Showing posts with label Menang. Show all posts
Showing posts with label Menang. Show all posts

Friday, May 15, 2026

Rezeki Hari Ibu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak sengaja terjumpa tawaran ini di Thread.. Penulis bernama Lila Vee ini buat tawaran untuk beri 20 buah novel keluaran penerbit Manes Wordworks.. Sha pun sajalah cuba isi.. Sha pilih buku bertajuk Kimia oleh Akyelrahim.. Semalam masa scroll Thread, senarai nama penerima dah keluar.. Sajalah Sha tengok kot ada terselit nama Sha kan.. Alhamdulillah, ada rezeki Sha.. Kalau ikut kata penulis Lila Vee untuk buku yang ada lebih dari satu nama, itu adalah sumbangan dari penulis buku tu sendiri.. Terharunya lah bila nampak nama sendiri.. Sha memang betul-betul berterima kasih pada penulis Lila Vee dan juga Akyelrahim atas buku yang diberikan.. Semoga kedua-dua penulis ini serta semua penulis yang baik hati sendiasa diberikan ilham dan kesihatan yang baik untuk terus berkarya.. Aamiin.. Aamiin..

Ini post Lila Vee pada 10 Mei 2026..

Sha pun sajalah cuba nasib.. 

Bila tengok pengumuman beliau, tak sangka ada juga nama Sha.. 

Ini pengumuman penuh beliau.. Nampak tak betapa murah hatinya beliau dan juga penulis-penulis yang sudi memberikan buku secara percuma.. Beliau sendiri menambah dari 20 buah buku kepada 42 buah buku.. Sha doakan semoga semua penulis ini diberikan kesihatan yang baik dan ilham yang mencurah-curah untuk terus berkarya.. Aamiin.. Aamiin.. 

Saturday, May 2, 2026

Menang Program Pembaca E-Buku Aktif Perpustakaan Awam Labuan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekali lagi Sha berjaya menjadi peminjam ebuku terbanyak untuk Perpustakaan Awam Labuan.. Sha menggunakan eSentral untuk membaca dan meminjam dari elib.. Tapi kena daftar uPustaka dulu, baru boleh meminjam di elib tersebut.. Pilihan buku yang banyak dan sentiasa terkini memang memikatlah untuk dibaca.. Tempoh pinjaman pun 14 hari memang cukup lama untuk habiskan sebuah buku dan kita boleh pinjam sehingga 3 buah buku.. Berbaloi sangat sebab sentiasa ada buku yang boleh dibaca selagi ada telefon pintar..

Sha terima panggilan telefon pada 16 April 2026 jam 10.37 pagi dan hadiah wang tunai masuk ke akaun bank hari yang sama pada jam 11.08 pagi..

Sijil pula Sha terima pada 29 April 2026.. Cantik sijil dia, bolehlah Sha masukkan dalam Sumbangan di HRMiS.. 

Thursday, December 4, 2025

Menang Program Pembaca E-Book Aktif Perpustakaan Awam Labuan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jam 10 pagi (29.10.2025) Sha terima panggilan dari nombor yang tak bernama.. Risau nak angkat sebab Sha ingatkan spam.. Tapi angkatlah juga.. Alhamdulillah.. Rezeki sekali lagi.. Sha berjaya jadi pemenang bagi Program Pembaca E-Book Aktif Perpustakaan Awam Labuan bagi bulan Julai - September 2025.. Rasanya macam lama tak meminjam melalui PNM elib.. Sha dapat sijil dan juga hadiah wang tunai.. Jam 10.47 pagi (29.10.2025), Sha selamat terima wang kemenangan dalam akaun bank.. Alhamdulillah, banyak jugalah.. Lepaslah belanja 2 minggu.. kikiki..

Ini kali kedua Sha menang pembaca terbanyak ini.. 

Owh ya.. Sha daftar dengan uPustaka kemudian baru ke laman sesawang elib dan pinjam buku.. Buku yang kita pinjam atas talian ini boleh dibaca menggunakan aplikasi eSentral ataupun PNM eReader.. Akses dia menggunakan email dan password yang kita daftar di uPustaka.. 

Sijilnya sampai semalam..

Monday, July 14, 2025

Menang GiveAway Sempena Birthday 2025 by Blogger Notie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak perasan pengumuman Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025 oleh Blogger Notie ini.. Kebetulan pagi Rabu tu tengah ralit tengok Threads, tu yang perasan email masuk dari Kak Notie.. Terus balas.. Terima kasih kak.. Lepas tu terus Sha terjah blog Kak Notie.. Yeah!! Memang ada dalam senarai pemenang.. Sha peserta terakhir rupanya yang berkesempatan komen "Saya Nak" di entry GiveAway Sempena birthday 2025..

No 10. guys.. Alhamdulillah rezeki..

Hadiah selamat sampai pada 12.07.2025 tapi Sha baru ambil semalam.. Sha dapat notifikasi whatsapp dari penghantar.. Tu yang tahu Sabtu dah sampai.. Memang tak sabarlah lepas nampak gambar kotak.. Terima kasih Kak Notie untuk hadiah yang ohsem dan comel ini..

Argh!!!! Comelnya..

Wednesday, April 24, 2024

Coretan 15 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita gembira hari ini.. Membaca buku bukan sahaja mendapat ilmu atau mengembara ke dunia yang tak terduga.. Malah kerana membaca, hadiah yang tak terduga pun berjaya diterima..

Pukul 11.34 pagi Sha dapat panggilan tak bernama dari Labuan.. Muskil tapi Sha angkat.. Kalau dengar suara robot, Sha cadang nak letak je.. Sekali dengar suara perempuan beri salam.. Panggilan tu rupanya dari Perpustakaan Awam Labuan.. Memaklumkan yang Sha pemenang tempat kedua untuk kategori ebook bagi bulan Jan-Mac 2024.. Hadiahnya lumayan.. Wang tunai dna juga sijil.. Pemanggil tanya Sha di mana, Sha bagi tahulah di Semenanjung.. Beliau kirimkan email rasmi untuk maklumat seterusnya..

Rezeki makanan.. Encik suami datang ambil Sha di pejabat dan bawa ke Jamuan Raya di Cawangan UMNO Slim River.. Tak ambil banyak pun, sekadar yang boleh dimakan sahaja.. Nasi tu encik suami punya.. Sha makan soto, sate, lemang dan buah tembikai.. 

Saturday, October 7, 2023

Hadiah Teka Di Blog Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menang teka tempat percutian Anies yang seterusnya.. Sha tahu pun sebab baru singgah di Blog Anies petang semalam.. Eh!! Sha menang.. Tak sangka tekaan Sha betul.. Hadiah dari Anies sampai pada 06 Oktober 2023, petang semalam sampai.. Memang betul-betul kejutan.. Baru je baca blog Anies, hadiah pun sampai.. Terima kasih Anies.. Suka Sha bila terima kejutan begini.. Semoga Anies sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan serta dilapangkan rezeki oleh Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Makluman ini ada di entry terbaru Anies bertajuk Merhaba Türkiye..

Sementara komen Sha ini pula boleh tengok di entry Kaherah, Mesir: Masjid Al-Azhar.. 

Hadiah dari Anies..

Baju, broch dan nota dari Anies..

Terus pakai dan suruh encik suami tolong snapkan.. Memang cantik cun di badan Sha.. Pandai Anies pilihkan saiz tu.. Warna tu memang kesukaan Sha..

Wednesday, September 27, 2023

Menang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha tersenarai sebagai salah seorang pemenang di Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com.. Lepas tu Farhana ada tinggalkan komen untuk minta details Sha.. Petang lepas Sha bagi details, Farhana maklumkan ada beli kan sesuatu untuk Sha.. Semalam petang hadiahnya selamat Sha terima.. Cantik gila..

Terima kasih Farhana.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermuda semua urusan Farhana.. Aamiin..

Komen dari Farhana..

Sehelai tudung bawal yang comel dan cantik.. Lembut.. Suka Sha dengan warna dia..

Update: Lama tak pakai tudung bawal.. Yeah!! Skil masih mantap.. kikiki.. Tq Farhana, anak-anak Sha cakap, Sha muda bila pakai tudung ini.. kikiki..

Wednesday, January 4, 2023

Menang Top Komentator December 2022 di Blog Suria Amanda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Tahun Baru 2023.. Sha menang Top Komentator December 2022 di Blog Suria Amanda.. Sha pernah juga menang sebelum ini.. Alhamdulillah setelah lama tak menang di blog Kak SA.. Boleh terjah entry Kak SA yang bertajuk Pengumuman Top Komentator December 2022..

Ngam ngam je komen tu angka 100.. hehehe..

Sunday, January 1, 2023

Top Commentor di Blog Syazni Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi buka blog dapat berita gembira.. Hehehe.. Terima kasih SR sebab tingalkan komen.. Korang nak tahu apa yang best? Jom terjah entry SR bertajuk Top Post 2022 dan Top Commentor..

Pagi-pagi tau SR tinggalkan komen ini.. Terus Sha terjah entry SR tu..

Yeah!! Nama Sha berada di tangga ke 3.. Alhamdulillah.. TQ SR..

Thursday, November 24, 2022

Menang Hadiah ebook

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada Taklimat Pangkalan Data PNM Elib dari Perpustakan Negara Malaysia.. PNM memang rajin buat taklimat mengenai pangkalan data mereka dan selalunya Sha akan sertai kalau tak ada apa urusan atau kerja.. Muda nak sertai seba mereka buat secara atas talian.. Sebelum ini menggunakan aplikasi zoom tapi hari ini menggunakan aplikasi Google Meet.. Setiap kali taklimat, memang akan ada kuiz dihujungnya yang disertakan tawaran hadiah yang menarik.. Sha selau je jawab tapi tak ada rezeki.. Kali ini memang bertuahlah sebab laju beri jawapan.. hehehe.. Dapatlah 2 ebook percuma..


Soalan yang diberikan ialah "Saya di dalam shelf Pilihan Editor. Cover buku saya boleh bergerak-gerak. Nyatakan tajuk, penerbit dan penulis."

Hadiahnya ebook Love Elsa 1 dan Sweet Dreams oleh Booku En.

Inilah jawapan dia.. Kalau buka dekat page PNM elib, kapal terbang dengan perkataan STEM pada gambar buku tu bergerak-gerak.. Nak tengok?? Klik SINI..

Jam 12.55pm admin eLib dah hubungi untuk pemberian hadiah.. Memang pantas..

Jam 1.21pm Sha dah terima hadiah.. Buku ini duduk dalam library Sha.. Tapi akses melalui eSentral bukan PNM e-Reader.. Kalau korang ada akaun PNM e-Reader, boleh juga guna aplikasi eSentral ini dengan email yang sama korang akses PNM e-Reader tu.. Dekat eSentral ini boleh beli ebook, langgan ebook.. Yang percuma pun ada.. Malah buku yang korang pinjam melalui PNM e-Reader pun boleh baca guna eSentral ini.. Klik dekat perkataan Borrowed tu..

Saturday, October 22, 2022

Menang Giveaway Contengan Cuya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Yeah!! Sha menang GA yang dianjurkan Cuya.. Boleh semak pemenang di Pemenang Giveaway Contengan Cuya.. Sha dah pun menghantar Whatsapp kepada Cuya untuk pemilihan hadiah.. Nanti Sha kongsikan hasilnya di entry lain ye.. Tahniah juga Shaucapkan pada semua pemenang yang tersenarai..

Terima kasih pada Cuya sebab tela memilih Sha sebagai pemenang..

Alhamdulillah..

Sunday, October 2, 2022

Top Komentator di Blog anakomak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Yeah!! Lama dah tak tercalon sebagai Top Komentator.. Oktober bermula dengan berita gembira.. Alhamdulillah.. Sha tercalon sebagai Top Komentator di Blog anakomak.. Boleh baca di entry yang ini TOP COMMENTATORS - SEPTEMBER 2022.. Adoilah.. Lama tak buat kerja komen mengomen ini sebab keypad laptop Sha buat hal.. Tapikan sebenarnya bila singgah blog rakan-rakan ini banyak info menarik yang Sha dapat.. Kadang dapat teguran tanpa sengaja.. Teguran yang menarik Sha kembali ke jalan yang lurus.. Kadang tu terjumpa review drama atau filem yang menarik tapi tu lah, banyak sangat drama dan filem yang tak bertonton lagi.. 

Walau keypad buat hal, sha cuba juga jalan-jalan di blog rakan semua ye.. Mana yang tak sempat siggah tu, nanti Sha singgah ye.. 

Tu dia nama kita di atas sekali.. Kikiki.. Lama dah tak bersemangat macam ini..

Monday, April 18, 2022

Menang GA SR X Mitch Memoir Kampung Boy!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Ramadan.. Sha terpilih menjadi salah seorang penerima buku Kampung Boy.. Yeah!! Terima kasih kepada penganjur.. Korang bolehlah semak senarai pemenang di entry Syazni yang bertajuk PEMENANG GA SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY!

Bertuah no 12 ini.. hehehe..

Friday, February 18, 2022

Menang Hamper Crispy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Selasa (15.02.2022) Sha terima panggilan telefon mengatakan Sha menang hamper Crispy.. Sha ingatkan scammer, rupanya betul.. Hehehe.. Memang sebelum ini Sha ada beli combo Crispy (Crispy Peanut Butter & Crispy Spread) dekat Shopee.. Tak sangka pembelian combo tu ada cabutan bertuah.. Kalau dah rezeki tu memang tak salah alamatlah kan.. Semalam hamper ini sampai.. Punyalah besar kotak dia guna untuk pastikan hamper tak rosak..

Sha bersama sekotak hamper..

Inilah hampernya..

Sebakul produk Crispy.. Siap ada patung lagi..

Produk yang diberikan ialah:
Crispy Special Edition: Peanut Butter
Crispy Spread
Crispy Chocolate Share Pack
Crispy Specil Edition: Peanut Butter Cookies
Crispy Popz

Sunday, October 3, 2021

Menang Giveaway #1 by Aisyah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Sha baru tahu ada pengumuman pemenang dekat blog Aisyah.. Walhal sebelum tu dah berbalas mesej dengan Aisyah dekat IG.. Masa Aisyah mesej tu pun dah teruja.. Menang ke?? Alhamdulillah memang rezeki Sha.. Tak sabar tunggu hadiah sampai.. Yeah!! Terima kasih Aisyah pilih Sha sebagai pemenang.. Tahniah juga pada dua lagi pemenang.. Boleh tengok pengumuman Aisyah di PEMENANG GIVEAWAY #1..

Wednesday, September 29, 2021

Menang Birthday Giveaway Sheila Inspire

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Tak sangka ada rezeki menang Birthday Giveaway Sheila Inspire.. Yeah!! Jom check senarai pemenang di SINI.. 

Terima kasih maklumkan Sha.. Teruja bila baca mesej dari Sheila ini..

Menang blouse tu.. Hehehe.. 

Friday, August 6, 2021

Menang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Ada rezeki Sha menang di Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.. Teruja bila baca komen yang ditinggalkan Sha di entry Sha.. Faham ke.. Hehehe.. Kebetulan nama panggilan kami pun sama.. Sha bertemu Sha.. hehehe.. Boleh lihat peserta lain yang menang di entry Shalimar yang bertajuk Pemenang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.. 

Komen yang Shalimar tinggalkan untuk Sha.. Nampak perkataan bertuah tu terus Sha terjah.. hehehe..

Menang saguhati guys.. Bertuah rasanya.. 

Thursday, July 1, 2021

Menang Top Commentator Blog Syazni Rahim JUN 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat khabar gembira dari Blogger Syazni mengatakan Sha terpilih sebagai salah seorang pemenang.. Terus lompat bintang.. hahaha.. Sukalah dapat hadiah.. Terima kasih Syaz sebab pilih Sha.. Selain Sha dua pemenang lagi ialah Shida dan Fairus.. Tahniah juga buat mereka berdua ini.. Boleh terjah entry Syazni yang bertajuk Top Commentator Blog Syazni Rahim JUN 2021.. 


Nama yang bertuah setelah dibuat cabutan.. Hehehe..

Wednesday, June 2, 2021

Menang Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini Sha dapat tahu Sha menang Happy Birthday Giveaway by Abam Kie.. Yeah!! Dapat topup RM5.. Terima kasih pada Abam Kie sebab memilih Sha sebagai pemenang.. Selain Sha ada beberapa orang lagi yang turut menang.. Tahniah kepada anda juga.. Boleh semak kemenangan anda di entry Abam Kie yang bertajuk Keputusan Happy Birthday Giveaway by Abam Kie..

Yeah!! Blog Sha no 1.. hehehe

Tuesday, May 18, 2021

Menang Contest #luckyblog by AO!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Syawal.. Sha menang Contest #luckyblog by AO!.. Dapat duit raya RM5.. Yeah!! hehehe.. Boleh tengok senarai pemenang dekat entry Tahniah Para Pemenang Contest #luckyblog by AO!.. 

Komen AO di blog memaklumkan kemenangan Sha.. Hehehe.. Kalau dah rezeki pasti tak akan salah alamat.. Alhamdulillah..

Tahniah juga pada pemenang lain yang tersenarai..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com