Followers

nuffnang

Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

OFFER ~HARMONi Cloth Diapers(Velcro&Buttons)


Arini buat iklan free pulak.
saja nk bgtau kat uols yang ada anak kecik kat luar sana..
tiap-tiap bulan mesti spent sket duit  buat beli diapers kan?
mcm mama la... selalunya 2 pack khas untuk Hasif shj. sebab satu letak kat rumah pengasuh dan 1 lagi kat rumah.

untuk diapers sahaja dekat RM70- RM80 budget sebulan.
tu belum masuk susu lagi. Hasif ni kuat menyusu.
skrg tgh survey kat mana boleh beli susu Dutch Lady secara borong. Jimat la sket.
kalau sapa2 tau , tolong la share yea.... hehe

ok, bab diapers ni, mama ada cara mcmana nk save sket budget.
tp rasanya dah ramai yang guna cara ni, tp kalau sapa yang baru nak cuba mcm mama ni.. boleh la uols try beli masa tgh offer ni.
.
.
.
Cloth Diapers.
.
.
agak ekonomi sket la, sebab dia boleh di basuh dan pakai berulang kali.
jadi diapers/pampers tu boleh kita guna waktu siang @ waktu yg kita rasa baby akan popo ja.. hehehe

masa mama survey ritu, ada satu website ni buat offer untuk Cloth Diapers ni. kalau beli 3 percuma 2.
harga cuma RM98.70 untuk 3 keping dan dapat pulak 2 percuma.
so klu kira balik , setiap tu rega dia Rm20 je la.. 
jimat sangat sebab rata2 Cloth Diapers ni kalau jual loose pun paling murah rega dalam RM30 tau.

so bg sapa2 nak beli, boleh la singgah ke website Babycottage ni.
offer ni hanya untuk bulan Mei sahaja..lepas tu rega balik pada asal RM32.90 /pcs.

kaler2 pun cantik.. hehehe


Tuesday, March 13, 2012

Takziah...


semalam satu negara dikejutkan dengan berita tentang adik Nurul nazirah yang dilaporkan hilang lebih seminggu yang lalu ketika keluar membeli makanan.

mama masa tu sedang bersantai bersama dengan family terkejut bila mendengar berita di TV mengatakan yang mayat rentung yang dijumpai di ladang kelapa sawit telah disahkan milik adik Nazirah .
tiba-tiba teringat balik pada kes adik Nurin dulu.
MasyaAllah, manusia sekarang ni mmg dah lebih dasyat dari binatang.
budak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan mereka.

cukup sedih dan takut sebab mama pun ada anak yang lebih kurang sebaya dengan Allahyarhamah adik Nadirah tu.
mama malas nak komen tentang kecuaian ibu nya yang terlalu leka dengan FB, cuma berharap agar penjenayah tu akan dapat ditangkap dan diberi hukuman yang berat serta setimpal.
mama percaya Pihak Polis dan yang terbabit pasti berjaya menangkap penjenayah terbabit.

apa2 pun TAKZIAH untuk keluarga adik Nazirah. 
semoga kalian tetap TABAH dan jadikan ini sebagai iktibar.

kepada kita semua ibubapa diluar sana termasuk MAMA sendiri..semoga kita akan lebih beringat dan berdoa agar anak-anak kita kelak terhindar daripada kejadian yang tidak diingini...

SEDIH, TAKUT dan KECEWA

 

Tuesday, November 22, 2011

korang bizi tak?


akhir-akhir tahun.. ada yang bizi tak?
cikgu cikgi la yang tak bizi...
boleh rehat, main ngan anak-anak..
klu kena bt kelas tambahan pun bukannya sepanjang hari dan sepanjang minggu..
so boleh consider lagi la kan?

mama pulak akhir-akhir tahun ni ingat leh la keja ngan AMAN sket.
tp rupa2nyer idak yop.
awal minggu lagi dah dapat email , ISO akan start tengah bulan depan..
jadi banyak benda yang kena baiki ..
itu, ini, begitu, begini la..

arahan datang dan ubah ikut suka..
kita yang kat bawah la yang terkinja-kinja..
pening , kalut segala.
belum siap satu keja, keja lain plak tiba...
semua nk segera.. adei la..
plan asal nak buat keja lain yang ada ..
kini terpaksa tunda..
haru..huhu

dah mcmtu, blog la tempat luahkan segala..
ekekeke.. bukan mengutuk bukan mengata
cuma luah apa yang di rasa
moga nanti tak jadi gila.

ok, mama nk sambung keja..
nanti bertimbun atas meja.. 
bai...
sayang semuaaaaaaaaaaa....


Thursday, January 20, 2011

~Tips Rumahtangga Bahagia~




~Assalamualaikum~

Hari ni MA teringin berkongsi beberapa tips yang baik untuk kita semua.
Bagaimana  untuk menjaga serta mengekalkan keharmonian rumahtangga kita.


Jangan pandang remeh isu ni, 
walaupun ada diantara kita yang dah bertahun berkawin dan punya zuriat comel,
tak mustahil akan terjadi perkara-perkara yang amat kita takuti kan?


Sebenarnya dah lama MA terpikir nak upload tips ni. 
Bukan sahaja untuk 'share' dengan teman-teman semua tp sebagai panduan dan peringatan buat MA dan Hubby sendiri.

Setiap hari bagi MA, kita belajar dan akan sentiasa belajar memperbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya kan? ^_^


Antara Tips2nya adalah :

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.



3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.


4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat


11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.




20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”











Thursday, July 30, 2009

Dah genap 2 bulan..

emm..pejam celik pejam celik, dah genap 2 bulan kami berpindah ke sini. cepatnya...
tak byk sangat perubahan sejak kami pindah cuma

  • sempat buat pagar batu je. Tu pun x siap lagi sbb pakcik sebelah rumah yg kami share bt pagar ni jatuh sakit. Yang sedihnya, dia tiba2 jadi pelupa..sampai kami ni pun dia tak kenai. Dia hanya ingat peristiwa2 masa dia mula2 kawin dulu je. Jadi keja2 plaster simen pagar tu kn KIV sat. nampak tak cantik sket la umah kami ni..
  • sekarang pun tgh mula kumpul2 pokok2 bunga utk letak kat depan rumah ni. Plannya kat luar tu nak tanam pokok bunga kembang 10 tp balik kelmarin makcik sebelah rumah dah taman serai la pulaks. adoi..x cantik la mata memandang. huhu..
klu ikutkan banyak benda yang kami nk bt ni tp tgk budget la dulu,
  • pagar depan tu, nak kena cat balik tu sbb ada kesan mcm karat sket.~ ada cadangan nk cat kaler ape ekk?
  • bunga2 nk kena beli tu. sekarang ni baru ada 2 pohon jek. satgi nk mintak ngan tukang kebun sekolah..kot2 dia nk trim pokok dia..leh MA ambik..
  • MA plan nk beli tempayan bt tadah air tu nk ganti baldi tu.hikhik..unik sket..
  • nak beli bunga gantung..cantik tau klu gantung kat tiang tu..
p/s: nanti MA letak gambar rumah cikgu yg kat depan rumah MA ni. Bujang lagi tp pandai tul hias rumah..mcm2 poko dia tanam. minggu ni xtau apa lagi yg dia nk buat :-)
untung sapa jadi bini dia kelak.. hikhik..

Saturday, July 25, 2009

agenda yg tak dirancang.. shopping pokok

Petang td kami keluar ke pos laju utk pos beberapa parcel to our customers. Tp frust sbb pos laju cuti la hari ni. :-( MA pulak mmg lupa yg ni minggu ke 3 , buang masa je rushing ke sana (pos laju) sampai tak sempat nk lunch.

Pastu kami ke bank & singgah kejap ke kedai utk beli keperluan dapur. On d way balik hus ajak survey pokok untuk letak kat rumah. Maklum la rumah kami ni xde pokok langsung. So tak nampak 'seri' la bak kata Teh Mimie.. Kami decide ke nursery kat Taman Rhu (Tikam Batu)

pokok buluh ni RM30.00 je , murahkan?

memandangkan kami tak plan pun nak ke sana so MA xbawak la kamera. Sampai je kat sana, survey punya survey hus berkenan nak beli pokok buluh & Ma pulak ambik pokok palm Jawa. Ingatkan latus2 la.. tp tokey nursery ni bg harga RM30 je sepokok utk pokok buluh & RM25.00 untuk pokok palm tu . Alang2 dah sampai situ kami beli lagi beberapa bijik pasu yg macam2 patern termasuk tanah dia. Total semua RM105.00.Lepas diskaun.. hehehe...

Ni pulak pokok palm, MA nak letak dlm rumah. Bila nk tukar pasu pun xtau la ni..hehe


Lepas tu singgah pulak ke nursery kat Taman Semarak..wahhh..sini lagi byk pilihan tp agak mahal sket. MA cuma survey2 je sbb kami plan nk beli pokok berbunga yang digantung tu, Lupa la nama dia. Tp next month la beli, yg kami beli cuma bunga kembang 10 -3 bag , batu sungai dan 1 pasu bulat. RM 29.00.

pokok kembang 10, betul ke nama dia ekk? bantai je la..

Next month la pulak kami tambah koleksi pokok2 kat rumah kami ni.. hehe.. Nak kena pikir pokok apa pulak yg nak beli ni..

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari

mcm Sang Naga dengan geliga kan? :-)
Gerhana Matahari yang berlaku hari ini antara pukul 8.29am - 9.40am. Ni antara gambar2 yang sempat MA snap td. naik berpinau mata ..hehe..Suasana yg mendung mcm nak hujan je.


Friday, July 17, 2009

lawak hari Jumaat

Cerita yg MA terima dari adik MA.. Saja utk hiburan semua ekk..hehe..


kisah benar - bebal komputer
p/s : telah dialih bahasakan.


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline
(bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di
helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah
menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah
perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall
computer assistance; boleh saya bantu anda?"

"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."

"Masalah bagaimana tu encik?"

"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."

"Hilang?"

"Ya, ia hilang."

"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"

"Kosong, tak ada apa-apa."

"Tak ada apa-apa?"

"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."


"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"

"Macam mana saya nak tau?"

"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"

"Apa tu si-perom?"

"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"

"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon
bila saya taip."

"Adakah monitor anda ada power indicator?"

"Monitor tu apa?"

"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk
seperti TV."

"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda
dihidupkan?"

"Saya tak tahu."

"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket
dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"

"Rasa-rasanya. "

"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan
pada soket elektrik di dinding anda."

"Yaa, terpasang."

"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar
terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"

"Iya ke?."

"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang
monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"

"Okay, jumpa dah."

" Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan
ketat di belakang computer anda."

"Alamak tak sampai laa."

"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"

"Tak boleh."

"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok
kat belakang tu?"

"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal
gelap."

"Gelap?"

"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya
ada adalah dari cahaya tingkap."

"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."

"Tak boleh."

"Tak boleh? Kenapa?"

"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."

"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya
sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan
semasa komputer ini dihantar?"

" Ada ... saya simpan kat dalam almari."

"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda.
Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik
ke kedai dimana anda beli dulu."

"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"

"Iya, rasa-rasanya macam itulah."

"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap
apa dengan pekedai tu?"

"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah
komputer."




Sunday, June 14, 2009

2 jam setengah yg bermakna


kalau uols nak tau, MA ni jarang outing atau kuar window shopping sorang2. Biasanya mesti dengan Che Sue/Teh Mimie but most of the time dengan hubby la. Klu Bedah tepi rumah(nama je tepi rumah..huhu) dok dekat boleh la MA heret dia p jenjalan. memandangkan arini Ahad, kami rehat agak panjang 2 jam 30minit. Tambahan pula sbb rumah MA pun dah jauh jadi ms yg panjang ni MA abiskan dengan aktiviti yg cukup berfaedah..shopping! ngeh..ngeh..ngeh...

Dah lama tak buat terapi minda nih. Jadi kali ni MA tak lepaskan peluang p shopping..

Lokasi kami sbb nak cepat- Kios di Tesco Sg Petani la..hehehe.. Sebelum tu lunch dulu kat restoran Nasi Ayam Periuk Besar (rs biasa je.) MA order nasi ayam panggang , Selesai mkn, terus ke Tesco sebelah bgnan ni.

Target MA kali ni nak beli beberapa barang keperluan diri. lepas dok tanya itu ini dan bt sedikit sesi soal jawab, akhirnya..taraaa.... antara barang yg MA beli kat Kios tu td..

set sri mawar, eye liner, lipstic magic colour, compac powder, scrub badan.
banyak jugak abis ni.. balas dendam sungguh..keke..
Pastu masuk Tesco beli plastik sampah kecik & spray tudung . Nak cari syampoo tp jenama yg hendak dah abis da...
keychain ni pulak MA beli kat bookstore dlm Tesco tu, RM5.90 . sbb asyik tertukar kunci je.. Cantikkan? Loving tu.. :-p

On d way balik ke ofis, sempat singgah ke kedai perabot utk beli penyidai tuala kayu. RM26.00 je.tepat 2.45, sampai di ofis...itu la aktiviti padat MA waktu lunch tadi..kekeke....



p/s: Bedah, jgn jeles...den pun leh bt terapi minda tau..bkn ekau je..Cian..arini ekau kn jaga opis tu...

maghi pakak2 kecek kelate..

Arini MA xtau rajin ke dak nk bt posting bergambar. dah la sampai pg td (7.45am) terlupa nak thumbprint, pukul 8.10 br perasan..hehehe..
banyak benda nk share -cerita ceriti ms cuti ari minggu lepas, tp sbb byk jgk keja kat opis terchinta ni, jadi bt sementara waktu maghi kito pakat blaja kecek kelate (tp hok ni cumo perkatae2 jah deh)

SKali Arong - Sekaligus

Kupik Hangik - Kedekut Nak Mampos

Comel Lotte - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Sangat2

Hangit Lettung - hangit yg mmg hangit

Ite legge - teramat la Hitam

Punoh Jane - Rosak

Ggura Bewok - Over Gurau..hahha (atau gurau xkena tempat pun leh pakai gak)

Taik Aye Monne - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Bekwoh - kenduri

Nakuk Paik/ nakuk hangit - Penakut Yang Amat Sangat

Lonjong - Tinggi Sangat

Woh sseto - Buah Manggis

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih bbaye - Sangat Nipis

Babei / babee - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne) bukan babai yea..hahahaa

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puah - Boring

Meppeh - Tak Larat

jangok - melawa / lawa

tee... @ behe - pukul

kok - sekeh

mokte - rambutan

timun cino - tembikai

gelewat - menyibuk kat depan kita / menyemak

tendde - sepak

gelenya - gatal


emmm..setakat ni tu je yg MA ingat...ada sebarang tambahan? lehla tulis kat ruanagn comment..hahha



Wednesday, May 6, 2009

Bercuti ke Genting????

hari ni tak mo citer pasai umah, nanti korang boring pulaks. Nak story pasal masak2 pun xde resipi baru yg MA cuba...resipi 'tapau' je banyak sekarang ni.. :-p

hari ni nak citer pasal tempat yg MA berangan nak p untuk bercuti la pulak. Jgn tak tau, MA ni suka pegi ke tempat yg sejuk2. Klu tempat panas2 tu MA cepat rimas. tapi hanya kat dalam M'sia je la yg mampu pun setakat ni...klu luar negara tu..xtau bila la pulaks.


Sebenarnya dah lama MA nk p Genting. Bukan tak pernah p, tp masa p dulu rsnya 4 tahun lepas. Bulan Disember 2005 rasanya. Kira masih dalam tempoh honeymoon la..hikhik..
Masa tu p beramai2, dengan family..riuh rendah kami, walaupun MA tak main sgt games yg disediakan tp enjoy la. Plannya nk bawak Anis ke sana pulak sbb Anis pun dah besar sket. Tp tu la..tak tau bila. Nampaknya lepas ni kena simpan duit balik la spare untuk ke sana. hehe..

seronok2, mcm2 games indoor & outdoor yg ada kan? eii..geram2


Ni pic kami masa p Genting Disember 2005. Tgk2..slim lagi kan? kehkeh

p/s: sebenarnya MA ni keletihan minda & badan..tu pasai tiba2 dok berangan nk p bercuti tu. Kiang dah p Genting last week..jeles pulak MA ni..kaakaka (apa kena mengena pulak Kiang ngn kami nih.. :-p)

Thursday, April 23, 2009

Ke-bz-an ku

Haha..ntah korang paham ke tak tajuk n3 MA ni pun MA xpasti.
Cuma nk bgtau 2,3 arini sibuk sket jadi xsempat nak update blog. Selasa lepas ada perhimpunan bulanan di HQ so xmasuk ofis la... kelmarin pulak byk giler keja nk kena buat sbb arini ada Pegawai dr BTPN turun bt pemantauan. Jadi biasa la..kira mcm Audit jgk la..tp dlm jabatan. Banyak keja nk buat sampai MA rs xcukup tangan nih..Pastu jam tiba2 cepat je rasa kelmarin. hahaha ...

Pagi tadi seawal 8.30am EN Omar, pegawai BTPN dah sampai..ikut surat kul 9.00am.. Xpe..janji cepat siap, lagipun kami kan keja kul 8.00.
7.45 dah terpacak kat ofis dah.. Alhamdulillah semua sesi soal jawab dah selesai.. lega. Lega Sbb En Omar memahami masalah kami dan nak dgr apa yg kami luahkan. (ceh..mcm apa pulak) markah ttp bg punyer tu xleh bt apa dah.. hehe..

ok, dah selesai pemantauan..back to normal..sambung bt kad petak.. jadualku mmg penuh sekarang.

Thursday, April 9, 2009

Balik Kampung..hati Riangggg

Hari ni kami sekeluarga bertolak ke Kelantan. Bercuti sampai Ahad.
Kalau sempat MA akan cuba update story2 menarik dari sana. yea..yea..nak tgk lampu2 dan pintu gerbang kat KB nanti.. Mesti happenning.. makan nasi kerabu, laksa,colek keropok, etc2.. hehe..

Tuesday, April 7, 2009

Jadi Cleaner pulak ari ni

Ari ni tiba2 mai mood nak lap cermin kat ofis ni. Maklum la dulu pakai cermin nako je (malas la sket nak buat..hehe) , sekarang ni dah tukar pakai cermin hitam ni jadi rajin la pulak..:-p
Lagi pun cermin ni senang sket nak lap compare ngn nako tuh, satu-satu nk lap.

Kat pejabat kami ni semua keja2 membersih pejabat tu kami kn pakat2 buat sendiri sbb kami xde cleaner khas , x mcm ofis orang lain. So pandai2 timing la bila nk buat. MA klu lap cermin ni suka guna kertas surat khabar. Mesti kilat elok la.. tp jenuh berpeluh gak le time tu... lagi satu, klu buat operasi membersih secara besar-besaran..MA akan mai keja pakai baju sukan je.. senang!
Bos ponn sporting..dia tau dah..klu MA pakai tshirt je mai keja, ada la benda yg MA nk bt tuh.. hehe...

kilat sampai leh nampak jelas kat luar..hehe..

tgk..kilat tak? PC tu dok sebelah dalam yea tuan-puan..hehe..
tgk2..pintu bilik pon leh nampak meja yg dok belah luar tu.. jgn ada sapa yg langgar pintu tu dah le...sbb ada tau baru2 ni yg p langgar pintu tu.keke..xmau la bgtau sapa.. :-p

p/s: Bedah, klu Mr Os mai kompom kagum dia nih.. tau komplen je.. kuikuikui..

Monday, April 6, 2009

Demam Pilihanraya ~ Bukit Selambau

Ni area lagenda Height dekat Tesco
Ni plak dekat depan IKM dan jabatan Kebajikan Masyarakat


Semua sedia maklum Bukit Selambau tu dekat yoo ngan Sg Petani ni.. Jadi tempias pilihanraya tu turut terasa sket2 kat SP. Lagipun kaw Bukit Selambau tu termasuk sekali la area Tesco, Lagenda Height, Taman Ria Jaya. Jadi masa MA keluar shopping Sabtu lepas sempat la snap bebrapa keping gambar deretan bendera pelbagai parti dan poster2. Mcm2 logo ada. Meriah sungguh. MA cukup suka time2 ni sbb very hapenning. hehe..