Followers

nuffnang

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

borong tudung la pulak


assalamualaikum

hari ni bangun kepala sudah kurang pening.
dah banyak hari asyik pening2 ja.. (jeng..jeng..jeng..)
ish..xde lah, dah p check semalam, doktor kata darah ada sikit naik. 
mungkin tak cukup rehat @ ada makan benda2 berlemak (baru ja pekena sup gearbox ritu..kiki)

okeh, insyaAllah arini mama nak start sambung balik lah aktiviti berblogging nih.. dah rindu sesangat. 

klu post semalam mama citer pasal sumbangan kita untuk saudara seagama kita di Palestine tu, hari ni mama nak story pasal aktiviti balik kg last week.

dah lama tak balik kg, (ye ka?)
balik kali ni mama sempat borong tudung kat sana. hehe
mula-mula plan nak beli selai ja, ala yg 2 layer tu..tp alih2 bila tengok banyak sangat yang cantik.. dan mama pun dah lama tak shopping (err..kira alasan ekk) so sempat la borong 6-7 lai tudung..hoho..

(habis duit gaji aku) hehe..

haa... kan dah kata..banyak mama borong.. ada 2 helai yg tak termasuk dlm tu.hehe


kiranya minggu ni datang keja, pakai tudung baru je lah..haha





Monday, April 23, 2012

jalan-jalan ke Muzium Padi


Aktiviti Sabtu lepas.
balik umah Abah Wan.. dah lama tak balik sana.
Alang-alang balik, bawak ANis ke Muzium Padi.
Sebab bulan lepas dia tak ikut rombongan sekolah ke sana sbb mama dan abah tak dapat cuti, jadi kami janji nak bawak dia ke sana la.

Tiket masuk pun murah je RM3 rasanya.. kanak-kanak bawah 7 tahun percuma.
kamera/ handphone camera kn charge RM2 kalau nak ambik gambar.

 ni kat tingkat atas, boleh tengok lukisan 3D tentang sawah padi di sekitar Gunung keriang.
(psst: ambik2 curi sbb hubby tak tau kena bayar duit utk handphone..ingat kamera ja..hahaha)

 kat luar boleh la bergambar sesuka hati. 

Anis di tangga laluan ke pintu masuk utama.

lepas tu plan nak ke Muzium Sains yang terletak dekat dengan Muziaum padi ni, tp bila dh sampai, tempat tu dah tutup pun.
nampak gaya kena p lain kali la pulak.
tempat tu lagi seronok tp tak boleh la ambik gambar..

 

Wednesday, January 11, 2012

Cameron Highland... wif family...


tu dia..
bila dah datang mood rajin hapdet blog..
bila idea dah mencurah-curah mcm air terjun ..
berderet2 n3 ku hapdet..:-)

jangan ada yang muntah hijau dah ler ekk... hiks

awal2 tahun lagi dah terjah CH ngan family
bawak mak., adik, kakak & anak buah jalan2..
sebenarnya  ni plan last minutes , kesian kat bonda takut boring je dok kat umah adik jd kami pakat ramai2 p CH.

layan je la gambar2 ni ekk..

kami stay kat sini..boleh masak2 sama.. bestttt...

 sesi tawar menawar & shopping by bonda. :-)
 
kali ni cuaca sejuk sagt, sampai MA pun kn pakai glove sbb dah biru tangan2..huhu

 singgah tgk bunga & strawberi ~ wajibbbb..

 my little angry bird .. :-)

 wif daddy..

kat pasar malam...shopping lagi...

nk check out dah..


 ngeh3...

 happy moment..jelir kat papa ajit ekk...

 wif anak buah.. otw nak balik dah.. :-)

 

Tuesday, January 10, 2012

Cuti-cuti malaysia ~ Penang


~penutup tahun 2011~

lama dah tak update blog.
malas sungguh nak  usung kamera ambik gambar.
klu update blog tanpa gambar kureng menarik sket rasanya.

klu ambik gambar ngan hp x jelas sangat,.. 
hehehe..tu la antara alasan2 kali ni.. :p

akhir Disember lepas. kebetulan adik dari KL datang..jadi bawak diorang jalan-jalan pusing Penang.
plan nak ke Bukit Bendera, naik kereta kabel tapi sebab terlalu ramai orang jadi kami kensel dan singgah ke Pantai Miami, Feringgi untuk makan rojak.. :-)
pastu ronda2 perabih duit kat Queensbay pulak.. huhu


 Rezqi yang cubby.. mcm abah dia kecik dulu jugak..kiki

kakak Anis dah pandai pose...
kurus melidi anak mama nih..


Monday, November 28, 2011

Cuti-cuti Malaysia ~ Pulau Pangkor


Percutian family untuk tahun ni..
kali ni kami ke Pangkor.
tak lama cuma 1 malam ja.
Sebenarnya ni kali ke 2 MA ke sana.. yang pertama dulu kira2 6 tahun lepas. 

 
 sebelum bertolak.
kami park kheta di Marina Bay, Lumut.
untuk ke P.Pangkor hanya ambik masa 10 minit ja.. cepat sgt.
lagpun xde la ramai sangat , mungkin sebab tempat masih baru dan tak ramai yang tau.

 Dah sampai .Pangkor kami sewa van sebab group kami kan ramai.

mula-mula ronda pusing pulau dulu.
kami singgah di Dutch Fort, Fu Ling Kong Chinese Temple, pastu shopping .



last sekali nk check in.
 plan asal kami sepatutnya check in kat sini..Ala Chalet
tapi yg bt kami betul2 frust..bila sampai kat sana, katanya dah penuh.
bengang sggh masa tu  rsnya..
dah la booking sebulan awal, pastu seminggu sebelum cuti dah call balik confirm
alih-alih..bila sampai boleh dia kata dah penuh?
macam2 alasan dia bagi.. kata nya kami x bagi deposit la (padahal ms call tu tanya deposit mcmana , dia kata xpayah bayar..bayar masa sampai kat sana)., pastu kata ingat kami booking minggu depan la (dia tak rekod kot)..
dah la masa tu dah petang..dengan badan yang dah letih + panas.. 
Hasif pun dah nak mandi dan tido.nangis ja..
kira kami dah BLACKLIST dah tempat ni...

terpaksa la kami call mana-mana resort,hotel lain untuk check in tp last minit mcm ni, tambah2 cuti sekolah ni mana la nak dapat. huhu
tapi nasib kami agak baik,  last hotel /resort yang kami call ada bilik kosong tp harga RM220.00/night.
nak buat mcmana kan, terpaksa la kami ambik jugak.
tapi bilik dia mmg cantik, puas ati sgt2..berbaloi la..

ni dia Pangkor Holiday Resort.
ni gambar masa kami nak check out dah.. :-)


 lepas check out, kami terus ke jeti untuk balik ke Marina Bay
sebab ramai sangat orang..jadi terpaksa batal plan nak shopping sekitar jeti..
so tak dapat shopping sangat.

ni gambar di Jeti Marina Bay..
cantik..

walaupun semalaman ja ke P.Pangkor tp tetap seronok cuma agak letih.
banyak gak plan asal yang tergendala gara2 Ala chalet tu..

lain kali rasanya klu nak datang lagi, kami nak stay kat Lumut dan ke P.Pangkor utk shopping & ronda2 ja.. 
:-)

Monday, September 19, 2011

cuti-cuti Malaysia ~ i-City


cuti  1 Malaysia yang lepas kami ke KL
jalan-jalan ke rumah kakak & adik di sana.
ni pun kira gamble je sebab Haisf baru kena demam, jangkit ngan kakak.
sik baik kakak dah ok.
Hasif pun tengok demam dia xde teruk sangat jadi kami continue dengan plan asal.


bertolak lewat sket dalam kul 9.30am sebab kul 4am dah jaga Hasif xmau tido..
ngantuk sih..
Hasif dah start selsema. jadi segala macam ubat untuk Hasif dan ANis , mama dah standby.

 kakak yang excited dapat ke KL,jumpa Syafiq  dan Iris sepupu dia

sampai pun dah petang, rehat jap pastu malam bersiap-siap ke i-City plak.

Hasif teruja tengok lampu...hehe


 Hasif dan Rezqi.. kecik2 dah kaki jalan ekk..hehe

sebaya ni.. tp Rezqi bulat lagi..hehehe
muka-muka yang bakal buat Tok Mek pening nanti..hehe



 rest jap..tempat luas sangat..orang pun ramai..
pose depan snowalk
sebab bawak si kecik, jadi takat ambik gambar kat luar je la...
klu tak rsnya dah sampai ke dalam dah kami ni... hehehe

kami tak sempat nak pusing semua tempat sebab Hasif tak sihat lagi masa ni.
kira ambik syarat je mai sini.
xsempat nak beli survenir..huhu
dah la tu dok sat, hujan plak turun.. 
berlari2 kami masuk kheta..huhu