0% found this document useful (0 votes)
40 views15 pages

Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, Page 1 To 15

The document summarizes a study on latent conflicts among secondary school teachers in Perak, Malaysia and the conflict management styles of school principals. It finds that latent conflicts exist among teachers, with female teachers reporting higher levels of latent conflict than male teachers. The most common conflict management style among principals was found to be controlling, followed by compromise and adjustment styles. Only the controlling style showed a weak relationship with teachers' latent conflicts. The study suggests principals need effective conflict management skills and an open approach to dealing with school conflicts.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
40 views15 pages

Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, Page 1 To 15

The document summarizes a study on latent conflicts among secondary school teachers in Perak, Malaysia and the conflict management styles of school principals. It finds that latent conflicts exist among teachers, with female teachers reporting higher levels of latent conflict than male teachers. The most common conflict management style among principals was found to be controlling, followed by compromise and adjustment styles. Only the controlling style showed a weak relationship with teachers' latent conflicts. The study suggests principals need effective conflict management skills and an open approach to dealing with school conflicts.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 15

Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15

Gaya Pengurusan Konflik Pengetua dan Kewujudan Konflik Terpendam Di Sekolah


Menengah, Perak
Principals’ Conflict Management Styles and the Existence of Latent Conflicts among School
Teachers in Perak

Chong Sui Lee


Hussien Ahmad

Email: ruilizhangsuilee@gmail.com

Abstract

The aim of this study is to identify the existence of latent conflicts among secondary school
teachers in Perak. This study also reviewed the practice of conflict management styles of
principals and the relationship between conflict management styles of principals and the
existence of latent conflicts among teachers. A total 50 teachers comprising 21 males and 29
females from a secondary school were involved in this study. From 58 questionnaires distributed
to them, only 50 (86.21%) were usable. The questionnaire consisted 42 items which includes
three demographic factors, 16 items on latent conflicts adapted from conflict model by Pondy
(1976) and 22 items of conflict management styles were adapted from the Thomas-Kilmann
Conflict Mode instrument (T-KCMI). Data was analyzed using descriptive s and inferential
statistics. Descriptive statistics include frequency, percentage and mean, while inferential
statistics include Mann-Whitney U, Kruskal-Wallis H and Spearman Rho tests were used to
determine the relationship between teachers’ conflict and principal’s conflict management styles
and the existence of teachers’ latent conflicts. The results show that latent conflict exists among
the teachers. The findings show that females had higher latent conflict than male teachers. The
main conflict management styles used by principals were ‘controlling’ styles. This was followed
by the ‘compromise’, ‘adjustment’ and ‘integrative’ styles. The most ‘dislike’ style was avoiding
styles. The study also shows that only the ‘controlling’ style has a weak relationship with the
existence of teacher’s latent conflicts. This study suggests that school principals need to know
how to manage conflict effectively and be open in dealing with conflicts in schools.

Keywards: conflict management, latent conflict, school principal, secondary school

PENGENALAN

Sekolah adalah unit organisasi sosial yang terpenting dalam sistem pendidikan. Segala
usaha ke arah kecemerlangan pendidikan tertumpu di peringkat sekolah. Matlamat
sekolah hanya dapat dicapai dengan terdapatnya kolaborasi antara semua warga
sekolah. Konflik merupakan norma sekolah yang tidak dapat dielakkan. Kewujudan
1
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
konflik akan meninggalkan kesan mendalam terhadap perhubugan dan pencapaian visi
dan misi sekolah. Pentadbir sekolah terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk
menguruskan konflik kerana konflik seringkali menyebabkan organisasi kurang
berkesan sekiranya tidak diurus dengan baik. Masalah konflik di sekolah
menyebabkan tanggungjawab pentadbir sekolah menjadi semakin berat. Lanjutannya,
pentadbir sekolah mungkin mengalih tumpuan terhadap tugas lain, contohnya,
tanggungjawab dalam urusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang merupakan
nadi utama (core business) sekolah ke arah penyelesaian konflik di sekolah. Ia akan
menyebabkan pencapaian sekolah terjejas dan seterusnya usaha penambahbaikan
sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Konflik yang berlanjutan akan mewujudkan krisis di sekolah. Beberapa isu dalam
akhbar tempatan seperti 'Guru Lelaki Lebam-lebam Dirotan Guru Besar Wanita' (2004,
Jun, 3), 'Dua Orang Guru Bergaduh Diberi Surat Tunjuk Sebab' (2005, Februari, 22),
'Guru Pengsan Dipukul Guru' (2006, Jun, 16), 'Pengetua Merotan Guru' (2007, April, 15),
'Guru Wanita Menyaman Pengetua RM228,000' (2009,Oktober, 7), 'Guru Besar Denda
Guru Angkat Tangan' (2009, November, 18), 'Pasangan Guru Menyaman Pengetua,
Pegawai Pendidikan Kedah RM1.5juta', (2010, Januari, 24) menunjukkan wujudnya
fenomena sebenar konflik dalam organisasi pendidikan.

Krisis yang berlaku di dunia pendidikan adalah kesan daripada konflik terpendam
yang wujud tanpa disedari. Apabila konflik terpendam ini tidak diurus dengan baik, ia
boleh merenggangkan hubungan antara guru dengan guru dan juga guru dengan
pentadbir sekolah sehingga mencetuskan konflik terbuka. Mohd Yusof (1999) dalam
kajiannya mendapati 73 peratus daripada guru sekolah menengah bersetuju bahawa
kecenderungan konflik berlaku di sekolah adalah amat ketara.

Pengetua dan guru di Malaysia berhadapan dengan pelbagai tekanan kerana sistem
birokrasi pendidikan negara kita di mana mereka bertanggungjawab kepada Pejabat
Pelajaran Dearah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jemaah Nazir Sekolah (JNS),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga komuniti setempat. Selain masalah
peribadi, konflik tugas iaitu peranan kalangan pengetua dan guru merupakan punca
utama krisis di sekolah. Hasil kajian Quah (2009) mendapati bahawa kebergantungan
tugas adalah faktor terpenting yang menyumbang kepada kewujudan konflik di
sekolah di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Sahban (1989) dalam kajiannya di Daerah
Johor Bharu menunjukkan sebanyak 60% daripada guru kurang berkomunikasi dengan
pengetua dan hanya 26% pengetua di daerah berkenaan mempunyai hubungan
interpersonal yang baik dengan guru-guru. Yahya Don (2005) menyarankan pengetua
perlu pandai berinteraksi dengan subordinat demi mendapat kerjasama dan
melahirkan sikap amanah kepada tugas masing-masing kerana pencapaian matlamat
2
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
organisasi bukan menggunakan kuasa tetapi bergantung kepada memenuhi hasrat dan
keperluan kakitangannya.

Kajian pengurusan konflik dalam organisasi merupakan topik yang semakin hangat
dan penting pada zaman yang pesat berkembang ini. Justeru, tumpuan kajian ini
adalah mengkaji kewujudan konflik terpendam dalam kalangan guru-guru dan gaya
pengurusan konflik yang diamalkan oleh pentadbir sekolah dalam usaha
menguruskan konflik yang wujud di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian adalah mengenal pasti kewujudan konflik terpendam dalam kalangan
guru-guru, di samping mengkaji gaya pengurusan konflik yang diamalkan di sekolah
yang dikaji serta hubungan antara gaya pengurusan konflik pengetua dengan konflik
terpendam guru.

Objektif spesifik kajian ialah:


(a) Mengenal pasti kewujudan konflik terpendam dalam kalangan guru-guru di
sekolah menengah, Perak.
(b) Mengenal pasti gaya pengurusan konflik oleh pengetua di sekolah menengah,
Perak.
(c) Mengenal pasti hubungan antara gaya pengurusan konflik pengetua dan
kewujudan konflik terpendam guru-guru di sekolah menengah, Perak.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang


bertujuan untuk mengumpul data di sebuah sekolah di negeri Perak melalui borang
soal selidik.

Subjek Kajian

Sasaran kajian adalah guru-guru di sebuah sekolah menengah di negeri Perak.


Responden dipilih secara persampelan bertujuan.

Instrumen Kajian

Pembentukan item-item soal selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil bacaan
buku rujukan, model konflik Pondy (1976) dan model lima gaya pengurusan konflik
oleh Thomas-Kilmann (1976). Terdapat tiga bahagian dalam instrumen soal selidik.
3
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Bahagian A adalah latar belakang responden, Bahagian B adalah kewujudan konflik
terpendam dalam kalangan guru-guru dan Bahagian C pula adalah gaya pengurusan
konflik yang diamalkan oleh pengetua dalam menguruskan konflik di sekolah.

DAPATAN KAJIAN

Kewujudan Konflik Terpendam

Hasil kajian menunjukkan konflik terpendam memang wujud dalam kalangan guru-
guru dengan min = 3.5863, SD = .36375 dalam skala pengukuran likert 1 hingga 5, di
mana angka 5 menunjukkan konflik terpendam yang tertinggi.

Perbandingan persepsi guru mengikut konteks jantina

Keputusan ujian Mann-Whitney U menunjukkan terdapat perbezaan persepsi antara


guru lelaki (n=21) dan guru perempuan (n=29) terhadap kewujudan konflik terpendam
di mana nilai z = -2.909, U=157.00, p=.004 (ujian perbezaan signifikan pada paras
p<0.01).

Graf Boxplot dalam Rajah 1 jelas menunjukkan terdapat perbezaan antara guru lelaki
dan guru perempuan terhadap konflik terpendam. Nalai min pangkatan guru
perempuan lebih tinggi (30.59) menunjukkan mereka mempunyai konflik terpendam
yang lebih tinggi berbanding dengan guru lelaki (min pangkatan = 18.48). Jadual 1
menunjukkan min pangkatan kedua-dua kumpulan guru lelaki dan guru perempuan.

4.4

4.2

4.0

3.8

3.6

3.4

3.2
KONFLIK

3.0

2.8
N = 21 29

lelaki perempuan

jantina

Rajah 1 : Graf Boxplot konflik terpendam mengikut konteks jantina

4
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Jadual 1 : Min pangkatan konflik mengikut konteks jantina

Jantina Guru n Min z Signifikan


pangkatan
Lelaki 21 18.48 -2.909 .004
Perempuan 29 30.59
Jumlah 50

Perbandingan persepsi guru mengikut konteks pengalaman mengajar

Keputusan ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan tidak terdapat kewujudan konflik


terpendam di mana [χ²(3, N=50)=5.963, p>.05]. Jadual 2 menunjukkan min pangkatan
setiap kumpulan pengalaman mengajar terhadap kewujudan konflik terpendam.

Jadual 2: Min pangkatan konflik mengikut konteks pengalaman mengajar

Pengalaman Mengajar n Min Chi-square df Signifikan


pangkatan
Lebih 30 tahun 5 36.50 5.963 3 .113
Kurang 10 tahun 13 29.96
21-30 tahun 14 27.46
11-20 tahun 18 19.86
Jumlah 50

Perbandingan pandangan mengikut konteks jawatan

Keputusan ujian Mann-Whitney U menunjukkan tiada perbezaan persepsi guru antara


jawatan barisan pentadbir (n=8) dan guru penolong (n=42) terhadap kewujudan konflik
terpendam dimana nilai z = -.080, U= 165.00, p> .05. Nilai min pangkatan barisan
pentadbir adalah 25.88, manakala min pangkatan guru penolong adalah 25.43. Jadual
3 menunjukkan min pangkatan kedua-dua kumpulan jawatan guru.

5
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Jadual 3 : Min pangkatan konflik mengikut konteks jawatan di sekolah

Jawatan n Min pangkatan z Signifikan


Barisan Pentadbir 8 25.88 -0.08 0.93
Guru Penolong 42 25.43
Jumlah 50

Gaya pengurusan konflik

Gaya pengurusan konflik diukur berdasarkan cara atau tindakan yang lazimnya
diamalkan oleh pengetua dari kaca mata responden. Terdapat lima gaya pengurusan
konflik iaitu gaya integratif, gaya menyesuai, gaya menguasai, gaya mengelak dan gaya
berkompromi. Setiap gaya pengurusan konflik ini mengandungi empat hingga lima
item soalan yang dikemukakan dalam soal selidik yang dijalankan di sekolah
berkenaan.

Jadual 4 menunjukkan analisis statistik gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh
pengetua di sekolah yang dikaji semasa berlakunya konflik dalam kalangan guru.

Jadual 4: Keputusan analisis statistik bagi gaya pengurusan konflik


Gaya Pengurusan Mininum Maksimum Min SD
Konflik
Menguasai 2.00 4.25 3.37 .61
Berkompromi 2.00 4.00 3.20 .56
Menyesuai 2.00 4.00 3.20 .50
Integratif 1.80 4.40 3.20 .65
Mengelak 1.75 4.00 3.11 .71

Berdasarkan Jadual 4, didapati gaya pengurusan konflik yang paling popular


diamalkan oleh pengetua sekolah dikaji adalah gaya menguasai dengan min 3.37 dan
SD=.61. Ini dikuti dengan gaya berkompromi dengan min 3.20 dan SD= .56, gaya
menyesuai dengan min 3.20 dan SD=.50, gaya integratif dengan min 3.20 dan SD=.65.
Gaya yang paling tidak digemari oleh pengetua sekolah dikaji adalah gaya mengelak
dengan min 3.11 dan SD=.71.

6
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15

Hubungan antara gaya pengurusan konflik dan konflik terpendam

Ujian Spearman Rho digunakan untuk menganalisis kaitan antara kedua-dua pemboleh
ubah. Hasil ujian menunjukan bahawa tiada hubungan antara gaya pengurusan
konflik pengetua dengan kewujudan konflik dalam kalangan guru-guru. (r= -.10 p> .05).
Walau bagaimanapun,
apabila Ujian Spearman Rho dilakukan untuk menganalisis hubungan setiap dimensi
gaya pengurusan konflik dengan kewujudan konflik terpendam guru, didapati gaya
menguasai mempunyai hubungan dengan kewujudan konflik terpendam guru-guru
(r=.28, p<.05). Jadual 5 menunjukkan nilai koefisien konflik terpendam guru dan gaya
pengurusan konflik pengetua.

Jadual 5: Ujian korelasi gaya pengurusan konflik dengan konflik terpendam

Nilai Koefisien Konflik Terpendam


r Signifikan
Integratif -0.17 0.21
Mengelak -0.15 0.27
Menguasai 0.28* 0.04
Menyesuai 0.06 0.63
Berkompromi -0.10 0.45
Nota: * signifikan pada paras p<0.05 (2-hujung)

Berdasarkan Jadual 5, kesemua gaya pengurusan konflik tidak mempunyai hubungan


dengan konflik terpendam guru kecuali gaya menguasai ( r=.28, p<.05). Ini
menunjukkan gaya pengurusan konflik ini akan meningkatkan kewujudan konflik
terpendam guru di sekolah.

PERBINCANGAN

Hasil analisis data telah menunjukan bahawa guru sekolah dalam kajian mengalami
konflik yang tidak disedari. Konflik ini wujud mungkin disebabkan bebanan kerja
yang banyak. Menurut Khairul Faizi (n.d) guru bukan setakat mengajar malah turut
dibebani tugas lain seperti mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan
pentadbiran, urusan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta urusan hal ehwal
murid.

7
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Keputusan ujian Mann-Whitney U menunjukkan terdapat perbezaan persepsi antara
guru lelaki dan guru perempuan terhadap kewujudan konflik terpendam. Nilai min
pangkatan guru perempuan lebih tinggi berbanding dengan guru lelaki. Ini
menunjukkan guru perempuan mengalami konflik terpendam yang lebih tinggi
berbanding dengan guru lelaki. Ini mungkin disebabkan oleh sensitiviti kaum wanita
terhadap situasi. Sifat ini akan mengganggu kestabilan emosi guru perempuan.

Selain itu, keputusan ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan tidak terdapat perbezaan


persepsi antara pengalaman mengajar guru terhadap kewujudan konflik. Ini bermakna
pengalaman mengajar tiada kaitan dengan kewujudan konflik terpendam dalam
kalangan guru-guru. Walau bagaimanapun kumpulan guru yang berpengalaman
melebihi 30 tahun menunjukkan kewujudan konflik terpendam yang paling tinggi
berbanding dengan kumpulan yang lain. Ia diikuti dengan

kumpulan guru yang berpengalaman kurang daripada 10 tahun dan kumpulan guru
yang berpengalaman di antara 21 hingga 30 tahuan. Kewujudan konflik terpendam
yang paling sedikit adalah pada kumpulan guru yag berpengalaman antara 11 hingga
20 tahun. Ini bermakna konflik terpendam wujud tanpa mengambil kira tempoh
pengalaman mengajar guru.

Keputusan ujian Mann-Whitney U menunjukkan tiada perbezaan persepsi antara


jawatan barisan pentadbir dan guru penolong terhadap kewujudan konflik terpendam.
Nilai min pangkatan barisan pentadbir adalah 25.88, manakala min pangkatan guru
penolong adalah 25.43. Ini menunjukkan konflik terpendam wujud tanpa mengira
jawatan guru di sekolah.

Ringkasnya, konflik terpendam dalam kalangan guru wujud bukan kerana pengalaman
mengajar atau jawatan guru tatapi disebabkan oleh faktor jantina. Dapatan kajian jelas
menunjukkan guru perempuan mengalamai konflik terpendam yang lebih tinggi
berbanding guru lelaki. Oleh itu, pentadbir di sekolah perlu peka dengan tahap
sensitiviti guru perempuan semasa berkomunikasi dan mengagihkan tugasan kepada
guru perempuan supaya mengurangkan kewujudan konflik.

Bagi amalan gaya pengurusan konflik, dapatan kajian menunjukkan pengetua sekolah
dikaji kerap menggunakan gaya menguasai untuk menguruskan konflik yang berlaku
di sekolahnya. Ini menunjukkan pengetua mementingkan kepentingan kepada
pihaknya daripada kepentingan pihak yang lain. Dapatan ini menyokong beberapa
dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji seperti Calabrese (2003), Lee (1996),
Hoover (1990), Rahim (1983), Imler (1980), Kilmann & Thomas (1977). Walau
8
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
bagaimanapun, dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian daripada pengkaji
tempatan seperti Quah (2009), Ralim (2000) dan Turin (1995) yang menunjukkan
kecenderungan yang tinggi dalam penggunaan gaya integratif. Selain itu, dapatan
pengkaji lain seperti Saripah (2005) memihak kepada gaya tolak ansur dan mengelak,
manakala hasil kajian Siti Rahmah (2004) pula menunjukkan kecenderungan
menggunakan gaya tolak ansur, pendamaian, tolong-menolong, persaingan dan
mengelak dalam menangani konflik di sekolah.

Dapatan kajian ini juga bercanggah dengan dapatan kajian Tjosvold & Sun (2001),
Stackman (2001), Lan (1997) dan Cardona (1996) yang menunjukkan kecenderungan
penggunaan gaya mengelak dalam menguruskan konflik di sekolah. Begitu juga
dengan kajian dalam negara yang dilakukan oleh Fathiyah (1997) dalam kalangan
pentadbir sekolah menunjukkan gaya mengelak paling utama digunakan oleh
pentadbir di sekolah dikaji.

Selain itu, dapatan kajian ini juga berbeza dengan dapatan kajian Adomi & Anie (2006),
Cornille et al. (1999) dan Title (1987) yang menunjukkan gaya menyesuai merupakan
gaya utama dalam pengurusan konflik di sekolah. Dapatan kajian dalam negara yang
menyokong gaya menyesuai telah dilakukan oleh Mohd. Fitri (1997). Dapatan kajian
ini turut bercanggah dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Dyson (2002), Welt (2000)
dan Mckenna & Richardson (1995) yang menunjukkan gaya berkompromi merupakan
gaya kegemaran pengetua dalam menguruskan konflik di sekolah.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan gaya


pengurusan konflik adalah berdasarkan kesesuaian situasi konflik. Ini disokong oleh
dapatan kajian Welt (2000), Rahim (1983,1989,2001), Van de Vliert et al. (1995), dan juga
Keashy & Fisher (1990).

Kajian-kajian ini menekankan pengetua sanggup mengubah gaya pengurusan konflik


yang lain apabila mengalami tekanan.

Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan antara gaya pengurusan konflik


pengetua dengan kewujudan konflik dalam kalangan guru-guru. Walau
bagaimanapun, apabila ujian analisis dibuat terhadap setiap dimensi gaya pengurusan
konflik dengan kewujudan konflik terpendam guru, didapati hanya gaya menguasai
mempunyai hubungan signifikan dengan kewujudan konflik terpendam, manakala
gaya pengurusan konflik yang lain pula tiada hubungan dengan kewujudan konflik
terpendam guru-guru di sekolah dikaji. Dapatan ini menyokong kajian yang dikaji oleh
Quah (2009) yang menunjukkan gaya menguasai mempunyai hubungan yang paling
kuat dengan persepsi konflik.
9
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15

Kajian dalam dan luar negara jarang mengkaji hubungan gaya pengurusan konflik
dengan kewujudan konflik terpendam di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat
banyak kajian yang dilakukan mengkaji hubungan gaya pengurusan konflik dengan
pemboleh ubah yang lain seperti faktor umur, jantina, kaum, tahap pendidikan dan
sebaginya. Antara dapatan kajian yang menunjukkan terdapat hubungan antara gaya
pengurusan konflik dengan pembolehubah lain seperti ciri-ciri demografi, iklim
sekolah dan sebagainya telah dikaji oleh pengkaji seperti Adams (2006), Lee (2003) dan
Title (1987). Manakala kajian oleh Dillard (2005), Saripah (2005), Van Duser (2002) dan
Welt (2000) pula menunjukkan tiada hubungan antara gaya pengurusan konflik dengan
pembolehubah yang lain seperti faktor umur, kaum, tahap pendidikan dan sebagainya.

Implikasi Kajian

Meskipun kajian yang dilakukan ini tidak secara menyeluruh dan terperinci. Dapatan-
dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pengurusan organisasi sekolah.

1. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan konflik terpendam dalam kalangan guru,


maka, pihak yang terlibat terutama pengetua perlu memberi perhatian dan
mengambil langkah yang sewajarnya supaya konflik yang tidak disedari ini tidak
berleluasa dan meningkat ke tahap yang lebih berbahaya. Peningkatan konflik dari
konflik terpendam ke tahap yang lebih tinggi akan menjejaskan produktiviti dan
prestasi organisasi. Oleh itu, pihak pentadbir perlu menyekat dan menguruskan
konflik dengan sebaik-baiknya supaya memberi manfaat kepada organisasi.

2. Faktor jantina memainkan peranan penting dalam menentukan kewujudan konflik


terpendam dalam kalangan guru-guru. Pihak pentadbir sekolah perlu
menyesuaikan diri berdasarkan jantina guru semasa berurusan dengan mereka
dengan cara menghormati dan mendengar persepsi mereka demi mengelakkan
konflik yang berterusan.

3. Gaya pengurusan konflik yang berbeza memerlukan perhatian pihak yang terlibat
supaya lebih peka dengan situasi semasa agar setiap urusan yang dilaksanakan
menjadi lebih lancar. Pihak guru dan juga pihak pentadbiran perlu peka akan
situasi ini agar dapat menggunakan pendekatan yang sebaik-baiknya untuk
menghindarkan konflik yang distruktif dan seterusnya mengubah situasi supuya
konflik yang wujud menjadi konflik konstruktif dan memberi manfaat kepada
organisasi.

10
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
4. Para pentadbir sekolah perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat melalui
kursus atau pembacaan tentang cara-cara menguruskan konflik dengan baik agar
pentadbirannya menjadi lebih berkesan. Oleh kerana pengetua merupakan orang
penting dalam menentukan kejayaan organisasinya, maka perlulah mereka pandai
berurusan dengan guru supaya mereka tidak berasa tertekan. Selain itu, pengetua
perlu mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru agar konflik yang timbul
dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.

Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk kepentingan kajian ini bagi
meningkatkan keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya:

1. Kursus untuk para pentadbir sekolah berhubung dengan gaya pengurusan konflik
perlu diadakan oleh JPN atau KPM agar dapat memberi pengetahuan kepada para
pengetua peri pentingnya menguruskan konflik dengan cara yang terbaik supaya
wujud keharmonian di tempat kerja.
2. Para pentadbir sekolah perlulah menguruskan konflik dengan cara yang efektif
dengan bersikap terbuka dan menerima setiap persepsi atau pendapat daripada
guru agar wujud ‘rapo’ yang baik antara pentadbir dan guru. Keadaan ini boleh
meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Memandangkan konflik merupakan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti


sesebuah organisasi jika diuruskan dengan betul, maka para pentadbir perlu
menggunakan setiap gaya dengan baik supaya ia bersesuaian dengan situasi konflik.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini boleh diteruskan, diperluaskan dan dikembangkan agar ia lebih memberi
manfaat kepada pihak-pihak tertentu secara lebih khusus dan menyeluruh. Antara
cadangan untuk penyelidikan yang akan datang ialah:

1. Dicadangkan agar pengkaji yang akan datang menjalankan kajian ke atas pentadbir-
pentadbir sekolah rendah dan menengah untuk melihat perbezaan gaya
pengurusan konflik antara dua kumpulan ini.
2. Mengadakan kajian perbandingan ke atas pentadbir sekolah biasa dengan sekolah
berprestasi tinggi berhubung dengan gaya pengurusan konflik.
3. Menjalankan kajian berhubung gaya pengurusan konflik di luar organisasi sekolah
seperti di syarikat korporat, firma-firma, organisasi kerajaan yang lain seperti
hospital, jabatan polis, tentera dan sebagainya.

11
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Kajian terhadap pengurusan konflik masih perlu dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
tempatan kerana konflik telah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap
organisasi sering berhadapan dengan masalah konflik dalam kalangan pekerja. Justeru,
pengurusan konflik menjadi satu aspek penting yang perlu diberi perhatian.
Kegagalan pihak pengurusan mengatasi
masalah konflik dalam kalangan pekerja akan mendatangkan kesan negatif terhadap
organisasi pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kajian mengenai pengurusan konflik amat bermakna kepada individu


dan organisasi. Melalui kajian seperti ini setiap individu dan organisasi dapat
memahami dengan lebih jelas tentang konflik. Malahan setiap individu bukan sahaja
dapat mengenal pasti kewujudan konflik dalam diri masing-masing tetapi juga
mengenal pasti gaya pengurusan yang boleh diamalkan supaya menghindarkan konflik
distruktif dan mengubah konflik yang wujud ke konflik konstruktif demi kebaikan
organisasi.

RUJUKAN

Adams, S. H. (2006). Conflict management styles of cabinet-level community college


administrators in North Carolina. Doctoral dissertation, East Carolina University.
United States. Dissertation Abstracts International, AAT 3213386.
Adomi, E. E., & Anie, S. O. (2006). Conflict management in Nigerian University
Libraries. Library Management, 27(8), 520-530.
Calabrese, R. L. (2003). The ethical imperative to lead change: Overcoming the
resistance to change. The International Journal of Educational Managemant, 17(1), 7-13.
Cardona, F. (1996). A comparative study of styles of handling interpersonal conflict among
students, faculty and administrators. Ph.D. Dissertation, Michigan State University.
Cornille, T. A ., Pestle, R. E., & Vanwy, R. W. (1999). Teachers’ conflict management
styles with peers and students’ parents. International Journal of Conflict Managemant,
10(1), 69-79.
Dillard, M. B. (2005). Gender and conflict management styles of Texas secondary school
assistant principals: A descriptive study. Doctoral dissertation, Texas A & M
University – Commerce, United States. Dissertation Abstracts International, AAT
3170207.
Dyson, J. C. (2002). Middle school teachers’ perceptions of organizational justice as it
relates to leader behavior, Doctoral dissertation, Temple University, United States.
Dissertation Abstracts International, AAT 3165988.

12
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Fathiyah Abu Bakar. (1997). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan pentadbir-pentadbir
sekolah menengah daerah Kubang Pasu. Tesis Sarjana Sains Pengurusan, Universiti
Utara Malaysia.
Hoover, D. R. (1990). Relationships among perceprions of principals’ conflict
management behavior, levels of conflict, and organizational climate in high schools.
Doctoral dissertation, The Pennsylvania State, United States. Dissertation Abstracts
International, AAT 9032296.
Imler, J. R. (1980). The effects of occupational category, organizational level, organizational size,
sex and conflict opponent on the conflict handling styles of hospital management personnel.
Unpublished MBA thesis, Youngstown State University.
Keashy, L., & Fisher, R. (1990). Towards a contingency model approach to third party
intervention in regional conflict: A Cyprus illustration. International Journal, 45, 425-
453.
Khairul Faizi Ahmad Kamil. (n.d). Kementerian Pelajaran Punca beban kerja guru
bertambah. Retrieved Jun 1, 2010 from
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
330:kementerian-pelajaran-punca-beban-kerja-guru-bertambah&catid=26:pendapat--
rencana&Itemid=82
Kilmann, R. H., & Thomas, K. W. (1977). Developing a force choice measure of conflict
handling behavior: The ’MODE’ Instrument. Education and Psychological
Measurement, 37, 309-325.
Lan Zhiyong. (1997). A conflict resolution approach to public administration. Public
AdministrationReview, 57(1).
Lee, C.W. (1990). Relative status of employees and styles of handling interpersonal
conflict: An experimental study with Korean managers. International
Journal of Conflict Management, 1, 327-340.
Lee, C.W. (1996). Referent role and conflict management styles: An empirical study
with Korean central government employees. Korean Review of Public Administration ,
1, 237-252.
Lee, F. M. (2003). Conflict management styles and emotional intelligence of faculty and
staff at a selected collage in southern Taiwan. Doctoral dissertation, University of
South Dakota, United States. Dissertation Abstracts International, AAT 3085443.
Mckenna, S., & Richardson, J. (1995). Business values, management and conflict
handling: Issues in contemporary Singapore. Journal of management Development,
14(4), 56-70.
Mohd. Fitri Abdul Rahman. (1997). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan penolong-
penolong pegawai pendidikan daerah di negeri Perak. Tesis Sarjana Sains Pengurusan,
Universiti Utara Malaysia.

13
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Mohd Yusof Bin Ali. (1999). Pengurusan konflik di sekolah: persepsi guru-guru sekolah
menengah di daerah Kuantan dan Kemaman. Projek Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Pondy, L.R. (1976). Organizational conflict : Concepts and Models. Administrative Sciens
Quaterly, 12:296-320.
Quah Cheng Sim. (2009). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru dan pentadbir di
sekolah menengah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rahim, M.A. (1983). A Measure of style of handing interpersonal conflict. Academy of
Management Journal, 26, 368-376.
Rahim, M.A. (1986). Referent role and style of handing interpersonal conflict. Journal of
Social Psychology, 126, 79-86.
Rahim, M.A. (2001). Managing conflict in organizations (3rd.ed). . New York: Quoram
Books.
Ralim Awang Mat Tam. (2000). Hubungan antara factor dan gaya pengurusan konflik dalam
organisasi. Tesis Sarjana Sains Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.
Sahban Muksan, (1989) Hubungan Guru Dengan Pengetua Dalam Proses Pembuatan
Keputusan Kurikulum di Sekolah, Tesis yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Saripah Mohd. Nor. (2005). Pengurusan konflik guru-guru di sebuah sekolah menengah luar
bandar di Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Kepengetuaan yang tidak diterbitkan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Siti Rahmah Binti mohemed Akhir. (2004). Strategi penyelesaian konflik di kalangan guru
dan pentadbir. Kertas projek, Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Stackman. W. B. (2001). A study of conflict and method of handling conflict at small
liberal arts collages. Doctoral dissertation, Boston University, United States.
Dissertation Abstracts International, AAT 9997763.
Title, B. B. (1987). Conflict management styles of teachers. Doctoral dissertation,
University of Colorado at Boulder, United States. Dissertation Abstracts International,
AAT 8716309.
Thomas,K.W. dan Schmidt, W.H. (1976). A Survey Of Managerial To Interest With
Respect To Conflict. Academy Of Management Journal, 19, 315-318.
Tjosvold, D., & Sun, H. F. (2001). Effects of influence tactics and social contexts in
conflict: an experiment on relationships in China, International Journal of Conflict
Management, 13(2), 10444068.
Turin Ahmad. (1995). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru-guru sekolah menengah
daerah Kota Setar, Kedah. Tesis Sarjana Sains Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.
Van de Vliert, E., Eeuwema, M. C., & Huisman, S. E. (1995). Managing conflict with a
subordinate or a superior: Effectiveness of conglomerated behavior. Journal of
Applied Psychology, 2, 271-281.
14
Educational Leader (Pemimpin Pendidikan) 2015, Volume 3, page 1 to 15
Van Duser, T. L. (2002). Chief student affairs officers in 4-year public institutions of
higher education: An exploratory investigation into their conflict management styles
and praxis. Doctoral dissertation, University of North Texas, United States.
Dissertation Abstracts International, AAT 3065729.
Welt, E. S. (2000). Conflict management styles of middle school principals compared to
comprehensive high school principals. Doctoral dissertation, University of La Verne,
United States. Dissertation Abstracts International, AAT9971820.
Yahya Don. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

15

You might also like