Tak pasti kenapa ramai ulas novel ni kurang memuaskan. Mungkin penerimaan makna dan refleksi di antara kita tu berlainan.
Pengkisahannya cozy fiction, Tak pasti kenapa ramai ulas novel ni kurang memuaskan. Mungkin penerimaan makna dan refleksi di antara kita tu berlainan.
Pengkisahannya cozy fiction, tak ada kisah skandal melampau, tak ada kisah romantis yang berlebihan. Hanya sekadar bercerita kisah cinta Lara di masa lalu bersama Peter Duke. Tom Lake itu tempat mereka berdua berlakon waktu zaman muda. Paling suka cara penulis garapkan aktiviti lakonan.
Ceritanya santai-santai, tapi penuh dengan refleksi diri. Terkenang-kenang macam mana kita terpaksa jadi lebih matang berbanding usia pada awalnya, tapi di akhirnya nanti kita akan nampak kebahagiaan yang kita dapat....more
Menarik sebab ada hadis yang jarang didengari. Saya rasa setiap rumah kena ada buku siri Soothing The Soul ni. Bilamana rasa dunia tak berpihak pada dMenarik sebab ada hadis yang jarang didengari. Saya rasa setiap rumah kena ada buku siri Soothing The Soul ni. Bilamana rasa dunia tak berpihak pada diri sendiri, capai saja buku ni dan bacalah. Memang beri kelegaan hati buat sementara....more
Dah lama tangguh baca buku ni, sebab sangat merindui sosok tubuh seorang ayah. Rasa perit nak baca walaupun pHuhu...baru nak masukkan dalam Goodreads.
Dah lama tangguh baca buku ni, sebab sangat merindui sosok tubuh seorang ayah. Rasa perit nak baca walaupun perisiannya bagus. Rasanya ia akan jadi sangat, sangat perit apabila kita sudah ketiadaan kedua-dua ibu bapa.
Buat kalian yang sudah ketiadaan ayah, saya nasihatkan, read at your own risk. Sebab memang awak akan sentiasa menangis baca tiap-tiap satu muka surat. Yang mengalami sahaja tahu berat emosi tu bagaimana.
Letih menangis. Terima kasih tuan penulis. Anda telah membantu saya melepaskan segala persoalan yang berserabut dalam kepala saya sejak ketiadaan kedua-duanya. Terima kasih banyak2. Semoga Allah membalas kebaikan tuan....more
"Kena tambah satu lagi kerusi kat tepi tingkap. Bolehlah 'nenek' duduk kat situ nanti." HAHAHA berdekah ketawa.
Buat pencinta buku, pastinya sangat mema"Kena tambah satu lagi kerusi kat tepi tingkap. Bolehlah 'nenek' duduk kat situ nanti." HAHAHA berdekah ketawa.
Buat pencinta buku, pastinya sangat memahami sifat kecintaan terhadap buku yang dimiliki oleh Cikgu Mizushima dan Asami. Pencinta buku:
1. Pantang ada contengan dalam buku 2. Akan terus ambil tahu perkembangan penulis bilamana sudah jatuh cinta dengan satu buku karyanya.
Kisah yang sangat comel aaaaaaaaa. Oh ya saya baru tahu Natsume Soseki juga pustakawan. Ini dialog dari Cikgu Mizushima....more
Dulu saya memang idamkan memiliki naskhah yang mengandungi bait-bait ayat al-Quran yang membolehkan kita baca dalam beberapa saat tetapi dapat mendamaDulu saya memang idamkan memiliki naskhah yang mengandungi bait-bait ayat al-Quran yang membolehkan kita baca dalam beberapa saat tetapi dapat mendamaikan keresahan. Alhamdulillah akhirnya Karya Bestari selenggarakan naskhah sebegini.
Teringat satu hadis daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”...more
Tak tipu. Novel ni antara novel yang paling saya suka. Serius jarang nak baca novel cinta. Cerita ni, sangat lain daripada tipikal novel-novel lain.
TiTak tipu. Novel ni antara novel yang paling saya suka. Serius jarang nak baca novel cinta. Cerita ni, sangat lain daripada tipikal novel-novel lain.
Tiada sedikitpun kejanggalan jalan cerita. Dan semua wataknya ada pengakhiran cerita masing-masing, termasuk Zul, Pian, semuanyalah.
Agak suka cara penulis garapkan hubungan adik-beradik kembar di antara Dewi dan Zul. Sangat, sangat real. Agak suka juga cara Zul memahami isi hati Rizuan terhadap Dewi. Dah macam brotherhood, sama-sama tolong satu sama lain untuk berani melangkah ke peringkat kehidupan masing-masing.
Suka tengok sikap Dewi. Tak terburu-buru dalam mencari cinta sebenar. Dia teliti betul-betul setiap seorang yang menyukai dia. Betullah, terkadang orang yang kita nampak agak bersosial itulah sebenarnya yang memiliki kemanusiaan yang tiada pada diri orang lain.
Novel ni, bukan sekadar cinta semata-mata. Ada terselit kekeluargaan juga. Oleh kerana itu saya seronok baca kisahnya.
Ya. Rahsia Tuhan. Biar kita lambat memilih, asalkan kita dapat pasangan yang hidup hingga ke syurga. Terima kasih penulis. Lahhh tertaip panjang. HAHAHA....more
Saya kurang membaca novel cinta sebab kurang minat dengan kisah yang wataknya orang kaya atau waris kepada syarikat ayahnMenyertai Karangkraf RC 2025.
Saya kurang membaca novel cinta sebab kurang minat dengan kisah yang wataknya orang kaya atau waris kepada syarikat ayahnya, atau babak menumpang kereta mewah.
Pada mulanya novel ini sebegitu, tetapi saya tetap teruskan bacaan sebab agak menarik pada watak Sonia, heroin yang bagi saya, sangat sempoi dan bersikap gila-gila, tak macam heroin yang selalunya "terlalu baik ekstrem". Masih ada sisi perwatakan keperempuanan dalam diri Sonia, tapi keberanian dia tu buatkan saya seronok baca kisahnya. Kadang-kadang perangainya spontan betul, bak kata orang, "selamba badak dia aje." Serius wehh watak ni berani lain macam, siap niat nak ke Gaza.
Jalan cerita yang sangat menarik, lain daripada yang lain. Serius tak tipu. Ada banyak nasihat keagamaan. Watak Joe pun bagus sangat. Mula-mula dah terkejut dah bila terbaca dia bersalaman dengan Amanda, tapi bila dah baca ke pengakhirnya, akhirnya dah tahu perhubungan di antara kedua-duanya.
Sesuai untuk bacaan santai kerana ceritanya memang sempoi-mempoi. Hahaha. Terima kasih penulis!...more
Assalamualaikum, hai! Saya penulis dan pelukis komik ini. Terima kasih buat semua yang bakal beri ulasan kepada komik ini. Akan saya perbaiki mana-manAssalamualaikum, hai! Saya penulis dan pelukis komik ini. Terima kasih buat semua yang bakal beri ulasan kepada komik ini. Akan saya perbaiki mana-mana yang lompang....more
Waktu baca manga ni, teringat cerita Death Note dan xxxHolic. Rasa nak tergelak kejap bila Saeyama jadi cikgu biologi.Beli jilid satu terlebih dahulu.
Waktu baca manga ni, teringat cerita Death Note dan xxxHolic. Rasa nak tergelak kejap bila Saeyama jadi cikgu biologi. Tak kena langsung dengan perwatakan dan tugas utama dia iaitu curse breaker. Hahaha. Tapi demi menghapuskan sumpahan untuk misi di sekolah tersebut, dia perlu jadi profesion guru. Sakit hati dengan watak Mikiya. Betullah, terkadang yang berwajah polos itulah yang sebenarnya bersikap "syaitan". Kasihan Youichi juga, kembar kepada Mikiya. Huuuuuuuu.....serius kasihan. Okey dah boleh kumpul manga ni. Cerita memang best!...more