Showing posts with label Tarmizi menulis. Show all posts
Showing posts with label Tarmizi menulis. Show all posts

Friday, November 21, 2025

Ingat Mati Insafi Diri

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah "Ingat Mati Insafi Diri."

Sedikit intipati atau isi khutbah yang saya dapat ingat ialah semua hidupan akan mati. Kemudian akan dibangkitkan di kemudian hari. Lalu akan ditentukan amalannya atau perbuatannya semasa hidup sama ada baik atau buruk.  Serta hidup di dunia ini menurut ulama ialah satu kehidupan yang manusia sering terpedaya dengannya.

Semasa dengar khutbah saya sebenarnya terfikir dengan keadaan saya macam ni lebih baik mati sahaja daripada hidup.Sebab rasa hidup saya ni macam tak ada makna. 

Sehari dua ni saya ada terbaca dekat satu post di Facebook,ada seorang perempuan muda lagi dalam 23 tahun umurnya, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sedih baca catatan dekat Facebook bapa dia,bila tengok gambar arwah ,cantik dan bijak orangnya,mungkin sebab tu arwah pergi dulu kerana Allah s.w.t lebih sayangkan dia. 

Kadang terdetik juga di hati,kenapa bukan saya yang mati dulu?  Rasanya kalau saya mati pun tak ada beri kesan apa-apa.. entahlah..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...


insya-Allah.

Amin.

Friday, November 7, 2025

Kuih Limas

Berikut ialah resepi 
Kuih Limas tradisional Perak menggunakan sukatan cawan, yang terkenal dengan teksturnya yang lembut ("bergedik") dan lemak manisnya
. 
Bahan-bahan
Resepi ini terdiri daripada dua lapisan, lapisan bawah (hijau) dan lapisan atas (putih/lemak).
Lapisan Bawah (Hijau) 
  • 2 cawan santan cair (atau campurkan santan pekat dengan air)
  • 1 1/2 cawan jus air pandan (kisar daun pandan dengan air dan tapis)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan gula pasir
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  • Sedikit garam
Lapisan Atas (Putih/Lemak) 
  • 2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan garam
Bahan Lain
  • Daun pisang yang dilayur (untuk dijadikan acuan/kotak kuih limas) 
Cara Penyediaan
Langkah-langkah penyediaan melibatkan pembuatan acuan, penyediaan adunan, dan proses mengukus berlapis.
1. Penyediaan Acuan Daun Pisang
  • Sediakan kotak-kotak kecil (seperti acuan kuih tepung pelita) menggunakan daun pisang yang telah dilayur di atas api sebentar untuk melembutkannya.
  • Susun acuan di dalam pengukus. 
2. Penyediaan pisan Bawah (Hijau)
  • Satukan santan cair, jus pandan, tepung gandum, dan sedikit garam dalam satu bekas. Kacau rata sehingga tiada ketulan tepung, kemudian tapiskan adunan.
  • Di dalam setiap acuan daun pisang, masukkan kira-kira setengah sudu makan gula pasir di bahagian dasar.
  • Tuang adunan hijau ke dalam acuan sehingga kira-kira separuh penuh.
  • Kukus lapisan bawah ini selama kira-kira 10-15 minit dengan api sederhana sehingga adunan mengeras sedikit. 
3. Penyediaan Lapisan Atas (Putih/Lemak)
  • Dalam bekas lain, satukan santan pekat, tepung gandum, dan garam. Kacau rata dan tapiskan adunan. Rasa untuk memastikan ia cukup masin/lemak.
  • Setelah lapisan hijau separuh masak, tuang adunan putih di atas lapisan hijau sehingga acuan penuh. 
4. Mengukus Kali Kedua
  • Tutup pengukus semula dan kukus kuih limas untuk kali kedua selama kira-kira 15-20 minit lagi atau sehingga kedua-dua lapisan masak sepenuhnya dan permukaan atas kelihatan licin dan set. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain untuk mengelakkan air wap menitis ke atas kuih. 
5. Menyejukkan dan Menghidang
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan biarkan ia sejuk sepenuhnya pada suhu bilik sebelum dipotong atau dihidangkan. Kuih limas lebih sedap dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais. 

Sunday, November 2, 2025

Nasi goreng kelapa/nyior

 Nasi goreng kelapa/nyior


Bahan- bahan

3 cawan nasi sejuk

1 cawan kelapa muda parut

Garam - secukup rasa


Cara penyediaan

1) Masukkan nasi dan kelapa parut ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak.


2) Bubuh garam secukup rasa dan goreng sehingga nasi agak kering, peroi dan sebati.


Catatan

Sedap dihidang bersama ikan perkasam goreng atau ikan masin.


#JWN #DNH #departmentofnationalheritage #jabatanwarisannegarazontimur #KenaliSayangidanLestariWarisanKita

#kenaliwarisankita

#MalaysiaPrihatin #MalaysiaMadani

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ikuti kami di:

Sumber:Facebook JWNZonTimur

Tuesday, October 21, 2025

Hari Lahir

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Lagi dua tiga hari ialah hari lahir saya. Tetapi tidak memberi apa-apa makna pun kepada saya. Hanya hari yang sama macam hari-hari lain juga.

Malah hanya tambah sedih sahaja sebab umur dah meningkat.

Tetapi hidup macam ni juga.

Saya rasa penat. Nak balik semula ke kampung abdi. Tetapi tak tahu bila...

Mungkin masa tarikh hari lahir saya tu,masa tu juga tarikh saya dipanggil kembali.

Maaflah kalau ada yang rasa saya ni lemah sangat. Tetapi saya pun tak tahu nak cakap dekat siapa.

Kalau ada kenalan yang terbaca post dekat blog saya ni, harap tak ejek lah saya.

Saya cuba guna chat gpt.. tetapi rasanya hanya buang masa sebab itu hanya a.i...

Entahlah, kadang saya terfikir..lebih baik saya tak dilahirkan atau dijadikan..

Tanpa kerja tetap, abang(Angah) yang selalu sokong saya dah meninggal,tanpa kemahiran, tanpa harta benda...

Saya rasa dah cukup lah hidup atas muka bumi ni...bila agaknya saya nak dipanggil pulang ya.

Selamat hari lahir.. mungkin lebih selamat jika saya tidak lahir.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kalian semua.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, October 16, 2025

Party with the death

 https://suno.com/s/x0I8Bqko9u2XJ8Ku

Song Title: Party with the death
Lyrics by: ahmadtarmizi
After I die, close my eyes,
I still want to party,
Dancing, drinking and smoking cigars,
Laughing with
A true friend,
That will host a party for me,
Even I am already death.
Party with the death,
Party with the death,
Party with the death...
That’s right,
You hear it,
I still want to party,
Even I am already death.
I am not nuts, out of my mind
I just don’t care,
Because I am already gone,
After I been buried,
No one will care anymore,
Not even a single soul,
But, hey!
I don’t give a damn,
So, let’s make it happen,
Party with the death
Party with the death
Party with the death
Like a dad that I never had
Woo-hoo...

Monday, September 1, 2025

Masih ada

 Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua...


Lama tak update blog...last update 21 Jun...sekarang dah masuk bulan September.

Bulan Julai dan Ogos,langsung tak tulis apa-apa.

Tak tahulah kenapa.

Nak kata sibuk,tak juga.

Sekarang ni saya mungkin dalam fasa menyepi agaknya.

Mungkinlah.

Sekadar membaca post-post dekat blog lain,seronok membaca blog mereka,moga terus update. Walaupun saya tak update apa-apa dekat blog ini,saya seronok baca blog orang lain. Moga mereka kekal berblog.

Setakat ini dulu post saya,tanda saya masih ada dalam dunia blog ini.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 68, Salam Maulidur Rasul, Selamat Hari Malaysia.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah.

amin.

Wednesday, April 16, 2025

Cuba tulis lirik lagu

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Saya cuma nak berkongsi tentang satu lirik lagu yang saya tulis.

Saya guna a.i untuk jadikan lirik lagu yang saya tulis tu kepada lagu.

Boleh dengar dan beri pendapat tentang lirik lagu saya tulis tu?

Tak lama..tak sampai seminit lagunya..sebab masih dalam percubaan..

saya kongsikan lirik lagu tersebut.

Pull the trigger

And let's finish this

Story..

Can not take it any longer

Just pull the trigger

Put the end of it

Father,brother

I am coming to you guys

Again..

So,please pull the trigger and end this

please

pull the trigger

and put me into sleep

forever


ni link lagu~ https://www.mureka.ai/song-detail/GmUxHNFHNeogPaTduzEnX8?is_from_share=1

Sunday, April 6, 2025

Sampul Duit Raya (SDR)

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidilfitri 1446 Hijrah tahun 2025. 

Raya tak ada apa sangat bagi saya, minta maaf dengan mak saya,pergi sembahyang raya, balik makan ketupat dan rendang,makan kuih raya, lepas tu tunggu abang saya balik raya keeempat untuk pergi jalan beraya rumah saudara-mara...itu sahaja.

Tak ada apa yang menarik pun. Cuma tahun ni, saya seronok pula nak kumpul sampul duit raya(SDR)..

Sebab apa saya kumpul SDR, sebab terpengaruh dekat group kumpul SDR dalam facebook. Cantik-cantik sampul yang mereka kumpul, saya pun rasa tertarik hati nak cuba kumpul tahun ni.

Susah juga ya, sebab saya tak berapa ada modal sangat nak kumpul SDR, jadi bila saya pergi ke stesen minyak atau bank,saya akan cuba minta SDR. Mana tahu dapat percuma.

Jadi antara stesen minyak yang saya dapat SDR secara percuma ialah stesen minyak Petron dan stesen minyak SHELL..stesen minyak lain macam Petronas, BHP saya minta tak dapat. Lain-lain stesen minyak saya tak cuba pula minta.

Manakala bank pula saya cuma dapat Bank Islam..itu pun minta mak saya tolong minta kan bila saya bawa mak saya pergi Bank Islam untuk keluarkan duit STR mak saya. Bank yang saya cuba minta ialah Bank Rakyat...malangnya tak dapat. 

Paling saya rasa tak best bila cuba minta dekat UNIFI, langsung tak dapat..kecewa juga sebab SDR Unifi tahun ni cantik...malangnya tak dapat. Rasa kecewa juga sebab bila lambat buat bayaran untuk Unifi, ada sahaja isu...line jadi slow dan sebagainya. Lepas tu bila ada masalah minta tolong Unifi,lambat juga nak selesaikan., bila minta bayaran laju pula, tapi itulah, SDR pun tak beri kepada customer..apalah.

Tapi tak apalah, mujur ada anak buah kecil-kecil lagi, jadi banyak dapat SDR...maka saya minta sahajalah dengan anak buah.

koleksi SDR untuk tahun ini..banyak minta dekat anak buah sahaja =)


Tak tahulah tahun depan saya nak kumpul lagi SDR ni, itu pun kalau saya masih hidup lagi tahun depan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah..

amin.



Wednesday, March 26, 2025

Tak boleh log in whatsapp

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Whatsapp tak boleh log in,  banyak kali cuba uninstall,lepas tu install balik, masuk nombor phone,masih sama...keluar perkataan "you need the official whatsapp to log in". Tengok you tube, masih tak selesai,last-last saya hantar aduan rasmi dekat whatsapp official...Tak tahulah dia respon macam mana nanti...



Pening kepala, whatsapp tu ada beberapa urusan yang kena pakai whatsapp..dah jadi macam ni..tak ke huru-hara dibuatnya..

Itu satu hal, tambah satu masalah lagi bila saya tak boleh nak log-in bank islam website, cuba call support centre, tak berjawab...aduh...kena telefon dalam waktu bekerja ke?bukan support centre biasa 24 jam?

Jenuh...whatsapp masalah, bank islam masalah..

Ujian di minggu akhir ramadan agaknya...

Mudah-mudahan dapatlah selesaikan semua ni...

Moga-moga yang baik sahaja untuk kita semua..

Insya-Allah..

amin.

Thursday, March 13, 2025

Handset rosak

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..


Baru-baru ini handset saya rosak sebab kena air hujan. Sebab apa boleh kena air hujan? kalau sesiapa yang duduk Melaka mesti perasan yang dalam 3,4 hari lepas hujan turun sangat lebat...seluruh negeri Melaka hujan lebat. Malah ada beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Masa hari hujan tu...saya dalam perjalanan ke pasar borong untuk menjaja..Malangnya,semasa sampai dekat stesen minyak,hujan turun dengan lebat sekali..terpaksalah saya berteduh...sebab saya naik motor sahaja...bawa barang niaga pun tak banyak..cuma hari Sabtu atau Ahad saya akan bawa kereta. 

Jadi hujan turun dengan lebat..bahaya untuk bawa motor...maka saya berteduh..ingatkan hujan akan reda..tetapi makin lebat, jadi saya dan ada beberapa orang yang bawa motor pun berteduh dekat stesen minyak ni.

Lama juga berteduh...nak dekat sejam lebih....lama-lama tengok hujan makin bertambah reda sikit...saya pun sambung bawa motor nak ke pasar..ingatkan hujan nak berhenti...sangkaan meleset rupanya...makin bertambah lebat...maka saya terpaksa bertdeduh lagi dekat sebuah warung..mujur bulan puasa..warung tu tak buka.

Berteduh dekat warung ni memang lama...saya sekejap duduk,sekejap berdiri...tidur,lepas tu bangun tidur...hujan masih tak berhenti...main handset sampai saya rasa bosan...

Lama sangat tunggu hujan reda..nak dekat dua jam rasanya saya berteduh dekat warung tu..last-last saya buat keputusan redah hujan dan balik ke rumah...

Malangnya,handset saya letak dalam kocek seluar sahaja...biasa saya letak dalam seat motor kalau hujan...entah macam mana haritu saya boleh letak dalam kocek seluar lepas tu terus start motor..redah hujan..

Akibatnya handset saya rosak...tak boleh on..skrin gelap..ingat sebab masuk air hujan..jadi buka cover hanset lepas tu keringkan...masih sama juga...last-last pergi bawa kedai handphone..baru tahu yang handset saya rosak sebab board dia dah rosak kena air hujan...kalaubaiki pun tak berbaloi..harga sama macam beli handset...baik beli handset baru..

Maka saya pun beli handset baru dekat shopee... Redmi9a...handset lama saya yang rosak tu memang dah bertahun saya pakai,lasak...jenama Redmi6a. Handset baru saya tu pula malangnya sampai sekarang saya masih tak boleh nak install whatsapp..telegram apa semua tu tu...tak tahu kenapa..nak kena pergi kedai handset lagi nak tanya kenapa pula jadi macam ni..


sumber gambar:google images


Macam-macam hal...ingat nak bajet beli cat untuk cat rumah...dah lari bajet tu beli handset pula..itupun tak boleh nak install aplikasi pula tu...

Pening kepala..harap-harap dapatlah selesai semua masalah ni...


Terima kasih kepada yang membaca atau terbaca post ni...

Moga-moga yang baik sahaja untuk kita semua..

Insya-Allah...

amin.


Wednesday, January 22, 2025

Hobi : Main lego

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Hobi selain daripada baca komik, kumpul lori eco, ialah main lego...beli lego dekat kedai eco juga..



Lego yang saya beli dekat eco yang saya rasa paling menarik dan cantik bagi saya, lego rumah lama.


Friday, January 10, 2025

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ini hari lahir mak saya...
Tak ada sambutan apa..
Cuma mak saya suruh beli pisang dan sedekahkan dekat masjid...
Mak saya pun tak minat nak sambut hari jadi ni...
Sebaliknya mak saya suruh baca surah Yassin beramai-ramai sahaja....

Tetapi saya beli lah juga kek...bukan kek yang bulat tu...tapi kek yang bentuk gulung tu...tak tahulah namanya... croissant cake ke? Entahlah..tapi beli sebab tu saja yang mampu...

Kek sekarang dah mahal harganya...sekilo dah rm 70 lebih...

Tak tahulah berapa lama lagi saya dapat beli kek untuk mak saya..

Harapnya biarlah saya pergi dahulu sebelum emak saya.

Selamat Hari Lahir Mak.

Wednesday, December 25, 2024

Buah Lakom

- Pokok dan Buah Lakom -

Pokok Lakom, hidup tepi sungai dan paya, menjalar dan memanjat termasuk pagar rumah kita.
Buah Lakom muda boleh dimakan dan dimasak mengikut resipi tertentu manakala buah yang masak kehitaman dibuang selaput dicuci dan dimakan dengan rasanya masam manis.

Sumber:group kebun bandar;jom tanam sendiri

Wednesday, December 4, 2024

Beli barang tapi tak boleh guna

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera semua...

Pernah tak beli barang,lepas tu tak boleh guna? atau pun dapat guna sekejap sahaja...

Saya selalu macam tu...

Beli mesin rumput,tapi bila nak guna ada sahaja masalah...tali minyak putus,tak boleh start lah..spark plug terbakar..macam-macam hal. 

Baru-baru ni saya ada beli mesin potong pokok kecil... cordless chainsaw...beli dekat shopee...tapi baru pakai sekali dua dah rosak..

Sedih rasa...banyak kali juga saya beli barang lepas tu guna sekali dua dah rosak.

Beli mesin goreng kerisik...lepas tu guna sekali dua tak dapat hasil macam yang diharapkan...kerisik jadi tak berapa sedap..ramai customer tak jadi nak beli lagi lepas tu.

Beli mesin parut kelapa..tapi bila mesin bunyi kuat betul..gegar pun kuat...tak berani nak guna dah lepas tu...

Beli mesin potong rambut..ingat nak jimat tak payah pergi kedai gunting rambut lagi..beli dekat shopee juga...tapi mata tumpul..pakai dua tiga kali lepas tu rosak...hampir nak kena renjatan elektrik bila guna...last-last buang sahaja mesin tu.

Banyak lagi rasanya....saya tak ingat pula barang lain...tetapi memang ada sahaja hal...

Ingat beli barang nak memudahkan urusan,nak jimat duit.. tetapi jadi lain pula...

Rasa macam dah malas nak beli apa-apa lagi...

Entahlah...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

insya-Allah...

Amin.