dasar pelahap memang macam ni.

Ini pulak takoyaki. Rasa, ok la. Cuma kurang sos dan baby octopus seciput je dia letak. Kasi banyak sikit la bang. Harga RM 7.80. Harga sushi dalam plate macam ni berbeza ikut warna. Putih RM 1.80, hijau RM 2.80, biru RM 3.80, merah RM 5.80, kuning RM 7.80

I was so mak cik you knooooooow.

Wasabi dia tak pedas macam sushi bi. Struggle gila nak makan guna chop stick. Dah la meja betul betul mengadap tukang buat sushi. Segan pulak terkial kial pegang chopstick. Last last I fed up, I makan guna tangan. Baru authentic. Dah nama pun melayu, pi la ceruk mana pun tetap guna tangan.

Dah. Lepas ni jangan mengada ngada nak makan sushi dah. Mahal tau tak...mahaaal! =,=

Wednesday, February 15, 2012

Lamb chop

Hallu! Firstly nak mintak maaf banyak banyak sebab dah tak mampu nak update macam selalu. Tak sempat. Satu pos pun kira dah bersyukur dapat post kat sini. Huhuhu. Banyak cerita yang pending but I'll try to cover them all in here.

This happened last few weeks before majlis tunang Adawiah. Keluar makan kat menara jam. At first, nak bawa geng Bob makan kat Pengkalan Ikan Bakar, sekali tutup daaa.So, decide makan kat menara jam je lah. Dah dekat sangat. Lagipun semuanya dah lapar. Ada satu kedai ni dia ada jual western food jugak. Tekak ni tiba tiba teringin pulak nak makan lamb chop. FYI, aku belajar makan lamb ni waktu aku kat NZ. Sebelum tu tak ada maknanya nak makan sebab duk terbayang bau busuk kambing. Tapi bila dah first rasa isi dia, walaweh.Ketagih der. Lepas tu, pantang masuk kedai kebab, mesti order lamb kebab. Tak heran dah dengan ayam. Hohoho. Servis lambat gila.

Malangnya lamb chop sini tak menepati citarasa aku. Dia tak rasa manis macam yang selalu aku makan. Plus, daging dia agak keras. Jenuh gigit nak hancurkan daging tu. Orang kedah kata, jenuh gonyeh! Tapi sebab dah order, makan jugak la. Order pulak air asam limau. Memang 'terbaik' la effect dia lepas tu. Kepala rasa pening secara tiba tiba. Orang cakap kalau pening lepas makan lamb, tandanya ada darah tinggi la tu. Aku tak terkejut kalau aku ada darah tinggi sebab aku akui, aku kuat makan masin. Kadang kadang tu, overboard sangat. Aku sedar tak elok, tapi manusia ni, selagi tak kena, selagi tu dia buat kan. Satu malam pening pening. Tambah pulak, aku minum asam limau. Macam tak berapa kena. Sebab tu sama kot. Aku tak pergi check pun lagi kandungan darah aku. Orang cakap prevention is better than cure kan? Kalau boleh, tak nak la ada penyakit time muda ni. Tapi aku adalah sangat malas nak pergi check. Boleh? Hahaha.

Tuesday, February 7, 2012

Panas, assignment, jerawat

Bilik aku floor paling atas. Connected terus dengan bumbung. Siang hari dapat sauna percuma.Tak perlu pergi riadah petang pun dah boleh pecah peluh. Dah lama bersabar dengan keadaan panas ni. Tapi hari ni dah capai tahap maksimum dah. Tak boleh jadi ni. Makanya, selak langsir sana sini dengan harapan angin luar boleh masuk dan menyejukkan bilik ni. Ikut hati, aku nak bogelkan terus langsir tu tapi disebabkan blok aku ngadap blok lelaki, tak manis pulak kalau tak ada langsir.Dalam erti kata lain, aurat harus dijaga. Kang buka langsir, terbentang luaslah nikmat untuk dipertontonkan kepada sang lelaki. Cannot cannot. Maka, jadilah seperti diatas. Kepit sana sini.

Stress dengan assignment. Halfway to go. Jerawat naik berketul ketul kat dahi. Nampak sangat buat assignment dengan tidak tenang. Hohoho.

Friday, February 3, 2012

Hotmas

Hari tu pi makan kat Hotmas. Full house. Terpaksa tunggu turn meja kosong. Ni kali kedua aku makan kat Hotmas ni. Dulu waktu foundation sekali. Time tu order chicken chop tapi tak sedap. Tepung ja lebih. So macam fobia sekejap nak makan kat hotmas ni. Tiba tiba nafsu nak makan kat hotmas datang balik. Sebab fikir hotmas ni berbumbung ja aku serbu. Tak nak kena hujan kononnya. Padahal banyak lagi tempat makan lain yang berbumbung. Mengaku jelah rindu Hotmas. Hahaha. Aku pun tak faham setiap kali datang, tak pernah yang tak kosong hotmas ni. Ada ja orang. Bersesak sesak pulak tu. Untunglah. Mungkin menu lain sedap kot but not chicken chop. Serik dah nak makan.

Time tengah tunggu meja nampak lily and the geng kat meja hujung. Tengok ada dua seat kosong. Molek sangatlah. Aku pergi berdua ja dengan Wan. So join la dorang sekali. Kebetulan dorang pun baru sampai. Hangin je mak cik yang tunggu turn sekali dengan kitorang pasal kitorang dapat seat dulu. Fair enough la kan. Kau baru datang, kau expect terus dapat seat ke? Orang lain pun beratur. Belajar la bersabar sikit.

So, aku order koew teow tomyam. Not bad la. Ayam dia banyak gila. Harga pun murah. RM 5 ja. Portion pun banyak. Wan order nasi goreng indah. Nama mesti vogue ok. Ada banyak pilihan kat sini. Mungkin tu antara faktor lain orang selalu makan kat sini.

Wednesday, January 25, 2012

Beriyani gam 88

Well then. Aku malas nak cakap pasal assignment. Ye. Tengah cuti pun macam tak cuti. Due berderet after cuti CNY ni. Huh. Tak mau story pasal assignment. Bosan. Cerita pasal makanan lagi best. Hohoho.

Dah pernah try beriyani gam ke tak? Aku pun tak faham la apa yang gam nya sangat kat beriyani ni pasal aku rasa macam biasa ja. Tak ada apa yang extra kick pun. Ni aku makan kat beriyani gam 88 kat Plenitude Height, SP. Bukan nak banyak mulut tapi rasanya kuantiti nasi boleh ditambah lagi kot. Pasal portion nasi sikit. Untuk orang diet, ok la portion tu. Tapi kalau untuk yang tak diet dan perut gajah macam aku, rasa tak kenyang bila makan. Harga dah ok cuma nasi kasi tambah lebih sikit noh.

p/s: Teringat pulak kat beriyani Little India. Huwargh! Rindunyaaaa =(

Sunday, January 22, 2012

Pengkalan Ikan Bakar

Cerita makan lagi. Hahaha. Kali ni kita try kat Pengkalan Ikan Bakar pulak noh. Wan excited bawa kitorang datang sini. Katanya sedap. Ikan bakar sedap, nasi goreng sedap, chicken chop sedap. Senang cakap, semuanya sedap la. So, kitorang pun try la. Yang nak makan ikan dua orang ja. Juwe & Bubu. Abang tu tak beragak tunjuk ikan siakap yang 85 hengget punya. Nala punya besaq. End up amik yang 35 hengget punya. Medium size. Cukup la untuk 2 orang.

Aku pulak teringin nak makan sotong celup tepung. Ada dua jenis sotong. Satu yang putih, satu lagi yang kita selalu makan tu. Yang halus halus tu. Berbelah bahagi. Tak tau nak amik yang mana. Siap tanya kat abang tu lagi, "Yang mana murah?" Tebalkan muka jugak tanya macam tu. Mesti abang tu fikir "Eh budak ni. Nak murah pi candat sendiri la!" Hahaha. Sotong celup tepung aku 18 hengget. Puas hati. Nasib baik sedap. Sedap betul weh. Dia punya tepung goreng tu ada rasa black pepper sikit. Sotong dia pulak, liat liat manja gitu.

Oh myyyyyyy...ada lamb chop la! (Bukan yang baju putih tengah renyih tu, sila tengok menu atas si baju putih)

Selain ikan bakar, ada jugak pilihan western food. Chicken chop dia aku dah try sikit yang Wan Z punya. Sedap. Not bad. Lain kali datang, boleh try lagi. Ambience pun ok. Tempat parking besar. Siap ada projector screen lagi. Boleh la kalau nak gather ramai ramai kat sini.Mulanya ingat nak buat farewell Miss Kim kat sini, tapi terpaksa cancel last minute atas sebab yang tak dapat dielakkan.End up kami yang mai makan kat sini. Hehe.

Kiri dan kanan masih single. Yang tengah dah berpunya. Ehem.

Lokasi kedai ni, seberang dataran ikan bakar. Kalau dari SMK Khir Johari, straight je sampai jumpa jambatan kecik. Lepas jambatan tu, dah boleh nampak sign board PENGKALAN IKAN BAKAR disebelah kanan anda. Exact alamat, non ado =/

p/s : Gambar ikan bakar tak sempat nak snap.

Monday, January 16, 2012

Oreo cheese cake SR

Rasa macam lama pulak tak letak gambar makanan kat sini kan? Hahaha. Meh nak tayang kek secret recipe pulak. Hari tu teringin nak makan benda manis. Aku ni tak favour sangat benda manis.Tapi sekali kalau aku mengidam, memang 'la la' tu jugak aku nak. Tak kira macam mana pun, mesti dapatkan.

I had oreo cheese cake. Oh my. Sedapnya. First time try dan tak sia sia bayar mahal untuk sepotong kek. Tak tahu la korang punya taste macam mana. Tapi bagi aku kek ni just nice la. Tak la terlalu cheesy. Yang penting kurang manis. I loike. Kek ja mana cukup beb. Wa order pulak fries satu set. Air pulak dapat free kalau kita pergi makan time petang. We chose tea. Cawan kecik. Mana cukup beb. Wa order mocha pulak. Kenyang telan ayaq ja. Burp!

Terus tersandar. Tank aku lagi besor dari mat arep. Kalau makan pun, aku lagi laju dari dia. Tapi bab nak habiskan makanan, boleh kasi kat dia cuma it takes a loooooooooooong time pasal dia sangat menghayati makanan yang dia makan. Tiga kali suap aku, dia baru satu suap =.=

p/s : La la = ??? ( tak tahu nak kasi word sinonim untuk perkataan ni. Susah nk explain. Anyone?)

Saturday, January 7, 2012

Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah


Entry makan lagi ye. Hahaha. Kali ni nak cerita pasal nasi kukus ayam berempah pulak. Dapat tau pasal tempat ni dari Farah. Mula mula buat tak heran ja. Ingatkan sama ja macam ayam berempah depan maktab. Tapi lepas Adawiah cakap tempat tu famous, mulalah nak try jugak. Pantang orang cakap famous kan. Hahahaha.

Signboard kedai ni. Credit to FB page.

Maka, menujulah kami ke Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Kedai ni terletak kat Taman Ria Jaya. Kalau dari maktab, tak sampai 10 minit dah sampai kat sini. Aku nak petua jalan pun tak reti. Tapi kedai ni tepi jalan. Kat deretan kedai makan. Kalau nak tau yang mana satu, tengok kedai yang ramai orang. Hohohoh. Itu lah kedai dia.

Nasi kukus ayam goreng berempah. Credit to FB page.

Kitorang sampai around 8 malam. Peak hour. Ramai. Cara dia serve pun menarik. Makan dalam daun pisang. Ayam goreng pulak, boleh pilih. Tapi sebab kami first timer, tak tahu boleh pilih, hadap je lah apa yang dia hidang. Harga murah. RM 4 sahaja. Ayam pulak besar cuma portion nasi macam tak cukup. Untuk aku la. Untuk korang, tak tahu la. Aku ni kuat makan nasi sikit.Hehehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la like page dorang kat [sini]

D'King Mee Udang Banjir

Hallo hallo. Semalam bertemu janji dengan mat arep. Teringin nak makan mee udang. Risik risik la kat FB. Mulanya plan nak pergi Pulau Sayak. Situ antara tempat famous yang jual mee udang. Siap minta petua jalan dari kawan dah. Sekali mat arep sampai lewat daa. Pukul 6.30 baru sampai. So decide makan kat D'King Mee Udang Banjir. Senang je nak cari kedai ni. Keluar dari tol SP Selatan, straight ja. Sampai kat second traffic light, jumpa la D'King ni. Betul betul tepi jalan. D'King ni ada dua waktu beroperasi. Tue-Fri, pukul 7 malam-1 pagi, Sat-Sun, 4 petang-4 pagi.
Kitorang sampai elok elok pukul 7 malam. Itupun dah ramai yang makan kat D'King. Kedai dia sangat besar. Ada banyak landskap. Senang nak cam la. Tempat duduk pun banyak. Ada macam macam style. Nak duduk bersila, bawah pangkin, kerusi batu kayu semua ada. Hohoho. Selain mee udang, ada ikan bakar jugak.

"Sedap tak dak dah". Tagline D'King. Hehehe. Ikan boleh pilih sendiri. Besar kan? Buat masak tiga rasa konfirm sedap. Kerang bakar pun ada.

Kitorang order mee udang untuk 2 orang makan. Akak tu cakap nanti mee udang ni hidang dalam mangkuk besar. Cedok sendiri. Lagi sedap katanye. Kitorang ikut je lah. Memang cara dia serve macam tu kot. Siap ada pilihan udang lagi. Nak udang laut or udang biasa.

Mee udang cukup rasa. Macam mee rebus pun ada. Macam char keow teow pun ada. Apa pun, sangat sedap! Mat arep tak henti henti puji kuah dia sedap. Mamat ni sangat cerewet jugak bab makan.So, kalau dia puji tu, memang sedap betul la =P

*Tak tau nak buh caption apa*

Udang besaq. Isi lembut. Senang nak kopek. Itu paling penting. Hohoho.

Tempat dorang masak. Open. Ketung ketang ketung ketang.

Kalau nak buat tempahan pun boleh. Nak mai makan ramai ramai boleh book sini. Ambience pun ok.

Licin!

Total makan untuk dua orang = RM 22.80.

Friday, December 16, 2011

Dataran Ikan Bakar, SP

Tiba tiba teringin makan pari bakar. Maka, kesempatan berada di Sungai Petani digunakan sebaik baiknya. One of my favourite place to have ikan bakar is at Dataran Ikan Bakar. Selalu orang cakap kedai tepi sungai pasal kedai ni memang betul betul tepi sungai dekat dengan jambatan. Aku nak bagitau exact name tempat ni pun tak tahu tapi dia dekat dengan SMK Khir Johari. Waktu duduk kat maktab, selalu jugaklah mai pediah ikan kat sini.

Amik ikan kembung bakar. Sos dia boleh tahan pedas jugak. Ada rasa manis manis sikit.

Sampai dalam pukul 1 petang. Umat manusia punya la ramai. Mai pulak time weekdays. Memang sesak dengan orang yang lunch break la kan. Waktu sampai, banyak lauk yang dah clear. Ikan bakar pun terpaksa tunggu kejap baru dapat. Punya laku habaq hang.

Favourite ulam, kacang botol. Pergh. Sedap oh. Ini pun jenuh korek bawah ulam yang lain. Mujur ada jugak dua tiga batang.

Sebab kempunan nak makan pari bakar, kami sanggup tunggu dekat 30 min. Nasi sepinggan dah licin makan dengan ikan kembung. Order nasi tambah sebab nak makan dengan pari bakar. Sampai keras la tangan tu lekat nasi. Nasi tambah tu aku pediah sorang sorang. Mat arep awai awai dah stop =.=
Sampai jugak akhirnya pari bakar. Actually, aku lebih suka kalau dia tak taruk kuah tu. Lebih suka makan garing garing without sos. Lebih authentic rasa dia. Tapi what to do. Dah gini cara dia serve. Agaknya boleh kot nak minta tak taruk sos tapi sebab aku malas nak bagitau dia, dapatlah macam ni. Besar ni RM 5. Ok lah.

Total makan untuk dua orang just RM 15. Murah sangat sangat.

p/s : Pediah = makan
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger