Saturday, May 16, 2026

US | Ready or Not 2: Here I Come (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama tahun 2019.. Lama betul baru keluar sambungan dia.. Sambungan dia memang mula terus dekat penghujung filem pertama.. Bila Grace keluar dari rumah agam yang terbakar dalam keadaan pakaian yang penuh dengan darah.. Ingatkan dah selesailah, baru nak bertenang dah kena serang pula dekat hospital.. Terpaksalah sarung balik baju pengantin dalam filem pertama tu..

Kali ini Grace kena berkerjasama dengan Faith sebab diorang kena sambung permainan sorok-sorok tu.. Kali ini kena main dengan baki keluarga yang terlibat dengan pemujaan syaitan.. Ada baki 5 keluarga tapi yang satu tu tak menyabar jadinya dah meletup dulu.. Tinggallah 4 lagi.. Sudahnya untuk menyelamatkan Faith, Grace terpaksa bersetuju kahwin dengan Titus dan serahkan High Seat pada keluarga Danforths tapi pada saat-saat akhir dia bunuh ja Titus tu dan campak cincin dalam lubang yang penuh dengan tulang.. Mati semua geng-geng penyembah tu sebab berebutkan cincin.. Selamatlah Grace dan Faith..

Ready or Not 2: Here I Come
2026 ‧ Horror/Comedy/Thriller ‧ 1h 48m
Taglines: Double or nothing.
After surviving an all-out attack from the Le Domas family, Grace discovers she's reached the next level of the nightmarish game, and this time with her estranged sister, Faith, by her side. To survive, Grace must keep Faith alive and claim the High Seat of the Council that controls the world. Four rival families are also hunting her for the throne, and whoever wins will rule it all.

Coretan 16 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam sempatlah merayap kejap naik motor dengan encik suami..

Pagi ini pula kita sambung jalan kaki pusing poli.. Jadilah buat cergaskan badan.. Sha masak nasi lemak, buat sambal sotong, bancuh air teh o dan perap ayam siap-siap dulu sebelum keluar jalan kaki.. Balik dari jalan kaki terus goreng ayam, kacang tanah dan ikan bilis.. Lepas tu kita santai-santai baca buku pula.. Cuaca pun redup ja hari ini.. Baju anak-anak pun dah siap basuh dan sidai.. Ini kakak Amani tolong buatkan.. Bila anak dah besar-besar ini, bolehlah minta bantuan mereka untuk sesetengah perkara..

Ini gambar malam tadi.. Encik suami ajak teman panaskan enjin Belalang Tempur ini.. Tak kemana pun.. Pusing Tanjung Malim ja lepas tu balik.. Mula tu macam nak naik lebuhraya tapi ada kilat dan guruh, makanya kita baliklah terus.. Bukan boleh berlama-lama, basah pula nanti..

Awal pagi tadi, Sha dan Amani pusing Politeknik.. Dapatlah 4000 langkah dengan jarak 3.14km.. Paling penting lebih 30 minit.. Kami keluar rumah jam 6.46 pagi dan selesai 7.33 pagi.. Sekarangkan cepat cerahnya.. Tu yang Sha berani keluar awal..

Gambar kali pertama lalu.. Cantik betul bila tengok kabus tu..

Kali kedua lalu, kabus dah mula menghilang.. Matahari masih malu menyembunyikan diri..

Friday, May 15, 2026

Nasi Berlauk RM3 di Slim River, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal nasi daging kunyit (RM3) kan.. Ini Sha kongsikan lokasi dan jualan beliau.. Penjual ini buka bonet kereta ja untuk berjual.. Pada Sha memang kreatiflah sebab pilihan nasi dan harga jualan dia tu sangatlah berpatutan.. 

Penjualnya lelaki menggunakan kereta merah jenis mpv kalau tak silap Sha..

Ini jualan beliau.. Ada ayam gulai, nasi lemak (RM2), gulai ikan tongkol, daging goreng, ayam merah dan ayam goreng.. Owh ya yang dalam raga tu lauk ayam goreng dengan kuah gulai ikan.. Semua nasi berlauk tu RM3 sahaja sebungkus..

Ini nasi daging goreng yang Sha beli sebelum ini..

Ini pula nasi lemak RM2.. Pada Sha nasi lemak dia cukup sifatnya.. Ada nasi, sambal, ikan bilis dan kacang tanah goreng, ada telur rebus suku dan 2 hiris timun.. Sambal dia banyak, tak kedekut cumanya Sha memang tak makan pedas.. Jadi sambal tu untuk Sha agak pedaslah tapi ada rasa manis dekat hujung-hujung tu.. Walaupun pedas, tetap sedap dan Sha akan beli lagi.. Memang sedaplah di tekak Sha..

Ini pula nasi dengan lauk gulai ikan tongkol.. Saiz ikan dia sedang-sedang ja.. Sesuailah dengan harga.. Ada sambal dan hirisan timun.. Kuah dia tu sedap.. Dalam kuah tu ada sayur kacang panjang rasanya.. Sha tak perasan sebab Sha jenis makan tak bubuh kuah banyak.. Tapi memang kenalah dengn tekak Sha..

InsyaAllah kalau Sha beli lauk lain, Sha update entry ini atau buat entry baru ya.. Manalah tahu kot-kot ada pembaca Sha yang nak cuba, bolehlah tengok entry ini..

Rezeki Hari Ibu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak sengaja terjumpa tawaran ini di Thread.. Penulis bernama Lila Vee ini buat tawaran untuk beri 20 buah novel keluaran penerbit Manes Wordworks.. Sha pun sajalah cuba isi.. Sha pilih buku bertajuk Kimia oleh Akyelrahim.. Semalam masa scroll Thread, senarai nama penerima dah keluar.. Sajalah Sha tengok kot ada terselit nama Sha kan.. Alhamdulillah, ada rezeki Sha.. Kalau ikut kata penulis Lila Vee untuk buku yang ada lebih dari satu nama, itu adalah sumbangan dari penulis buku tu sendiri.. Terharunya lah bila nampak nama sendiri.. Sha memang betul-betul berterima kasih pada penulis Lila Vee dan juga Akyelrahim atas buku yang diberikan.. Semoga kedua-dua penulis ini serta semua penulis yang baik hati sendiasa diberikan ilham dan kesihatan yang baik untuk terus berkarya.. Aamiin.. Aamiin..

Ini post Lila Vee pada 10 Mei 2026..

Sha pun sajalah cuba nasib.. 

Bila tengok pengumuman beliau, tak sangka ada juga nama Sha.. 

Ini pengumuman penuh beliau.. Nampak tak betapa murah hatinya beliau dan juga penulis-penulis yang sudi memberikan buku secara percuma.. Beliau sendiri menambah dari 20 buah buku kepada 42 buah buku.. Sha doakan semoga semua penulis ini diberikan kesihatan yang baik dan ilham yang mencurah-curah untuk terus berkarya.. Aamiin.. Aamiin.. 

Bingkisan Cenderahati dari Pegawai Farmasi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam Sha terima cenderahati dari seorang pegawai farmasi yang selalu bertegur sapa dengan Sha setiap kali berselisih.. Beliau datang mengejut dan maklumkan yang semalam tu hari terakhir beliau dekat HSR.. Beliau akan bertukar ke Kedah.. Terharu rasa bila ada yang mengingati.. Sha coretkan disini tanda terima kasih atas ingatan beliau.. Tak sempat nak sediakan hadiah buat beliau.. Sha doakan semoga beliau berjaya di tempat baru dan dipermudahkan urusan..

Bingkisan comel yang Sha terima..

Isi dalam dia ada botol comel dan foldable shopping bag..

Botol tu pula ada keychain, coklat dan nota comel..

Thursday, May 14, 2026

Kursus Pengurusan Emosi dan Stress

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai kursus ini semalam dan hari ini.. Sha ringkaskan isi dia dalam bentuk infografik..


Kursus Pengurusan Emosi dan Stress
Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)                    
 Tarikh: 13 - 14 Mei 2026 (Rabu - Khamis)
 Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Secara maya: Google Meet

ebook | Afloat by Naadhira Zahari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan penemuan mayat Siew Fong yang terapung dalam kolam renang.. Leah mula mengimbas perkenalan antara dirinya dan Siew Fong sampailah ke bahagian dimana mereka mula menjarakkan diri akibat berbeza pergaulan.. Namun pada satu malam Siew Fong cuba menegur Leah agar kembali ke keadaan asal dan Leah memberontak.. Perkara akhir yang Leah ingat adalah kematian Siew Fong berpunca dari dirinya.. Memang Leah mula merasa tak tenteram dan saat hari terakhir Siew Fong, ada sesuatu yang terjadi.. Sesuatu yang membuatkan Leah mula menyiasat serta cuba mengalihkan kesalahan tu pada orang lain.. 

Bila Sha baca penamat dia memang Sha tak jangkalah ada rahsia yang tak ada siapa pun tahu dan Leah tahu secara tak sengaja.. Rahsia itu jugalah punca sebenar kematian Siew Fong..

Sha baca dan selesai pada 14.05.2026..

Published January 30, 2026 by Penerbit-X

AMORE Snow Sandwich Cookies - Chocolate Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli atas talian di Shopee.. Sha tak jmpa lagi dekat pasaraya area Sha ini..

Biskut dia memang premiumlah, sesuai dengan harga dia.. Rasa coklat tu memang ngamlah, tak terlalu manis.. Walaupun biskut dia coklat dan krim di tengah pun coklat.. Seseklai beli okaylah.. Lepas tu dia pek secara individu, memang mudahlah nak bawa dalam beg tangan..

AMORE Snow Sandwich Cookies - Chocolate Flavour (117g) - RM8.19

Ada 9 pek comel dalam kotak tu

Inilah rupa biskutnya.. Biskut coklat dengan krim coklat..

Wednesday, May 13, 2026

Coretan 13 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini nak pergi kerja, encik suami bagi tahu jiran meninggal.. Staf politeknik, Sha pun kenal.. Abang tu tengah cuti sementara nak tunggu pencen bulan 9.. Isterinya bagi tahu meninggal masa tidur.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Aamiin.. Aamiin..

Hari ini pun anak-anak ada prasukan dan kawad kaki.. Oleh kerana hari ini Sha pergi kerja sendiri, Sha suruh anak-anak tunggu ja dekat sekolah, kononnya Sha ambil teruslah nanti.. Sekali encik suami kata dia dah ada dekat Politeknik.. Nanti dia ambil anak.. Sha pun terus balik rumahlah kononnya nak briskwalk.. Tak dapatlah pula hujan turun.. Kita briskwalk atas katil ja lah.. kikiki..

Pagi tadi Sha sarapan nasi lemak kosong dengan nescafe panas dekat kafe hospital, sajalah nak mencuba sebab tergoda tengok kacang dan ikan bilis goreng dia.. Sambal dia ja tak cukup masak memang terasalah pedas dia tu..

Alhamdulillah, pagi ini ada bos belanja cekodok pisang.. Sha makan dalam jam 11.30 pagi..

Nombor plat Sha tanggal.. Nak balik kerja ada staf bagi tahu.. Sha memang tak perasanlah sebab datang dari belakang terus masuk kereta.. Balik bagi tahu encik suami dia skrukan balik.. Lepas tu mencarilah pelekat dua muka..

Ikan bilis, sotong kering, serbuk ikan bilis dan serbuk cendawan Sha dah sampai.. Esok pagi boleh goreng ikan bilis buat bekal..

MLF Roasted Peanuts: Dried Tangerine Peel Flavored

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloilah beli pada Sha.. Tak sia-sia merayap ke NSK Grocer.. kikiki.. Rasa dan bau oren tu taklah terlalu menyerlah.. Manja-manja ja pada hidung dan lidah.. Masih okaylah pada Sha sebab tak pelik untuk deria rasa Sha.. Memang syoklah mengunyah.. Sedap pun sedap.. Gabungan oren dan kacang tanah tu ngamlah.. Cumanya versi yang ini plastiknya tak ada zipper, lepas buka memang kena habiskan ataupun simpan dalam balang..

Setakat hari ini, Sha tak jumpa lagi dekat pasaraya lain selain NSK..

MLF Roasted Peanuts: Dried Tangerine Peel Flavored (350g) - RM7.50

Penuh sampai melimpah bila bubuh dalam balang.. Kena bubuh dalam balanglah sebab plastik dia tak ada zipper bahagian atas tu..

Penuhkan isi kacang tu bila dikupas kulitnya..

ebook | Siri Puaka Sekolah: Bilik Seni oleh Azrul Rohiza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun buku ini buku cerita tentang hantu tapikan penulis turut menyelitkan Sudut Stem Seronoknya Belajar Sains.. Selepas Bab 4 - fenomena-fenomena metafizik, Bab 9-fenomena-fenomena kimia dan selepas tamat ada juga perkongsian lain mengenai Sains Teknologi Kejuruteraan Matekatik iaitu tentang fenomena-fenomena psikologi..

Buku ini tentang 4 orang pelajar iaitu Iqbal, Aaron, Lat dan Didi yang menamakan diri mereka sebagai Squad Ghost Hunters.. Mereka ini suka menonton dan mengkaji cerita-cerita seram dan mistik.. Ada sekali tu salah seorang dari mereka bercerita tentang bilik seni di sekolah yang mempunyai kisah seram dan mencadangkan permainan spirit of the coin tapi tidak dipersetujui.. Masalahnya yang mencadangkan tetaplah bermain dan akhirnya diganggu sebab permainan terhenti tanpa penutup.. Hanani yang mempunyai perasaan iri hati terhadap rakan sekelasnya cuba melakukan sesutu di dalam bilik seni, turut diganggu entiti tersebut.. Berjayakah mereka menghentikan gangguan tersebut? Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 13.05.2026..

Published November 30, 2025 by Penerbit-X

Julie’s Salty Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mantaplah biskut ini.. Walaupun dia cakap biskut masin tapi rasa masin tu tak adalah melampau pun.. Malah rasa biskut ini jadi lebih berlemak pula bia ada rasa garam tu.. Rasa garam dia ngam-ngam ja.. Memang sedaplah pada Sha.. Paling Sha suka sebab dia dalam pek individu jadi mudahlah nak dibawa ke mana-mana.. Selitkan dalam beg pun senang.. Sedap makan macam tu ja ataupun cicah dalam kopi..

Julie’s Salty Crackers (250g) - RM5.10

Ada 10 pek individu dalam dia..

Dalam setiap pek tu ada 3 keping biskut..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com