Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Tuesday, June 30, 2026

TIUP HABUK DULU

Fuhh Fuhhh....tiup habuk dulu🕸🕸🕸🕸🕸🕸🕸

Penuh sawang.Bukan sengaja menyepi,cuma sejak kebelakangan ni rasa macam tak tahu nak cerita apa.Padahal kalau difikirkan balik banyak je cerita.Asyik cakap dalam hati "nantilah tulis..."akhirnya sepi.

Lepas cuti sekolah ni umiwaled dah jarang visit Pia sabtu ahad..kalau ada pun sekadar hantar barang je letak di guard house.Anakdara tu agak sibuk dengan kelas Olimpiad Matematik.Setiap hujung minggu kelas dari pukul 8pagi sampai 5petang.Kadang ada juga menangis penat,tapi itulah pengorbanan untuk mengejar ilmu.

Last ambil gambar Pia masa cuti raya haji.

Alhamdulillah untuk keputusan exam Semester 1/2026 yang diumum 2 minggu lepas Pia dah berjaya berada dalam Top 5 ranking batch Form 3 seperti yang diidamkan.Dah 2tahun hanya dapat kekal top 10.Menangis merajuk macam-macam hal nak memujuk naikkan semangat.Harap dapat la kekalkan prestasi.

Sementara tak dapat visit Pia hujung minggu,umiwaled ambil peluang balik kampung kutip buah.










Sarapan







Thursday, April 16, 2026

BAGAI MIMPI..REZEKI YANG TAK DISANGKA

Hari Sabtu lepas,ada satu momen yang sangat bermakna buat saya.Terasa macam mimpi.Dah lama saya nak jumpa Kak Faiz. Memang dah lama berhajat nak cari&jumpa kak Faiz.Dalam hati teringin sangat nak ucapkan terima kasih atas segala bantuan dan perkongsian yang Kak Faiz berikan.Waktu tu saya tiada langsung pengetahuan tentang proses kemasukan ke SBP dan MRSM untuk Pia.Melalui perkongsian Kak Faiz, banyak sangat membantu saya sebagai ibu yang baru nak bermula.Akhirnya dapat juga saya ucapkan sendiri rasa terima kasih itu💖

Sabtu pagi ada masa free sekejap nak tengok update rakan blogger,nampak Kak Faiz post yang dia nak datang ke Kuantan,Wafi ada perlawanan kriket di Semsas.Tanpa fikir panjang,saya terus email.Dalam hati kalau ada rezeki dapatla jumpa walau sekejap.Alhamdulillah kami sempat jumpa dan berborak walau sekejap.

Kebetulan pula hari tu saya memang kelam kabut sikit.Rasa terkilan juga sebab tak sempat nak ajak Kak Faiz minum kopi dulu.

Minta tolong Bami ambilkan gambar,waled nun jauh disana tunggu dalam kereta

Buah tangan dari Kak Faiz,lengkap dengan minyak essential&kekacang sihat.Siap ada duit raya untuk Pia lagi.MasyaAllah terima kasih banyak Kak.Semoga bertambah-tambah rezeki akak sekeluarga,dipermudahkan semua urusan.

Dari sekadar kenal di alam maya,akhirnya dapat juga bersua muka.Pertama kali bersua tapi rasa macam dah lama kenal dengan keramahan Kak Faiz.Senang hati bila berbual.Rasa seronok sangat dapat berjumpa.

Alhamdulillah semoga ukhwah kita semua berkekalan hingga ke syurga.


Friday, January 16, 2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Dah 16 Januari baru nak ucap...tapi tak apa kan?

Pejam celik dah masuk pertengahan bulan Januari.Banyak sebenarnya nak bercerita tapi tangan ni lambat nak menaip.

Selamat Tahun Baru 2026. Semoga tahun ini lebih tenang,lebih banyak senyuman,lebih banyak kebaikan,kesihatan yang baik untuk kita semua.

Masuk tahun 2026,biarlah kita menua dengan bahagia.Kedut di muka tanda pengalaman,penat tu tanda kita pernah berjuang.Moga tahun ini lebih banyak ketenangan dari kegelisahan,lebih banyak bersyukur dari mengeluh.

Selamat datang 2026....Perlahan-lahan kita teruskan langkah.....💗

Kalau benar airnya ada cerita tentang awet muda,biarlah ia bermula dari hati yang tenang,fikiran yang lapang dan jiwa yang sentiasa bersyukur






Saturday, October 25, 2025

I'M BACK........

Assalamualaikum semua..

Entri terakhir bulan Julai!Lepas tu, macam-macam hal sampai blog pun terbiar.Tapi hari ni tergerak hati nak menulis,banyak benda nak kongsi sebenarnya.

Bulan Oktober ni penuh dengan rasa yang bercampur,ada risau ada gembira.

Awal bulan hari tu, Pia demam influenza A.Batch Pia yang paling ramai kena.Kami ni risau betul masa tu.Bila pihak maktab umumkan PDPR bermula 6hb baru lah lega sikit hati ni anak ada depan mata,belajar dari rumah dulu sementara keadaan stabil.

Ni dah 20 hari duduk rumah esok 26/10 Pia dah nak balik semula ke maktab.Tapi kali ni rasa lain sikit sebab tiada visit dan outing sampai diberitahu.

Dah biasa setiap hujung minggu mesti nak melawat Pia.Kali ni bila fikir tak boleh jumpa dia Sabtu dan Ahad tu mula rasa sayu.

Awal bulan haritu Allah bagi juga berita gembira,Waled dapat tukar tempat kerja.Syukur sangat,dah lama waled tunggu dan bila akhirnya dapat rasa lega tak terkata.Ummi tumpang gembira tengok waled senyum.Betul la orang kata rezeki datang dalam macam-macam bentuk kadang lewat tapi tetap sampai pada masa yang tepat.

Tapi itulah kehidupan kan,kadang diuji dengan sedikit berat,tapi diganti pula dengan kegembiraan yang menyenangkan.

Saya harap lepas ni saya rajin menulis semula😂Menulis ni bukan sekadar hobi tapi nak simpan kenangan dan rasa.Terima kasih pada yang sudi singgah baca walaupun blog ni lama senyap.

Saat tenang,senyum dan masa bersama yang tak ternilai💕






Tuesday, July 01, 2025

KALI KE-2 DEMAM COVID

Selalu saya demam makan panadol sehari dua ok dah,ni berlarutan sampai 2 papan panadol.Demam panas,sakit badan,hidung sumbat tapi tak ada hingus.Alhamdulillah tak sakit kepala.Rupanya terkena covid,kali ke-2.Doktor kata jangan risau.Disuruh berehat je.

Kali pertama kena covid tahun 2023.Simptom yang pertama rasa macam nak cabut kepala,demam panas dalam badan,batuk rasa macam nak muntah.

Hari ni dah hari ke-6,beransur sihat dah cuma deria rasa,deria bau belum ada.Makan apa-apa pun telan je sebab nak alas perut makan ubat.


Semalam tekak teringin nak rasa masin-masin,badan pun dah kuat sikit buat la pulut kuning.Masak secawan je beras pulut.Nak makan dengan telur rambu.Tapi itu la tak rasa apa.


Yang paling sedih anak manja sorang ni,tambah pula tengah minggu exam.Ummi waled tak dapat nak salam peluk cium dia,datang melawat tapi ada penjarakan sosial.Risau berjangkit anak tengah exam.Tanya dia kalau ummi tak datang melawat boleh ke?Katanya nak tengok muka ummi,datang la duduk jauh-jauh pun takpe..

Tak dapat la ummi nak masak bekal macam biasa,waled beli nasi bungkus je sebungkus untuk Pia.Sedihnya tengok anak makan😓









 

Thursday, January 23, 2025

Cerita Cacamarba #1/2025

 Ada blog pun hidup segan mati tak mau...rasa lama sangat dah tak bercerita.Banyak sebenarnya nak bercerita tapi taip padam taip padam pastu close😎

So hari ni meh kita cacamarbakan cerita

Cuti sekolah bulan 12/2024 haritu sepupu Pia dapat keputusan Mumtaz Sijil Menengah Agama,waled bagitahu nak belikan hadiah untuk Atikah tapi lambat buat keputusan nak beli apa,belikan kek je lah boleh orang lain tumpang makan

Atikah sekolah di Sg.Merab,cuti sekolah hari tu diaorang semua balik kampung sempat la Pia buat surprise.
Terima kasih dah jadi roommate yang baik untuk anak aunty,tak berkesempatan aunty nak berkenalan dengan anak-anak cuma kenal nama saja dari cerita Pia.Sebelum cuti haritu Pia minta nak celebrate hari last dengan roommate,walaupun sepanjang tahun ada saja cerita tak boleh nak 'ngam' dengan roommate tapi alhamdulillah pengakhiran yang baik untuk mereka.Moga next sem ni dapat roommate yang baik-baik.
sementara nak tunggu anak turun.umiwaled dah sampai maktab tu la baru nak mandi,baru nak bersiap.padahal dah call awal bagitau nak sampai,tetap umiwaled juga yang sampai dulu
cuti sekolah ajak sepupu Pia datang rumah

Balik kerja terkejut tengok waled bawa balik sebiji nangka 11 kilo,katanya support kawan jual.Takpe lah kita panjangkan niat baik tu bagi-bagi pada jiran,kalau makan berdua je mau berangin badan
Budak asrama dah lama tak pergi kenduri katanya,tu yang suka sangat gayanya

Ada yang pernah rasa buah ni?saya baru pertama kali makan,pertama kali juga jumpa.Rupa macam limau kasturi tapi isi rangup manis.Harga RM1 sebiji

Kemain la haa morning walk berpimpin tangan😁
Tambah semangat katanya,orang muda tengok pun malu ni

Kesian Daisy dah tinggal sekor,hari kerja sunyi la dia Amber dah tak ada

Office Appreciation Night,pakai apa yang ada je asalkan kena sipi-sipi tema timeless tradition


























Tuesday, October 15, 2024

POKOK DUKU

 Kami tak ada dusun cuma beberapa batang pokok semua keliling rumah je,sekarang pokok-pokok ni dah tua tapi masih ada yang sudi menabur bakti.Banyak juga yang dah ditebang diganti dengan bilik tidur.Istimewanya pokok keliling rumah ni boleh buat redup.Alhamdulillah tahun ni semua pokok berbuah lebat.Dapat la serba sikit sebanyak hasilnya.Sempat adikberadik yang duduk jauh,sedaramara,jiran-jiran merasa,kebetulan cuti sekolah bulan September masih lagi musim buah.

Pokok durian ada sebatang yang arwah abah waled tanam tapi dah tak berbuah mungkin dah 'menopause'

Adat orang tua,memanjat pokok duku mestilah pakai kain sarung sebagai selempang.Kalau tak pakai kain sarung tak guna memanjat katanya.Zaman kanak-kanak dulu bila dengar orang tua cakap ni terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

Bila diri sendiri dah jadi orang tua baru faham sebenarnya kain sarung ni untuk letak buah duku yang dipetik dari tangkainya.Sampai sekarang waled masih praktikkan kaedah yang sama kononnya nak tunjuk pada anakdara dia sebagai generasi baru keunikkan memetik buah duku.
Tapi anak zaman sekarang,dia buat tak endah sahaja tambah pula dia jenis yang tak suka buah.



serba sikit nak hantar bagi jiran-jiran

mak mentua,setiap kali tiba musim buah,dia akan bercerita ada pokok-pokok yang arwah abah tanam ni tak sempat abah nak merasa.Abah meninggal kemalangan jalan raya semasa nak ke masjid waktu asar dalam bulan ramadhan.
Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat.

Moga ada pahala yang sentiasa mengalir untuk Abah.














Tuesday, August 20, 2024

HANTU DURIAN

Dah nak hampir penghujung musim agaknya kan dah nak masuk September ni.Kalau dah hantu durian ni memang setiap minggu dia ajak teman cari durian.Saya tak berani nak makan sebab tengah makan ubat lagi,tapi ada juga cuit-cuit buat hilang kempunan.


Orang kata petua nak pilih blackthorn pilih yang tangkai masih baru&hijau,kalau tak jahanam duit.Blackthorn ni kalau dah terlebih masak&lembik hilang lemak manis berkrim dia.



Alhamdulillah tahun ni puas waled makan durian sebab anak dia tak ada dekat rumah.Kalau ada DakPia tak boleh nak makan durian,nanti dia tak bagi kita bercakap busuk bau durian.

Sekarang ni balik dari kerja ajak teman makan durian,baru balik dari outstation sampai je rumah terus ajak keluar cari durian.Hantu durian je faham,penat ke sibuk ke dia akan cari juga durian sampai dapat.

Haritu maktab pia ada buat pesta buah,saya dah risau kot dia pening dan muntah bau durian,sekali tengok cikgu homeroom hantar gambar elok duduk semeja dengan durian.Kalau dekat rumah tu bau durian jiran pun dia dah menangis macam nak pengsan.Cikgu homeroom bagitau Pia sorang je yang tak makan,"Iye cikgu anak saya memang paling aneh dia tak makan semua jenis buah dari baby"



Monday, August 12, 2024

Assalamualaikum......

 Dah sebulan lebih saya tak update blog.Alhamdulillah sakit kepala dah beransur kurang.Tapi masih lagi ada rasa sakit cuma dah tak kerap sangat.Kalau dulu sepanjang hari sakit,dalam tidur pun masih berdenyut.Sekarang ni sehari tu ada la 2,3 kali je rasa sakit.

Dah buat full medical check up semuanya ok,tak nampak ada masalah apa-apa. Sebagai alternatif nya saya ada amalkan doa dan zikir,Alhamdulillah nampak ada perubahan.

Terima kasih pada sahabat-sahabat blog yang email bertanya kabar.Rasa malu pula kakak2 blogger hebat sempat luangkan masa bertanya kabar saya.Terima kasih yang sentiasa mendoakan saya.Terima kasih yang bagi macam-macam petua,InsyaAllah sakit ni akan beransur hilang.

Bila dah sakit ni baru rasa nikmatnya tubuh badan yang sihat,minta pada Allah tak nak dah sakit macam ni.Tapi tetap bersyukur Allah bagi ujian sakit sikit sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk.Dalam pada menahan sakit saya masih boleh teruskan aktiviti harian macam biasa.



Tuesday, June 25, 2024

SAKIT KEPALA

Dah 3 bulan saya sakit kepala.Bila salah satu sakit, badan pun turut lemah.Jenuh ke klinik tambah lagi ubat farmasi tetap tak menunjukkan perubahan.Berjenis-jenis ubat tapi tetap juga berdenyut-denyut kepala.

Tak tau la apa jenis penyakit ni,yang paling saya risau kalau 'penyakit ain'.Nampak gayanya kena kurangkan bersosial media.

Rindu nak berziarah ke blog kawan-kawan.Rindu juga nak bercerita.

Macam dia pula yang terlebih makan ubat


Wednesday, May 08, 2024

MAJLIS AKAD NIKAH ANAK SAUDARA

 4hb Mei 2024.Anak saudara waled telah bertemu jodoh dengan pasangan pilihannya.Majlis yang makcik pakcik semua nanti-nantikan maklum la anak saudara perempuan sulong,adik-adik sepupu semua masih belajar lagi.Yang kahwin ni anak kepada kakak sulong waled,anak perempuan pertama yang kahwin.

Hari yang sama kami juga dapat jemputan kenduri kahwin di Terengganu.Satu-satunya kawan batch semasa di IPT yang masih belum kahwin,nak tak nak kena juga hadirkan diri.Pergi berdua je ke Terengganu pergi awal sehari,kali pertama travel berdua tanpa anak.

Lepas makan,jumpa pengantin sekejap,ada 3-4 orang kawan yang datang awal sempat la berborak sepatah dua.Tak sempat nak tunggu kawan-kawan yang lain sampai terus bertolak balik ke Kuantan nak kejar majlis akad nikah anak saudara pada pukul 5petang.

Sepanjang perjalanan Terengganu-Kuantan hujan selebat-lebatnya,kitaorang dah risau macam mana la majlis petang tu kalau hujan lebat macam ni,majlis pula konsep outdoor.Sampai di Kuantan pukul 4.30 petang tengok tempat majlis nikah memang dah habis basah.Alhamdulillah pukul 6petang hujan dah berhenti,diaorang lap sikit-sikit kerusi untuk pengantin dan imam duduk,syukur 2 kali lafaz dah selesai anaknda Liana dah jadi milik orang,lewat 1jam dari perancangan awal.





Selamat Pengantin Baru untuk anaknda Liana&pasangan,semoga jadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.
Doa ikhlas dari kami berdua pengantin lama.