corEtan akAsHah: mengayat

Showing posts with label mengayat. Show all posts
Showing posts with label mengayat. Show all posts

Wednesday, July 13, 2022

Laa itu pun tak tahu
July 13, 20220 Comments

Awak, 

Kadang yang asyik menebar soalan itu kerana memang niatnya yang berkobar ingin tahu, 


Cubalah raikan dengan jawapan, 

Jangan semudah itu memancung niat baiknya dengan ucapan "Laa takkan itu pun tak tahu?"


Andai kita pun tak tahu,

Berilah jawapan yang meredakan jiwa,

Awak tahu itu lebih beerti,


Kesian... 

Letakkan awak andai di kasutnya.  

Di saat semangat membara api tadi padam bersama luluhnya sekeping hati,


Laa itupun nak sentap?

Awak ...  Memang jawabnya pendek tetapi tajam menghiris,

Pedih pada luka paling dalam,


Semangat?

Terkubur bersama semangat yang pernah datang,

Belum lagi berkisah tentang entah ke mana mahu disorok muka ketika itu,

Dek mata-mata yang memerhati,

Seperti diraikan bodoh sedunia,


Lalu perlahan pergi ...

Dan berhenti tanpa peduli lagi,


Awak ...

"Ingat! Entah apa yang dia tahu, belum tentu lagi kita yang kononnya serba tahu ini mengetahuinya. Malu ..." 


Tulis buat peringatan diri sendiri,

Jika bermanfaat buat bacaan, silakan guna sebagai panduan.


Coretan Cikgu Online di malam yang beku,


#AllahMahaTahu

 

-gambar hiasan - bukan tahu tapi popcorn-

Reading Time:

Monday, January 10, 2022

Diam lebih baik
January 10, 2022 2 Comments

Sebenarnya orang yang pendiam ni ada banyak sangat benda nak cakap tapi dia tahankan sebab tidak mahu keruhkan keadaan. 


Contohnya apabila nak selfie, tapi baru sedar yang tudung dia sama dengan tirai. Takkanlah dia nak kerat tirai tu. Kesudahannya nanti dia juga yang kena tanggung silau. 


Gasak kau nak gaduh dengan tirai!


Macam tulah juga dengan kehidupan. Kadang ada pendapat sama, kita raikan. Mana yang berbeza, kita pilih dan leraikan dengan membuat keputusan yang terbaik bersama. 


Jika bertemu jalan buntu, ingatlah kita ada Tuhan. Mohon kepada Dia.


Diam lebih baik. 

Checklist tahun baru

✍️Belajar tenang-tenang dengan apa yang mahu dihadapi di hadapan. 




#coretanakashah

Reading Time:

Sunday, January 09, 2022

Syair Terlena - Hamka
January 09, 2022 4 Comments

 Salam tahun baru 2022. Kawan-kawan, apa khabar hati kita? 

Tanya pada dia, masih lagikah dia terjerat dengan apa yang dinamakan sebagai mangsa keadaan atau mungkin sudah mula melupakan dan menuju ke hadapan. 

Sambil skrol timeline, Kashah ada terjumpa Syair Hamka. Menarik dan berbesar hati untuk letak kat sini sempena tahun baharu. Posting pertama tahun baharu. Jom kita sama-sama baca dan untuk direnungkan. 

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka - Al Marhum Prof Hamka
( Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Pujangga Nusantara

Sebuah puisi yang bukan sahaja dirakamkan di sini atas cantik bahasanya, tapi untuk difahami mesejnya. Didoakan buat kawan-kawan berada dalam lindungan-Nya.
Kita bukan orang yang baik,tapi tanamkan azam untuk berbuat baik. Tulis dan kongsi yang baik-baik, bermanfaat. Semoga menjadi amalan yang mengalir saat jasad dan roh berpisah satu saat nanti. Entah esok, lusa, dia sampai juga.

Kawan-kawan, andai saat itu tiba dan aku masih ada salam kemaafan yang belum terungkap mohon dimaafkan. Diikhlaskan juga apa jua yang telah menjentik hati ini. Semoga rasa itu sama-sama lenyap bersama tahun yang berganti.

Salam tahun baru,
Coretan Akashah 2022


Reading Time:

Friday, May 21, 2021

Kita belum menang, teruskan berjuang
May 21, 20210 Comments

 Kita belum menang, jadi teruslah berjuang!Jaga diri, patuhi SOP

* Jarak 1 meter, tak apa kalau orang kata sombong sebab sesiapa dikalangan kita berpotensi mendapat wabak tanpa sedar. Ini termasuk diri saya yang menulis ini.

* Pakai mask dengan betul. Tak apalah walau sampai terpasang sampai dua pun, asalkan bukan cuma tersangkut di dagu. Alamak ingatkan diri juga ni sebab selalu lemas dalam mask.

* Kerap basuh tangan. Kalau tak ada air, jadikan   amalan membawa dan menggunakan sanitizer ke mana-mana. Itulah sanitizer ada tapi susah capai dalam beg.

* Elakkan tempat sesak. Tangguhkan sesuatu pembelian sekiranya tempat tersebut penuh atau beli sahaja secara online. Ha part ni best, tiba-tiba dapat parcel, feeling dapat hadiah.

*Untuk guru, pelajar dan ibu bapa yang mula bertarung dengan PdPr, memang tak mudah kan? Tapi perjuangan perlu diteruskan. Pesanan untuk diri yang bergelar pendidik.

Semoga semuanya dipermudah urusan. 

Teruskan berjuang!

Doakan juga buat saudara kita di Pales. tin


#coretanakashah

#terusberjuang

Reading Time:

Thursday, May 20, 2021

Tekad teruskan apa yang dihadapi
May 20, 20210 Comments

Tuan puan,

Apabila berdepan dengan masalah, jangan gelabah. Pernah juga ada rasa 'Ah! Biarkan jelah' tanda sudah mengalah.

Tapi ... 

Cuba pujuk hati untuk sabar menghadapi semuanya. Minta dengan Allah supaya Dia tenangkan jiwa dan emosi kita sambil kita teruskan berikhtiar. 

Buntu ... 

Bercelaru nak pilih mana satu. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Namun, tiada masalah yang tanpa ubatnya cuma Allah tentukan dia cepat atau lambat sahaja datangnya.

Sekarang itulah yang berlaku ... 

Berkayak atas darat, mengembara secara virtual, mesyuarat, perbincangan, dan belajar dalam talian bukan lagi mustahil dilaksana.

Entah apa lagi norma baharu yang muncul tak lama lagi, Perkara yang tak terjangkau akal manusia suatu masa dahulu namun hakikatnya itu yang kena hadap,

Apa yang pasti,

Genggamlah tekad melepasi ujian ini. 

Untuk barisan frontliner,

Teruslah bertahan dalam kepenatan, semoga dikurniakan kekuatan yang berpanjangan dan diberi ganjaran besar dari Tuhan.


Stay safe negaraku!

Stay strong everyone,

Ingat Allah ada jaga kita


Salam Syawal. 


Dari

Akashah Kassim 


#coretanAkashah

#menggenggamtekad

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.