Showing posts with label Tempat makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan. Show all posts

Wednesday, July 15, 2026

๐Ÿ“ท Coretan Sehari | Sarapan Apa Tu?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini mulanya macam tak nak singgah sarapan tapi teringat-ingat sambal kerang yang tak dapat semalam.. Makanya singgah jugalah kedai atas bukit.. Yeah!! Sambal kerangnya ada.. Jomlah sarapan.. Korang sarapan apa pagi ini? Jangan lupa sarapan tau.. Barulah semangat nak memulakan hari..

Sambal kerang yang sedap.. Nasi lemak dia ringkas ja.. Ada timun ja.. kikiki.. Sha suka singgah kedai ini sebabkan nasi lemak dia tu sedap.. Cukup lemaknya dan lembut.. Kalau ikut piawaian nasi lemak, nasi lemak ini memang tak menepati piawaian.. Ikan bilis goreng tak ada.. Kacang tanah goreng tak ada.. Telur pun tak ada.. kikiki.. Sarapan Sha pagi ini RM8 termasuk teh o ais..

Ini menu sarapan Sha semalam.. Lauk sambal paru, nasi separuh.. RM8 juga..

Beli sushi goreng ini semalam dekat pasar malam.. Yang kurang tepung goreng tu daging.. Meriah dengan tepung goreng tu pula ada crabstick.. Sedap sebab dia baru lepas goreng.. Memang bestlah.. Sushi goreng ini datang dengan sos keju pedas.. Seketul RM3.. Yang ada daging tu, daging dia lembut..

Ini pula sushi sotong pedas.. Sotong tu dia letak seketul dekat atas sushi.. Dekat tengahnya ada potongan crabstick.. Harga seketul ini RM6.. Walaupun dia kata sushi ini pedas, untuk Sha cukuplah sekali ja.. Jenuh nak habiskan sebab sos dia tu buat tekak muak.. Jadilah untuk rasa.. Sotong dia lembut dan sedap..

Tuesday, June 16, 2026

KopiGun, Batu Kurau, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami yang cari kedai ini.. Memang berbaloi sangat masuk jauh ke dalam sebab sebelum jumpa kedai ini kami jumpa tempat orang kumpul dan jual durian.. Murah gila.. Lepas tu kafe ini pula terletak betul-betul dekat tepi sungai.. Kalau korang berminat nak makan durian, mandi sungai dan minum kopi memang tempat ini ngam sangat dengan korang.. Sha dan encik suami lepak minum kopi ja sambil mendengar deruan air sungai.. Syok betul suasana dia.. Kafe ini sediakan juga kerusi untuk digunakan pelanggan..

Ada tempat duduk di bahagian dalam kedai dan juga luar kedai.. Memang syok habislah.. 

KopiGun, 175, Kampung Kelian Gunong, 34510 Batu Kurau, Perak.
Owh ya.. Belakang kafe ini ada sungai tau..

Selain air ada juga pelbagai manisan..

Tiramisu (RM22) dan Halilintar Latte (RM8)

Memang padulah tiramisu dan kopi dia.. Berbaloi sangat..

Monday, June 15, 2026

Kari Sembilang Pancang 20, Alor Pongsu, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Destinasi pertama kami semalam ialah kedai makan yang terletak di Alor Pongsu.. Mudah ja nak cari kedai ini.. Keluar ja tol Alor Pongsu, belok kanan.. Tak jauh dari tol tu.. Kedainya terletak belah kanan.. Bahagian hadapan kedai ada orang jual durian dan belakang kedai ada bengkel.. Jarak dari tol lebih kurang 5 minit ja.. Memang senang sangat nak cari kalau korang berminat nak cuba..

Menu kami.. Memang tujuan dia kari sembilang tu yang Sha tak ambil lauk lain.. Semua ini termasuk air RM30.. Kari sembilang tu sepotong dalam RM7@8 ja..

Rezeki dapat seekor ikan sembilang.. Selebihnya dia dah potong-potong..

Kari Sembilang Pancang 20,
147, Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak

Antara menu yang ada.. Harga memang berbaloi sangat.. Tambah pula ikan dia segar..

Saturday, May 23, 2026

Coretan 23 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini kuarters tak ada elektrik dari pukul 9 pagi sampailah jam 4 petang.. Ini ikut surat yang diedarkan tapi realitinya berbeza ya kawan-kawan .. Jam 9.38 pagi baru elektrik tiada dan jam 6.21 petang barulah muncul balik.. Ada masalah teknikal katanya.. Jenuhlah penghuni kuarters menghubungi TNB berkali-kali, barulah ada balik elektriknya.. 

Hari ini seawal jam 3 pagi lagi Sha dah bangun sebab encik suami nak gerak ke luar kawasan.. Memang selalu macam tu lah.. Sha bangun sama..  Lepas tu memang terus berjaga sampai ke siang..

Pagi tadi Sha siap-siap untuk briskwalk dengan Amani.. Lepas briskwalk, keluar beli roti canai.. Kemudian kita menung ja lah dekat rumah.. Nak keluar merayap pun, tak tahu nak ke mana.. Tengah hari hujan dan berangin, sejuklah sikit cuaca.. Petangnya bawa anak-anak ke ECO Shop.. 

Jadilah 42 minit..

Pukul 11.30 pagi Sha bawa anak-anak pergi kenduri kahwin dekat CB Wedding.. Banyak ja manisannya tapi tak termakan.. Sha ambil bubur kacang hijau ja..

Sha bawa anak-anak ke Kenangan Coffee jam 3 petang lepas hujan berhenti.. Memang encik suami bagi duit suruh berjalan.. Nak ke Rawang, macam jauh sangat.. Jadinya ke Tanjung Malim ja lah kita.. Sha makan Strawberry Cheesecake dengan Salted Caramel Macchiato.. Amani pilih air Iced Shaken Strawberry Tea dengan Buttermilk Popcorn Chicken Rice.. Imani pula makan Chicken Lasagna dengan Sparkling Strawberry Lemon Tea.. Okaylah makanan dia.. Kopi dia memang padulah.. Pilih regular pun tak manis.. Mantap.. Anak-anak pun suka dengan makanan dan minuman tu..

Lepas tu Imani minta nak makan Mac & Cheese pula, lapar lagi katanya.. Sha tambah juga air Iced Shaken Passion Fruit Tea.. Dua-dua ini sedap..

Monday, April 20, 2026

Warung Nasi Kerabu Kak La, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kan Sha ride dengan encik suami.. Kami singgah makan di kedai ini.. Mudah ja nak ke sini, Sha guna google maps.. Kedai ini tak jauh dari Nasi Royale Tok Ayah.. Kedainya penuh orang memang kena sabar sikitlah.. Tapi tak adalah lama pun berbaris nak memilih makan sebab dia dah pecahkan barisan kepada yang bungkus dan makan.. Masa ambil makan tu dia akan bagi tahu siap berapa harga makanan, jadinya bila nak bayar sebut ja harga tadi tu.. Air pun kena pesan dan ambil di kaunter air.. Okaylah pada Sha sebab masih ada meja dan kerusi untuk duduk walaupun ramai orang.. 

Warung Nasi Kerabu Kak La, 31610 Kampung Kepayang, Perak

Nasi kerabu ayam bakar (RM9), nasi kerabu daging (RM8).. Semuanya termasuk air dan kuih RM23.50.. Nasinya banyak, sayur pun banyak.. Nasi kerabu tu memang datang sekali dengan telur masin.. Daging tu pun dia bagi banyak.. Sha kongsi dengan encik suami..

Meriah lauk pauk dia.. Ada kuih muih, nasi dagang, laksam, nasi lemak dan mi hoon goreng juga..

Sunday, April 12, 2026

stuff'd di Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kan Sha keluar ke Shah Alam teman encik suami betulkan meter Belalang Tempur beliau.. Sementara tunggu orang tu buat kerja kami lepak di Central i-City.. Jalan-jalan cuci mata dan makan.. 

Kami makan disini.. Encik suami nak makan tacos.. Bolehlah.. Cumanya agak kurang menarik sebab dia guna daging hancur.. Sesekali mencuba menu yang lain dari kebiasaan.. Air dia sedap.. Tangy Lychee dan Golden Tangerine.. Tangy Lychee tu rasa laici dan lemon tu manja ja.. Lepas tu dia bubuh juga daun pudina.. Golden Tangerine tu pula rasa dia sama ja macam kita minum limau asam boi.. Cumanya dua-dua air ini versi kurang manis..

Menu kami.. Okaylah.. Kenyang..

Value Meal: Tacos beef + Cheesy corn + Mineral water - RM16.90

Quesadilla Beef -RM18.50

stuff'd Golden Tangerine - RM6.50
stuff'd Tangy Lychee - RM6.50

Friday, February 6, 2026

Nasi Vanggey Besout 4, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas ke LHDN Teluk Intan, Sha dan encik suami singgah makan Nasi Vanggey Besout 4.. Sebelum pergi, Sha telefon dulu tanya kedai buka ke tak dan makanan dah ada ke sebab masa Sha buat panggilan tu jam baru 10.30 pagi.. Alhamdulillah masa sampai lauk pauk dah banyak.. Sha dan encik suami pilih lauk ikan jenahak masak kari dan bendi rebus.. Puas hatilah makan.. Cumanya nasi dia sedikit lembik.. Kali ini Sha ambil nasi kuning.. 

Sempatlah Sha bungkus untuk MIL nasi putih separuh, ikan tongkol masak kari dan sayur kobis.. Ini RM7.50 ja..

RM27 sekali air lemon panas dan lemon sejuk..

Nasi Vanggey.. Boleh telefon dulu untuk tanya kedai buka ke tak.. Seeloknya datang dalam jam 11 ke 11.30 pagi.. Masa ini lauk pauk masih banyak dan baru masak.. Memang puas hatilah makan dekat sini..

Sunday, January 25, 2026

Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keluar ja hotel terus singgah makan di Lieniey Nasi Kerabu Tumis.. Perut kena isi dulu.. Lagipun encik suami nak bagi Sha cuba lemak bakar.. Memang mantaplah nasi kerabu dia.. Sha yang tak makan taugeh pun boleh makan.. kikiki..

Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Nasi lemak telur mata (2) - RM13.00
Nasi kerabu daging bakar + solok - RM9
Nasi kerabu lemak bakar + telur masin - RM8.55
Teh o panas (2) - RM2
Teh o ais - RM2

Sunday, October 19, 2025

Zus Buttercreme Spanish Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali duduk makan dalam Zus cawangan baru di Behrang Sentral, Perak.. Cantik hiasan dalam dia.. Pagi tak ramai orang, memang syoklah lepak.. Sha pesan Chicken Meatball Marinara Pasta dan air Zus Buttercreme Spanish Latte.. Air tu dah 2,3 kali jugalah Sha beli.. Sha suka air Buttercreme Spanish Latte dia tu sebab rasa dia yang berkrim.. Walaupun minta kopi yang kuat tapi masih rasa berkrim.. Memang ngamlah kat tekak Sha.. Pasta dia tu, okaylah.. Nak kata sedap sangat pun tak.. Nak kata tak sedap, bolehlah.. Sos dia tak terlaluasam.. Ada keju, jadinya okaylah..

Chicken Meatball Marinara Pasta - RM13.90
Zus Buttercreme Spanish Latte - RM13.20

Wednesday, June 11, 2025

Warong 69, Kalumpang, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah perginya, lupa nak buat entry dekat blog ini.. Awal Mei hari tu Sha pergi dengan encik suami.. Lama dah sebenarnya nak ke sini.. Okaylah.. Jenis open air.. Masa sampai tu dia dah bubuh siap dekat board menu apa yang ada.. Nak lepak santai, tenang-tenang memang okaylah.. Harga pun okaylah tak terlalu mahal atau murah.. Biasa ja.. Rasa pula, okaylah.. Pada Sha tak ada wow faktorlah.. Sesekali nak ubah angin, okaylah..

Warong 69, Lot 185, Kampung Keliang, 44100 Kalumpang, Selangor

Antara menu yang ada masa kami pergi..
Owh ya, ada kuih muih juga..

Style macam ini tau kawasan dia.. Jenis outdoor.. Kalau malam sebelum tu hujan, banku kayu tu akan lembap sikit..

Nasi lemak lauk paru dan sambal sotong kembang..

Saturday, May 31, 2025

Happy Potato, AEON Seri Manjung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba Happy Potato ini.. Sha beli kombo 4 in 1 dengan harga RM26.50 termasuk tax.. Ada 3 jenis kentang dan 1 menu berasaskan ayam.. Beli pun sebab ada yang kombo dan harga nampak macam okay..

Fries tu memang ada dan kita boleh pilih 2 lagi jenis potongan kentang dan ayam.. Sha pilih kentang yang dipotong dalam bentuk wedges dan waffle.. Waffle tu ja disaluti serbuk pedas, lagi tiga disaluti serbuk cheese.. Menariklah rasa dia sebab guna serbuk..

Gambar nampak besar, bila dapat tak adalah besar mana.. Okaylah untuk dicuba.. Beli lagi munggin lain kali.. kikiki..

Monday, May 12, 2025

Kedei Kupi Cherok, Sungkai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin masa keluar makan kenduri tu, Sha sempat singgah sini.. Sebelum ini pernah datang tapi tak buka.. Kali ini datang memang rezekilah.. Cuma perut dah kenyang, kita cuba kopi dan mee kari tulang ja.. Jadilah kan.. Suasana dia memang klasik betul.. Suka Sha.. Boleh datang lagi nanti.. Kopi ais dia kaw betul.. Mee kari tulang tu memang puas hatilah.. Dagingnya lembut wei.. Banyak juga dia bagi.. Memang ngam.. Ada ja makanan lain kat sini macam roti bakar telur goyang, telur separuh masak, ubi rebus, nasi lemak dan aneka minuman..
Kedei Kupi Cherok, Bazzar Melayu, 7, Jln Kelab, 35600 Sungkai, Perak.

Mee Kari Tulang - RM15.00

Kopi Ais Kaw - RM4.00

Sunday, April 27, 2025

Ayam Gepuk Artisan, Behrang Resident, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cawangan terbaru mereka.. Selain di Behrang Resident, ada juga di Tanjung Malim cumanya Sha tak pasti di belah mana.. Sha tak adalah ambil gambar bahagian dalam kedai sebab kurang menarik.. Mereka baru saja beroperasi, masih dalam penambah baikkan pada Sha.. Lagipun Sha beli bungkus untuk makan di rumah.. Pada Sha harga yang ditawarkan memang berbaloilah dengan kuantiti makanan yang diberikan.. Puas hati Sha tengok nasi dan saiz ayam dia tu.. Sambal dia boleh tahan pedas.. Sha tak adalah makan banyak, Sha cicah-cicah ja.. Okaylah pada Sha..

Ayam Gepuk Artisan, Behrang Resident, Perak

Set B Classic - RM11.99 (ala carte)
Nasi, ayam suku, tauhu, tempe, timun, kobis, kicap & sambal

Set A Krispy (2pcs ayam) - RM11.99
Ayam 2 ketul, nasi, timun, kobis, kicap & sambal.

Sunday, January 19, 2025

Temujanji Sarapan di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi lepas ke pasar pagi dan meninggalkan tugasan ringkas buat Amani, Sha dan encik suami keluar bertemujanji.. kikiki.. Tak ada ke mana pun.. Naik motor ke Tanjung Malim ja.. Makan Mee Kicap Ayah Din.. Lama tak ke sini.. Lepas makan, pusing Behrang cari buah.. Alhamdulillah, rezeki pagi ini dapat jumpa buah mangga dna buah naga.. Memang lama Sha tunggu kemunculan penjual menggunakan hilux ini.. Akhirnya muncul juga.. Buah mangga dia manis.. Kali ini saja beli buah naga.. Sedap manis isi dia.. Begitulah aktiviti pagi ahad..

Air kopi o (RM1.20) dan Lemon panas (RM2.50)..

Mee Kicap (RM9X2) Istimewa hari Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja - Sedap dan rasa dia serta kualiti dia sama ja.. Tak berubah dari dulu.. Sup dia pun sedap.. Cili kicap tu pun padu..

Wantan goreng (RM8) - Baru pertama kali cuba.. Menarik dan sedap..

Tuesday, November 26, 2024

Cendol Atok, Sg. Besar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas ke Lumut, kami gerak ke Sungai Besar cari Cendol.. Pergh!! Memang berbaloilah singgah sini makan cendol.. Sha suka sebab cendol ini dia meriah dengan bahan.. Oleh kerana kami tak adalah lapar sangat jadinya beli satu cendol dan satu kudapan.. Owh ya, selain cendol ada je makanan berat.. 

Cendol Kacang Shantong - RM6
Boleh tengok meriah kan kacang shantong yang dia bubuh.. Rasa lemak santan tu ngam-ngam dan tak manis.. Memang sedaplah..

Soto @ Pecal Jawa - RM10
Meriah dengan bahan.. Ada ayam juga ye.. Berbaloi sangat dengan harga cumanya Sha tak makan banyak sebab agak pedas..

Cendol Atok
Lot 9495, batu 8 1/2, Jalan Besar, Sg limau, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Antara pilihan cendol yang ditawarkan..

Antara pilihan cendol yang ditawarkan.

Monday, November 25, 2024

989 Kopi di Pekan Lumut, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (23.11.2024) Sha keluar berdua dengan encik suami.. Kami ke Lumut menikmati kopi, kek dan lasagna di Kedai 989 Kopi.. Kedai yang comel dengan aneka pilihan kopi serta pastry.. Syok lepak sini sebab tepi laut.. Memang tenang dan relaks betul.. Cumanya sekarang musim hujan kan sempatlah merasa dibasahi hujan.. kikiki.. Puas hatilah Sha dengan tempat ini.. Santai betul..

Hazelnut Coffee - RM11
Butter Avacado Milkshake - RM14
Air avacado tu pergh!! Power.. Kopi tu memang balancelah bila gabungkan dengan kek..

Nutella Burnt Cheese - RM15
Sedap betul kek dia.. Memang sedang eloklah saiz dia tu untuk Sha makan..

Beef Lasagna - RM13
Pasta Bolognese - RM13
Makanan dia okaylah.. Sha suka lasagna dia.. Memang sedap.. Bolognese tu banyak daging cuma masam sikit..

989 Kopi
Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak

Antara pastry yang ada masa Sha datang..

Ada scone juga tapi Sha tak beli walaupun minat scone sebab ada cranberry.. Sha lebih suka plain scone..

Ini menu air dan makanan yang ada..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com