Pages

Monday, November 30, 2009

say whatever u wanna say

i don't care anymore lah. heh.

sumpah sekarang mcm malas nak kusutkan fikiran dgn benda2 yang x best.

x sabar nak abes belajar.

nak balik.

nak balik .

nak balik .

nak balik.

nak balik.

nak balik.

nak balik.

nak balik.

aku nih bukan x suka dok nihon ke apa,

ok je tapi boleh x kalau nak duduk tanpa kena study kat sini? ermmmmmmmm

lagipun kat nihon ni xdak family kesayangan ku........

+sigh+ ..

Sunday, November 29, 2009

new face


dah tukar template, tapi belum sempat listkan blog kawan2. maaf ya.
ingatkan nak trace link blog korang dr previous comments je, tapi bila dah tukar template ni, x kuar pulak komen2 kat entry yang lepas.

erm....


my very first 1st protected entry



kalau nak baca entry rahsia kat atas ni, mintak passwordnya kat saya ok. =)

maaf sbb tulisan kat protected entry tidak boleh diperenggankan, atau dimeriahkan. juling mata sket la , tapi asalkan sampai apa yg nak disampaikan, itu sudah cukup. at least saya boleh tulis apa yg saya rasa.

thanx kepada tuan blog ini atas tutorial. saya jumpak time saya benar2 memerlukan ia. thanx again!

kamu jugak boleh cuba di sini ! =) pasni boleh tulis secara bebasnya.

Friday, November 27, 2009

Eid al-adha 1430h


SALAM AIDIL ADHA 1430H

sama-samalah kita menghayati erti pengorbanan.
semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.


salam dari perantauan,
nurliyana muhammad

.



Thursday, November 26, 2009

petang sebelum raya

setelah sekian lamanya x bangun bengkak mata, pagi tadi telah terbangun dgn mata yg bengkak dan pedih. huuuu. tah pape lak rasa, teringat zaman dulu2 hari2 terbangun asekla camtu. ;p haha. biasa la asam garam dalam hidup ni. orang kata, langit tak selalu cerah. sungai pun tak selalu tenang. kadang2 terlepas laku, terlanjur bicara, termakan hati, terkecik jugak hati yang sememangnya kecik ni. kalau tak kena masa, mmg la akan ada yg terasa hati. memang setiap masa kalau boleh nak jaga hati orang, tapi kadang2 kalau hati sendiri pun tak terjaga memang hati orang pun tak terjaga la. well, semua yang berlaku ada hikmahnya, ada pengajarannya.
nasib baik ada tukang bagi sejuk hati :) walaupun x pandai pujuk, tapi cukup cepat bg aku cool & gelak balik . hehe

=============================================

petang tadi call rumah, cakap ngan mak yang tengah bersiang ayam untuk rendang katanya. terbayang-bayang la kesibukkan nak raya kat rumah tu. ermmmm...sabar saja lah. nasib lah, raya di perantauan. tapi, syukur alhamdulillah, still ada kesempatan nak raya tahun ni.

pastu cakap pulak ngan budak kecik 2 beradik ni,

aku : hello hihi,
hihi(fatihi): hello nana, selamat hari raya aidilfitri.
aku : bukan aidilfitri la..
hihi : aidil adha (ckp slps dibetulkan adik aku)
aku : hihi watpa tu?
hihi: :ok nana dengaq ni..cuba teka hihi wat apa

pastu dia bg la dengar satu bunyi..

aku: ala tau dah. betoi ka hihi buat?
hihi: betoi la

tau dia watpa?






.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng..




gambar curi dr facebook kak min yg diupload kelmarin. :)

ni la pembantu mak aku kat dapur. dia tengah kukoq nyok(parut kelapa). sejak dulu lagi mmg dia dah pandai wat menda ni. mmg senang la. haha. sbb kalau dia ada dia je akan buat. apa maknanya? (aku boleh goyang kaki tgk tv jap) :D kat rumah, yang rajin parut kelapa selain mak ni, adik aku yg laki tu ngan hihi ni la. 2 orang laki yang suka masuk dapur. =D

pastu cakap ngan abang dia pulak.

ali: long yana awat x balik.
aku: x cuti la camna nak balik
ali: haa???! x cuti? kami cuti.
aku: ye la sini jepun mana ada cuti raya.
ali: oooo...

agaknya apa la yg dia pikiaq kan? ermmm

hehe.

btw, gambar tu yang depan fatihi (hihi). yang belakang fadzli (ali). harusla yang depan tu yang adik nya. hahaha. 2 kali abang tu. (ini anak2 sepupu).

=============================================

malam ni malam raya haji.
x de rasa raya pun, macam biasa je. esok pas semayang raya baru rasa kot. =)
si dia jugak balik kampung, xdak sapa nak teman malam ni.

so apa aku buat?

bukak youtube.
dengar takbir raya.

T_________________T

salam aidiladha semua!

.

Wednesday, November 25, 2009

whatever~~

..........
.........

entah lah.

..........

Tuesday, November 24, 2009

cakap tak serupa bikin

macam-macam jenis orang la wujud kat dunia ni. macam-macam perangai manusia kita boleh jumpa setiap hari. dalam kelompok yang kecik pun boleh pening kepala, apatah lagi kalau dalam kumpulan yang ramai.

tapi aku cukup tak suka orang cakap lain, buat lain. mungkin sebenarnya dia cakap lain dengan kita sebab dia nak jaga hati kita, dan buat lain dengan orang lain sebab nak bagi nampak hebat dengan orang lain. mungkin jugak dia sebenarnya mmg berperangai begitu,tapi cakap lain dengan kita sebab nak cover sesuatu. dan mungkin jugak tu mmg habit dia.

kadangkala kita cakap kita tak suka sesuatu benda ni, dan kita tak suka nak buat. tapi satu hari nanti kita 'ter'buat benda tu atas sebab persekitaran, atau keadaan sekeliling atau pengaruh kawan-kawan atau terpaksa. yang tu lain cerita la.contohnya kalau bercakap pasal masa depan memang la tak boleh diramal.misalannya,hari ni aku cakap aku nak jadi arkitek yang hebat, tapi satu hari nanti aku tak jadi arkitek, aku ter jadi misi pulak ka(???)..bukan macam ni maksud aku cakap x serupa bikin ni.bukan.

(ala, kau pun paham tapi suka nak buat2 tak paham)

senang cerita camni la. kita tgk contoh.

CONTOH 1:
kau bukan main kutuk orang tu, kau konon nya tak boleh terima apa yang orang tu buat. skali aku tengok kau pun sama saja. haha
tapi takpalah, aku maafkan. itu mungkin perlakuan bawah sedar.

CONTOH 2:
(kes yang bukan baru dan bukan sedikit)

kau canang kat semua orang supaya memboikot puak2 amerika dan barang2 keluarannya dan sekutu-sekutunya. tulis la kat blog, update la kat facebook , jom kita boikot ini ,kita boikot itu.

tapi sebenarnya kau la peminat no 1 McD ,Burger King segala, kau puaskan nafsu tekak yang dahaga dengan starbucks, kau mandi dengan sabun johnson n johnson,losyen pun sama, x termasuk lagi pencuci muka clinique,tak kira lagi peralatan solek yang kau guna lagi. breakfast makan nestum konon2 sihat, minuman waktu nak stay up minum nescafe 3 in 1 konon2 nak bagi mata terbentang luas.

itu CONTOH saja. bagi senang paham. kalau tulis menda complicated nanti bukan je korang tak paham, ngan aku aku pun tak paham. huh. tak dinafikan la aku pun makan nestum, aku pun minum nescafe jugak.(ah sudah....kau nak kata aku pun cakap x serupa bikin la jugak. huhu ;p)

tapi ni bukan point nya. point dia kat sini ialah CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
senang je sebenarnya, sebelum kau tulis something, ada baiknya kau pikir dulu. jangan
semberono je ikut orang. orang tulis blog pasal boikot, kau pun nak tulis konon2 tak nak dikata ketinggalan isu semasa. aku serius rasa kelakar. sekarang banyak orang ada blog nak luahkan pemikiran, luahkan perasaan. tapi kena diingat kalau kau tahu blog kau ada readers, dan kadang2/selalunya diorang akan ingat (tak banyak, sikit) apa yang kau tulis.

sebab tu aku tak selalu panjang2.takut jugak terjadi orang cakap tak serupa bikin ni.(mungkin terjadi jugak di bawah kawalan). sebab aku tak reti. aku tak reti nak tulis something yang boleh bagi input yang baik kat orang. aku jugak x reti nak pura-pura baik nasihat macam-macam tapi aku tak terbuat sangat. tapi macam semua orang, aku jugak sentiasa nak jadi lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya.

p/s : tidak ada kaitan dengan yang belum mati atau sudah mati. hanya ditulis secara rambang. sapa terasa nasib lah ya.

ginkakuji, kyoto2009

.

Thursday, November 19, 2009

site visit


aktiviti : lawatan sambil belajar
tempat : Mie University Hospital


.

Tuesday, November 17, 2009

PC


terasa nak tgk gambar2 dulu2.

tapi x boleh

sebabnya cam biasa la PC wat hal sejak balik hari tu.

konfem LCD monitor dia yg rosak.

sayang jugak kalau x diganti, x kan nak biar je CPU tu berhabuk camtu saja.

tapi kurang bajet nak beli yang baru.

bajet rendah je untuk LCD,mana nak dpt? huhu

takpa la. sebab buat masa ni ia masih menjadi kehendak, bukannya keperluan.

survey lagi kot2 bleh dpt yang murah sket.


.



Saturday, November 14, 2009

FALL in love~ ♥ ♥


7 November 2009
Kodaiji & Ginkakuji, Kyoto

aktiviti wajib setiap tahun di Jepun.

.

Friday, November 13, 2009

a weekend in Mie

1-3 November 2009
(ahad-selasa)
MIE

dah nak dekat 2 minggu dah baru nak letak. hari selasa tu ada public holiday (culture day). so husna yang dari Kanazawa ni datang la Mie yg dia x penah datang lagi ni. erm, kat Mie ni x tau sangat la nak bwk pi jalan2. tapi husna ckp, p Toba(tempat pearl) ngan makan Maguro pun dah cukup. hehe. so, isnin tu pi la Toba. Husna mmg borong sakan aa. kalau bleh ngan kedai2 dia nak beli. ;p . pastu malamnya, gi makan maguro kat Yokkaichi.
with husna di Toba
(gmbr dr husna)
TOBA
MAGURO STEAK
pantai kat belakang Mie Daigaku
(ini jugak gmbr dr husna)
*ini gambar favourite*

Husna chan
cantikkan?

memang good timing la datang pantai time ni. ni dlm pkl 1pm camtu.matahari atas kepala ni. tp tak la panas sangat sebab angin kuat. hari yg cerah sangat2. best2!
zannen bila kat pantai ni bateri kamera lak abes. naseb baik husna pun ada kamera. =)

Mie University ni dai yang terpaling dekat dengan pantai. ni sensei saya ckp la.
tapi best, kalau dari studio mmg nampak laut ni.. lagi2 kalau x sempat tdoq bleh la tengok sunrise.

aku jugak belum lagi jejak kaki kat Kanazawa. insyaAllah aku wat lawatan balas nanti. =)
kan aku dah ckp, nak gi je memana tempat yg x penah pegi lagi sem ni. insyaAllah la kalau ada rezeki. tapi minggu ni..cam tak ada plan, sebab cam xtau nak gi mana. tgk kawan2 semua cam tgh sibuk2 sebab dah dekat happyou(presentation) segala.


p/s: husna, nanti jumpak lagi ok! =)

.



Tuesday, November 10, 2009

teman

Assalamualaikum.

Lately slalu rindukan kawan2 lama dulu. sng cita, kwn2 time skolah la. sebab cam dah lama x jumpak sesapa sejak thn lps kot.(cuma ayu saja jumpak last 2 week kt Kobe).
rindukan sangat zaman skolah dulu. zaman masih hingusan. zaman mula hidup jauh dari family. zaman mula kenal apa itu erti persahabatan. serius sangat rindu!!! T__T

nana,atun,najwa,niza,ayu,jaja
(pulau tali kail,banding 2003)
so smlm sesi mentalipon bdk2 soksek tanya kabar. memula skali mestila tepon cik ida di yamagata. tp sat saja la bleh sebab ida ada guest plak pastu. pastu rs nak call kwn kat malaysia. terus la call yanz atau nama sebenarnya sama ngan nama i. hihi. sedaq x sedaq nak dekat 5 jam gak la gayut. sempat topup2 skype lagi.hahaha.
ida

owhhh memang sangat happy smlm. macam2 cerita kuar dr zaman sekarang sampai la flashback zaman dolu2. luckily dia bdk architecture jugak. mmg byk menda bleh cita, dia je bleh paham apa aku ckp kot.hehe. memahami apa itu studio life. dapat la update sedikit sebanyak perkembangan kawan2, cikgu2, skolah yang dah byk berubah tu. dah lama la x menjejakkan kaki ke bumi soksek. last skali masa amik sijil SPM kot. dah 6 tahun. lama tuu. kalau ada anak dah masuk tadika dah(tetiba).

sronok dengar yanz cita ternampak cikgu Rahim(cikgu fizik&addmath soksek) dok bg talk kat skolah mana tah. haha. series rasa cam....WHAT??? cikgu ni masuk ms form 3 dulu, tup2 dah jadik senior la kat soksek. dah bleh bg talk. dulu mana ada weh... huhu.

cita jugak pasal cikgu2 yang ajar batch 9903 ramai dah bersara. ramai dah tukaq skolah etc. agaknya kalau pi skolah ramai cikgu2 baru kot. naseb baik ada jugak facebook 2-3 orang cikgu soksek dulu. bleh la layan2 gambaq semua...
ampun yanz,aku curi di FB

bercakap pasal yanz, rasanya start rapat ngan dia since form 4 kot. sebab masa form 1-3 dorm dibahagikan ikut kelas. so kat kelas ke kat dorm ke jumpak la bebudak yg sama. tapi bila dah naik form 2-3 camtu dah mula la rapat ngan bdk2 lain. ye la satu batch kan, pi mai pi mai tang tu jugak. yanz ni bdk sebelah dorm dulu. pastu masa form 4 dah jadik pengawas tukaq dorm tp still satu floor. so, slalu la pi lepak2 ngan diorang ni kat bilik. ingat lagik masa majlis salam2 cikgu mintak maaf sebelum SPM tu..lepas jumpak cikgu2 salam2 ngan kawan2 lak. yanz ckp... "norq, sori , ms form 4 baru rapat ngan hang" ...terharu nih. sampai skang pun bila
teringat terasa2 lagi terharu nya. ;p

rindula waktu petang2 dulu2.konon2 waktu untuk "games".tapi slalu nya lepak2 jalan2 je.kadang2 je bermain2. hehe. rindu la nak main handball kat Padang Puteri. pastu sumtimes ada la orang2 pusat serenti dtg men bola kat sebelah padang. pastu kadang2 bola masuk padang kitorang mula la nak menjerit2 lari. takut weh. x pasal2 jadi tebusan ke hapa. owh,untuk info, SMSTSSS@soksek ni bertentang je ngan Pusat Serenti Bukit Mertajam. tapi yang datang tu mesti la bukan penagih tegar kot, diorang pun datang ngan guard la. gila ke hapa sesaja nak main masuk skolah orang.

rindu la nak tgk match lawan skolah2. slalu jadi tukang sorak je tepi padang
tgk org men ragbi ke men bola ke men basket ke. haha sambil2 tu bleh la cuci2 mata, main2 mata skali. (owh, akukah itu?) eleh ,xyah nak tipu kalo ko x penah wat cenggini. :p ahaha
ni team ragbi kot

teringat jugak masa match handball kat mana tah, aku jadik mangsa sorang budak skolah mana tah, dia mmg baling bola tu betul2 kna perut aku. mmg macam dia aim baling kt aku. tetiba aku rs menjadi perhatian sbb aku menjerit ngan suara paling maksima kot.hahaha hampeh betoi la. biasala kalo dah lawan mmg la rs x puas hati slalu kan. xdak semangat kesukanan betoi la minah tu (bukan aku ;p)seb baik aku dah x ingat muka dia.

rindu jugak la nak mkn nasik kawah. Q nak amik food dalam tray kaler biru ngan kwn2. baik ngan makcik dewan makan bleh pow lebih sket. ;p .mmg xde choice, mkn je la apa yg terhidang kat dewan makan tu.tiap2 minggu ada majlis makan beradab,kena makan ngan sudu garpu , yg terpilih kna makan kat high table. semua yg naik tu kaki control makan.hakhak. konfem la kan. rasa cam semua orang tgk. termasuk la aku pon terketaq2 nak mkn kt atas tu. tp yanz ckp dewan makan la ni dah kena bukak kasut nak masuk. hightable pun dah xdak. erm bukak kasut dlm DM macam bukan idea yg menarik je. abeh la bau2 kaki semua. adoi..mmg la byk jugak sbp yg wat camni kot. dulu cam penah p Saina pon bukak kasut.

*(tetiba cam lari topik plak)*

mengimbau balik kenangan masa dulu mmg best. banyak bezanya dulu dan sekarang. ye la
dulu2 baru nak kenal dunia, skang dah 20-an. skarang susah jugak nak jumpak mereka2 yg penah satu skolah dulu sebab masing2 dah ada komitmen masing2. ramai jugak yg dah keja, tak kurang jugak yang baru grad, ada jugak yg still study mcm aku ni.

aku mcm ralat sket la cuti hr tu x sempat jumpak sesapa pun kecuali ilya (tu pun sebab dia dtg beraya kat umah jap). gathering masa raya semua x bleh join sbb kena kuarantin chickenpox. mmg meriah tgk gambar2 depa jumpak ramai2.dah la reunion asek miss je..

atun,anis & amal

x dapat dinafikan bukan semua kawan yg aku rapat dulu , aku rapat jugak sekarang. ada yg terlost contact x dgr satu berita pun. kadang2 terasa jugak dia mcm nak mengelak, last2 dah x nak tanya dah. dan x kurang jugak kawan2 yg macam kurang rapat time skolah, jadi rapat
sekarang. apa2pun Alhamdulillah. mungkin ada hikmahnya. semoga persahabatan ini kekal selamanya. nnt bila aku balik nnt mmg konfem la kad jemputan kawen pulak datang bertubi-tubi.insyaAllah bila balik nnt umur dah hampir 25, ok. mmg time2 orang nak kawen la tu kot. huhu.

apa-apapun aku hrp sangat bila aku blk nnt aku dpt jumpak semua kawan2 yg aku rindu esp. anis, yanz, amal, che'pa, zai, ida, nana, nadia, atun..


miss you guys! muaaaaaaahhhhh.friends forever ok? =)

p/s: separuh gmbar dicopy dr group smstsss99-03.thanx to uploader! sorry la pc aku x bleh bukak so xdak la gmbar2 lama2 ok.

.