Showing posts with label Review Novel. Show all posts
Showing posts with label Review Novel. Show all posts

Thursday, July 23, 2026

ebook | Ritma Yang Tertulis Takdir oleh Dalia Maritza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel ini kan memang terasa kesian pada mereka yang bergelar penyanyi ini tambahan pula yang memiliki kontrak kerahsiaan hal peribadi.. Hidup bertemankan kemasyuran namun kesunyian.. Bila jatuh cinta, belum tentu cinta tu kesampaian.. Tu belum lagi nak hadap perangai peminat yang terlebih fanatik, terlebih obses.. Seolah-olah penyanyi tu hak eksklusif mereka..

Zayne seorang penyanyi popular namun menyimpan rahsia tentang kehidupan sebenarnya.. Umira pula pengurus yang hampir menjadi isteri Zayne.. Awalnya semua baik-baik sahaja namun tiba-tiba kehidupan mereka mula berubah.. Sikap Zayne yang terlalu ketara pada Umira rupanya tidak disenangi.. Ada yang cuba nak menjatuhkan Zayne dan pada masa yang sama ingin merosakkan Umira.. Mereka mula tidak senang bila ancaman makin ganas.. Demi melindungi Umira, Zayne mengahwini Umira dan akhirnya dalang yang dicari tertangkap juga.. Peminat turut menerima baik berita perkahwinan Zayne dan Umira.. Dalang tu paling tak disangka.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2026..

Wednesday, July 15, 2026

ebook | Korus Untuk Ilia Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan sebuah naskhah yang lembut penyampaiannya, tetapi kuat meninggalkan kesan di hati.. Penulis sekali lagi berjaya menghidangkan sebuah cerita yang bukan sekadar tentang perjalanan watak-wataknya, malah turut menyentuh emosi pembaca.. Gaya penulisannya mengalir dengan tenang dan mudah diikuti.. 

Kisah 4 sahabat yang bertemu dan menjadi rapat kerana muzik.. Konflik dalam buku ini ialah tentang salah seorang dari mereka yang tragis namun itu bukan penghalang untuk dirinya terus bersinar.. Kisah cinta antara mereka juga comel dan manis untuk dibaca.. 

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan bacaan yang sesuai untuk mereka yang gemarkan kisah yang sederhana dan menyentuh perasaan..

Sha baca dan selesai pada 15.07.2026..

Published January 1, 2025

Tuesday, July 14, 2026

ebook | Behind the Melody by Layung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun naskhah ini tidak tebal, jalan ceritanya cukup kreatif dan mengujakan.. Bayangkan seorang remaja yang begitu meminati alat muzik tradisional tiba-tiba dibawa ke sebuah kerajaan bawah laut selepas memainkan gamelan yang disumpah.. Dari situ, bermulalah pengembaraan yang penuh warna, muzik dan juga kejutan..

Apa yang paling menarik perhatian Sha ialah dunia Chromatica yang dibina oleh penulis. Suasananya terasa unik dan imaginatif.. Penggunaan elemen muzik sebagai nadi utama cerita menjadikan novella ini mempunyai identiti yang tersendiri.. Ditambah pula dengan humor yang diselitkan di beberapa bahagian, pembacaan terasa ringan dan menghiburkan..

Di sebalik dunia fantasi itu, penulis turut menyampaikan beberapa mesej yang cukup bermakna.. Antaranya tentang keberanian menghadapi cabaran, pentingnya mendengar nasihat, serta bagaimana setiap perjalanan hidup sentiasa mempunyai hikmah yang tersembunyi.. Semua mesej ini disampaikan dengan gaya yang menarik tanpa dipaksa-paksa.. 

sha baca dan selesai pada 14.07.2026..

Published July 22, 2025 by Bookiut

Thursday, July 9, 2026

ebook | J-Pop Girl: Lunรฉ yang Sejati oleh Park Mellie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawa Sha mengenali Yuri Izara, seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang sangat meminati kumpulan &Team.. Seorang gadis yang mempunyai impian, rasa ragu dan semangat untuk menjadi diri sendiri dan bangkit dari kekecewaan akibat di buli.. Di sebalik dunia persekolahan yang penuh warna warni dan cabaran, tersimpan kisah tentang persahabatan, keyakinan diri dan usaha untuk mengejar cita-cita..

Sha suka cara penulis menyampaikan jalan cerita.. Bahasanya ringan, mudah difahami dan membuatkan pembacaan terasa santai.. Ada bab yang membuatkan Sha tersenyum, ada juga bab yang mengingatkan Sha bahawa setiap impian pasti datang bersama cabarannya..

Sha baca dan selesai pada 08.07.2026

Published September 11, 2024 by Bookiut

Tuesday, June 30, 2026

ebook | Takdir Hati: Neyra Aisya 2 oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya tamat juga pembacaan Sha untuk buku ini..  Sebuah sambungan yang berjaya membuatkan Sha terus melekat dengan kisah Neyra dan insan-insan yang hadir dalam hidupnya.

Dalam kehidupan, kita selalu mengharapkan pengakhiran yang indah.. Namun, perjalanan menuju kebahagiaan itu selalunya tidak semudah yang disangka.. Begitulah yang cuba disampaikan menerusi novel ini.. Ada cinta, ada pengorbanan, ada air mata dan ada juga saat-saat yang membuatkan hati pembaca terasa sesak..

Konflik yang disusun penulis membuatkan Sha tertanya-tanya apakah kebahagiaan benar-benar akan berpihak kepada mereka..

Sha suka bagaimana penulis menampilkan watak-watak yang tidak sempurna.. Mereka melakukan kesilapan, membuat pilihan yang sukar dan terpaksa berdepan dengan akibat daripada keputusan tersebut.. Ia menjadikan jalan cerita terasa lebih dekat dengan realiti kehidupan..

Kadang-kadang apa yang kita mahukan bukanlah apa yang ditakdirkan untuk kita.. Namun jika sudah tertulis dalam aturan-Nya, sejauh mana pun kita melangkah, akhirnya takdir tetap akan menemukan jalannya..

Sha baca dan selesai pada 30 Jun 2026..

Published June 1, 2026

Sunday, June 21, 2026

ebook | Mata, Hati Eiman oleh Linda Ilias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga habiskan koleksi ebuku pink Sha.. Buku terakhir ini berjaya buat Sha menangis.. Memang betul-betul di luar dugaan Sha penamat dia tu.. 

Kisah Eiman yang diduga dengan kehilangan kerja.. Pada saat dirinya sendiri kesusahan, Eiman tetap menghulurkan bantuan pada Farisha.. Pertemuan yang memberikan Eiman semangat dan juga kerja.. Tanpa Eiman dan Farisha jangka hati mereka saling bertaut.. Saat ingin melangkah ke fasa yang seterusnya ada satu kebenaran yang menyakitkan terpaksa mereka hadam.. Kebenaran yang menyebabkan Farisha kemalangan dan kritikal.. Eiman pula outus harap meneruskan kehidupan namun tetap ingin menyumbangkan sesuatu supaya Farisha tetap terus hidup..

Sha baca dan selesai pada 20.06.2026..

Saturday, June 20, 2026

ebook | Main Kahwin-kahwin oleh Arkeniz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selesai juga baca buku ini.. Tajuk dia tu ja dah boleh bagi tahu isi dalam buku ini.. Ceritanya tentang dua orang manusia bernama Hanis dan Afiq yang sudah berusia 30an tapi masih belum berkahwin.. Bila keluarga mereka mendesak untuk mereka berjumpa dengan calon yang dah dicarikan, Afiq memberikan cadangan yang agak mengejutkan.. Afiq mencadangkan dari jiran kepada besan.. Afiq mahu berkahwin dengan Hanis.. Tapi tu lah.. Watak Afiq tu memang kaku betul sesuai dengan perkerjaan dia yang berkerja dengan koding semua tu..

Okaylah buku ini ada konflik kecil pasangan yang baru nak memulakan kehidupan dan penyelesaiaannya.. Kadang romantis tu bukanlah seperti apa yang kita harapkan.. Ada yang ambil berat diam-diam dan menjaga dari jauh sahaja..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2026..

Tuesday, June 9, 2026

ebook | Isteri Tuan Nuhfae oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Nuhfae yang meninggalkan Miya selepas akad nikah.. Pergi tanpa sebarang penjelasan.. Miya terpaksa hadap semua tohmahan dan kemarahan.. Saat hati mula sembuh dari luka, Nuhfae muncul semula menagih cinta.. Bukan mudah untuk Miya maafkan namun usaha dari Nuhfae, mama dan ibu akhirnya membuahkan hasil.. Miya mula menerima Nuhfae.. 

Awal tu Sha macam tak boleh terima sangatlah dengan tindakan Nuhfae tu.. Meninggalkan isteri yang baru dinikahi tanpa alasan.. Walaupun dia ambil tahu perkembangan Miya dan bagi nafkah tapi entahlah.. Alasan Nuhfae tu.. Hurm..

Sha baca dan selesai pada 09.06.2026..

Wednesday, June 3, 2026

ebook | Pengantin Merah Jambu oleh Wannie Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang mengharapkan bacaan yang manis dan romantis.. Seromantis tajuk pada kulit ebuku.. Malangnya penulis bagi jantung Sha bergegar dengan teruk.. Nayra yang berbaju pengantin merah jambu ditemui Ardham sewaktu cuba melarikan diri dari dikejar.. Ardham selamatkan Nayra dan bawa balik rumah.. Walaupun Ardham tahu dia bawa balik masalah tapi Ardham biarkan.. Sehinggalah masalah mula muncul dalam bentuk seorang lelaki bernama Rizqan.. Rupanya Nayra bukanlah gadis biasa.. Kisah yang dibawanya cukup untuk meruntun jiwa.. Namun Ardham tak membiarkan Nayra berjuang seorang diri.. Akhirnya Rizqan tewan dengan cara yang paling dia tak sangka..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2026..


Saturday, May 30, 2026

ebook | Pengapit Tiga Kali oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis sentiasa berjaya memikat Sha dengan penulisan beliau.. Kali ini konflik pada watak utamanya iaitu Dhaniah seorang gadis bertubuh tembam yang berasal daripada keluarga bermasalah.. Oleh kerana itu Dhaniah menjadi seorang gadis yang sangat lurus dan berterus terang.. Ini merupakan mekanisma bagi melindungi dirinya.. Pada masa yang sama Dhaniah dikatakan terkena sumpahan pengapit kerana terlalu kerap menjadi pengapit.. Mitos yang kononnya "sentiasa menjadi pengapit, tidak akan menjadi pengantin".. Namun Dhaniah tidak memperdulikan kata-kata orang sebalik setia menjadi pengapit pada kawan baik dan juga adik tirinya..

Siapa sangka pertemuan dengan Hakimi menjadikan mereka kawan baik dan akhirnya membuahkan rasa..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2025..


Sha baca dan selesai pada 29/05.2026


Friday, May 29, 2026

ebook | Babysitter Pak Cik Duda 2 oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah rumah tangga yang filanda badai hanya kerana kurangnya komunikasi dan tolak ansur.. Akid merasa tertekan bila Dinas mengandung sebab Akid turut merasa alahan dan prestasi kerja dia terganggu.. Bila Akid hilang alah, Dinas pula diganggu alahan mengandung yang teruk dan ini turut memberi kesan pada emosi Akid.. Masa mereka rapuh, Alina muncul membuat kacau.. Rapuh kah cinta antara Akid dan Dinas atau berjayakah mereka melalui badai yang mengganggu rumah tangga mereka.. Kenalah baca.. Geram ja Sha dengan Akid ini tau.. Ish!! Memang sakit hatilah bila baca..

Sha baca dan selesai pada 29/05/2026..

Published 2026 by HD Ideal Publication

Thursday, May 28, 2026

ebook | Lelaki Yang Takut Untuk Bahagia oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki bernama Ariz yang dikhianati isteri dan sahabat baik.. Bukan mudah nak hadap rasa kecewa akibat pengkhianatan namun Aroz kena bangun demi anak-anak.. Saat luka mula menyembuh muncul Lila membantu urusan anak-anak Ariz.. Perasan Ariz kembali kacau kerana rasa yang mula hadir.. Bukan mudah menyembuh luka namun kehadiran orang baru mampu merawat sakit dikhianati..

Buku ini menarik sebab Sha baca sisi seorang lelaki yang terluka.. Selalu tu kita baca perempuan dikhianati kan.. Sesekali baca dari POV lelaki, menarik juga..

Sha baca dan selesai pada 27/05/2026


Tuesday, May 26, 2026

ebook | Demi Neyra Aisya oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sakit pula hati baca buku ini.. Ya.. Sakit tau hati kita puan penulis.. Tak baik tau buat Art macam tu.. Kesian dia.. Baru nak marah, tiba-tiba berbunga pula hati.. Eh.. Penulis suruh kita berdebar pula.. Tiba-tiba habis.. Kenapa!! Kenapa!!

Suku bab buku ini Sha baca, Sha rasa geram dekat Armel sebab perangai gila, ego dan cemburu buta dia.. Masuk bab 11, eh menyampah pula rasanya dekat si Rezwan dengan Mika ini.. Kalau dapat memang nak ku hempok kan aja.. Tiba-tiba terjatuh cinta pula dengan Ajai yang muncul jadi penyelamat.. Belum sempat hilang debaran dah di hujung cerita.. Sekarang ini tak tahu lah nak rasa apa.. huhuhu..

Cover buku ini langsung tak menggambarkan isi cerita dia.. Ingatkan merah jambu tu mampu lah buat hati berbunga-bunga.. Kejap ja ye.. Kejap.. Tak sempat nak kembang pun kuntum bunga tu dah kena cantas.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2026..

Published May 1, 2026 by Nursyazni e-Book Pub

Monday, May 25, 2026

ebook | Projek PHANTOM: Gema oleh Riley Fizan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan sambungan kepada buku bertajuk Projek PHANTOM: Halimunan oleh penulis.. Akhirnya berpeluang juga baca sambungan dia.. 

Buku kedua ini akhirnya mengungkapkan siapa sebenarnya Yellow yang dicari Cempaka dan Agus.. Malah suara misteri yang muncul di pendengaran Sheila setiap kali dia menanggalkan fon kepala turut memunculkan diri.. Rahsia kenapa Sheila tidak bersuara juga akhirnya terbongkat ketika Sheila dan Yellow ditangkap..  Misteri makin mengujakan dengan kemunculan Izuan yang tidak merasa sakit dan boleh berlawan dengan Yellow.. Dihujung cerita, satu lagi manusia yang disumpah muncul.. Kali ini berkaitan dengan sinaran.. 

Sha baca dan selesai pada 24.05.2026..

Published October 31, 2025 by Penerbit-X

Monday, May 18, 2026

ebook | Magis Perpustakaan: Sarkas Merrily oleh Sue Oshin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal pagi mula membaca dan terus hingga ke penamat.. Jalan cerita yang mengujakan dan pengembaraan yang mendebarkan.. Kisah Lydia yang menjumpai sebuah naskah tapa kata Tamat.. Lydia mengambil keputusan untuk menyambung cerita Nana yang melarikan diri dari bapanya yang kejam dan mencari Sarkas Merrily yang penuh keajaiban.. Bukan mudah namun usaha Lydia dibanti Kuyap seekor kucing ajaib dan Kapi yang comel.. 

Walaupun ada sedikit kekakuan dalam penyampaian cerita, namun Sha masih seronok membacanya sebab ianya kisah seorang penulis yang mencuba sehabis baik menyambung cerita yang tiada penghujungnya.. Tahniah penulis untuk sebuah buku yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 18.05 2026..

Published November 26, 2025 by Penerbit-X

Thursday, May 14, 2026

ebook | Afloat by Naadhira Zahari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan penemuan mayat Siew Fong yang terapung dalam kolam renang.. Leah mula mengimbas perkenalan antara dirinya dan Siew Fong sampailah ke bahagian dimana mereka mula menjarakkan diri akibat berbeza pergaulan.. Namun pada satu malam Siew Fong cuba menegur Leah agar kembali ke keadaan asal dan Leah memberontak.. Perkara akhir yang Leah ingat adalah kematian Siew Fong berpunca dari dirinya.. Memang Leah mula merasa tak tenteram dan saat hari terakhir Siew Fong, ada sesuatu yang terjadi.. Sesuatu yang membuatkan Leah mula menyiasat serta cuba mengalihkan kesalahan tu pada orang lain.. 

Bila Sha baca penamat dia memang Sha tak jangkalah ada rahsia yang tak ada siapa pun tahu dan Leah tahu secara tak sengaja.. Rahsia itu jugalah punca sebenar kematian Siew Fong..

Sha baca dan selesai pada 14.05.2026..

Published January 30, 2026 by Penerbit-X

Wednesday, May 13, 2026

ebook | Siri Puaka Sekolah: Bilik Seni oleh Azrul Rohiza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun buku ini buku cerita tentang hantu tapikan penulis turut menyelitkan Sudut Stem Seronoknya Belajar Sains.. Selepas Bab 4 - fenomena-fenomena metafizik, Bab 9-fenomena-fenomena kimia dan selepas tamat ada juga perkongsian lain mengenai Sains Teknologi Kejuruteraan Matekatik iaitu tentang fenomena-fenomena psikologi..

Buku ini tentang 4 orang pelajar iaitu Iqbal, Aaron, Lat dan Didi yang menamakan diri mereka sebagai Squad Ghost Hunters.. Mereka ini suka menonton dan mengkaji cerita-cerita seram dan mistik.. Ada sekali tu salah seorang dari mereka bercerita tentang bilik seni di sekolah yang mempunyai kisah seram dan mencadangkan permainan spirit of the coin tapi tidak dipersetujui.. Masalahnya yang mencadangkan tetaplah bermain dan akhirnya diganggu sebab permainan terhenti tanpa penutup.. Hanani yang mempunyai perasaan iri hati terhadap rakan sekelasnya cuba melakukan sesutu di dalam bilik seni, turut diganggu entiti tersebut.. Berjayakah mereka menghentikan gangguan tersebut? Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 13.05.2026..

Published November 30, 2025 by Penerbit-X

Tuesday, May 12, 2026

ebook | The Sky Serpent by Ismim Putera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini cerita tentang sebuah tempat yang ada mambang sebagai penjahat.. Ada dukun, bunian, manusia yang boleh berlawan menggunakan mantra dan ada keris yang ada semangat.. Memang buku fantasi yang menariklah untuk Sha..

Kisah Bawang yang ditinggalkan bersendirian.. Bawang cuba mencari mak dan adik dia namun bukanlah mudah sebab mak dia berada di dalam hutan yang mana mereka dilarang masuk.. Pada masa Bawang menjalankan tugas melindungi desa, mereka diserang mambang.. Mambang ini terlepas dari kurungan atau pagar yang dibuat untuk menghalang mereka.. Ada sesuatu yang lebih besar yang mambang-mambang ini mahu.. Rahsia tu ada pada Bawang..

Sha baca dan selesai pada 11.05.2026..

Published August 12, 2024 by Bookiut

Sunday, May 10, 2026

ebook | Cik Cupcake Encik Pembaris oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok cover novel pun dah boleh agak, ceritanya berwarna warni.. Memang tak dijangkalah bila Yumi yang comel terpaksa berkenalan dan berkahwin dengan Gibran yang lurus disebabkan ingin menyelamatkan kedai kek kesayangannya.. Gibran bukan sebarang lurus ya, hidupnya penuh dengan logik dan kira-kira, sesuailah dengan jawatan dia sebagai auditor tu tapi bila Yumi muncul huru hara jadinya.. Yumi pun tak sangka Gibran boleh jadi sangat romantis walaupun masih menggunakan pelbagai terma yang tak dijangka.. kikiki.. Memang kelakarlah..

Dalam pada bergelak ketawa, ada satu watak yang buat Sha rasa kesian.. Kadang perasaan dendam tu bukan baru, cuma orang sekeliling tak perasan.. Walaupun perbuatan dia salah namun dendam yang terlalu dalam dan lama bila tak dirawat, memang memakan diri.. Kesian juga sebenarnya dekat Rayna..

Sha baca dan selesai pada 08.05.2026..

Published January 1, 2026

Friday, May 8, 2026

ebook | Gadis Yang Dipinggirkan oleh Nuraisyah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa buku ini dekat elib.. Pinjam sebab gambar perempuan duduk dan bersedih tu menarik.. Jalan ceritanya okay, boleh dikembangkan lagi untuk jadi lebih menarik.. Ada isi dan pengajaran.. Kisah pelajar yang dibuli hanya keran menjadi kesayangn cikgu.. 

Cuma mungkin penulis ini baru baru nak mencuba agaknya.. Huru hara penceritaannya.. Lepas tu macam tak ada permulaan, hujung pangkal pun entah ke mana.. Perenggan lagilah.. Sabar je lah Sha membacanya..

Sha baca dan selesai pada 07 Mei 2026..

Published 2019 by DREAM OF FANTASY
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com