Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, August 19, 2026

Singkatan Kecil, Makna Besar Dunia Pembaca

Assalamualaikum..
Hye semua..


Ini Sha dapat dari perkongsian seseorang dekat Thread.. Boleh klik link yang Sha kongsikan ini..

Sunday, August 9, 2026

National Book Lovers Day! ❤️๐Ÿ“–

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ia disambut setiap 9 Ogos, sebagai hari tidak rasmi untuk meraikan orang yang suka membaca, buku, perpustakaan dan segala benda yang berkaitan dengan dunia buku.. 

Kalau nak buat sesuatu sempena hari ini, tak semestinya kena beli buku baru. Boleh ja:-
๐Ÿ“– sambung buku yang tengah baca
๐Ÿ  susun rak buku
☕ baca sambil minum kopi/teh
๐Ÿ“ธ kongsi currently reading

Wednesday, April 1, 2026

Puasa 6 Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang dah mula puasa 6 Syawal ke ataupun dah habis? Tahniah pada yang dah habis dan chayook!! Chayook pada yang baru nak mula atau dah pertengahan.. Sambil-sambil tu bolehlah habiskan sekali puasa ganti.. Sementara masih ada momentum dari Ramadan, jom kita usahakan untuk selesaikan seawal yang boleh.. 

Banyak kelebihannya..

Ini pula niat kalau nak puasa 6 Syawal sahaja ataupun nak sekalikan dengan puasa qada.. Buatlah ikut kesesuaian masing-masing..

Monday, March 2, 2026

Lima Panduan Membaca di Bulan Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini panduan yang dikongsikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.. Semoga bermanfaat buat semua yang suka membaca atau yang baru berjinak-jinak dalam hobi membaca..

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang terbaik untuk membina tabiat membaca secara konsisten.. ๐ŸŒ™

Semoga Ramadan ini lebih bermakna dengan ilmu dan inspirasi..

Friday, February 6, 2026

Perjanjian Sewa Rumah #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha mohon cuti untuk ke LHDN Teluk Intan bagi menyelesaikan urusan setem perjanjian sewa rumah.. Sebenarnya ini kali kedua Sha buat.. Sha pernah buat setem perjanjian sewa rumah ini pada 2018.. Lepas tu memang tak buat dah.. Penyewa kelima ini kita buat balik.. Kalau dulu manual dan kena ke kaunter LHDN, kali ini lebih mudah sebenarnya.. Boleh buat atas talian ja, cuma Sha tak jumpa bagaimana.. Bila sampai di LHDN Teluk Intan, petugas kaunter tu dia bantu kita untuk buat setem tu secara atas talian menggunakan telefon.. 

Sha salah jalan, sebab tu tak jumpa.. Sha cari di aplikasi bukan di website.. Walhal dah minta tolong ChatGPT, tetaplah tak berjaya juga.. Kelakar pun ada.. Jadinya bila Sha dah jumpa, kenalah kongsikan dengan pembaca juga sebagai maklumat tambahan kalau berminat nak buat.. Sha berjaya buat myTax dan muat turun aplikasi dia tapi stamping ini kena buat di laman sesawang dia bukan aplikasi dia.. Tu yang tak jumpa-jumpa.. 


Apa Itu e-Stamp LHDN untuk Perjanjian Sewa Rumah?
e-Stamp ialah kemudahan atas talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk proses setem perjanjian sewa rumah, tanpa perlu ke kaunter. Ringkasnya, lepas perjanjian sewa ditandatangani, dokumen tersebut perlu disetem supaya ia sah dari sudut undang-undang. Sekarang, semua itu boleh dibuat secara digital.

Apa yang Perlu Dibuat?
1. Daftar / log masuk ke portal MyTax LHDN - https://mytax.hasil.gov.my/
2. Pilih menu - Perkhidmatan ezHasil - Duti Setem - e-Duti Setem
3. Klik untuk teruskan - Individu - klik nama sendiri - Borang Permohonan - penyeteman
4. Isi maklumat yang diperlukan
5. Muat naik Perjanjian Sewa Rumah (ini kena pastikan ada tandatangan kedua-dua pihak dan salinan ic kedua-dua pihak).
5. Buat bayaran duti setem (ini akan dikira mengikut tempoh perjanjian)
6. Cetak atau simpan resit e-Stamp sebagai bukti (bolehlah beri satu kepada penyewa, dan simpan sendiri satu salinan).

Bila Perlu Buat e-Stamp?
Perjanjian sewa perlu disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia ditandatangani.
Jika lewat, boleh dikenakan denda.

Kenapa e-Stamp Penting?
1. Melindungi hak penyewa dan tuan rumah
2. Memudahkan urusan jika berlaku pertikaian
3. Dokumen lebih kemas, sah dan teratur
4. Tak perlu beratur panjang di pejabat LHDN

Thursday, February 5, 2026

Voucher CelcomDigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha terlepas satu voucher.. Tak pasti apa tapi ada gambar ayam.. Bila buka dah hilang.. diganti dengan voucher Zus.. Ada 2 voucher tau dia bagi.. Satu dia countdown masa/hari, yang satu lagi tu kena check-in hari-hari sampai hari yang ketujuh baru dapat vouchernya..

Ini tak pasti voucher apa tapi berkaitan dengan aiskrim.. Kena check-in setiap hari aplikasi CelcomDigi ini.. Hari yang ketujuh barulah available voucher tu..

Voucher Zus ini dia bagi countdown tau.. Kalau tak claim dalam tempoh waktu yang dia bagi tu, nanti voucher tu hilang begitu sahaja..


Yeah!! Dapat lagi voucher Zus dari CelcomDigi.. Harga voucher ini RM2.99 dan nilainya RM9.90

Hari ini bila Sha buka aplikasi CelcomDigi, dah ada tawaran baru, yang bahagian atas tu..

Tuesday, August 12, 2025

Townhall Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles dan Rubella

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tengok apa yang dikongsikan dalam sesi sejam ini.. Semoga bermanfaat buat semua..













PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

“Townhall Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles dan Rubella (Measles Rubella Supplementary Immunization Activity, MR SIA) Pejabat Kesihatan Daerah Muallim 2025”

Tarikh: 12 Ogos2025 (Selasa)
Masa: 3.00-5.00 petang
Kaedah: atas talian

Moderator: Dr Normaskinah Yahya

Panel 1 : 
“Measles & Rubella, anak kita selamatkah???”
Dr Siti Norhani bt Suhaimi
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
Klinik Kesihatan Slim River, Pejabat kesihatan Daerah Muallim

Panel 2:
“Pelaksanaan Program MR SIA di Daerah Muallim”
Dr Ummi Mirza bt Baharudin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pejabat kesihatan Daerah Muallim

Wednesday, August 6, 2025

Libib | Library Management Web App

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha kongsikan mengenai Libib ini dengan anda semua.. Aplikasi ini bagus digunakan sebagai sistem penyimpanan dan pencarian buku untuk perpustakaan yang ada koleksi bahan dalam 5,000 (ini percuma) ke bawah, kalau bukunya lebih dari 5000 kita kena bayar untuk tambah buku yang selebihnya.. Lebih mudah nak cari dan kenal pasti bahan yang kita ada melalui aplikasi Libib ini.. Sha pun masih belajar guna lagi.. Tapi bagi Sha memang mudahlah untuk Perpustakaan yang tak ada sistem untuk menyimpan koleksi buku mereka..

LANGKAH 1: Daftar Akaun Libib
1. Pergi ke laman web: https://www.libib.com
2. Klik “Sign Up” (atas kanan)
3. Pilih pelan “Basic (Free)” – sesuai untuk permulaan
4. Masukkan maklumat:
- Nama
- Emel rasmi tempat kerja (boleh juga guna emel biasa)
- Kata laluan
5. Sahkan emel melalui inbox.

LANGKAH 2: Cipta “Library”
1. Selepas log masuk, klik butang “+ New Library”
2. Namakan perpustakaan, contoh: Perpustakaan Perubatan Klinik ABC
3. Pilih jenis koleksi: Books
4. Klik “Create”

LANGKAH 3: Masukkan Buku ke Dalam Sistem
๐Ÿ“ฑ Cara 1: Guna App Libib di Telefon
1. Muat turun aplikasi Libib di Google Play / App Store.
2. Log masuk.
3. Buka perpustakaan yang dibuat tadi.
4. Tekan ikon barcode scanner, dan mula scan ISBN buku satu demi satu
5. Maklumat buku akan keluar automatik (tajuk, pengarang, penerbit, dll)
6. Jika tiada barcode, boleh tambah secara manual.

๐Ÿ’ป Cara 2: Guna Web (Lebih Sesuai untuk Masukkan Buku Banyak Sekali Gus)
1. Klik tab Books > Add Item.
2. Boleh cari guna ISBN atau tajuk.
3. Masukkan info buku (tajuk, penulis, tahun, lokasi rak).
4. Ulang untuk semua buku.


Ini paparan kita sebagai pemilik.. Boleh imbas ja barkod pada buku kalau nak cepat atau masukkan secara manual sekiranya tiada barkod atau buku tu Libib tak jumpa datanya..

Ini pula paparan bila kita gunakan aplikasi Libib di telefon..

๐Ÿ“ฑ Saiz App Libib:
Sekitar 15–20 MB sahaja
(tidak termasuk data tambahan selepas penggunaan)

iOS (App Store):
Sekitar 30–35 MB

➡️ Sangat ringan berbanding banyak aplikasi lain.
➡️ Tidak beratkan telefon, sesuai untuk guna jangka panjang.

๐Ÿ”„ Nota Tambahan:
1. Aplikasi ini tak simpan semua data buku dalam telefon. Data disimpan di cloud (server Libib) — jadi apps tak berat walaupun kamu katalog ribuan buku.
2. Tapi perlu ada internet untuk sync data dan scan ISBN

Tips Penggunaan di Telefon:
1. Pastikan kamu benarkan akses kamera untuk scan ISBN.
2. Jika scan tak berjaya, boleh masukkan buku secara manual.
3. App ni sync automatik dengan akaun web — jadi apa yang kamu buat di telefon, boleh terus sambung guna komputer nanti.

Ini pula paparan selepas kita publishkan library kita tu.. Pengguna boleh buat carian berdasarkan tag yang berada di bahagian kiri tu sahaja dan kemudian perlu scroll untuk melihat keseluruhan koleksi.. Pengguna tak boleh melakukan carian sebab di paparan ini tak ada butang carian..

๐Ÿ›  Cara untuk kongsi akses dengan orang luar (public):
1. Log masuk ke Libib (versi web):
2. Klik nama library/perpustakaan kamu.
3. Pergi ke tab “Settings” (ikon gear).
4. Scroll ke bawah dan aktifkan:
✅ “Public Library” → ON
(akan keluar link khas)
5. Salin link public dan beri pada orang yang nak akses (contoh: staf lain, pelajar, pengunjung).

Apa Yang Boleh Dilihat Oleh Orang Luar?
๐Ÿ” Mereka boleh:
Semak senarai buku
Lihat maklumat asas buku (tajuk, pengarang, tag, lokasi kalau kamu masukkan)

๐Ÿšซ Mereka tak boleh:
Tambah/edit padam buku
Lihat nota peribadi
Gunakan sistem pinjaman (kecuali kamu guna versi Pro dan buat tetapan khas)

๐Ÿ’ก Guna Fungsi Ini Untuk:
1. Staf semak dulu sama ada buku ada atau tak
2. Staf baru cari rujukan berkaitan
3. Menyokong pembelajaran kendiri
4. Kongsi koleksi buku dengan jabatan lain

Monday, August 4, 2025

Pautan Buku Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha kongsikan dimana selalunya Sha baca ebuku yang Sha kongsikan dalam blog Sha ini.. Sebelum anda ke laman sesawang Elib, anda perlu mendaftar dengan UPustaka terlebih dahulu.. Setelah mendaftar, barulah anda boleh akses laman sesawang Elib menggunakan email dan password yang anda daftarkan di UPustaka tadi.. Untuk membaca pula, anda perlu memuat turun aplikasi eSentral dan kemudian daftar masuk menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di UPustaka tu.. Selain dari Elib ini, ada banyak lagi pangkalan data yang anda boleh akses di UPustaka ini..

Laman sesawang u-Pustaka - https://www.u-library.gov.my/

Semua elib yang ada tulisan Allows Public Access di bahagian atasnya, anda boleh akses dan pinjam.. Cuma untuk National Library of Malaysia tu ja boleh akses tapi tak boleh pinjam..

Anda boleh memuat turun melalui Google Play.. Logonya berbentuk e tu.. Selain itu anda juga boleh membeli ebuku melalui laman sesawan eSentral.. Akses menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di uPustaka tadi..

Satu lagi aplikasi yang Sha gunakan untuk membaca ialah Oakbee Buffet.. Aplikasi ini anda boleh muat turun melalui Google Play dan kemudian akses menggunakan email dan password yang anda daftarkan di uPustaka.. Melalui uPustaka tu, anda pergi ja ke bahagian eSumber dan klik Pangkalan Data, cari gambar diatas dan ikut ja panduan yang diberikan..

Thursday, June 12, 2025

ChatGPT Memudahkan Kerja Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bersembang dengan ChatGPT.. Awalnya Sha tanya dia pasal satu aplikasi buku ini sebab curious gila tengok ada rakan FB yang kongsikan.. Sha cuma tangkap layar gambar tu dan kongsikan dengan ChatGPT.. Terus dia bagi tahu pasal aplikasi tersebut.. Siap bandingkan dengan beberapa lagi aplikasi pasal buku.. Cari untuk seronok-seronok tapi jumpa yang boleh guna untuk kerja juga.. 

Aplikasi tu nama dia The StoryGraph.. Lebih kurang macam Goodreads tapi lebih mesra pengguna dan menyeronokkan.. Seronok kalau tengok fungsi yang dikongsikan ChatGPT.. Sha belum betul-betul jelajah lagi.. Sha baru import masuk data dari Goodreads dalam The StoryGraph ja.. Selebihnya Sha tak jelajah pun lagi..


Perkara yang lebih menarik Sha nak kongsikan ialah mengenai aplikasi Libib.. Nama pelik tapi fungsi dia menarik gila untuk Sha yang berkerja di perpustakaan tanpa sistem.. Bayangkanlah bila orang tanya tajuk buku tu ada ke tak kat perpustakaan Sha, jenuhlah nak belek satu-satu buku dekat rak.. Tapi aplikasi Libib ini dia memudahkan kerja Sha.. Nak muat naik buku pun mudah sangat-sangat, cuma perlu imbas barkod pada buku sahaja.. Cumanya maklumat buku tu tak lah terperinci sangat tapi bolehlah sekadar untuk pencarian sama ada buku tu ada dalam Perpustakaan ke tak.. Kalau buku tu aplikasi libib ini tak jumpa, kita boleh masukkan secara manual.. Muat turun aplikasi ini dalam telefon pun okay sebab saiz dia kecik dan bila kita imbas barkod buku tu dia terus simpan dalam cloud bukan dalam telefon kita.. Sesuai untuk perpustakaan kecil yang ada tak lebih dari 5000 buku.. Kalau lebih kena bayarlah Libib ini..

Kelebihan Libib untuk kegunaan formal:

Multi-koleksi & label tersusun
Anda boleh cipta lebih daripada satu koleksi (contohnya: “Bahan Latihan”, “Rujukan Pelajar”, “Koleksi Perubatan”, dsb).. Setiap satu boleh diasingkan dan diurus secara sistematik..

Imbasan Kod Bar
Untuk kemas kini pantas, memang sangat berguna jika kita perlu rekod banyak bahan dalam masa yang  singkat..

Akses Berbilang Peranti
Boleh buka akaun Libib dari komputer di tempat kerja dan juga telefon peribadi, jadi mudah untuk buat kemas kini di mana-mana.. Tak payahlah nak angkut buku keluar dari rak..

Boleh Set sebagai Perpustakaan Umum atau Peribadi
Kalau kita nak kongsikan katalog bahan kepada pengguna, boleh tetapkan koleksi sebagai public dan mereka boleh lihat melalui pautan sahaja (tak payah nak log masuk)..

Eksport Data
Untuk tujuan laporan atau simpanan rekod, Libib membenarkan anda eksport data dalam bentuk CSV, berguna untuk buat backup, atau sediakan laporan kepada bos..

Wednesday, June 4, 2025

Puasa Sunat Zulhijjah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat berpuasa buat semua yang semangat nak puasa sunat.. Kepada yang dah bermula awal, tahniah.. Kepada yang baru nak mula, jom kita.. 


Friday, May 16, 2025

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cikgu, engkaulah pelita ilmu dan cahaya harapan buat generasi masa depan.. Terima kasih cikgu, kerana mengajar kami bukan hanya tentang buku tetapi kehidupan.. Cikgu, engkaulah sahabat dalam pembelajaran dan juga hidup kami.. Selamat Hari Guru kepada semua insan istimewa yang telah membentuk jiwa kami..



Monday, April 14, 2025

Cubaan Menjadi Reviewer Jelajah Buku Bookiut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini semua sebab terjumpa post mengenai Pencarian Reviewer Jelajah Buku Bookiut.. Kita pun cubalah isi.. Manalah tahu ada rezeki terpilih.. Kalau tak dapat, bukan rezekilah tu.. kikiki.. Korang nak cuba? Scan ja QR Code dekat gambar dibawah ini.. 

Selesai submit..

Scan QR Code tu tau.. Lepas tu isi borang dan hantar.. Semoga berjaya semua..

Tuesday, March 25, 2025

World #QuranHour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, berpeluang sertai sesi World #QuranHour melalui Facebook.. Selalu tu, ada ja buat dekat pejabat ini tapi bila pegawai Hal Ehwal Islam dah bertukar dan masih tiada pengganti lagi maka kita sertai melalui Facebook sahajalah..

World #QuranHour 2025 akan diadakan  dari jam 12:00 hingga 1:00 tengah hari pada 25 Mac 2025 (Selasa, 24 Ramadan 1446H)..


Tahun ini, kita akan berinteraksi dengan Al-Quran melalui pendekatan Baca, Faham, dan Amal, dengan mengangkat Surah Al-Saff sebagai surah pilihan.

Surah ini menyeru kepada kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Allah.. Seperti sebuah kapal yang kukuh mengharungi samudera luas, umat Islam harus saling menguatkan antara satu sama lain agar mampu menghadapi gelombang perpecahan dan badai perselisihan..

Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah, dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..

Marilah kita bersama dalam momen keberkatan ini.. Hadir dengan hati yang tulus, membaca dengan jiwa yang ikhlas, dan mengamalkan dengan penuh ketakwaan..


Monday, March 17, 2025

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keputusan UPKK 2024 akan diumumkan pada 20 Mac 2025.
Debaran makin terasa.
Semoga segala usaha anak-anak selama ini membuahkan hasil yang terbaik. 
Apa pun keputusannya yang penting ilmu itu kekal dalam diri.
Sha doa kan yang terbaik untuk semua calon UPKK 2024 termasuk anak Sha juga..

Berdebar pula emaknya..


Sunday, March 16, 2025

Tempat Suntikan Menjadi Lebam dan Membengkak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak berkongsi dengan pembaca sebab Sha pun baru tahu.. Semuanya terjadi ketika Sha menderma darah dan juga mengambil darah untuk ujian KOSPEN.. Sha menderma darah pada 28 Februari 2025 dan hari ini 16 Mac 2025 baru kesan lebam dan bengkak tu menghilang.. Hanya tinggal sedikit sahaja sisanya.. Lama juga.. Seminggu pertama itu memang agak sakitlah sedikit bengkak tu.. Tapi sebab dah biasa dengan lebam dan bengkak selepas ambil darah, Sha tak adalah panik.. Sepatutnya Sha kena tuam dengan ais tapi lepas derma darah tu Sha kena masuk pejabat memang tak adalah masanya nak bertuam-tuam.. kikiki.. Pada 10 Mac 2025, Sha kena ambil darah untuk ujian KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) pula.. Sha bagi tangan kanan sebab tangan kiri masih lebam.. Masa ini Sha maklumkan jururawat tangan kiri Sha masih lebam dan bengkak.. Jururawat tu bagi tahu Sha perkara tu biasa untuk mereka yang mempunyai saluran darah kecil.. Buktinya walaupun masa jururawat tu cucuk dan ambil darah langsung tak sakit tapi tak lama lepas tu tangan Sha mula lebam dan bengkak.. Sakit bila dah mula timbul lebam tu.. Hari ini kesan lebam tu baru mula memudar.. Nampak tak.. Cerita dia, sakit ke tak sakit lepas kena cucuk jarum lebam dan bengkak tu tetap akan jadi sebab urat darah Sha halus dan agak susah nak dicari.. kikiki..

Bila Sha google memang keluar kenyataan ini - "Ianya muncul kerana saluran darah kecil pecah ketika jarum dimasukkan ke kawasan tersebut. Lebam mungkin juga terjadi sekiranya tekanan yang tidak mencukupi setelah jarum dikeluarkan. Kebiasaannya lebam selepas pengambilan darah biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan." Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.


Saturday, March 8, 2025

HFMD Mengganas : Apakah peranan ibubapa, penjaga dan komuniti?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu perkongsian yang baik dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai HFMD ini..

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mengawal kejadian penyakit HFMD.. Anak-anak boleh mendapat jangkitan bukan hanya dari pusat asuhan dan bimbingan sahaja tetapi dari tempat-tempat lain juga..  Maka menjadi tanggungjawab ibubapa, penjaga dan masyarakat dalam mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut ini (Hand, foot and mouth disease - HFMD).. Ini adalah penting ekoran HFMD boleh tersebar dengan mudah jika aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan tidak diamalkan dengan baik oleh semua.. Bersama-samalah kita berusah mencegah dari HFMD ini..

Sha sertai webinar ini guna telefon bimbit ja sebab ada program dengan pejabat juga..

Kenapa penyakit berjangkit mudah kena kepada kanak-kanak..

Selain HFMD, ini antara lain penyakit berjangkit yang ada..







Anjuran : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Penceramah : Pegawai Perubatan Epidemiologi, dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Tarikh : 7 Mac 2025 ( Jumaat )
Masa : 3.00pm – 5.00pm
Platform: Google Meet
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com