Pages

Showing posts with label coretan mama. Show all posts
Showing posts with label coretan mama. Show all posts

31 July 2018

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah





Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
 .
.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akanmemudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursisekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
 .
.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
  .
.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

30 August 2017

salam kemerdekaan...


SALAM KEMRDEKAAN YG KE 60 TAHUN..

#sayasayangmalaysia
#malaysiatanahairku
#akuanakmalaysia

17 August 2017

Allah kan ada.....


 Setiap kehidupan ada pasang surutnya...
rezeki Allah bagi pada kita dlm pelbagai bentuk..
kesusahan dan dugaan yg Allah bg pada kita tanda kasih Allah pd kita...

Redha dan pasrah...
mengadula pada Dia..
Dia sentiasa ada dan setia mendengar...















08 August 2017

lama sgt tak bersiaran....

salam...

lamanya tak bersiaran...


dekat setengah tahun dah baru bersiaran..huhuhuhuhu...


byknya nak cerita..kita rangkup sekali la..untuk bacaan masa hadapan jer ni...


Januari 2017


  • iris masuk darjah 1..sekolah asma sama mcm kakak...senang 1 tempat..Alhamdulillah iris terpilih memasuki kelas 1 uranus dalam aliran Dual language Programme (Dual language is a form of bilingual education in which students are taught literacy and content in two languages.)
  • so far dia ok la dlm kelas tu..masa ujian 1 dia dpt no last..huhuhuhu terkejut aku...dia kata dia xbuat abis paper bhs melayu..dia kata byk sgt kena tulis..iris ni dia jenis xleh kena tulis byk2..masa exam pertengahan tahun dia dah paham exam tu apa dptla no 9/36..dlm darjah 13/83..bagi aku satu kenaikan yg mendadak...sebab aku tau dia mcmana..kira ok sgtla tu...mmg terkejut sgt2..Alhamdulillah..



FEBRUARY 2017

13.02.2017 birthday nisa dan dina yg ke3 tahun..
just beli kek je celebrate anak beranak..



MAC 2017

sebenarnya sebulan selepas mak xda..aku disahkan mengandung lagi selepas lahirnya twin...tak sangka sgt2...tp Allah dan janjikan untuk aku rezeki aku terima dgn hati yg redha..Allah gantikan baby baru selepas ketiadaan mak...
Allah je tau sepanjang kehamilan kali ni byk dugaan yg aku hadapi..aku tempuh je dengan rela hati...Nikmat Allah pada aku...aku tempuh...Terima kasih pada ahli keluarga aku yg byk tlg..u know who u are...

Alahamdulillah pada 10.3.2017 (mak punya birthday 10.4) jam 2.15ptg lahirlah puteri ke5 kami...nnti ku bt entry lain utk puteri bongsu ni...
Alhamdulillah...NIkmat Allah yg mana kamu dustakan..

Berpantang pun sendiri dgn anak2 dan suami...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dlm pantang.








bercutila aku selama 90 hari....
pastu dah puasa..

JUN 2017



  • 25/6 raya puasa di batu gajah....best sgt sebab buat pertama kalinya semuanya ada...
  • kembar pun dah besar..ni je gmbr raya si kembar...cukup xngam...ari2 gaduh..geram...byk dah berckp..next year dah nak hantar sekolah..
  • sgt baik pada adik diorg...syg sgt kat adik (nisa suka kata) dina dia xberapa sgt nak kisah ke adik...nisa dia rajin jaga adik..dia kan kakak..mmg ada ciri2 kakak la...















 nanti sambung lagi dgn next entry pasal kelahiran si kecil kami.....

01 April 2016

nikmat Allah yang mana kamu dustakan

assalam...salam jumaat
lama dh x berblog....
just utk simpanan ms hdpan...aritu 15/3/2016 me mendpat anugerah perkhidmatan cemerlang...huhuhu..alhamdulillah..walaupun xdela cemerlang mana pun..setelah 9 thn dlm servis kerajaan..
terima kasih kepada semua bos2 dan rakan2 yg byk ajar dan bantu dlm kerjaya ni.....
byk benda dh lalui...dr putrajaya sehingga la berpindah semula di kedah ni...
terima kasih semua..
terima kasih ya Allah..
Alhamdulillah.  .

25 March 2015

lamanya x interframe

dh lama tuan tanah xmuncul...
alhamdulillah semuanya baik aja..
tuan tanah makin berisi....
senang hati ka susah hati ka..makan je kerjanya...


23 March 2015

ermmmmmm

ermmm..baru nak g bawa bebudak g tgk wayang weekend ni.. dah abah kena keje plak....ermm bosan nya...ok la anak2  kita lepak umah je la..smbil tlg mama lipat kain berjemaah

15 June 2014

7th years anniversary


9.6.2014- ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7 tahun..
sekejap je masa berlalu..
7 tahun perkahwinan telah dikurnikan 4 org anak..
hadiah paling bermakna tahun ni..si kembar annisa & irdina

untuk abg..
terima kasih kerana masih menyayangi dan mencintai ayg..
semoga rumahtangga kita terus kekal hingga ke jannah
Amin.....

12 January 2014

2014...


assalamualaikum..huhuhuhu dah 12 hari masuk 2014 baru nak update..
maklumla keadaan tak mengizinkan..

Alhamdulillah..kandungan kembar ni dah msuk 32 minggu..harap2 semuanya akan selamat..jgn la bersalin awal...
meh nak share sikit pasal twin 32 minggu ni..

Twins fetal development: 32 weeks pregnant
uterus hair
  •  Your twins' arms, legs and bodies continue to fill out and are finally in proportion to their heads. By 32 weeks, each twin weighs about 1.7kg (3.7lb) and looks very like a newborn. They measure about 42cm (16.5in) each from crown to toe.

  • You may notice that your twins aren't moving around as much this month. Don't worry, they're just running out of space in your uterus (womb). As long as you can feel them squirming, you'll know they're fine. Believe it or not, they still have some growing to do. You can expect them to gain at least 600 grams (1.5lb) more before they're born. 

Alhamdulillah twin membesar mengikut keadaan yang sepatutnya..
pergerakan pun sgt aktif..sorg gerak dua2 pun gerak..
tak sabar nak tunggu Double A ni..

ermmm..
cerita tentang kakak dan adik..
adik dah start tadika...
dia tadika sekali dgn kakak..senang sikit..bukan apa bagi dia biasa sekolah sementara kakak masih sekolah disitu..

Alhamdulillah..seronok dia ke sekolah..takde masalah bgn awal pagi..dia kan suka berkawan..kawan kakak semua kawan dia..seronk tgk dia g sekolah..happy je hari2..harap2 sampai bebila pun mcmtu la..


 ni masa 1st day sekolah..dia blum dpt uniform lagi..

 ni adik dlm kelas..dia sama kelas ngan kakak tp meja lain2..

senget benget tudung adik..

ni adik dok praktis mengasuh baby..

p/s: doakan saya selamat bersalin sehingga 37 minggu ye kengkawan..

10 February 2013

pengalaman baru

Assalamualaikum..
Lama tak bersiaran..
Nak wish tahniah untuk my blogger friend alyyani for 3rd pregnant..sukanya wanie dgr
Alya pregnant...
Ermmm sejak 2 menjak ni ada benda yg tak diingini berlaku..tapi xpe la...silent is better than talk..ckp byk pun xguna kita bersabar je...doa2 org teriaya ni Allah makbulkan...

Lastly dh pindah umah baru..alhamdulillah sangat seronok dan selesa...nanti wanie citer lagi yek..
Bye dan asslamualaikum...

20 January 2013

Update...

Assalam...ermm rasa mcm malas nak update blog..sejak ada instagram ni..asyik tertumpu di sana jer...
Lagipun sejak bertukar ni nafsu untuk berblog tu mcm dah menurun jer...lebih suka blog walking ja...lagipun bukan ada sesapa baca pun..
Tak sabar rasanya nak pindah ke umah baru ni...dah lama sgt menumpang umah mak...harap2 umah baru ni enviroment dia lagi ok kot..
Aku sebenarnya bengang dgn org tgh umah sewa skrg..mcm dia plak tuan umah tu..kekadang kalau jejiran terlebih ramah pun masalah jugak kan..takpala aku anggap semua tu satu pengalamm dlm hidup...
Insyaallah bln 2 nanti aku pindah umah lain plak..nanti aku up entry pasal umah  baru tu yek.hope semuanya ok nanti..
Ok la nanti sambunf lagi..entry ni taip ketika anak2semua dah beradu...
Ok bye!!

11 January 2013

Salam jumaat 11.1.2013

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak menulis disini...

Alhamdulillah...masih sihat lagi.
Walaupun permulaan 2013 tidak begitu baik..tp berkat kesabaran..ianya menjadi semakin indah...
Semoga hari2 akan datang akan lebih indah buat kami sekeluarga

P/s:alhamdulillah dah dpt rumah yg dikehendaki...semoga murah rrzeki kami di rumah baru ni...amin....

31 December 2012

ENTRY TERAKHIR 2012

ASSALAMUALAIKUM..

LAMA JUGA TAK BERSUA DLM BLOG NI…

BYK MENDA NAK CERITA TAPI MCM MALAS JA..

CEPATNYA MASA BERLALU..
ARINI DAH 31 DEC 2012 HARI TERAKHIR TAHUN 2012

MCMANA DGN TAHUN 2012 KORANG??
,MESTI BYK SUKA DUKA KAN..

ESOK KAKAK START TADIKA KEMAS KAT TG BENDAHARA..
TADIKA MAMA DULU2..CIKGU PUN MASIH SAMA..

ENTRY KALI NI SEKADAR SOROTAN KEHIDUPAN 2012..
BYK SUKA DAN DUKA…TAK TAU LA AZAM TERCAPAI KE TAK..
ERMMM TAKPELA TAK CAPAI KITA 4WD JER KE TAHUN 2013..

2012….KEHILANGAN ANAK BUAH SUAMI KEPADA ANAS PADA 11.10.2012…
SATU KEJUTAN BUAT KAMI SEKELUARGA JUGAK IMPAK YG BESAR BUAT ANAK BUAH WANIE…SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG YG BERIMAN..

2012…PERTUKARAN KE KEDAH DILULUSKAN..ALHAMDULILLAH…ITU JUGAK MEMBERI IMPAK YG BESAR DLM KEHIDUPAN WANIE..PERUBAHAN DAN PENGORBANAN….

PERUBAHAN DLM SEGI KEWANGAN, PERSEKITRAN DAN SEGALA2NYA..

SEMOGA 2013 MEMBERI KAMI SEKELUARGA SATU PERUBAHAN YG BESAR…AMIN..
APA PUN YG BERLAKU TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KURNIAAN MU..SEGALA YG DIATURKAN BERGITU INDAH…

SELAMAT TINGGAL 2012..
SELAMAT DATANG 2013…



PENUTUP ENTRY 2012

peace yo dari kakak najla..
 



SENYUM SOKMO DARI ADIK IRIS..
 

05 July 2012

berbuka arini...

Berbuka puasa arini...

Aduiii penuh cabaran dgn si adik,.

Belum azan diorg dh berbuka dulu.,,

Me tapau lauk jer kat kafe ofis..

Masak lemak ikan keli goreng,pecal,sup tofu ngan ikan goreng...nasi pun tapau...dah tau mesti xsempat masak nye..

Bancuh air sunquick grape..


Alhamdulliah...adik main jer lebih dr mkn..

Kakak menambah dua kali..

Abak ok2 jer.,mama pun ok2 jugak..xde la menambah..

Ni kira mcm pre berbuka puasa..

Mencabar jugak la..dgn air tumpah la...tu semua kerja si iris..

Ingatkan bentang tikaq bwh lagi senang..rupanya lagi pening...huhuhu.


Esok dh jumaat...kejap jer kan...lagi 2 minggu jer dah nak puasa..

Selamat hari jumaat semua..


Daaa...assalamualaikum...


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 June 2012

sorry...


special to my sis..
u know who you are..

sorry kalau adik ada menghiris hati..
adik tau adik salah..
adik tak penah mengenepi .....
kadang ada menda yg adik segan (malu) nak cerita .......

tq sbb byk tolong adik..
adik sayang .....
pas ni adik akan lebih open dgn ............

love u much..
love all my sisters too...





p/s: jangan majuk lelama tau..miss u..nanti balik sana kita date lunch sesama k..adik belanja...

23 June 2012

manusia..

SUSAH SANGAT KE NAK HULURKAN BANTUAN??

TAK FIKIR KE BANTUAN YG SIKIT DAPAT MERINGANKAN BEBAN ORG TU YG SGT2 MEMERLUKAN???


BERBUAT BAIK DI BALAS TUBA??

ADA CAKAP TIADA???


TAKPE ALLAH TU MAHA BESAR DAN MENGETAHUI??


SEDIH DGN SIKAP ORG 'ITU'..


Published with Blogger-droid v2.0.4

22 June 2012

wcerita bergambar jer..

1.menu arini...ayam kicap,sayur kacang,sambal telur dan ikan gelama masam..


2.masa balik ipoh last week...ganas betou 2 beradik ni tidor..


3.rnr rawang singgah solat jap..adik berbaju pink..


4.2 beradik yang kadang ok kadang mcm apa jer..gaduh 24jam


5.bye2 limkokwing...


6.masa swiiming aritu p9


7.geram tgk budak tecik ni..rindu bau baby la...


Published with Blogger-droid v2.0.4

08 June 2012

5th anniversary!!!

9 jun 2012...

5 tahun sudah usia perkahwinan kita..


Walau bermcm2 dugaan dlm rumahtangga kita..kita masih bersama..

Semoga kita kekal sampai bila2..


Sayang selamanya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

03 June 2012

random pic...

1) rambut pendek tp nak ikat rambut...peace yo!!


2) mama,adik,kakak at rabbit fun land,semenyih...


3)peace style adik..belakang tu burung unta...bucuk la kat situ dik!!!


4) byk rabbit kat rock garden..selamat menjadi mangsa kena kejar ngan adik...kakak ngan mama kat luar takottt...


5)adik main ganas..main tumbuk2 ngan pooh..xde geng nak main..


6)new hair cut...sedang buat homework...stree jer muka.. Gelang free kedai 2rm...


7)budak baru baik demam..sgt la merengek..naik pitam mama...


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4