Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Saturday, August 22, 2026

Perginya Tak Kembali

Assalamualaikum..

Dukacita dimaklumkan bahawa mak mertua Sha, Rahmah Binti Pandak Ismail telah meninggal dunia pada 22 Ogos 2026 jam 11.10 pagi tadi..

Kepada semua yang membaca entry ini, Sha mohon sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin..

Alhamdulillah selesai urusan pengebumian jenazah..

👣 Jejak Sihat | 20-22 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita briskwalk Sha.. Khamis berjaya briskwalk.. Jumaat tak berjaya sebab MIL masuk kecemasan.. Alhamdulillah, malamnya dibenarkan balik.. Pagi ini dapat briskwalk..

Langit hari Khamis.. Terang betul.. Bahagia mata dan jiwa Sha..

Cerahkan..

Teruja betul bila tengok langit biru macam ini..

Petang Khamis dapatlah buat 3186 langkah dengan masa 32 minit.. Meriah sepanjang jalan dengan pelajar berlari serta beriadah..

Matahari mula menunjukkan cahaya.. Tapi gunung tu berkabus tebal.. Nampak sipi-sipi ja..

Alhamdulillah.. Makin cerah..

Pagi ini jauh sikit kita briskwalk.. Nak cover semalam yang tak berjaya buat.. kikiki..

Wednesday, August 19, 2026

👣 Jejak Sihat | 19 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang tadi dapat briskwalk.. Memang seronoklah hari ini.. Cuaca redup ja sebab Behrang baru lepas hujan lebat.. Sha risau juga sebab nampak mendung ja macam nak hujan lagi tapi briskwalk juga.. Kalau hujan, basah.. Bolehlah mandi hujan sambil mengenang zaman kanak-kanak.. kikiki.. Sha selamat sampai rumah dalam keadaan kering.. Ramai juga pelajar yang berlari dan beriadah petang ini.. Tangan tetaplah menggenggam sebiji batu sebagai keselamatan tambahan.. kikiki

Mendung ja langit..

Puncak gunung terlindung di balik awan..

Nak ambil gambar penuh tapi tak dapatlah pula..

Alhamdulillah.. Sejuk jiwa dan raga Sha..

Selesai 30 minit briskwalk dengan 3098 langkah..

Tuesday, August 18, 2026

👣 Jejak Sihat | 17 & 18 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin Sha briskwalk.. Walaupun macam risau-risau tapi tetaplah briskwalk juga sambil bawa batu sebagai langkah berjaga-jaga.. kikiki.. Pelajar tak ramai pula yang beriadah petang Isnin tu.. Mungkin sebab sebelum tu hujan kot.. 

Petang tadi Sha tak briskwalk keliling Politeknik, tapi briskwalk dekat pasar malam.. kikiki.. Jenuhlah pusing pasar malam, menunggu anak-anak pilih nak makan apa..

Langit cerah betul.. Ini baru lepas hujan..

Bekal Sha briskwalk.. kikiki..

Jadilah 30 minit dengan 3000 langkah..

Berjayalah jalan kaki 23 minit dekat pasar malam ja.. kikiki..

Sunday, August 16, 2026

📷 Coretan Sehari | 16 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak Sha punya bacaan HB rendah.. Sha pastikan Sha makan ikut aturan.. Sha rasa sejak Sha kurang nak makan dan tak menentu makan, tu antara faktor yang buatkan bacaan HB Sha rendah.. Kadang tu kalau dah terlepas jam 7 malam, Sha memang tak makan dah.. Sangguplah berlapar dari makan.. Bila dah biasa memang tak heranlah kalau tak makan malam.. Kadang tu 2,3 hari tak makan nasi.. Sha makan roti atau buah ja.. Makan tak cukup zatnya.. huhuhu.. Ini kena makanlah balik dengan normal.. Ada sayur, protein, karbohidrat dan buah-buahan.. 

Lauk ulam air asam.. Bila ada lauk ini, terbuka selera nak makan.. Taklah bertambah tapi, makan tu adalah sayur, ikan sekali dalam tu.. Ini menu tengah hari dan malam Sha..

Dua lauk yang membuka selera.. Segar betul siput sedut tu.. Isinya penuh.. Adalah 5,6 ketul yang tak boleh nak disedut.. Lain-lain tu memang keluarlah isinya..

👣 Jejak Sihat | 16 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi briskwalk pagi ini.. Risau kan anjing tapi tetaplah jalan juga.. Pagi ini lambat pula cerahnya.. Oleh kerana semalam tiba-tiba anjing buat kemunculan, harapnya hari ini tak adalah.. kikiki.. Pagi ini pun jalan tenang ja.. Adalah selisih dengan 2,3 orang manusia tapi selebihnya memang kosong.. Kosong, tenang dan sejuk ja.. Anjing tak ada.. Yeah!!

Laluan setiap Sabtu dan Ahad.. Bangunan kuning tu admin dan dewan kuliah.. Ini laluan tengah..

Langit terang tapi tak cerah lagi.. Lampu jalan tu pun masih menyala..

Kabus melindungi gunung ganang namun dah mula nampak cahaya oren..

Kiri tu Pusat Islam.. Kawasan yang Sha bulatkan tu lah, ada anjing 2 ekor.. Pagi ini tak ada tu yang boleh nak ambil gambar.. kikiki..

Makin cerah dah langit waktu ini..

Kawasan pagar yang koyak tetuk dan menjafi laluan anjing keluar masuk..

Kronologi semalam.. Asalnya anjing tu dekat kawasan kereta biru tu.. Lepas tu dia berlari-lari ke kawasan yang Sha bulatkan tu.. Itu laluan masuk ke kuarters Sha.. Memang terus telefon encik suamilah untuk selamatkan Sha.. kikiki..

Bekal briskwalk pagi tadi.. kikiki..

Walaupun risau-risau, berjaya jugalah jalan 46 minit dengan 4662 langkah..

Saturday, August 15, 2026

📷 Coretan Sehari | 15 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini seharian Sha sibuk ke hulu, ke hilir.. Lepas briskwalk, bawa Imani ke nursery nak cari pokok kaktus.. Nursery depan politeknik tutup pula, mujurlah dekat Tanjung Malim buka.. Jumpalah kaktusnya dan satu pokok daun.. Ini nak buat kerja kumpulan.. Last minutes baru bagi tahu mak.. Memang membebel-bebellah mak.. Tapi tetaplah carikan juga..

Masa tengah cari pokok, encik suami telefon minta tolong.. Beliau tersadai dekat tepi jalan, kereta habis minyak.. Bocor, encik suami tak perasan.. kikiki.. Jadinya lepas belikan barang-barang keperluan Imani dan hantar Imani ke rumah kawannya, Sha pun geraklah ke Slim Village ambil encik suami.. Lepas ambil encik suami, menyinggah pula ke MR.DIY cari gam untuk tampal bahagian yang bocor tu.. 

Gerak balik rumah nak ambil Amani pula untuk hantar ke rumah kawan dia.. Amani pun nak siapkan kerja sekolah juga.. Amani ni memang terus sampai malam sebab petangnya nak ke rumah kawan lain sebab ada majlis BBQ.. Layan je lah, anak-anak dah makin sibuk dengan kerja kumpulan, kerja sekolah..

Banyak kaktus nya tapi yang tak berduri terlalu sedikit.. huhuhu.. Adalah dari tak ada kan..

Hantar kakak Amani pula.. Waktu Sha hantar Amani ini, encik suami pergi balik ke Slim Village naik motor nak gam dulu bahagian yang bocor tu.. Kalau tak nanti, tak kering pula gamnya..

Sempatlah Sha singgah mencari lauk kerang rebus, sambal tempe dan udang tempoyak dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Behrang Residen.. Asalnya nak beli siput sedut tapi tak ada pula..

Singgah juga ECO Shop mencari jajan menarik.. Sebelah ja dengan Nasi Bamboo tu, memang laju ja lah menyinggah.. kikiki.. Kemain banyak jajan baru dekat ECO Shop..

Bateri kereta yang encik suami bawa balik juga untuk caj.. Ini nak gerak hantar beliau ke kereta balik.. Masa menyinggah beli minyak petrol, Imani mesej cakap kerja kumpulan dia dah siap.. Sha suruh tunggulah sekejap sebab nak menghantar encik suami dulu..

Masa dalam perjalanan menjemput Imani, ada kereta dok bagi-bagi lampu.. Sha ingatkan ada sekatan polis.. Sekali tersadai bangkai babi yang dah hilang kepalanya dilanggar kereta dekat tengah-tengah jalan.. huhuhu.. Mengelaklah semua kereta ke kiri sikit..

Inilah keretanya, comot sebab bawa masuk kebun.. Patutnya beliau ke Ulu Slim pagi ini untuk membaja, tapi tu lah dah rezekinya nak tersadai kan.. Jadinya petang ini encik suami pergi hantar ja baja tu dulu.. Esok pagilah baru encik suami sambung membaja..

Selesai hantar encik suami, bergegaslah Sha mengambil Imani pula.. Siap dah kerja kumpulannya..

Biru betul langit bila ambil bawah cahaya.. Lepas Maghrib keluar ambil Amani pula.. Kepenatan betul hari ini..

👣 Jejak Sihat | 15 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha keluar briskwalk.. Patutnya awal lagi nak keluar tapi biasalah.. Nak meninggalkan pesanan terlebih dahulu pada anak dara berdua tu.. Tu yang lambat.. Pagi ini memang kurang bernasib baiklah Sha.. Mula tu okay ja.. Sampai dekat Pusat Islam, dah nampak kelibat anjing berkejar-kejaran.. Makany Sha pun patahlah balik ubah laluan.. Ingatkan dah tak adalah.. Eh!! Muncul pula dia saat Sha dah hampir nak sampai kuarters.. Boleh pula dia santai-santai depan tempat buang sampah.. Terpaksalah Sha telefon encik suami minta tolong.. Mujur ada lagi beliau dekat rumah.. 

Stress betul dengan anjing-anjing ini.. Makin bermaharaja lela pula dia dekat kawasan kuarters ini.. Semalam dalam group whatsapp pun ada staf dan pensyarah bising juga.. Ada yang bagi tahu anjing ini dah sampai dekat kawasan akademik dan ada yang tidur depan pintu masuk rumah.. 

Anjing-anjing ini terlepas masuk bila ada pagar yang rosak.. Aduan dah dibuat, budget tak ada katanya untuk kerja-kerja baik pulih.. Risau anak-anak duk main bawah kuarters ini.. Harapnya tak adalah kejadian yang tak diingini.. Sha nak briskwalk pun jadi seram..

Alhamdulillah.. Langit cerah, matahari pun dah mula menunjukkan cahayanya..

Langit cantik betul..

Langit dah mula menunjukkan warna birunya..

Alhamdulillah.. Terang jelas puncak gunung tu..

Lega rasanya bila tengok langit cantik pagi ini.. Rezeki hujan semalam, hilang jerebu.. 

Berjayalah Sha briskwalk selama 40 minit..

👣 Jejak Sihat | 13 & 14 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita hari Khamis dan Jumaat.. Khamis Sha dapat briskwalk sebelah letang sebab pagi ada temujanji.. Langit dah mula cerah hari Khamis ini.. Nampak macam tak teruk sangatlah jerebunya.. Jumaat tak dapat briskwalk sebab hujan.. Alhamdulillah.. Memang seronok sangatlah hujan.. Makin kuranglah jerebu bila hujan ini.. Sejuk pun sejuk cuaca..

Langit nampak mula cerah.. Kelihatan biru dan awan bertebaran..

Sebahagian langit dah mula mendung..

Separuh cerah separuh mendung..

Berjaya jalan selama 30 minit..

Petang Jumaat tak dapat briskwalk sebab hujan.. Ini tengah hujan lagi tau.. Lama hujan ini dari jam 12.45 tengah hari sampailah ke malam..

Wednesday, August 12, 2026

👣 Jejak Sihat | 📷 Coretan Sehari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 3 hari Sha.. Hari Isnin nak briskwalk tapi cuaca tak mengizinkan.. Guruh berdentum-dentum dan hujanlah juga walaupun tak lebat.. Jadinya kita santai-santai ja di rumah merenung dinding sambil melayan anak-anak.. 

Petang Selasa langi tak adalah cerah, jerubu kan sekarang ini.. Sha keluarlah berjalan kaki.. Buat 1 pusingan ja.. Meriahlah jalan dengan pelajar politeknik.. Ada yang baru selesai kuliah, ada yang beriadah..

Pagi tadi Sha briskwalk.. Hari ini cuti, jadinya kita luangkanlah masa briskwalk.. Petang karang tak tentu lagi dapat buat.. Lepas briskwalk, Sha keluar sarapan dengan encik suami.. Nampaklah perbezaan cuaca bila jerebu.. Langit tak secerah biasa.. Ada cahaya matahari tapi suram.. huhuhu..

Pemandangan petang selasa..

Gelap bukan sebab hujan tapi jerebu.. huhuhu..

Buat satu pusingan.. 33 minit dengan 3243 langkah..

Pagi Rabu yang mendamaikan.. Trafik meriah dengan mak ayah yang keluar menghantar anak sekolah dan ada juga yang menuju ke tempat kerja..

Masih lagi gelap.. Jerebulah kan..

Puncak gunung tu tak kelihatan diselubungi awan @ jerebu?

Berjaya buat 38 minit dengan 3802 langkah..

Sempatlah dating dengan encik suami.. kikiki.. Eloklah tu.. Buang lemak, lepas tu tambah balik lemak.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com