corEtan akAsHah: mengayat

Showing posts with label mengayat. Show all posts
Showing posts with label mengayat. Show all posts

Wednesday, July 13, 2022

Laa itu pun tak tahu
July 13, 20220 Comments

Awak, 

Kadang yang asyik menebar soalan itu kerana memang niatnya yang berkobar ingin tahu, 


Cubalah raikan dengan jawapan, 

Jangan semudah itu memancung niat baiknya dengan ucapan "Laa takkan itu pun tak tahu?"


Andai kita pun tak tahu,

Berilah jawapan yang meredakan jiwa,

Awak tahu itu lebih beerti,


Kesian... 

Letakkan awak andai di kasutnya.  

Di saat semangat membara api tadi padam bersama luluhnya sekeping hati,


Laa itupun nak sentap?

Awak ...  Memang jawabnya pendek tetapi tajam menghiris,

Pedih pada luka paling dalam,


Semangat?

Terkubur bersama semangat yang pernah datang,

Belum lagi berkisah tentang entah ke mana mahu disorok muka ketika itu,

Dek mata-mata yang memerhati,

Seperti diraikan bodoh sedunia,


Lalu perlahan pergi ...

Dan berhenti tanpa peduli lagi,


Awak ...

"Ingat! Entah apa yang dia tahu, belum tentu lagi kita yang kononnya serba tahu ini mengetahuinya. Malu ..." 


Tulis buat peringatan diri sendiri,

Jika bermanfaat buat bacaan, silakan guna sebagai panduan.


Coretan Cikgu Online di malam yang beku,


#AllahMahaTahu

 

-gambar hiasan - bukan tahu tapi popcorn-

Reading Time:

Monday, January 10, 2022

Diam lebih baik
January 10, 2022 2 Comments

Sebenarnya orang yang pendiam ni ada banyak sangat benda nak cakap tapi dia tahankan sebab tidak mahu keruhkan keadaan. 


Contohnya apabila nak selfie, tapi baru sedar yang tudung dia sama dengan tirai. Takkanlah dia nak kerat tirai tu. Kesudahannya nanti dia juga yang kena tanggung silau. 


Gasak kau nak gaduh dengan tirai!


Macam tulah juga dengan kehidupan. Kadang ada pendapat sama, kita raikan. Mana yang berbeza, kita pilih dan leraikan dengan membuat keputusan yang terbaik bersama. 


Jika bertemu jalan buntu, ingatlah kita ada Tuhan. Mohon kepada Dia.


Diam lebih baik. 

Checklist tahun baru

✍️Belajar tenang-tenang dengan apa yang mahu dihadapi di hadapan. 




#coretanakashah

Reading Time:

Sunday, January 09, 2022

Syair Terlena - Hamka
January 09, 2022 4 Comments

 Salam tahun baru 2022. Kawan-kawan, apa khabar hati kita? 

Tanya pada dia, masih lagikah dia terjerat dengan apa yang dinamakan sebagai mangsa keadaan atau mungkin sudah mula melupakan dan menuju ke hadapan. 

Sambil skrol timeline, Kashah ada terjumpa Syair Hamka. Menarik dan berbesar hati untuk letak kat sini sempena tahun baharu. Posting pertama tahun baharu. Jom kita sama-sama baca dan untuk direnungkan. 

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka - Al Marhum Prof Hamka
( Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Pujangga Nusantara

Sebuah puisi yang bukan sahaja dirakamkan di sini atas cantik bahasanya, tapi untuk difahami mesejnya. Didoakan buat kawan-kawan berada dalam lindungan-Nya.
Kita bukan orang yang baik,tapi tanamkan azam untuk berbuat baik. Tulis dan kongsi yang baik-baik, bermanfaat. Semoga menjadi amalan yang mengalir saat jasad dan roh berpisah satu saat nanti. Entah esok, lusa, dia sampai juga.

Kawan-kawan, andai saat itu tiba dan aku masih ada salam kemaafan yang belum terungkap mohon dimaafkan. Diikhlaskan juga apa jua yang telah menjentik hati ini. Semoga rasa itu sama-sama lenyap bersama tahun yang berganti.

Salam tahun baru,
Coretan Akashah 2022


Reading Time:

Friday, May 21, 2021

Kita belum menang, teruskan berjuang
May 21, 20210 Comments

 Kita belum menang, jadi teruslah berjuang!Jaga diri, patuhi SOP

* Jarak 1 meter, tak apa kalau orang kata sombong sebab sesiapa dikalangan kita berpotensi mendapat wabak tanpa sedar. Ini termasuk diri saya yang menulis ini.

* Pakai mask dengan betul. Tak apalah walau sampai terpasang sampai dua pun, asalkan bukan cuma tersangkut di dagu. Alamak ingatkan diri juga ni sebab selalu lemas dalam mask.

* Kerap basuh tangan. Kalau tak ada air, jadikan   amalan membawa dan menggunakan sanitizer ke mana-mana. Itulah sanitizer ada tapi susah capai dalam beg.

* Elakkan tempat sesak. Tangguhkan sesuatu pembelian sekiranya tempat tersebut penuh atau beli sahaja secara online. Ha part ni best, tiba-tiba dapat parcel, feeling dapat hadiah.

*Untuk guru, pelajar dan ibu bapa yang mula bertarung dengan PdPr, memang tak mudah kan? Tapi perjuangan perlu diteruskan. Pesanan untuk diri yang bergelar pendidik.

Semoga semuanya dipermudah urusan. 

Teruskan berjuang!

Doakan juga buat saudara kita di Pales. tin


#coretanakashah

#terusberjuang

Reading Time:

Thursday, May 20, 2021

Tekad teruskan apa yang dihadapi
May 20, 20210 Comments

Tuan puan,

Apabila berdepan dengan masalah, jangan gelabah. Pernah juga ada rasa 'Ah! Biarkan jelah' tanda sudah mengalah.

Tapi ... 

Cuba pujuk hati untuk sabar menghadapi semuanya. Minta dengan Allah supaya Dia tenangkan jiwa dan emosi kita sambil kita teruskan berikhtiar. 

Buntu ... 

Bercelaru nak pilih mana satu. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Namun, tiada masalah yang tanpa ubatnya cuma Allah tentukan dia cepat atau lambat sahaja datangnya.

Sekarang itulah yang berlaku ... 

Berkayak atas darat, mengembara secara virtual, mesyuarat, perbincangan, dan belajar dalam talian bukan lagi mustahil dilaksana.

Entah apa lagi norma baharu yang muncul tak lama lagi, Perkara yang tak terjangkau akal manusia suatu masa dahulu namun hakikatnya itu yang kena hadap,

Apa yang pasti,

Genggamlah tekad melepasi ujian ini. 

Untuk barisan frontliner,

Teruslah bertahan dalam kepenatan, semoga dikurniakan kekuatan yang berpanjangan dan diberi ganjaran besar dari Tuhan.


Stay safe negaraku!

Stay strong everyone,

Ingat Allah ada jaga kita


Salam Syawal. 


Dari

Akashah Kassim 


#coretanAkashah

#menggenggamtekad

Reading Time:

Saturday, February 06, 2021

Jangan monyet! Jangan ...
February 06, 20210 Comments
Memandang pada lukisan alam seperti ini membawa ingatan saya pada satu cerita kanak-kanak yang sering dimainkan sewaktu kecil.
Ada seekor monyet yang sangat kelaparan terpandang sepohon pokok yang rimbun dengan buahnya yang kemerahan. Ia mahu makan tetapi dihalang oleh sang Kancil.
"Jangan monyet! Nanti kau menyesal."
"Aku tak kira. Dah berhari-hari aku tak makan."
Tanpa membuang masa, si monyet pun rakus memetik semua dan terus menelan buah tersebut dengan sangat gembira. Manakala sang Kancil hanya menggelengkan kepala.
Si monyet mula berasa tidak selesa. Panas dan pedih. Lalu menjerit dan dengan kelam kabutnya mencari air.
****
Haha bab dialog jangan monyet tu terngiang-ngiang tau dalam kepala. Sebenarnya ceritanya cuma pendek dan ringkas tapi ingin membawa pengajaran kepada yang menonton. Memang melekat dalam kepala cerita ni sebab berulangkali ditayang di kaca televesyen kotak masa tu. Haha dulu mana ada astro nak tengok Didi & Friends ke? Yang ada Barney & Friends atau cat & dog aje. Layanlah juga kartun anak-anak sidek, Usop Sontorian tu semua. Sape geng? Maknanya kita dah tua. Ok bye!
Beberapa pengajaran dalam kehidupan kita,
1. Jangan terlalu memandang yang hanya cantik luarannya.
Betullah lumrah manusia sukakan kecantikan. Tetapi ingat kadang kecantikan itulah yang melemahkan kita.
2. Jangan melihat siapa yang menyampaikan, tapi apa yang disampaikan.
Kurangkan perspektif memilih dalam menerima nasihat. Nasihat yang baik adalah dilorongkan keihklasan ketika menyampaikannya manakala diterima seadanya oleh yang mendengar.
Sekadar ingatan pada diri sendiri. InsyaAllah jika perkongsian ini baik dan bermanfaat, semoga menjadi satu asbab ke arah kebaikan.
Akashah Kassim
Februari 2021

#coretanakashah 

Reading Time:

Thursday, January 28, 2021

Awak ... Mereka bukan penjenayah
January 28, 20210 Comments
Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Mereka terpenjara dengan gelang pink percuma
Ada yang sekejap, ada yang lama
Malah ada juga yang tewas
Saat ajal menjelma.

Ingat ...
Mereka bukan penjenayah

Awak ...
Ada masa mereka dikunjung jua
Barisan frontliner
Jemputan ambulan buat jiwa merintih hiba
Sedang mereka sekadar menjalankan amanahnya
Demi keselamatan dan kepentingan bersama

Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Usah dipandang serong dek terkurungnya
Jangan dihina perjuangannya
Apa lagi dimomok ahli keluarganya
Kini bukan masa mencari salahnya
Apa lagi menghukum kiraan dosa pahala

Awak ...
Berilah sokongan dalam apa jua
Andai bukan sumbangan yang nampak nyata
Mungkin hanya pada sebaris kata-kata
Berilah,lagipun ia kan percuma

Awak ...
Ia cerita perkara tak terduga
Singgahnya tak siapa yang minta
Biar beribu wang sebagai galang gantinya
Perginya satu kesyukuran buat mereka
Mungkin ada yang rasa teraniaya
Namun cuba lepaskan ia

Untuk awak ..
Barisan frontliner
Pesakit COVID19
Semua keluarga terdekat
Seramai semua kontak rapat

Jom pasakkan diminda
Semua ini akan tamat

Allah bagi ujian untuk kita
Sebab bekalan kekuatan jiwa yang kita ada
Allah tak pernah uji kita dengan benci
Ia datang dengan Arrahman dan ArrahimNya

Ingat ...
Allah sentiasa ada untuk kita.
Allah sayang uji kita sebab sayang kita

Awak
Anggaplah doa-doa yang tidak putus 
daripada insan yang baik-baik
sebagai satu rezeki  dari Yang Esa
datang bukan saja-saja

Kita jaga kita ...
Jadikan ia nyata
Bukan hanya sedapnya didengar pada kata-kata 

Coretan Akashah 
28 Januari 2021






Reading Time:

Tuesday, January 19, 2021

Bersangka baik.
January 19, 20210 Comments

Pada segala aturan yang mendatang

Bersangka baik pada setiapnya


Walaupun

Pada datangnya membuat engkau gelisah

Saat munculnya membuat engkau bahagia

Atau mungkin juga membuat engkau rebah!

MasyaAllah ...


Kawan ...

Bertenanglah walaupun tak mudah

Teruskanlah melangkah walaupun rasanya sangat payah.

Pujuklah hati sendiri dengan zikrullah


Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir yang berarti Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung


Kawan

Ingat pada yang satu ini

Allah sentiasa ada untuk jaga kita

Dengan sifatNya Yang Maha Penyayang pada setiap hambaNya


Tulis dan kongsi baik-baik

Doa dan fikir baik-baik. 


Kawan

Mungkin hari ini bermula sejarah baru yang terlakar buat diri terluka

Bukan sedikit-sedikit

Tapi

Pandanglah ia pada sisi yang satu lagi

Walau bukan rasanya di dunia

InsyaAllah di akhirat nanti


Kawan

Husnu Dzon

Bersangka baik

Agar datang yang baik-baik


Pagi!


Coretan Akashah

19 Jan 2021

#coretanakashah

#semogasemuanyabaikbaikaje

Reading Time:

Saturday, January 16, 2021

Koleksi Pilihan Mutiara Kata
January 16, 2021 3 Comments

Sebuah kata-kata hikmah yang cantik susun dan mesejnya oleh Ustazah Rohamiah di Facebook buat seorang Akashah laju menyunting gambar.

  • Belek-belek stok gambar sesuai dalam galeri Hp. Eh adalah masa jalan-jalan kat Desaru aritu.
  • Buka apps canva dan pilih template sesuai
  • Dah siap! 

Jadi kita suka simpan sini buat koleksi diri  dan sebarkan sesuatu yang baik-baik untuk semua.


Ayat-ayat dari Fb Ustazah Rohamiah. 

 🌹Jika mahalnya batu permata itu kerana tidak terusik, maka mahalnya wanita itu kerana auratnya tertutup rapi. Ia terpelihara daripada mata jahat lelaki🌹

Reading Time:

Saturday, November 14, 2020

Tentang kenangan
November 14, 20200 Comments

Culik gambar cantik hasil lens Kak Haryati dengan izin. Lamanya rasa tak menulis panjang dek kesibukan hal yang satu lagi. 

Penat - makan- tidur - gemok

Banyak perkara tertangguh sewaktu PKP muncul menghantui. Siapa aje yang tak terasa, dan akhirnya diri sendiri yang sakit.

Bermakna lama jugalah tak dapat terapi. Jadi kita kena cepat-cepat cari terapi sebelum emosi lain datang silih berganti. 

Sentap - geram - marah - sakit

Macam tulah tak elok sebenarnya emosi-emosi tak sihat beraja dalam diri. Takut gejala-gejala penyakit lain mendekat selalu. 

Lari cepat-cepat!

Tengok gambar cantik terapi

Baca ayat cantik terapi

Tulis cantik-cantik terapi

Belajar benda baru (part ni tak buat lagi)

Orang sebelah kata, kalau nak stress bawa mengaji, zikir, doa banyak-banyak.

Ada yang kata dah lemau tu, bawa-bawa bersukan. Kasi keluar peluh. 

Tak kisahlah macam mana caranya, semoga semuanya bakal kembali normal. 

Jom jaga kesihatan diri, baik dari jasmani atau rohani. InsyaAllah sama-sama kita doa yang terbaik untuk kita semua. 


 

Reading Time:

Friday, November 13, 2020

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR
November 13, 2020 2 Comments
𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮
Ini bukan kisah Robin Hood, 
watak ikon itu dengan perwatakan lebih gelap, 
namun kekal menjadi adiwira buat masyarakat tertekan di sebuah bandar yang kacau-bilau.

Begitu juga dalam tindak tanduk dalam kehidupan seharian kita
Penyebaran informasi memang mudah dengan adanya platform media sosial di hujung jari,
Cepat, pantas dan terus sampai.

SAAT ITU BUKAN LAGI RAHSIA ...
Ahh! Tak kira nak cerita juga!
Kisah tentang engkau yang tertindas, tersiksa atau teraniaya
Tindakan melulu mengikut kata hati, 
Akhirnya yang terpendam dapat diluah akhirnya, 
Engkau memilih untuk menggunakan kuasa tular di hujung jari,
Lalu yang engkau rasa cuma puas yang sementara,

Namun cuba renungkan ...
Sejauh mana info yang tersebar
 itu jelas dan telah difahami 
setiap incinya satu persatu.

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR

Fikir -Saat engkau boleh memilih
platform benar yang terbentang
Lalu engkau pilih yang mudah dan tular

Bukan tak tahu cuma tidak mencuba,
Teliti, tapis dan yang paling penting
Di mana letaknya akhlak kita sebagai hamba-Nya
Tersenyum dengan beribu likes dan komen
Berbangga dengan award trending
Ingatlah ia akan menjadi tanggungan 
suatu yang dipersoal di akhirat kelak
Nauzubillah ...

Dikongsikan pentingnya konsep tabayyun
1) Mencari tahu kebenaran informasi
2) Tidak mudah termakan isu
3) Terhindar dari buruk sangka pada seseorang atau sesuatu kaum
4) Turut serta menjaga suasana yang kondusif di tengah masyarakat

Dari seorang aku,
Yang nyata masih belum sempurna,
Mengingatkan sendiri yang selalu terlupa.

13 November 2020
#CORETANAKASHAH
Reading Time:

Sunday, August 23, 2020

Syukur Seadanya
August 23, 2020 2 Comments

Kadang,takdir itu bahasanya bisu.

Mendatangimu, tak beri tanda.

Dan, ia selalu terjadi indah —

lantaran sifatnya yang sering

rahsia.


Teruji serupa apa sekalipun kau di

dunia, ketahuilah— di hujungnya

pasti terselit hikmah.


Yakini sepenuh jiwa,

kita ada Dia yang tak jemu

mengurniai cinta.


Ana Rohani,

syukur seadanya.


- mempersembahkan puisi dari Kashah yang sedikit terubat dengan batuk tak berkesudahan lagi ni. Doakan yang baik-baik.

-Kashah kongsikan satu puisi untuk renungan bersama. Best sangat dengan background muzik dia lagi memang terbawa-bawa sangat. 

- Paling penting mesej positif yang dibawa dalam puisi tersebut buat Kashah teruja untuk membaca puisi tersebut. Hahah ekslusif okay. 

-Kashah follow juga semua puisi beliau melalui telegram

https://t.me/byAnaRohani


Reading Time:

Thursday, August 13, 2020

Sejenis kerinduan yang tidak bernokhtah
August 13, 2020 2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim ...

CORETAN AKASHAH - Rindu menulis bebas tanpa tema tanpa batas.  Tulis sahaja apa yang terlintas. Memuntahkan segala-galanya ... 


Ya. Memang puas! Aku boleh tersenyum lebar melayan nafsu amarah yang memberontak. Button publish ditekan semahunya akhirnya cerita tersebut dicanang kepada segenap penghuni di alam maya.

Waktu itu, bakal ada pihak yang makan hati. Silap langkah kata-kata menjadi bukti dan akhirnya memakan diri sendiri.

Pada diri ini, telah dititipkan pesanan dari guru - 

Menulis bukan medan membalas dendam. Penulis punya tanggungjawab terhadap tulisannya sendiri. (Bonda Nor)

Fikir dan renungkan ...

Andai tulisan itu merupakan kalam akhir yang aku coretkan, itukah yang nak dipahatkan sebagai kenangan waktu roh dan jasad berpisah menghadap Ilahi?

Seberapa banyak pula nak dikira andai itulah coretan yang mendapat paling banyak reaksi dan perkongsian. Nampak cantik pada trafiknya namun rupa-rupanya cuma mengurangkan bekal pahala dan berbakul-bakul dosa dikutip atasnya.

Pesan pada diri

Pesan pada hati

Pesan pada jari

Semoga pada setiap yang disampaikan adalah bermanfaat kepada orang lain. Disebarkan dan menjadi bekalan saat diri tidak lagi boleh menyumbang amal dan bakti.

Dari seorang Akashah

Yang menulis sebagai terapi diri

Yang mengharap bukan pencetus benci



Reading Time:

Friday, June 26, 2020

Sudahkah kita bersyukur hari ini?
June 26, 2020 6 Comments

(Latar gambar kredit dari video Iza Ahmad)

Alhamdulillah ...
Ada kata-kata dari penulis yang terlintas dalam fikiran Kashah ketika ini.

Bersyukurlah atas apa yang kita dapat hari ini, dan usah mengeluh kegelisahan yang terlampau atas ujian.
Ini kerana kedua-duanya datang atas asbab tertentu dari Tuhan yang mencipta hamba-Nya.


Hari ini ingin Kashah kongsikan beberapa berita gembira. 
Yang pertama
 video khas  karya Kasha hasil rakaman Iza Ahmad.
Sebenarnya Kasha berkenan tengok video suka-suka dia kat kat instagram story. Jadi saje-saje lah request khas masukkan buku kasha. Tak sangka sehari dah siap. Suka sangat-sangat. Ni Kashah bagi teaser sikit ya. Nanti Kashah buat satu entri khas untuk video ni.

Yang kedua
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐏 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐢𝐬𝐢. 

Alhamdulillah ... pagi tadi telah menerima e-sijil bagi PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI COVID-19 & PENGALAMAN PKP anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Terima kasih dan syabas Perpustakaan Malaysia atas penganjuran pertandingan ini.

Kegilaan berpuisi macam hobi kawan-kawan yang lain juga. Ada yang suka menanam, menyanyi, bersukan, menulis dan macam-macam lagi. Ia dilakukan dalam mewarnai emosi diri.

Macam-macam cara kita guna sebagai terapi diri. Jadi, apa kata kita raikan sahaja hobi semua. Ingatan pada diri.

Hantar penyertaan waktu bertapa musim PKP. Masa balik kampung tak boleh, pergi kerja pun tak boleh tu.

Apapun, nak ucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tak putus memberi semangat dalam perjuangan menulis. Hehe jasamu dikenang.
Ini baru sijil penyertaan tali menang atau kalah belakang cerita
Yang ketiga
Hari ini Kasha telah kehilangan barang berharga tapi diri sendiri tak perasan langsung.  

Tiba-tiba tengah sibuk siapkan slide untuk esok, dapat whatsapp

'Ada hilang barang tak?'

Eh, nampak pergelangan tangan kosong. Baru perasan ada yang tercicir. 

Allahuakbar, bukan kali pertama ni!
Itulah dah minta dicairkan agaknya. Asyik putus.

Tercicir di parking basement!

Alhamdulillah, terima kasih buat rakan sekerja  yang dah terjumpa dan jujur pulangkan kembali.  En. shahidan. (Tiada dalam list FB friend)

Didoakan semoga beliau dimurahkan rezekinya  dan keluarga serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin.
Ini memang bermakna sepanjang perkhidmatan sebagai PPPT. Nangis air mata darah jugalah kalau hilang. Bukan senang nak beli. 


Reading Time:

Wednesday, May 27, 2020

Salam Aidilfitri 2020
May 27, 2020 2 Comments

Lebaran kali ini 
tidak serupa seperti sebelumnya
Malah Ramadhan kita 
yang baru lepas juga berbeza dirasa

Saban hari
Satu demi satu nikmat 
yang biasa kita amalkan mula ditarik
Puluhan larangan 
mula di bangunkan 
Antara paksa atau rela
Keresahan bercambah 
kebanjiran statistik dan fakta 
kematian merundung kesedihan
tersiar di kaca televisyen 
bukan lagi perkara mengejutkan

Ah! 
Penuh ...
Biar beribu pun kisahnya
Baik dalam tangis dan tawa
Pahit ... Perit yang dirasa
Kerana rindu ini bukan sedikit
 Apalagi mahu di buat-buat

Tapi
perlu diingat yang rasa ini
Bukan cuma kita sahaja yang rasa
Betapa ramai yang terluka
Malah ribuan barisan hadapan
Berkorban dan merindui keluarga
Demi kesejahteraan berjuta nyawa

Namun bila tiba saatnya
Seia sekata
Hari kemenangan tetap kita raikan
Saat Ramadhan berlalu 
Syawal mula mengganti tempatnya

 Walau apa apa terjadi
💓Tunggu dan bersabarlah
Doa dipanjatkan- Jangan pernah berhenti
Semoga ada yang baik menanti kita.💓

Percaya
Moga ada cahaya bila waktunya tiba
Yang pasti
Kekallah di rumah
Kekal selamat dan
Kita jaga kita


nukilan
Akashah Kassim
Mengharap Covid19 berlalu pergi
Dan jangan pandai datang lagi.

__________
Salam Aidilfitri diucapkan
Dengan rasa rendah diri, mohon diampunkan segala kesilapan baik sengaja mahupun tidak sepanjang perkenalan.

Maaf atas apa yang tertulis di blog ini atau lain-lain medium. 
Maaf juga jika ada ada yang buat jiwa terusik atau adakala menjengkelkan.

Sekalung penghargaan buat yang sudi membaca tulisan seorang Akashah Kassim baik di media elektronik mahupun buku Seadanya Kuterima, Relakslah! Dan Bahagia tanpa Syarat.

Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin sepanjang perkenalan baik secara langsung mahupun cuma di alam maya.


Reading Time:

Wednesday, March 25, 2020

Oren siri: Senja

Friday, March 20, 2020

Stay At Home
March 20, 2020 4 Comments
Boleh saja 
Aku keluar pulang ke tempat asal
Berpusu-pusu menyertai gerakan itu
Tapi 
Apa gunanya kawalan pergerakan
Objektif utamanya  dipandang sepi cuma

Jadi beri ruang buat mereka
Yang benar-benar tiada pilihan
Selain perlu pulang ke kampung lebih utama

Boleh saja
Aku menulis sesuka hati sebab ini wall sendiri
Namun cikgu dah ingatkan kita
Tulislah dengan ilmu
Luahlah dengan adab

Jadi elakkan segala perkongsian kita
Mencetus panik dan kecelaruan

Doalah minta pada Tuhan
Fikirlah yang baik-baik
Memilih untuk bertindak bijak

#coretanakashah


Entahlah, 
geram pulak tengokkan bila ihsan sesama manusia dah hilang dalam dunia.
ya, bukan semuanya macam tu.
Tapi dek segelintir yang berbangga keluar bersosial dan muat naik ke media sosial tanpa segan silu.
Nak buktikan apa pada dunia?
Yang dia masih hidup lagi?
Tolong jaga diri untuk kita
Reading Time:

Thursday, March 19, 2020

Oren siri: Berangan
March 19, 20200 Comments

First time layan buah berangan tengah kelaparan tahap tak tahu nak cakap apa aritu

Reading Time:

Saturday, March 07, 2020

Saat Mendengar Bukan Lagi Pilihan
March 07, 20200 Comments

Waktu bersuara bukan lagi dambaan
Dia memilih untuk diam

Saat mendengar bukan lagi pilihan
Dia memilih untuk menulis

Apabila ilham tak tak kunjung datang
Lalu dia memilih untuk membaca

 Membuka lembaran demi lembaran
Menyerap setiap inci nasihat

Dan saat semuanya tak mampu lagi
Lalu dia perlu peduli dan akur
Pada Arrahman dan Arrahim Ilahi

- Akashah Kassim -
7 Mac 2020

Ada rasa tak sedap hati. 
Doakan yang baik-baik semuanya. 
 Allah ada jaga kita. 
InsyaAllah



Reading Time:

Sunday, March 01, 2020

Puisi Notifikasi Kematian
March 01, 20200 Comments
NOTIFIKASI KEMATIAN
Berkicauan bunyi-bunyian
Menderu tidak berhenti
Umpama tanda pentingnya kejadian
Muncul terpampang setiap skrin yang memandang
Menunggu untuk dimaklumkan
Sebuah KEMATIAN.

Siapakah dia?
Ternama atau orang biasa?
Muda atau tua?
Apa puncanya?

Ini mengejutkan semua
Menyentap seluruh jiwa-jiwa berduka
Tiba-tiba berbondong-bondong doa dikirim
Disingkap satu persatu segala kebaikan.

Dia ini siapa?
Apakah amalannya?

Terbongkar amalan yang tidak dikecoh
Kebaikan yang tersimpan rapat sepanjang hayat
Yang hanya muncul saat jasad di kubur.

Dia telah tiada tapi
Kebaikannya menjadi Inspirasi bagi yang masih bernyawa.

Noriza Hashim and team
Grand Makmur Hotel
23.02.2020

Sebenarnya puisi ini merupakan salah satu tugasan semasa menghadiri bengkel penulisan Bonda Nor - Seni Peluahan di Kuantan tempoh hari. Setiap group diberi sehelai kertas a4 setiap orang. Dan tugasannya ialah
1. Reka replika berkait dengan kematian
2. Reka puisi berkait dengan kematian 80-100 perkataan. 
Begitulah hasilnya dan ...
Sangat terbuai dengan setiap ayat yang dilantunkan oleh Noriza Hashim.
Cuba dengar ...Cantik dan bermakna.
Sebuah puisi dedikasi buat 
Arwah Abam Bocey

Kawan-kawan

Seni peluahan bukan cuma sekadar memuntah emosi semata-mata
Jika ada mesej yang dapat dibawa
Menyentuh rasa
Apa salahnya.

Jadi tak perlu di ajuk dia
Dek puisi yang tercipta
Jika kau punya minat berbeza
Mengapa tidak dia?
Santai-santai aje
#puisikematian

#abamboceydalamkenangan
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.