KEDAI MAKAN MAT ZAIN DAH PINDAH..

As Salam

Mungkin kebanyakkan orghe kelate yang tinggal dekat KL ni rasanya kenal la kedai nama Mat Zain / MZ yang ada dekat Kampung Baru depan hotel KL & Rosdet tu. Hari Sabtu kami planning untuk makan tengahari dekat sana. Boleh dikatakan kami ni melawan arus jadi perjalanan nak ke Kampung baru tak perlu hadap jammed yang teruk macam yang terjadi dekat tengah-tengah bandar & highway utama especially macam dekat MRR2 tu.
Ini jalan nak ke kedai Mat Zain yang lama
Kedai tu dulunya alik kanan depan sikit dari pejalan kaki dalam gambar ni.

Bila sampai tengok kedai tu dah TERANG / DIROBOHKAN. Terus rasa kecewa tapi Hata berusaha jugak google dekat mana kedai ni berpindah. Alhamdulillah kedai ni pindah tak jauh pun dari tempat asal. Seberang simpang kedai lama je. Tapi kedudukannya bukan lagi stand alone. Kedai ni berpindah ke medan selera.
Kalau nak pegi, korang waze nama kedai ni ye.
Masuk je ke medan selera ni, korang kena terus ke 
belakang dan kedai tu alik kanan.
Cari signboard kedai ni ye.
Ini antara menu-menu yang kami ambil.
Alhamdulillah rasa masih sama & kami semua dapat habiskan 
portion masing-masing tanpa pembaziran.

Masa akak kedai ni datang untuk kira makanan kami, aku tanya akak ni kenapa kedai MZ pindah. Akak tu jawab owner tanah nak amik balik lot tu. Laaaa..Aku ingatkan selama lebih 10 tahun tahu tentang kedai ni, tanah ni milik kedai MZ sendiri. Rupanya hanya sewa sepanjang yang aku tahu. Mujur la mereka pindah tak jahu dari tapak asal. Takde la susah sangat nak mencari.

Masa OTW balik, kami singgah ke kedai gunting rambut berdekatan dengan Melawati Mall untuk potong rambut Ammar. Sambil tu aku & che mek round dalam Melawati Mall. Tak sampai sejam Ammar dah siap potong rambut dan kami balik rumah. Jalan jammed berdooh kome. Dari Zoo Negara sampai la depan simpang rumah. Tu tak tau la sampai mana jammed dia.

Sampai rumah terus suruh Ammar mandi & selesaikan apa yang patut. Sambil tu potong kek lapis yang Hata beli masa outstation dekat Sarawak 2 minggu lepas.
Hata beli 4 flavor dari jenama kek lapis Warisan...
Pada aku semua sedap..
Lepas Asar, kami keluar rumah semula.
Kemana? 
Nanti aku share. Waktu ni MRR2 masih jammed...

Korang ada yang stuck dalam jammed?
Hari ni dah start koje kome. Ada yang masih cuti?

WORDLESS WEDNESDAY : #34

As Salam
Anakku - Head to Toe yogurt wash.
Ada bau strawberry, mango & berry.
RM10.00 / bottle.
Kids suka sabun mandi ni...
Jadi kita grab la sebab jarang nak dapat harga ni on next time. 
Lama nak tunggu sampai pernah terputus stock. 
Beli lebih untuk buat stock. 
Harapnya by time stock habis aku dapat 
beli dengan harga promo yang sama. 😆

GIVEAWAY WEDDING ANNIVERSARY SA & SUAMI YANG KE 3 TAHUN

As Salam

Kebetulan sangat ni. Sis SA buat GA untuk anniversary. Aku pulak buat segmen untuk refresh bloglist aku yang dah 9 bulan tak berusik. Jadi hari ni cerita dia, aku anjurkan segmen & aku jugak join giveaway sis SA.

Korang yang nak join boleh baca je syarat-syarat as simple as ABC dekat banner ni ye. 

Aku bukan seseorang yang pandai nak buat ucapan anniversary walaupun takde dalam syarat penyertaan giveaway ni.. Tapi sebagai seorang yang masih baru dalam melayari bahtera perkahwinan macam aku ni, pasti aku nak ucapkan kata-kata semangat dan berdoa untuk kebaikan bersama. Berdoa untuk kesejahteraan dalam melayari apa sahaja yang kita bina. Berdoa semoga Allah berikan sis SA & aku segala yang kami perlukan untuk menikmati hari-hari mendatang. Tenangkan hati kami dalam menghadapi apa jua yang datang. Tingkatkan rasa syukur kita atas apa yang diberikan. Dan semoga kami dapat lengkapkan segala kekurangan yang ada. Amin.

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026

As Salam

Dah 9 bulan tak refresh bloglist. Rasanya bulan ni aku nak refresh semula bloglist untuk diletakkan di sidebar sampai tempoh masa yang aku nak. macam sebelum ni. Gigih ye mintak Google AiMode tolong buatkan poster. Sebab nak design sendiri tu macam lamberttttttt lagi nak jadi sedap mata aku memandang. Silap-silap tak jadi poster tu. 😆

Syarat-syarat aku simple je...

1. Follow blog ni untuk yang belum follow.
2. Buat 1 entry tentang segmen ni..
3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...
4. Letak link post korang dekat komen entry ni...

Selesai...


Korang support segmen aku ni ye. Korang nak follow blogger lain yang join segmen ni pun ok.At least boleh tambah kenalan alam maya. 😁

Macam sebelum ni, 10 blogger terpilih akan ada dekat sidebar blogger friends blog ni nanti. ✌

NIAT NAK BELI KISMIS JE...TAPI...

As Salam

Balik dari Q Bistro aku terasa nak beli jumbo raisin. Dekat sini ade 1 kedai arab jual bukhor, kismis, kurma, perfume & lain-lain barang dari sana. Dah beberapa kali jugak kami beli bukhor dekat kedai ni dari sebelum pindah lagi.
Aku suka kismis 2 warna ni jenis jumbo.

Aku beli sikit-sikit je sebab risau tak boleh habiskan dalam masa terdekat. Kalau habis boleh beli lagi sebab kedainya dekat je dengan rumah kami. Dekat sini kismis jumbo ni dijual dengan harga RM4.40 / 100gram. Aku mintak taukey kedai amikkan 100gram setiap jenis untuk aku.

Sambil menunggu staff ni timbang order aku, kami berdua berjalan ke bahagian wangian rumah. Aku berkenan 1 bau ni. hata pulak berkenan dengan 1 lagi bau. Kami memang selalu jugak beli bukhoor ni untuk dibakar dekat rumah. Jadi aku amik wangian yang aku suka, Hata amik wangian yang dia suka.
Inilah wangian tu. Wangian atas pilihan aku, wangian bawah, pilihan Hata.
Wangian aku 1 box ade 10 pcs RM55.00
Wangian Hata 1 box ada 10 pcs jugak RM36.00
Inilah bentuk wangian tu. bakar je seketul tu atau separuh-separuh ikut keperluan korang. 1 pcs boleh bertahan selama dalam 30 minit.
Bakar ni dekat tempat yang korang kena beli asing. Tempat bakar bukhoor yang guna cube arang tu. Kami memang dah ada tempat bakar tu. Jadi letak wangian ni dekat tempat sedia ada je.

Nanti nak kena kumpul duit untuk beli air purifier yang besar sikit macam yang letak dekat ofis tu.😆. Korang guna air purifier yang macamana untuk pastikan rumah korang sentiasa ada bau wangi? Share sini ye.

BRISKWALK 6.0

As Salam
Selamat hari merdeka semua!!!

Semalam dapat update 1 entry je sebab agak busy separuh hari duk luar je. Hari Sabtu pagi aku & Hata menjalankan aktiviti mingguan dengan briskwalk lagi. Route yang sama macam route pertama. Lepas tu aku terfikir nak buat beberapa aktiviti dengan kids sepanjang cuti 3 hari. Sepatutnya kami balik KB. Tapi tak dapat nak balik sebab Hata kena outstation 3 hari dan hanya balik on Friday night.

Jadinya Sabtu pagi jam 8:00 kami pun mulakan briskwalk kami.
Sekeping sebelum gerak.
Route dari rumah sampai Q Bistro.
Dapat la jalan sejauh 3.81km dengan 5559 steps.
Ok la kan? Actually kena banyak lagi bakar calorie tu.
Singgah Q Bistro untuk breakfast. 
Aku amik mee goreng mamak dengan telur goreng sebab lapar.
Waktu ni dekat Q Bistro ni prang ramai ye kome. 
Sebab time cuti sekolah kan. Siap jumpa sekumpulan rombongan pengantin / rombongan bertunang sebab nampak barang hantaran dan baju sedondon sekeluarga.
Jammed depan KL East Mall dari jam 8:00 pagi sampai jam 7:00 malam
Waktu balik memang aku ajak Hata buat 1 round untuk bakar sikit 
calorie lepas makan mee goreng mamak 😆
Dapat lagi 1.5km dengan 1942 steps.
Dapat bakar lagi 117 Calorie...
Muka happy sebab dapat singgah 1 kedai ni masa OTW balik ke rumah.
Kedai apa? Nanti aku share ye.

Balik rumah kami berehat la sekejab. Sebab tengahari planning nak lunch dekat kedai yang dah lama kami tak pegi dekat Kampung Baru tu.

Esok dah koje kome.

ZUS X MAMEE MONSTER

As Salam

Hari tu terliur betul dengan koleksi ZUSS Coffee Chubee yang colabarate dengan mamee monster tu. Regenya dalam RM143.00. Aku memang rasa gatai tangan nak check out. Tapi bila fikir udah banyak dah tumbler dekat rumah ni. Tak usah le ditambah-tambah lagi. Tak termulutkan. 😆

Tapi aku cukup tertarik dengan combo yang ini. Rege memang rege mampu milik dan memang aku akan pakai berselang seli dengan yang lain. Kalau pergi kerja naik motor, aku memang pakai kasut. Jadi bila beli ni, memang confirm aku akan pakai.
Aku amik set ni. Airnya aku letak dalam tumbler yang aku bawak dari rumah.
Jadi takde la gambar air tu dalam entry ni. Rasa air ni biasa je kome. Rasa menyesal amik air ni pun ada sebab rasanya macam aiskrim soda vanila. Aku ni udah la anti sikit dengan aiskrim perisa vanila. Kalau aiskrim vanila dari mc Donald yang sundae letak coklat atau strawberry atau mc flurry oreo je aku layan. Yang special promo durian / manga aku makan. Yang lain memang aku tak makan aiskrim vanila ni. Ha lagi satu. Aiskrim magnum almond tu aku makan. 😁
Dapat pek macam ni untuk stokin yang aku bayar RM9.90.
Cara-cara nak bukak pun diajar ye kome.
Elok aje berlipat stokin tu ...
Inilah stokinnya. Pada aku cantik & cute...
Ofismate aku cakap nanti time nak pakai kena pakai skirt / seluar yang senteng sikit supaya nampak corak-corak dekat stokin tu. Dia nak suruh aku pakai skirt paras betis ke apa budak ni? 😆

Kain stokin ni biasa je. Tak tebal & tak nipis.Just nice. Ok la nak buat pakai dengan kasut. Korang buat apa hari ni?