Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khayalan

Rate this book
Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.

Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif. .

“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas.
“Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.

Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.

329 pages, Paperback

First published March 1, 2019

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Hasif Rayyan

9 books112 followers
Penulis novel KHAYALAN, siri KUDETA PUSPA dan komik CIKGU AKBAR. Kadang-kadang dia menyanyi.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
64 (34%)
4 stars
90 (49%)
3 stars
28 (15%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,087 reviews
April 18, 2020
-Kat biografi cakap HR ni penulis novel ringan tapi ni novel berat wei....

-Aku boleh relate dengan apa yang HR cuba sampaikan sebab aku pun pernah alami (atau masih) keadaan macam ni. Maklum la anak sulung (& cucu pertama), kau kena buktikan kat seluruh famili kau (ramai wei) yang kau boleh berjaya (tiba2 rasa tertekan aduh....)

-Banyak tengok anime ni, sebab masa babak2 khayalan, aksi gaduh apa semua. Memang terasa keanimean dan kemangaan beliau.

-Aku suka tajuk2 lagu disetiap bab, sebab aku akan try dengar lagu2 yang aku tak tau. Dan terima kasih sebab buat aku teringat balik satu penyanyi popular kegemaran aku yang aku dah lupa,Yui. Merry-go-round satu kali!

-Sesiapa yang ada kesukaran merealisasikan cita2 dan ada mama/ibu/mak, akan agak tersentuh bila baca novel ni.

Ganbatte HR!
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books247 followers
May 3, 2019
Actual rating: 4.7 stars.

Khayalan... Hmm... What an emotional ride. Jom kita pecahkan kepada beberapa elemen novel ye, macam biasa.

WATAK
Tak dinafikan, penulis pandai cipta watak yang bermain dengan emosi pembaca. Watak utama bernama Hasif [sama macam nama penulis, kan? ;) ], Rakzhan (teman khayalan), lembaga hitam, mama dan kawan Hasif tu apa nama ntah. Setiap watak mempunyai suara masing-masing, jadi senang kita nak bezakan antara watak-watak bila sampai part mereka beraksi. Saya suka watak Hasif yang menggambarkan seorang remaja yang angsty. Setiap watak diperkenalkan satu-persatu, setiap scenes yang menggambarkan peribadi watak disampaikan secara detail dan agak visual sehingga kita betul-betul faham, relate dan rasa ada bond yang kuat dengan setiap karakter, termasuklah lembaga hitam.

Penulis juga punya kepakaran yang tinggi dalam characterization. Yang ini memang keistimewaan penulis. Macam stage play pun ada. Very visual, very well-written in fact I've to say, setakat ini Hasif adalah penulis Iman yang paling cemerlang dari aspek watak & pembinaan ikatan kukuh antara watak dan pembaca.

Well, you read stories to root for the characters, right? The characters should lead the story direction. Pembinaan karakter yang kukuh dan relatable adalah aspek penting buat pembaca terus membaca. If you don't take care of this element, pincanglah cerita itu walaupun mesej anda kukuh. Because it's fiction, not non-fiction.


PLOT
Plot dalam novel ini adalah miniplot, di mana setiap perasaan, konflik dalaman dan watak diceritakan secara terperinci. Saya difahamkan, Khayalan merupakan coming of age story, jadi logiklah plot cerita Khayalan pendek sahaja. Kalau nak dikira, susur masa yang menggerakkan cerita ini ke hadapan agak pendek daripada susur masa ke belakang. So mostly, we went backwards, back to the present, moving forward, backwards and back to the present again.

Jadi dalam Khayalan, karakter yang menggerakkan cerita, and it is done fairly well.


MESEJ
Mesej dalam novel ni ringkas tetapi relatable dan meninggalkan kesan. Mesej kekeluargaan antara ibu dan anak, impian, pengorbanan, youth and maturity, etc. Dalam Khayalan bagus sebab penulis menanam mesej di dalam lapisan-lapisan cerita, kemudian baru timbulkan bila karakter mengalami 'self-realization' ketika di Act 3. Saya lagi suka macam ni sebab bagi saya, message in a fiction should be designed like this. Instead of tabur di permukaan, tanam ia di bawah lapisan-lapisan cerita dan timbulkan ia nanti.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk buku seterusnya, saya cadangkan tambahkan detail di naratif. Macam yang saya pernah komen kepada penulis sendiri, ada masanya kita kena tarik 'camera' ke belakang dan see the story in bird's view. Daripada situ kita boleh letak detailing kepada dunia karakter. Dalam khayalan, kebanyakan masa, camera hanya pada lensa mata watak sahaja. Kalau tambahkan bird's view pada 1st and 2nd Act, cerita ni akan jadi lebih cantik. (Khayalan ada bird's view tapi masa Act 3 saja kot. Yang lain ada tak ada je).
Lebihkan plot points, tambah backstory, etc.

REKOMENDASI
Novel ini adalah pilihan yang tepat untuk geng remaja yang nak baca novel fiction Melayu fantasy. Khayalan menggunakan idea 'teman khayalan'. Sesuai untuk pembaca yang suka baca buku untuk menyelami perasaan watak, suka cerita yang emotionally heavy and NOT robotic, dan ada unsur kekeluargaan dan self-revelation.

Sebenarnya, semua orang saya akan rekemen baca ahahah. Kepada mereka yang mencari elemen-elemen di atas, they will appreciate this work of art more.

All in all, so far I find Khayalan adalah karya fiksyen Iman Publication yang terbaik setakat ini. It's so underrated, which I find it unfair. Karya bagus kita kena ketengahkan ya? Don't hide it from readers.

Sekian. Saya tunggu karya seterusnya tau!
Profile Image for Khadijah  Adam.
53 reviews4 followers
September 20, 2019
Khayalan, karya ini rasa sangat dekat dengan diri.

Sebaik saja dapat tahu sinopsis buku ini, saya sudah mula tertarik mahu baca. Terima kasih penerbit kerana menerima karya bagus ini.

Terima kasih Rakhzan kerana lahir dalam dunia Hasif. Tanpa kau, buku ini tak mungkin ada.

Teman khayalan seperti Rakhzan wujud dalam pelbagai rupa. Yang pasti hanya individu itu saja yang nampak.

Kalau kau mahu baca cerita tentang berdamai dengan diri, berdamai dengan situasi yang bukan impian hidup... buku ini memang untuk kau.

Tahniah Hasif!
Profile Image for Siqahiqa.
523 reviews110 followers
October 28, 2019
Habis baca buku ni pagi tadi. Buku yang mengajar kita untuk menguasai ketakutan dan seterusnya menerima kegagalan diri. Jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi dalam hidup kita kerana semua yang berlaku, sebenarnya, atas keputusan kita sendiri, bukan orang lain.

Full review soon.

Rating: 4/5
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews57 followers
July 21, 2021
Wow.

Berat hati, berat kepala baca buku ni. Penulisan simple tapi topic yang diketengahkan sangat berat.

Trigger warning: suicide thoughts

Every details of Hasif's struggles, aku dapat rasa berat nya perasaan yang ditanggung. Segala monolog, segala apa isi hati dia, I was there. I'm still there I guess.

Siapa2 yang expect plot dari novel ni, memang takkan jumpa sebab novel ni bukan satu novel yang menceritakan plot. Ia adalah sebuah novel yang menceritakan pasal macam mana seorang Hasif menemui kekuatan dalam diri sendiri, akhirnya.

Untuk part epilog, aku menangis teresak2 sebab aku dapat rasa betapa rindu nya Hasif kat Rakzhan.

Overall, aku tak rasa aku akan lupa pengalaman membaca novel ni.
Profile Image for Nur Asma'.
31 reviews
April 1, 2022
Aku tak tau nak kata apa tapi siapa yang belum baca buku ni pergi baca cepat kalau tak nak menyesal baca buku ni lambat macam aku.

Aku suka buku ni sebab bagi aku pengetahuan tentang imaginary friend yang aku tak pernah tau pun wujud.

Pasal jalan cerita, sekejap aku menyebelahi Hasif, sekejap lagi aku menyebelahi Mama dia. Tapi memang aku boleh relate la dengan apa yang Hasif lalui sebab aku anak pertama. Part epilog tu pulak memang sedih gila, boleh rasa yang penulis sebenarnya rindu jugak dengan Rakzhan.

Akhir sekali, terima kasih Hasif Rayyan kerana menulis karya ini. Semoga terus berjaya dalam apa jua perkara di masa hadapan!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
228 reviews52 followers
August 31, 2022
Aku suka cerita ni sebab aku boleh relate dengan watak Hasif ni. Sebab dalam career aku, aku pun rasa macam aku flop sampaikan kadang2 aku rasa macam semua benda yg aku buat confirm akan gagal jugak.

Aku rasa benda paling boleh relate adalah bila part Hasif salahkan mak dia bila dia macam tak seberapa berjaya dalam hidup. In a way, kita selalunya akam tuding jari dekat orang lain, ataupun jadikan orang lain sebagai kambing hitam bila kita tak dapat apa yg kita nak.

And aku suka buku ni macam membawa beberapa isu berat tapi penulisannya jadikan topik2 berat tu mudah terima.
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 9 books112 followers
September 2, 2020
Hai semua. Saya Hasif Rayyan.

Walaupun agak kelewatan, nak ucapkan terima kasih kerana baca novel saya. Saya gembira ramai suka dengan Rakzhan. Semoga anda semua sentiasa diberi kekuatan untuk melawan Lembaga Hitam dalam diri dan terus mengejar impian masing-masing. Amin. 😄
Profile Image for Tea.
24 reviews
July 12, 2021
Such a good book! Slice of life between mother and son, token of memories untuk seorang Sahabat Khayalan, such a plot twist at the end, I didn't expect it at all 😭


Thank you for sharing, about Razkhan and all. Congratulations!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,415 reviews1 follower
March 21, 2020
Cerita mengenai manusia yang berperang dengan diri sendiri.. Meletakkan ketakutan melehihi segala.. Bersangka-sangka.. Lebih suka memendam dari mendapatkan kepastian.. Cerita yang sangat menarik dan memberi impak pada pembacanya..
Profile Image for Feyssa.
211 reviews10 followers
September 18, 2021
"𝙃𝙖𝙨𝙞𝙛... 𝙆𝙖𝙪 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩, 𝙖𝙠𝙪 𝙣𝙞 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪. 𝘿𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙩𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙞𝙖𝙨𝙖-𝙗𝙞𝙖𝙨𝙖. 𝘼𝙠𝙪 𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙞 𝙠𝙖𝙪. 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝, 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙖𝙢 𝙨𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜. 𝙏𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙖-𝙧𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙮𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙩𝙖𝙙𝙞." -𝙍𝙖𝙠𝙯𝙝𝙖𝙣.

Ini kisah seorang lelaki yang bernama Hasif. Dia teringin nak jadi penulis, tapi mama dia nak dia jadi seorang guru. Dia pun ada masalah anxiety, tak percaya mana dengan orang lain dan selalu berasa rendah diri. Bukan itu sahaja, tapi dia pun ada seorang imaginary friend yang bernama Rakzhan.

Rakzhan, imaginary friend si Hasif yang selalu berada di samping Hasif tak kira masa susah atau senang. Dan bagi Hasif, Rakzhanlah sahabat terbaiknya. Yang ada ketika dia senang dan susah. Yang faham dia dan tidak pandang enteng terhadap dia. Aku suka dengan watak si Rakzhan ni. Memang boleh rasalah yang dia ini real.

Lembaga Hitam, siapa pula dia ini? Dialah fantom yang selalu buatkan Hasif berfikiran negatif terhadap diri sendiri sampaikan dia ingin bunuh diri. Antagonis buku ini. Tetapi role dia sebenarnya penting dalam hidup Hasif. Tanpa dia, tiadalah perasaan takut.

Khayalan.
Entah kenapa, karya yang satu ini seperti dekat je dengan diri aku. Mungkin sebab aku juga lalui apa yang penulis ini lalui. Iaitu mempunyai imaginary friend tersendiri.

Tak tipulah kalau aku kata yang aku menangis bila baca ending. Tersentuh bila baca. Ya Allah, tiba-tiba rindu imaginary friend sendiri. Mungkin bagi orang yang tak menghidap disorder ini, kami mental sebab ada imaginary friend. Tapi tidak. Bagi kami, imaginary friend adalah anugerah yang terindah daripada Tuhan kepada kami.

Dah, aku tak tahu nak ulas apa lagi sebab aku masih sedih lepas baca ending. Tahniah Abang Hasif sebab tulis kisah yang dekat dengan hati saya ni!

Kepada Hasif Rayyan, teruskan berkarya! Jangan putus asa dalam dunia penulisan. Awak boleh pergi jauh! Percayalah! Rakzhan pun percaya awak, jadi kami pun percaya dengan awak!

Rate: A solid 5🌟
—Feyssa.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews9 followers
August 14, 2021
Konflik profesion guru atau novelis?
Konflik diantara kemahuan ibu bapa atau peribadi?
Konflik dunia sebenar atau realiti?

Hasif, seorang pelajar di sebuah Institut Peguruan yang menyambung pengajian dalam bidang Teaching English As Second Language (TESL). Dia seorang yang naif dan selalu merendahkan diri sendiri.
.
Kehadiran Rakhzan, seorang makhluk dari dunia khayalan yang mendamping dirinya bagi membantu melawan dunia delusi dan menyelesaikan masalah yang beliau hadapi. Konflik diantara ibunya yang ingin Hasif menjadi guru bagi melunaskan cita-cita ibunya yang tertangguh.
.
Akibat ingin mengikut kemahuan ibunya, dia terjerumus ke dalam dunia delusi dan khayalan. Di dalam dunia khayalan, wujudnya Sang Lembaga Hitam yang kerap menghantui diri Hasif. Bahkan, kehadirannya juga banyak memandu Hasif dalam membuat keputusan di luar jangkaan.
.
Sebuah naskhah yang menyajikan mengenai watak utamanya yang ingin mencapai dan merealisasikan impiannya sebagai seorang novelis. Akibat ibunya yang tidak memberi sokongan saat Hasif mendapat temlat pertama dalam webnovel, seolah-olah mendatangkan ketidakpuasan hati terhadap ibunya. Dia menganggap ibunya membakulsampahkan cita-citanya.
.
Jalan cerita yang bermain dengan emosi, ada babak yang gembira. Ada babak yang membuatkan kita tertanya-tanya. Malah, pergerakan jalan cerita itu sendiri yang memainkan peranan jalan cerita ini begitu lengkap dan sarat dengan pengajaran. Elemen semangat tidak berputus asa, menghormati orang tua merupakan tunjang dan tema kepada novel ini.
.
Sesuai untuk dibaca oleh pelbagai lapisan umur bagi pembaca yang mencari novel ringan. Ini adalah buku yang kalian perlu dapatkan.
Profile Image for izzatie.
37 reviews6 followers
January 6, 2021
Buku pertama utk tahun 2021.. natijahnya semua orang ada 'Rakzhan' dalam diri masing²...
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books99 followers
Read
March 2, 2023
Membaca buku ini membuatkan saya teringat cerita Narsis. Mungkin saya kurang sesuai membaca buku sebegini. Banyak monolog diri dan berperang dengan perasan membuatkan saya rasa pembacaan menjadi perlahan.

Dalam buku ini, watak utamanya mempunyai imaginary friend bernama Razkhan. Di kala Hasif mengalami kebuntuan dan tekanan, Razkhan akan muncul sebagai pendengar. Mungkin dengan cara ini membantu meredakan ketegangan yang dialami.

Perjalanan cerita lancar sahaja. Kita dapat lihat konflik yang dialami Hasif sehingga kepada penghujungnya apabila masalah Hasif dapat selesai satu-persatu.
Profile Image for Haziqah.
9 reviews1 follower
December 8, 2021
4.8 ⭐

🔵Keistimewaan:
- menceritakan kesukaran dalam kehidupan Hasif, seorang yang lemah fizikal & mental
- menceritakan bagaimana Hasif menangani masalahnya
- transition imbas kembali yang lancar (macam anime gitu)
- emosi sampai
- penulisan ringkas & mudah
- ada ilustrasi
- syorkan banyak lagu


🔴Kekurangan:
- terlalu kerap imbas kembali

Terus berkarya, En Hasif!
Profile Image for Auni Zainal.
Author 5 books107 followers
April 11, 2019
Cerita Khayalan ni sangat, sangat menarik bagi saya. Pada awalnya saya fikir cerita ni akan jadi ala kartun ke anime ke yang seronok-seronok saja, tapi saya silap. Saya betul-betul engaged dari awal cerita sehingga habis. Baru baca sampai ke muka surat 18 pun dah terpacul ayat "menariknya cerita ni" dari mulut saya. Langsung tak rasa dipaksa-paksa bila baca.

Saya kagumi kebolehan penulis menerapkan mesej satira yang sangat besar dengan penggunaan bahasa yang santai dan mudah. Beliau berjaya membawa saya melihat dari perspektif seseorang yang mengalami anxiety & mempunyai teman khayalan. Dan saya langsung masuk ke dalam dunia Hasif ini tanpa terasa macam sedang berfantasi pun.

Konflik di antara Hasif dan mamanya sangat memberi kesan kepada saya. Kerana kita sering dihidang dengan kisah-kisah kemuliaan darjat seorang ibu, diajar supaya taat & tidak menderhaka sejak kecil. Namun, kita terlupa untuk mengakui bahawa kesalahan boleh berlaku dari satu pihak atau kedua-duanya. Kerana ibu juga ialah manusia biasa yang boleh terlanjur melakukan kesalahan terhadap anak. Melihat cerita ini dari kedua-dua perspektif ibu dan anak, saya sangat menghargai mesej ini.

Ending yang kemas dan menarik -penutup yang lengkap untuk semua watak saya kira. Ini pun saya puji sebab bukan mudah bagi penulis untuk habiskan cerita dengan penamat yang cukup rasa. Ia tak berlebih & tak berkurang. Tepat-tepat.

DAN ILUSTRASI. Terima kasih kerana masukkan ilustrasi dalam buku. Ini sangat memudahkan saya imagine rupa Hasif, Rakzhan & lembaga hitam tanpa perlu bergantung hanya pada gambaran daripada teks semata-mata.

Kesimpulannya memang nampaklah penulis letak effort yang banyak untuk hasilkan karya berkualiti seperti ini. Tahniah untuk penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Belle.
46 reviews
July 23, 2022
Orang selalu cerita, impian kita dengan impian ibu dan ayah untuk kita tak sama, macamtu lah kisah Hasif.

Hasif nak jadi novelis tapi mama nak Hasif jadi cikgu. Hasif dah cuba sehabis baik untuk tunaikan permintaan mama, Hasif masuk IPG tapi masih teruskan minat menulis yang mama sangat tak suka sebab streotaip orang yang novelis ni masa depan tak terjamin, tak menguntungkan.

The whole story mengisahkan pergelutan Hasif dengan mama, dengan diri sendiri dan dengan lembaga hitam. Penulis akan bawa kita ke banyak dunia dan timeline. Apa yang best, penulis berjaya bawa aku sama sama adventure dengan Hasif dalam dunia realiti, dunia Sanctuaria dan dunia hitam putih yang lain🤩Lagi best Hasif ada seorang imaginary friend yang namanya Rakhzan (imaginary friend pun nama sedap 🤣) yang penulis describe sendiri macamana rupa dia and aku sendiri bayang macam combination Ryuk dalam Death Note and Goku ☝🏻

⭐️⭐️⭐️⭐️for the adventure and extra point untuk illustrasi dari penulis dan friendship Hasif dan Rakhzan! Rupanya Rakhzan ni comel eh and tak sengeri Ryuk pun 🤭 Dan bagi aku, buku ni agak berat which aku imagine akan jadi santai rupanya tak 🤣

💬 “Bukan mereka langsung tidak boleh hidup walaupun impian mereka telsh dibunuh. Hanya kata kata orang sahaja yang hidup ini sia-sia kalau tidak punya impian”
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
April 26, 2020
Penulis pecahkan tiga watak dari satu watak utama. Pertama, watak Hasif itu sendiri. Kedua, Rakzhan yang dicipta otak untuk pertahankan Hasif dari buat perkara yang bukan bukan. Ketiga, lembaga hitam - ketakutan Hasif masa lalu. Jika diperhatikan Rakzhan dan lembaga hitam adalah diri Hasif sendiri. Umpama bila kita berperang dengan diri sendiri, ada suara kata 'ya' ada suara kata 'jangan'. Hakikatnya itu semua adalah suara hati kita yang menimbang nimbang keputusan yang harus dibuat. Tapi uniknya cerita ni penulis merubah bentuk suara hati ke bentuk fizikal - yang boleh dilihat.

Bagi saya bukan sesuatu yang aneh jika ada orang yang dalam dunia ni mempunyai pengalaman yang sama seperti watak utama. Sukar untuk diterangkan dari segi perubatan kerana saya bukan ahlinya. Anda boleh try google. Walaupun Google tak begitu pakar, at least membantu.

High recommended bagi yang sukakan kisah visual, ala komik, khayalan atau suka berada di dunia sendiri. Ada nilai yang ingin dipersembahkan dengan cara penyampaian yang tersendiri.

Seperti biasa setiap buku ada nilainya. Selamat mengembara ke dunia lain!
21 reviews
January 8, 2022
1. Amat suka cerita ni sebab ada darkside. Tak semua orang ada pengalaman berdepan dengan alam gelap dan ketakutan sendiri. Memang sangat real bila baca.

2. Ada selit2 lagu pada setiap bab. Saya suka Linkin Park. haha!

3. Karakter development sangat bagus. Saya suka karakter Rakzhan walaupun dia hanya wujud dalam minda Hasif, tapi dia cuba sedaya-upaya untuk selamatkan Hasif dan sanggup buat apa saja supaya Hasif selamat.

4. Apa yang saya belajar dari cerita ni adalah, kita perlu berdepan dengan ketakutan kita sendiri. Kita juga perlu terima dengan kelemahan kita sendiri. Kalau ada masalah, jangan pendam terlalu lama. Perlu juga kita luahkan kepada orang yang kita percaya.

5. Oh ya, tak salah kita ada imaginary friends. Kadang2 itu membuatkan kita boleh bangkit melawan kelemahan dan ketakutan.
Profile Image for Suha Abdul.
18 reviews1 follower
July 17, 2022
Buku yang sarat dengan emosi. Lagi-lagi bila emosi tu sangat relatable dengan diri sendiri. Bagi aku, Hasif sangat berani untuk menerbitkan buku ni. Jujur, buku ni banyak membawa aku kembali ke masa silam ketika aku berada di tahap paling bawah. Dan tak keterlaluan untuk aku kata Khayalan merupakan 'another version of me' cuma dalam bentuk sebuah buku.

Permulaan cerita yang agak selesa, walaupun sedikit 'dark'. Cuma perlu diingatkan, buku ini ada trigger warning. Mungkin bagi aku tidak terlalu membimbangkan sebab aku mudah selesa dengan 'depressive environment'.

Babak-babak akhir banyak buat aku menangis. Aku terpaksa berhenti sekejap dan cari tisu (tak tipu). Dia ibarat bila kita sudah menahan emosi terlalu lama, hujung-hujung akan meletus juga. All I can say, it's a good cry, and I really enjoy the book so much.

Walaupun Hasif kata dia penulis novel ringan, tapi isu dan emosi yang dia bawa tak berapa nak ringan ya sebenarnya.

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya untuk penulis! Aku menanti karya-karya yang seterusnya.
Profile Image for Nur Umairah.
41 reviews
August 16, 2020
Buku ni tentang bagimana Hasif dengan bantuan Rakzhan lawan lembaga hitam. Banyak pengajaran yang dapat daripada buku ni. Kita tak patut membuat kesimpulan kenapa sesorang itu berbuat begitu, lalu terus sedih dan membencinya. Sepatutnya kita bertanya dahulu untuk mendapatkan kepastian dan melenyapkan segala tanda tanya yang bermain di fikiran.

Buku ni sesuai sangat untuk sesorang yang tak dapat apa yang dia nak, rasa menyesal dengan pilihan yang dibuat dan rasa dikongkong. Sedih sangat Rakzhan dah pergi.

Terima kasih penulis untuk buku ini.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews3 followers
August 25, 2020
"..Bagi manusia, lebih mudah untuk mereka menghukum daripada mengenali seseorang..."

Kegagalan itu membuatkan hasif semakin terperangkap dalam delusi ketidakupayaannya sendiri. Delusi yang sedang menjadi nyata, sehingga mengawal seluruh tanggapan perspektifnya. Segala perbuatan dan kata- katanya selama ini merupakan hasil kewujudan segala ketakutan dalam diri. Ketakutan yang menjadi sebab mengapa manusia menyakiti orang lain.

Untuk motivate diri sendiri, ketakutan untuk diatasi. Jangan terus dilemahkan dengan masa lampau.
Profile Image for Mai.
7 reviews
September 7, 2021
Cerita yang sangat- 😖😭 Sangat suka dengan cerita ni sebab boleh relate dengan apa yang Hasif rasa dan konflik yang dihadapi oleh Hasif dengan ibunya. Memang sama dengan saya, tapi bezanya, Hasif ada sahabat khayalannya, ada khayalannya sendiri. Hasif sangat kuat :')

Sangat suka dengan buku ni dan tak suka dengan buku ni 😭 Kisah Hasif menghidupkan memori dan kisah pahit yang pernah dihadapi TT Bila baca bahagian yang mempunyai suara-suara itu, rasa jantung kencang dan kena ambil masa untuk tarik nafas, kena ingatkan banyak kali yang saya baca ni kisah Hasif.

Plot twist di bahagian-bahagian akhir juga tidak dijangka :'))

Apa-apapun, buku ni sangat dekat dengan diri saya :'))
Profile Image for Zzati Alydrus.
114 reviews
August 17, 2021
Best buku ni. Walaupun ala ala fantasi, but sgt sgt deep. Topic how people with anxiety actually feel. How mereka in dilema melawan perasaan mereka. Bagusssss.
Profile Image for IMAN ISMAIL.
6 reviews1 follower
November 19, 2019
Dah nak habis 2019, baru mood membaca datang semula dan pilih buku ni sebab dari hari tu tak dan nak menghabiskan.

Anyway, bagi aku, buku ni adalah satu buku yang berani. Berani dalam konteks Hasif bergaduh dengan mak dia. Jarang sangat ada penulis nak ketengahkan pergaduhan anak-mak dalam penulisan mereka. Mungkin, mereka selalu gambarkan setiap watak punya keluarga yang bahagia tanpa ada sengketa. Mungkin. (Angkat bahu)

Setiap kali pergaduhan Hasif dengan lembaga hitam, aku cuba faham situasi tersebut. Aku cuba nak memahami seorang yang ada penyakit mental cuba mengawal keadaan. Mungkin sukar, mungkin senang. Aku tak tahu. Tapi yang pasti masa Rakhzan pergi, aku hampir menitiskan air mata. It's hard when you want to let 'someone' go, walaupun dia bukanlah seorang manusia, sebab kau ada sense of attachment dengan dia.

Sepanjang pembacaan aku, aku cukup berbangga sebab aku banyak tengok Anime jadi aku kurang ada masalah dalam membayangkan tiap patah dan ayat yang penulis cuba sampaikan. Kah.

Namun, pembacaan aku agak mendatar. Plot yang agak statik (?) Tak banyak turun naik perasaan sepanjang pembacaan aku. Juga tak banyak isu. Fokusnya hanya satu yakni di mana Hasif cuba melawan lembaga hitam yang sering mengganggunya. Mungkin itu juga niat penulis yang sebenarnya? (Angkat bahu)
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 6 books25 followers
February 12, 2023
Saya secara tak sengaja terbaca novel ini buat kali kedua dan seperti sebelum ini juga, saya menghabiskan pembacaannya dalam hanya satu hari. Laju kerana penulisannya sangat santai, ringkas dan teratur hingga tak tersedar sudah menghabiskannya.

Saya masih menganggap novel ini sebagai novel avant-garde kerana kisah kawan khayalan masih jarang dijumpai di dalam dunia penulisan Malaysia dan ini kali pertama saya menemui watak Rakzhan, merangkap kawan khayalan Hasif, memiliki susuk luaran yang lain daripada lain. Biarpun fizikalnya sebegitu, tetapi Hasif tidak sedikitpun berasa takut. Dari sini sudah kita faham bahawa mereka berdua memiliki perhubungan yang memang berpaksikan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Peperangan Hasif, sungguh, saya amat memahami rasanya. Ada dialog yang mengatakan bahawa dia lebih takutkan 'dia' berbanding Rakzhan, dan sesungguhnya memang saya akui bahawa 'dia' itu memang amat menakutkan. Konflik yang terjadi juga pastinya ramai dapat kaitkan dengan realiti. Kecelaruan Hasif benar-benar bertambah hari demi hari, tetapi Rakzhan tidak pernah sedikitpun berputus asa untuk menaikkan semangat sahabatnya itu.

Keseluruhannya, novel ini menjelaskan faktor, kelebihan, kesan dan asbab sesetengah insan memiliki teman khayalan. Tidak faham apakah itu teman khayalan? Baca novel ni, kelak anda akan faham.

Oh, novel ni ada ilustrasi!
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
November 19, 2019
Aku suka cerita ni. Lain dari kebiasaan dan hal yang cuba diketengahkan agak fresh dalam scene buku di Malaysia ini. Aku puji pada character building dalam cerita ni. Details pada setiap watak yang diberi boleh membuatkan kau imagine watak tu dengan baik terutama bagi watak Rakhzan. Ilustrasi dalam buku ini juga banyak membantu.

Permainan emosi buku ini juga berada pada tahap yang bagus. Tak keterlaluan tapi masih boleh mengusik perasaan. Terutama dalam hubungan Mak-Anak dan persahabatan.

Cuma penulis perlu peka yang pengulangan ayat terlalu kerap akan buat pembaca bosan. Itu salah satu kelemahan buku ini. Terlalu banyak pengulangan ayat sampai datang rasa bosan. Tolak satu bintang.

Khayalan, buku yang bagus tapi boleh diperbaiki lagi.
115 reviews
July 3, 2021
It took me a while to finish Khayalan. Bacaan yang mungkin berat tapi masih sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.
Kenapa berat? Mungkin kerana our society is still adjusting to the exposure of mental illness (just my 2 cents) but, it is still a great read to understand how does it feel to be in someone's situations, the real struggles etc.
.
The appeals;
—Simple words & descriptive details are beautifully written!
—Relatable. Especially teaching parts lol. I faced almost similar things so they are understandable. We could be so tired of everything at some points. Tapi, itulah nak hidup
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews3 followers
July 26, 2021
“Kau nak tahu kenapa kau gagal?”

“Sebab masa kau untuk berjaya belum tiba.”

“Sekalipun kau sekadar entiti manifestasi khayalan. Walaupun kewujudan kau mungkin diragui semua orang. Mungkin juga ada yang meragui kebenaran cerita ini. Tetapi aku tidak peduli semua itu. Apa yang penting, aku perlu tulis juga tentang kisah kita.”

“Mungkin konsep teman khayalan masih terlalu asing dalam masyarakat. Tetapi, asing bukan bermakna tak ada. Boleh jadi hanya segelintiri orang yang diberi peluang untuk merasai pengalaman sebegini.”
Profile Image for Mira Ishak.
Author 9 books14 followers
April 14, 2019
6 April 2019

Hasif. Lembaga Hitam. Rakzhan. Mama.

Tahniah diucapkan kepada penulis. Cerita yang unik.

Gaya bahasa yang mudah difahami. Jalan penceritaan yang menggabungkan imbas kembali serta masa kini, juga, pembawaan jiwa pembaca ke beberapa latar tempat, digarap dengan penuh berhati-hati agar yang membacanya tidak keliru dan 'hilang' di tengah cerita.

Kisah Hasif ini aku yakin memang ada antara kita melaluinya. Malah, aku juga pernah berada dalam situasi begitu, cuma, aku tidak punyai 'Rakzhan'. Waduh, dahsyat betul ejaan namanya itu. Entah macam manalah nak sebutnya. haha.

Ada beberapa scene yang bagi aku benar-benar telah berjaya menyentuh emosi. Antaranya scene 'derhaka' dengan mama, moment penerimaan lembaga hitam, pengakhiran Rakzhan, surat istimewa untuk Rakzhan dan semestinya moment indah dengan mama. Menangis? Ya, aku memang mudah menitiskan air mata. Tapi tidaklah berkotak-kotak tisu habisnya.

Setiap kita pasti ada ketakutan kita sendiri. Tidak kiralah atas dasar apa ketakutan itu terlahir. Dan, perjalanan kita dalam berdepan dengan semua jenis ketakutan itu juga berbeza. Ada yang menang, ada yang kalah dan ada yang terus terkubur tidak berganjak satu usaha pun untuk mengatasinya. Hikmah bagaimanakah ketakutan ini sebenarnya yang boleh dilihat dan dipelajari?

Salah satu jawapan ada dalam buku Khayalan ini.

Ketakutan itu sendiri adalah sumber kekuatan diri yang tersembunyi.

Antara kita sedar atau tidak. Antara mahu terima atau larikan diri daripadanya.

Semoga terus sukses diucapkan kepada penulisnya.
.
.
#KhayalanHasif #MalaysiaMembaca
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.