Pages

Tuesday, March 11, 2025

Tepung Pelita

Petang tadi ibu keluar ofis jam 6. Setelah seminggu lebih jadi zombie, lega bila 1st draft FS dah keluar. Esoklah sambung the hassle.

Mujur gerai yang jual tepung pelita masih buka. Bulan puasa je rasanya dapat makan Tepung Pelita Inn. Kalau ada yang Paya Jaras pun sedap juga.

Tahun ni dah naik harga, 5 pcs berharga RM5. Sudah dibungkus 5⁵. Fuhhhh... seketul tu RM1. Ni kalau daun pisang tu boleh makan, ibu makan😂

Tahun lepas harganya RM4.50.

Kita tengok tahun depan naik lagi 50 sen tak 🤪

Tepung pelita ni bahagian bawah ada ketulan sengkuang. Dah macam kuih tako tapi tekstur tepung pelita.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Semalam 10/3/2025, diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid Sesi 2025/26 sekolah Wafi.  
  • Badan Pengawas
  • Badan Dakwah dan Rohani
  • Pembimbing Rakan Sebaya
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Sistem Rumah
  • Ketua Kelas


Akhirnya dapatlah ibu tengok Wafi pakai baju ungu, Pembimbing Rakan Sebaya.

Semoga Wafi dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik. PRS antara badan yang bergiat aktif di sekolah. Harapnya aktiviti kokurikulum dan kurikulum seimbang buat semua anak² di sekolah.

Sunday, March 9, 2025

Iftar Perdana Sekolah Wafi

Ini cerita semalam...  Iftar Perdana di sekolah Wafi. Minggu ni baru sekolah keluarkan surat tentang program iftar ni. Ramai juga parents jauh yang tak dapat datang sebab ada yang baru minggu lepas hantar anak ke sekolah.

Ini kali pertama ibu join Iftar sekolah. Tahun lepas tak ada program ni sebab setiap minggu boleh PB, manakala masa Wafi Form 1, waktu tu Wafi belum register lagi. Intake 1 & 2 je dapat merasa.

Jumaat malam lepas Isyak gerak ke Tapah. Tidur dulu rumah ummi. Jam 10 am sambung perjalanan ke Sungai Petani. Slow² je lah bawa kereta sebab nak sampai on time.

Jam 3.30 pm sampai SP. Singgah dulu Amanjaya Mall sebab nak beli nasi ayam The Chicken Rice Shop.

Saturday, March 8, 2025

Lauk dan Kuih Frozen

Ikut plan, Kak Widad cadang nak duduk rumah tokwan dalam seminggu. 

Jadi sebelum balik kampung, semalam hari Jumaat Kak Widad pulun masak lauk untuk difrozenkan. Katanya senang nanti untuk buka puasa.

Buka Puasa Hari Pertama

Alhamdulillah hari pertama 9 dari 11 orang adik beradik dapat berkumpul di rumah nenek untuk berbuka bersama². Ummi di Tapah dan Cik Fatin di JB tak dapat balik.

Wafi Cuti 1 Ramadhan

Masyaallah... hari ke 7 di bulan Ramadhan. Baru sempat nengok blog ni. Tadi jumpa Wafi di sekolah. Wafi tanya... mama tak update blog ke?

Minggu ni pack sungguh dengan kerja² closing. Balik dah lemau.

Malam ni ibu masukkan cerita minggu lepas. Wafi Pulang Bermalam sempena Kedah cuti 1 Ramadhan. Balik Klang hari Khamis, Ahad pagi gerak semula ke Sungai Petani.

Sementara ETS sampai jam 10.22 am. Kali ni Wafi balik dengan Ariana dan Afiqah. Sampai SP ada teksi yang ibu sudah book untuk hantar ke sekolah.

Thursday, February 27, 2025

Mesin Basuh Jenama Midea MA100

Nak review sikit mesin basuh yang dibeli secara online.

Order : 11/02/2025
Sampai : 15/02/2025

Setelah ditimbang-tara ibu beli mesin basuh menggunakan platform Shopee. Cik Cha suggest beli Midea. Dia beli dalam RM4++ dan dah pakai 6 tahun, masih elok lagi. Cik Wada pun suggest beli online je. Depa 2 memang ratu online. Why not ibu cuba, baca review dulu, tengok seller dan jenama mana paling banyak dapat rating dan review. Dah alang-alang nak beli secara online cari yang affordable (lebih kepada nak murah 😅) dan reliable.

Mesin basuh jenama Midea MA100 dengan muatan 8.5kg. Warna dark grey je ada.
Kiranya downgrade dari mesin basuh lama muatan 9.0kg.  Sejak kahwin 26 tahun, ini mesin basuh ketiga. Mesin basuh pertama dapat hadiah kahwin dari officemate ayah dulu. Bila rosak 2 kali, ibu hantar kedai untuk dibaiki. Kali ketiga rosak bila dicampur semua kos baiki dah jadi mahal. Better beli yang baru je.

Mesin basuh kedua dibeli beberapa tahun sebelum 2018 sebab ibu tak jumpa warranty card. Pernah tunjuk tapi masa tu beli dryer dan review dryer. Bila ini rosak, ibu takde berhajat untuk hantar repair.  Lagipun nak beli yang murah-murah je.

Jadi ibu agak mesin² basuh sebelum ni boleh bertahan selama 10-13 tahun, yang lebih tu bonus. 

Beza fungsi Midea 8.5kg dan Panasonic 9.0kg
Walaupun banyak function, at the end tekan button on dan start je😁

Fungsi delicate ke... baby care ke... blanket apatah lagi... semua pun tak pernah guna. Yang kerap kalau nak buat asing²... button wash, rinse dan spin.

Setakat hari ini performance sangat bagus. Bunyi agak senyap berbanding mesin basuh lama. Mungkin masih baru lagi. Duduk kat ruang TV tak dengar mesin basuh ni sedang bekerja.  

Model ni takde compartment untuk masukkan serbuk pencuci/detergent dan softener. Model yang ada compartment harga berbeza. Namun sabun basuh serbuk yang dimasukkan tidak bercapuk² atas kain. 

Nak keluarkan kain pun senang sebab dia tidak begitu bergumpal antara satu sama lain.

Masa ibu ayah berhenti di RnR Sungai Perak transporter yang bawa mesin basuh ni call nak tau lokasi rumah. Minta Kak Widad tunggu depan rumah. Mujur mereka tolong bawa masuk. Letak kat ruang tamu je dulu. Mereka hanya hantar, takde buat pemasangan. Masa ibu baca review ada yang minta pasangkan dan caj nya adalah RM60. Tapi mostly yang beli dari seller ni pasang sendiri je. Cuma nak kena sambung getah paip. Saluran air keluar semua dah fixed.

Untuk rumah kita, ibu guna getah paip yang sebelum ni sebab ia masih baru. Tukar yang lama sebab masa tu keluar karat.

Nak keluarkan dari kotak pun senang, hanya gunting tali putih tu dan angkat kotak ke atas. Kiranya tak perlu pun angkat mesin basuh tu. Cuma kena tonggengkan sikit untuk keluarkan gabus dan pasang penutup mesin basuh bahagian bawah.

Untuk model yang ibu beli harganya RM545. Tambah caj penghantaran dan SST jadi RM594.50

Seller ni kat Johor.

Warranty motor 10 tahun.

Harga mampu milik. Bulan ni duit keluar macam air terjun. Jadi mana² kos yang boleh dikurangkan kita buatlah. 

Midea Top Loading Washing Machine Troubleshooting and Error Codes

Be good ya, our 1st Midea brand!

Wafi baru sampai rumah... bila nampak mesin basuh ni dia terkejut, terus dia gelak²...

Maaaa... kenapa kecik 🤣🤣🤣