Dah seminggu Pia tinggal di asrama.Masa nak berpisah dengan umi waled Pia tak nampak sedih,nampak happy salam dan lambai umi waled.Kami je lah sampai je rumah terus rasa kosong&sunyi.Termasuk la 2 ekor tu Amber&Daisy pun diam tak bunyi suara,seakan faham ada yang kurang.
Malam hari pertama tu kami laki bini duk tertunggu-tungu Pia call,rasa macam nak gantung phone dekat leher.Tapi sampai ke sahur Pia tak ada call.Kami nak call risau menggangu dia dengan program orientasi.Lepas sahur saya cuba juga call Pia tapi voicemail,hati mula dah rasa sedih.Mana la anak aku ni,ok ke dia,sahur ke tak,phone habis bateri tak ada tempat nak cas ke duk tertanya-tanya sendiri.
Dah tak dapat call Pia mula la buat-buat sibuk pagi hari kemas dapur,kemas bilik Pia,iron baju,sampai la nak pergi kerja salam dengan waled dah tak boleh tahan rasa sedih sangat,tertumpah juga air mata depan waled.
Di pejabat pun tak boleh nak buat kerja,kejap-kejap buka ig mrsm,kejap-kejap tengok group homeroom,kejap-kejap tengok group muafakat.Duk zoom cari gambar Pia,bila nampak je Pia lega sekejap.Kuasa mak-mak gambar anak besar kuman pun boleh kenal...😄
Rasa tak sabar nak tunggu petang kot-kot Pia ada masa rehat dia akan call.Tapi hampa juga,bila parents lain update anak-anak diaorang sampai 3,4 kali sehari call mak ayah,hati kami mula dah tak tenang.
Lepas maghrib waled ajak terawih di masjid,pukul 10malam balik dari masjid cepat-cepat tengok phone.Padahal dah tau time tu Pia belum habis program.Saya cuba wasap ibu roommate Pia,minta tolong kalau ada anak dia call,minta dia tanya khabar Pia.Malam tu saya tertidur di sofa sambil pegang phone risau anak call tak dengar.Pukul 11.30 malam dapat panggilan nombor yang tak kenal,biasa no.tak kenal saya tak jawab.Tapi malam tu jawab juga call.Alhamdulillah Pia yang call guna no.phone senior.Pia bagitau phone dia tak boleh call out tak boleh call in.Tak ada line,cuma emergency call.Ya Allah mula la menangis lagi kesian anak umi.Mesti dia pun panic tak dapat call umi.Pia bagitau program habis pukul 11 malam dia ada turun bawah nak cari public phone,ada senior yang tegur dia.Pia bagitau nak call umi sebab phone rosak,jadi senior bagi pinjam phone dia.
Nak tunggu hari Sabtu pergi melawat,diaorang belum boleh pulang bermalam,tak sama macam SBP dengar cerita boleh balik setiap minggu.5hari juga tak dapat nak dengar suara Pia.Seksanya perasaan ni tak tau nak cakap macam mana.Waled bagitau mungkin basic phone yang Pia pakai tu tak boleh nak baca simkad 5g.
 |
| Phone ni la yang Pia guna,beli shopee.Sebelum pergi dah try semuanya ok. |
Hari Sabtu 16Mac pukul 1.30petang umi waled orang pertama yang sampai di MRSM,waktu melawat sebenar pukul 2petang.Bila dapat je jumpa,berjujuran airmata Pia rindu umiwaled.Rupanya dia pun tak kuat berpisah tapi tak dapat nak bercerita dengan umiwaled duk pendam sendiri,minggu orientasi aktiviti sangat padat dengan suasana baru tambah lagi dengan penat bulan puasa.
Lepas jumpa Pia terus pergi beli phone lain,kali ni beli jenama Nokia.alhamdulillah sekarang Pia dah boleh call setiap kali ada masa free.Dengar suara dia pun dah ceria sikit.Masih lagi belajar untuk terima suasana baru,kawan baru,peraturan baru.
Dua hari berturut-turut pergi melawat Pia.Tetap sama menangis penat aktiviti padat,stress dengan kawan-kawan yang belum serasi,tak selera dengan makanan di dewan makan.Pia ada teringin nak makan itu ini,maklum la bulan puasa tapi peraturan asrama tak benarkan bawa makanan luar.
Moga Pia kuat,tabah dan sabar.Inilah pengorbanan demi jihad menimba ilmu.
Umi sebak sangat,nak bagi kata semangat pun tak terkeluar.Tapi doa umi tak pernah putus untuk Pia.