Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

Memaparkan catatan dengan label dj rosli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dj rosli. Papar semua catatan

8.4.11

Karnival Sahabat Radio Klasik Malaysia

DJ ROSLI :
1 & 2 APRIL 2011

*
*
ALHAMDULILLAH!!! semua aturcara berjalan dengan lancar... 

*
*
berjumpa dengan artis 80'an seperti SITI FAIRUZ & ZUR EDA


*
*
biduanita MIMI LOMA (adik SALOMA)

 *
*
juga selebriti yang dah jadi penyanyi iaitu ABOL & CHEF ZAINAL

*
*
dan artis remaja ERA NADRAH

############################################

Terima Kasih kepada 


i. Kelab Sahabat Radio Klasik Malaysia
ii. D'Event Resources

atas peluang yang diberikan kepada DJ ROSLI bagi mengacarakan Majlis anda...

18.1.10

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pada 1 JANUARI 2010 yang lalu, anak saudara kami dari sebelah DJ Rosli;
 telah selamat di Nikahkan dengan sekali lafaz

TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Shahrizal & Majidah

Semoga Ikatan SUCI ini berkekalan hingga ke akhir hayat


dan pada 17 JANUARI 2010, pasangan muda ini telah di Raikan dalam majlis perkahwinan yang serba sederhana pada hari yang sama di Permatang Kerengga (Perempuan) & Sematang Kerpan (Lelaki)





Dengan menggunakan kamera kecik MaMaQayPo maka terhasillah foto2 kat atas sebagai HADIAH untuk pasangan mempelai ini... (bila lah nak boleh beli Kamera DSLR nih... hehehehe)


DJ Rosli yang telah bertugas sukarela pada hari itu...


Photographer yg POYO pada hari itu


Sakian..... Terima Kasih pada yang sudi BACA... huhuhu

1.1.10

HAPPY BIRTHDAY TO U & HAPPY NEW YEAR



IMAGE from HERE!!!




HAPPY BIRTHDAY YG KE 38 TAHUN UTK DJ ROSLI

SEMOGA DI RAHMATI ALLAH S.W.T.

& CERIA2 SELALU....

BE A GOOD ABAH TO OUR FAMILY

 
image from HERE!!!!

21.10.09

HARI INI DALAM SEJARAH

Siapa lak minah ni ek?
 Fesyen ZAMAN bila ni?  PIC lama kau!!
..
..
Sebenarnya HARI INI ialah hari ULANGTAHUN Nikah MaMaQayPo & DJ Rosli
TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!
(sendiri UCAP lak.. hahahahah)

 ** bibir TEBAL berwarna PINK... huhu**

Kami BERTUNANG : 8 Julai 1993


 
** kurusnya kami berdua time tu... huhu**

Kami BERNIKAH : 21 Oktober 1993



 
  ** banjir ke? hehehehe**

 
 ** MaMa lagi Tinggi tau... hehehe**

 
 ** bedak 5 kilo ek? hihik**

 
** yang kat sebelah mama tu lah Mak Andam**

Kami BERSANDING : 23 November 1993

****************************************

Itulah antara TARIKH PENTING dalam HIDUP kami

Sepanjang PERNIKAHAN kami, dah macam-macam pahit getir yang di tempuhi..

dari zaman remaja NERD yang asyik gaduh-gaduh..panas-panas.. sejuk-sejuk

pastu: Bertunang ~ Bernikah ~ Bersanding

Sehinggalah LAHIR CahayaMata pengikat kasih kami:

Mohamad Rozaimi Rosli
Lahir: 11 April 1996


Muhamad Raimizi Rosli
Lahir: 28 Januari 1999


Muhammad Rizamir Rosli
Lahir: 7 Disember 2003


Muhammad Rafizi Rosli
Lahir: 24 Mei 2008



 4 Little RASCAL yang paling MENAWAN

MySpace

Sesungguhnya PERMATA HATI yang ALLAH amanahkan pada kami ini telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan & kasih sayang

MaMa mengharapkan supaya ikatan PERNIKAHAN ini kekal hingga ke akhir hayat kami..
InsyaAllah... AMIN!!

15.10.09

ALHAMDULILLAH... REZEKI

Berkat berBLOGGING & BerTENET nih..
Rezeki ZIMILE ENTERPRISE makin Murah..


** PIC DJ kredit to GOOGLE **

Kiranya sejak berjinak2 di ALAM CYBER ni.. ramai yang dah CALL bertanyakan perkhidmatan
PA SYSTEM yang di kendalikan oleh DJ ROSLI..



Yang call untuk booking ALONG ZAIMI & EZAD juga ada..
ALHAMDULILLAH sekali lagi... Syukran... REZEKI masih ada untuk famili kami...

Kalau ada lagi yang BERMINAT dengan PERKHIDMATAN Zimile Enterprise, Sudi2lah calling KAMI di talian seperti yang tertera di PAGE atas yer...


MySpace

"WE LIGHT UP YOUR EVENTS"

6.9.09

JOM JALAN-JALAN...

Salam My BeautyFull Followers
(waaa... dah lama tak taip camni)
Maaf lah pada U all yg ternanti-nanti MaMaQayPo nyer Blog Update (ada ker??) hehehe..
Nak tahu tak ke mana haluan Famili MaMaQayPo minggu yang lalu?
Cuba U all TEKA, benda apa kat atas ni???
 
Kalau yang ni pula, mesti U all dah boleh agak... hehehehe..
 
Betul lah tu... kitorang pergi JALAN-JALAN ke Kebun Getah yang sebenarnya..
(Ambik kau!! Bulan Puasa DJ Rosli bawa famili jalan masuk hutan)
 
Kebun ini adalah peninggalan Allahyarham Haji Harun iaitu ayahanda kepada DJ Rosli.
Sepanjang 15 tahun pernikahan kami, inilah kali pertama DJ Rosli bawa MaMa & anak2 meninjau kebun getah ini.
 
Macam-macam cara orang tadah getah kan zaman sekarang ni? hehehe... 
 
Hampir 20 minit meninjau, anak2 bising ajak balik sebab tak tahan gigitan nyamuk... 
(memang banyak betul nyamuk kat dalam kebun getah ni... camne lah dorang tahan menoreh pagi2 buta tu ek?) 
Suasana sebelum balik, OO SOM siapa yg nak duduk tengah.. 
(camni lah anak2 ku tiap kali nak naik kereta.. suka berebut tempat duduk)
Ni MaMaRaZi yg QayPo jer nak EnterFrame.... 
(Along Zaimi yang SNAP)
MySpace
Sampai jer rumah, semua dah LEPAK & terus berkurung dlm AirCond.. 
Sekian, Ten Q!!!





18.8.09

BANNER BARU

Minggu lepas, DJ Rosli pegi cetak Banner Baru kat sini...

..

..

..

..

Inilah HASIL nya...


CANTIK TAK?
(masih dalam MOOD Perasan)

..

..

..

Mesti la CANTIK, MaMaQayPo DESIGN sendiri..
(nak Muntah ker?)

..

..

kalau tak CANTIK, korang KUTUK dalam hati dah lah yer
(macam la MaMa dengar kan???)

..

..
CETAK jer MaMa kena upah sebab takde MESIN...


MySpace

Ada sesiapa nak Upah MaMa DESIGN tak?

15.7.09

DAH BLANK

Salam Semua..

MAAF kerana lama tak UPDATE & menjengah BLOG u all..

Tanggal 11 Julai 2009.. mmg SHOCKED!!

My Father In Law meninggalkan kami secara tiba-tiba.. tak ada sakit, tak ada demam.. hanya dikhabarkan sesak nafas secara tiba-tiba..

My Followers tentu tahu yg DJ ROSLI ke Pantai Timur dan dijangka pulang hanya 20 Julai nanti. Namun kita hanya mampu merancang, ALLAH juga yg menentukan.. DJ Rosli harus bergegas pulang pada 11 Julai 2009 yg lalu dari Kelantan dengan BAS pada jam 9 pagi dan sampai ke Kedah hanya pada jam 5 petang..

Memang SAYU bila di kenangkan kembali, DJ Rosli tak sempat menatap wajah Ayahanda nya kerana dikebumikan pagi itu juga pada jam 11 pagi.. SPEECHLESS...

Namun ini semua KETENTUAN dari YANG ESA.. Kami REDHA..

p/s: still NOT IN MOOD utk update BLOG..

11.7.09

INNALILLAH


Salam semua... Saat Entry ini di tulis, DJ Rosli & MaMaQayPo baru sahaja kehilangan Ayahanda tersayang iaitu Ayah kepada DJ Rosli.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas ROH Ayahanda Haji Harun b. Saud dan semoga ROH beliau di tempatkan bersama insan yang SOLEH!!

AMIN!!


11 JUNE 2009
SABTU, 4.30 pagi


7.7.09

LAMBAT LAGI! BE POSITIVE!!

Salam Semua...


Pagi tadi DJ Rosli call.. Tetiba jer tau.. selalu SMS je.. MaMa dah rasa PELIK dah ni.. ada apa2 ker ni.. Jgn ada yg boleh membuatkan JANTUNG ku LURUH dah ler...



"Anak2 sihat ker?" tanya DJ Rosli..

"Semuanya OK.. Demam sikit2 tu biasa lah"
MaMa jawab..


"Errr... nak habaq mai ni.. err...."
Dj Rosli mulakan ayat Saspen..


MaMaQayPo dah rasa tak SYIOK dah ni.. terus tanya "Ada cerita apa ni?"..


DJ Rosli jawab "Abang tak jadi balik 14hb nanti, kena sambung ke Terengganu pulak sampai 19hb @ 20hb nanti"


MaMa DIAM seketika, pikir nak jawab apa..


"OK ka?" Tanya DJ Rosli lagi..

"hmm.. OK lah... Dah REZEKI anak2 gak buat kerja tu kan? Nak kata apa lagi.. Buat keja elok2 dah lah"
jawab MaMaQayPo akhirnya...




Itu jer lah ISI PENTING nya pun... LAMBAT LAGI nampaknya DJ Rosli nak balik Kedah ni.. kena lah MaMa pastikan kesihatan MaMa stabil utk anak2.. kena STRONG, kena SABAR ngan kerenah HEROES kat umah ni.. Kena POSITIF jer laaa...

MySpace

23.6.09

KEDAI "SESAK"


Ini adalah KEDAI "SESAK" kepunyaan Dj Rosli



Kedai ni terletak di KG SEMATANG KERPAN, Ayer Hitam, Kedah
sekarang ni di manage oleh my Mother In Law



MaMa penah tanya DJ Rosli, "awat pi panggey kedai sesak"
DJ Rosli jawab, "kedai ni utk org yang dah sesak nak guna barang"
Tak pueh ati, MaMa tanya lagi, "Lagu mana tu? Cerita mai sat..."
DJ Rosli terang lagi pada bini dia yg tak faham bahasa, " kot2 tengah malam takdak lilin ka, ubat nyamok abih ka? kedai kat 'simpang' tutop kul 10 mlm, mesti depa sesak mai tala sini"

ooooooooooo... (moncongkan bibir tu yer) macam tu ka cerita nya...



Kedai kampong.. Kecik jaaa... nama pun kedai "sesak" kan?

kalau kami balik Kampong, kedai ni pasti bankrupt seketika dek anak2 MaMa yg gemar berulang alik "mengangkut" makanan segera di kedai ni...

Cian My Mother In Law, mesti dlm hati dia merungut "habislah barang aku".. :P



Banyak2 benda kat kedai ni, yg ni "FAVOURITE" MaMaQayPo.. Jeruk Kedondong...
Memang BEST!! Tak Leh Tahan........!!!

MySpace

My BeautyFull Followers