Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, June 20, 2026

Sarapan Mata Dengan Pemandangan PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha berjaya buat briskwalk walaupun awalnya terasa sangat malas.. huhuhu.. Semalam petang tak buat sebab hujan.. Pagi ini dah hampir nak gagal tapi paksa juga diri.. Paksa sebab Sha nak kekal sihat dan ringankan badan supaya stamina Sha sentiasa ada.. huhuhu.. Jadinya jomlah Sha kongsikan pemandangan sepanjang sha briskwalk ini.. Sha buat briskwalk ini dalam kawasan Politeknik ja.. Selalu tu Sha buat bentuk 8 tapi sekarang ini Sha buat 1 pusingan besar ja.. 

Kita naik ke atas menuju ke blok Q.. Ini kuarters pensyarah..

Depan tu kuarters pengarah dan timbalan pengarah..

Jom jalan..

Menuju ke Pusat Islam..

Tu dia Pusat Islam.. Sini tempat pelajar, staf dan tetamu solat..

Melangkah ke depan akan ada laluan turun bukit.. Kalau nak buat briskwalk bentuk 8, Sha kena turun dekat sini.. Belok ja kiri di hujung jalan tu..

Tapi pagi ini Sha belok ke kanan.. Terus ke asrama pelajar..

Persedian untuk menerima kemasukan pelajar baru esok (Ahad - 21.06.2026)

Ini menuju ke bengkel automotif di bahagian kiri dan kanan pula ada rumah warden..

Tu dia silau cahaya matahari..

Bermulalah perjalanan menurun bukit..

Guys.. Dulu kalau Sha kerja di Politeknik, sampai sini Sha perlu belok kiri untuk menuju ke Perpustakaan..

Selekoh ini akan menemukan kita dengan Jabatan Elektrik di sebelah kiri..

Hujung depan tu bangunan ULPL..

Sebelah kiri ini ada kantin dan Jabatan Perdagangan.. Sebelah kanan tu pula Dewan besar..

Sebelah kiri ini ada Jabatan Sukan, futsal dan juga padang bola.. Sebelah kanan ini parking kereta untuk pelajar dan orang luar kalau ada program atau event dalam Politeknik..

Jomlah kita mendaki untuk balik ke Kuarters..

Monday, June 15, 2026

Temujanji Yang Tertangguh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak ride ke Alor Pongsu untuk makan kari sembilang.. Plan ini memang dah dibuat sebelum encik suami ke Thailand lagi.. Plan asal sebenarnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami tapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, tertangguhlah plan ini.. Alhamdulillah, semalam berjaya juga direalisasikan.. Walaupun awalnya hujan turun dengan lebat, namun jam 7.40 pagi matahari mula memunculkan diri.. Selepas siapkan makan untuk anak-anak, kami terus gerak..

Singgah isi minyak di R&R Tapah arah utara..

Singgah sekejap ke toilet dan minum kopi di hentian sebelah Bukit Gantang.. Sha beli kopi mesin ja..

Alhamdulillah.. Sampai juga ke destinasi yang dituju.. Kami singgah gerai tepi jalan ja ni.. Makan kari sembilang yang padu.. Memang berbaloilah ride jauh-jauh demi kari sembilang ini.. kikiki..

Lepas tu kita pekena kopi pula tepi sungai bersama tiramisu.. Memang padu betul kopi dia..

Sempatlah tapau durian gred AA untuk dibawa balik.. Ini gambar durian ganti sebab sebiji durian yang kami pilih tu macam ada rosak sikit.. Beli dekat peraih, memang puas hatilah.. Siap dapat makan dulu penjual belanja.. Sekilo RM8 siap jaminan.. Kenyang tengok durian masa ini.. Durian baru-baru tau..

Masuk pekan Batu Kurau untuk solat.. Lepas tu kami terus gerak balik.. Singgah sekejap dekat hentian sebelah arah selatan pakai baju hujan.. Lepas tu memang terus pecut sampai rumah.. Alhamdulillah, basah sikit dekat bahagian leher dengan kasut ja.. Baju dan seluar selamat dari hujan.. kikiki.. Selamat sampai rumah jam 5.30 petang..

Sha beli 2 biji durian dengan harga RM31 (sekilo RM8).. Tapi sebiji tu ada rosak sikit, jadinya penjual ganti dengan buah baru 2 biji.. Memang penuhlah sebekas ini.. Puas hati betul sebab buah baru.. Sedap betul.. Mujurlah beringat, kalau tak dah licin dah ni.. kikiki.. Lama Sha tak merasa durian kampung yang sedap macam ini.. Lepas tu masa nak gerak ke lebuhraya, sempatlah beli juga buah manggis 3 kilo dengan harga RM20..

Ada rezeki memang Sha nak ke sini lagi.. Puas hati betul ride kali ini.. 

Monday, February 16, 2026

Kenduri Kahwin di Seri Iskandar, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad, Sha teman encik suami bawa MIL ke kenduri kahwin di Seri Iskandar.. Cantik betul tempat majlis dibuat.. Kalau ikut kata keluarga pengantin, orang yang menguruskan deko tu agak berusia tapi deko dia up to date okay.. Kenduri ini sebelah lelaki, menyambut menantu.. Sepupu encik suami.. Kami sampai dalam pukul 2 petang.. Makan banyak dah habis yang tinggal nasi putih, nasi beriani (kot), ayam goreng dan ayam masak bawang (ini lauk tambahan yang keluarga pengantin beli dari kedai mamak).. Sha makan nasi beriani dengan ayam goreng.. Nasi beriani dia, makan gitu ja pun dah sedap..

Baru sampai ke majlis.. Majlisnya dibuat di D'Kebun Homestay Wedding Village, Seri Iskandar, Perak.

Sebelum balik, keluarga pengantin suruh kutip dulu buah tangan.. Oleh kerana kami antara yang terakhir, dapatlah banyak jajannya..

Inilah antara yang berjaya dibawa balik.. Memang keluarga pengantin bagi selagi tak penuh plastik.. Ada rempah kari Kedah, maggi, kurma ajwa, kopi dan snek ikan..

Sunday, February 15, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Sekinchan, Selangor.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Sekinyuntuk kenduri anak buah sepupu encik suami berkhatan.. Kami keluar jam 9 pagi, sarapan roti canai dulu di Behrang Resident dan isi minyak di Behrang 2020.. Kami lalu jalan dalam ikut Selisik, Felda Gedangsa terus ke Sekinchan.. 

Pertama kali tengok bangau warna kelabu, hitam dan saiz besar.. Selalu tu warna putih dan kecil ja saiz dia..

Ini pun pertama kali Sha tengok, tanah sawah yang baru digembur sebelum di airkan dan ditanam baru..

Alhamdulillah sampai juga rumah kenduri.. Banyak lauk dia tapi Sha ambil gulai nanas, ikan masin goreng dan sayur timun bersama sambal belacan.. 

Buah tangan dari kenduri.. Ada 4 air kotak, 1 Imani dah selamat minum.. Air teh lemon.. Kerepek tu pun ada 4, 1 dah selamat dimakan..

Lepas kenduri, kami singgah sini beli kopi sawah, air matcha dan ais krim goreng..

Sempat singgah di Muzium padi Sekinchan.. Dapatlah beras ini 1 pek sorang.. Sha masuk dengan Amani dan Imani ja.. Tu yang dapat 3 pek ja.. Tiket masuk RM5..

Singgah berbelanja di ECO Sungai Besar dulu.. Asalnya nak beli roti tapi dah tak ada kedai roti ECO dekat Sg. Besar ini..

Sempat jugalah membeli belah buah-buahan di sepanjang jalan.. Jambu batu, jambu air dan limau tu dijual 1 pek RM10.. Tembikai tu sekilo RM3.50, sebiji tu RM7.50..

Ini pula kami beli masa singgah makan di Pasar Malam Sabak Bernam.. Sedap betul makanan dekat pasar malam ini.. Kebetulan dia ada buka meja juga..

Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah ngam-ngam pukul 7 malam.. Penat seharian berjalan, malam tu Sha tidur awal..

Monday, January 26, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kami gerak dari Behrang jam 2.30 petang hari Jumaat menuju ke Kelantan untuk kenduri kahwin sepupu encik suami yang akan berlangsung pada hari Sabtu.... Awal perjalanan ini Sha bawa kereta terlebih dahulu sampailah ke Petronas di Hentian Rehat Simpang Pulai.. Encik suami isi minyak dan Sha beli roti buat alas perut sebelum gerak semula.. Lepas isi minyak, encik suami bawa kereta pula sampailah ke Kelantan.. Perjalanan ke Kelantan agak perlahan sebab bertembung dengan banyak lori.. Perjalanan balik pula lancar dan sangkut sekejap masa nak turun sebelum sampai Belum Rainforest Resort.. Ada kemalangan.. 

Keluar tol Kuala Kangsar untuk lalu ke Lenggong, kemudian naik Gerik menuju ke Kelantan..

Kami singgah dua kali di Masjid ini.. Masa nak ke Kelantan singgah solat Asar di sini.. Masa balik singgah solat maghrib..

Cerah lagi masa lalu disini..

Singgah makan malam di Jeli sebelum gerak semula ke hotel.. boleh tahan makanannya.. Ada lagi lauk lain yang Sha pesan iaitu tomyam campur, dengan pad krao pao..

Makan nasi kerabu lauk lemak bakar dulu sebelum gerak ke tempat kenduri..

Berkumpul di Homestay dulu sebelum ke dewan untuk majlis akad nikah dan bersanding..

Majlis bermula dengan upacara akad nikah..

Singgah beli colek dulu dekat sini.. Sakan jugalah bershopping disini.. kikiki..

Singgah masa dalam perjalanan balik.. 

Kami singgah makan di Gerik dan bertolak semula jam 9 malam Selamat sampai ke Behrang jam 11.30 malam..

Monday, January 5, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Lahat, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (29.12.2025) Sha terima jemputan kenduri kahwin dari rakan sekerja semasa di PSAS.. Tempat kenduri tu di Ghomah Kendughi, Lahat Perak.. Unikkan nama tempat tu.. kiki.. Kendurinya berlangsung semalam.. Sha pergi berdua ja dengan encik suami, anak-anak tak jadi ikut.. Gerak dari rumah jam 9 pagi, lalu jalan lama ja.. Tak ada nak kejar apa, tenang-tenang ja.. Sempatlah menyinggah beli air di Zus dan makan roti canai dekat Bidor.. Lepas tu terus gerak pergi tempat kenduri.. Meriahlah jumpa kawan-kawan masa kerja di PSAS dulu.. Ada tu memang Sha tak ingat langsung siapa.. Mujurlah encik suami kenal.. kikiki.. Kiranya ini trip pertama untuk tahun 2026..

Suka lalu sini.. Cantik ja pemandangan dia.. Ini laluan sebelum sampai Pekan Bidor..

Berdua ja kami..

Menu yang diambil.. Nasi arab dengan lauk daging masak hitam, dalca dan ulam-ulaman.. Lepastu ambil kuih, buah tembikai dan sepotong kek bersama semangkuk bubur gandum.. Air Sha ambil air kosong ja..

Sempatlah menyinggah AEON Station 18, Ipoh.. Tengok wayang dan beli mainan comel ini..

Singgah makan char kuey teow udang dan kuey teow goreng kerang dulu tak jauh dari Taman Herba Gopeng..

Ini pula singgah tepi jalan..

Selamat sampai di parking kuarters.. 12 jam jugalah keluar merayap hari ini..

3 bekas durian ini berharga RM45.. 2 bekas durian D24 dan satu bekas durian bukit.. Durian D24 tu memang berkrim dan manis.. Durian bukit tu pula, rasa pahit-pahit dan tak manis..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com