Pages

Wednesday, September 1, 2010

me, home alone

salam ramadhan.

sejak dah balik ke tanah air ni.. memang kalau nak tengok intenet tu sangat2 malas sekali lah. dah kat nihon tu 24/7 asyik mengadap tenet kan. sekarang ni pun sebab dok rumah sorang-sorang kat umah malam-malam ni.

aktiviti harian dok kat umah macam biasa la jadi baby sitter. hehe. cik affaf tu dah cerdik +aktif gila, penat jugak menjaga budak comey tu. meragas sana sini, memang tak boleh lepas pandang. tapi syok la melayan dia. pantang dengar muzik langsung, mesti nak menari punya lah. pastu dia pantang tengok mak pakai tudung, mesti kalut2,takut kena tinggal. gerammmm sangat tengok dia, comey sangat, suka sangat senyum. :Dpastu sekarang dok buat tempahan kuih raya pulak. tahun ni tak banyak sangat sebab memang kurangkan jenis kuih pun..buat 2 jenis je untuk jual. yang lain sepupu yang buatkan. walaupun tak banyak, tak menang tangan jugak buat sebab tak boleh buat bila ada si kecik affaf tu. dia suka sangat pi kat oven sebab nampak ada api dalam tu. so nak buat kuih jadi kena dok jaga dia tak bagi pi situ. hehe. bila dia balik dah pukul 2-3. boleh buat sekejap je la. malam-malam nak gi tarawikh pulak. balik tu memang landing terus la. :D tapi tadi baru siapkan tart nanas , kuih raya kegemaran. :) ni bukan untuk jual la..untuk diri sendiri je.

pasal bukak puasa pulak. memang mak selalu masak je la.memang simple la. tapi tu la yang sedap. macam hari ni gulai ikan, cencaru goreng dan sayur taugeh kicap je. ada jugak rezeki char kue tiau ngan ayam percik orang bagi. tapi rasa sedap gila. memang air tangan mak la kan. memang masak simple-simple je tiap-tiap hari, seboleh mungkin takmau membazir,masak untuk skali makan je. lagipun kat rumah ada 3 orang je pun. makanan banyak2 tak terhabis pulak nanti. lagipun kecuali kalau keluar ke mana-mana tak sempat balik masak gi la pasar ramadhan tu. bukannya apa, kalau pi bazar ramadhan tu, macam-macam nak beli, semua nampak sedap, maklumlah tengah puasa kan.. syaitan takdak, nafsu yang tinggi. nampak pulak ayaq bermacam-macam warna. huhu. nafsu membeli ditambah nafsu makan, memang padan la. pi tangan kosong, balik nanti sampai tak cukup2 tangan pulak.

kecuali kalau tak sempat nak balik masak sebab keluar ke mana-mana, gi la pasar ramadhan tu. pasar ramadhan yang best kat desa murni,sungai dua sebab besar, banyak choice. memang semua nak beli. isk2.

so, kena dengan bulan ramadhan ni, beringat-ingat la jangan membazir, jangan terlampau mengikut nasfu, jangan makan sampai tak larat pi tarawikh sudah lah.

Friday, August 20, 2010

menu berbuka

salam ramadhan buat semua. amacam dah 10 hari puasa? ada bagus? memandangkan esok sudah mau pulang ke tanah air,so saja nak meletakkan gambar2 makanan, sorry kalau tetiba terjadi lapaq tengah2 panas berpuasa ni.




1 Ramadhan.

Alhamdulillah dapat berbuka beramai-ramai. sebab ada germ senpai ngan wife dia tumpang rumah dan ajak jugak kak ina dan anak-anak.takde la ramai sangat pun sebenarnya, tapi kira ok la dari berbuka sorang2 :)

menu: ayam masak merah+sayur campur+lasagna.

2 Ramadhan.

Alhamdulillah. rezeki bulan puasa. kak ina pulak panggil berbuka di rumah dia.

spaghetti + nasi goreng.
3 Ramadhan. Berbuka sorang-sorang.

beli buah banyak2 + makan spegetti yang tapau semalam.
makan honeydew, prune ngan bluberi ni satu pinggan pun dah kenyang :D

sebenarnya kak ina tu hari-hari ajak bukak posa ngan dia, lagipun husband dia gi conference so takdak umah..tapi kalau hari-hari makan kat umah orang segan la pulak kan..dah tu kalau berbuka ramai-ramai makan dengan banyak. hehe.

4 Ramadhan, pun berbuka sorang.

bihun tomyam.

(guna suun je sebenarnya tapi nak gak cakap bihun tomyam);p

5 Ramadhan.

Chicken Chop sos berempah

-------------------------------------------------------------------------------------

dah-dah la tu gambar makanan ye. tiap-tiap hari ada je ambik gambar makanan. tapi malasla nak upload sini banyak.

tadi pagi buat cinnamon roll atas permintaan si dia. first time ni. apa tah rasa dia tawakkal je la..nanti bukak posa kita rasa.hehe.

sekarang tengah lepak-lepak sebelum bertolak ke osaka. sebenarnya plan nak gerak tengahari jugak..tapi bila dah sampai tengahari panas pulak,dah tu dok memikirkan kena usung luggage ngan backpack tu macam malas2 je nak pi. so ambik tren yang pukul 4 sampai sana pukul 6.50 camtu.bagi sampai elok la time pas buka puasa. hari ni berbuka 6:38pm kot. boleh la berbuka my first cinnamon roll home made ;p.

esok dah boleh berbuka di Malaysia..bestnya, tapi best2 pun nervous jugak kot. kenapa ya? ;)

ok, selamat berbuka dan berpuasa untuk kawan-kawan ye.

salam balik malaysia. :)


Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan 1431

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai"
(Hadis riwayat Muslim)

Kepada keluarga dan sahabat handai yang disayangi,
Selamat Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang sepanjang bulan yang penuh barakah ini
supaya dapat meningkatkan ibadah.

Saturday, August 7, 2010

bertabah!

sangat perlukan semangat untuk memecut membuat model-model untuk final project yang tergendala tu. gila malas nak buat, dah start cuma baru di tahap start2 enjin je. kena submit selasa ni sebab pameran architecture tu start selasa ni. perlu memecut gear 5 terus ni.

selasa ni jugak kena bertugas di reception pameran tu. takpa la bertugas awal-awal lepas tu boleh bersuka-suka.


lagi 4 hari bulan Ramadhan datang lagi, yeay!
lagi 14 hari mahu pulang ke tanah air jugak, yeay!

sangat tidak sabar okeh!

--> tengok kawan-kawan sebok dok buat preparation nak naik pelamin lepas raya ni, aku pun rasa macam nak kawen sekarang jugak! kekasih, mari membina masjid jom! ;p

Monday, July 26, 2010

28th Mie University Architectural Exhibition

kawan-kawan yang still ada di nihon, jemput datang 10-14 Ogos 2010.
ada pameran architecture di Tsu Bunka Center. :)


ALHAMDULILLAH, Hanya kepadaNya ku panjatkan kesyukuran .